bukti keimanan rasul

10
Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini. Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan leh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi !uhammad SAW diutuskan leh Allah bagi menegakkan a"idah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat. Ini bermakna syariat !uhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir #aman hinggalah ke hari Kiamat $%&day'. Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan leh Allah SWT( sebagaimana juga nabi !uhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan leh Allah SWT. )ada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai *nth+ Nabi Adam as. yang diperkirakan hidup lebih kurang , tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khali/ah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak *u*unya agar menyembah Allah( Tuhan 0ang !aha 1sa. !aka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang. Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as.

Upload: percaya

Post on 04-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keimanan rasul

TRANSCRIPT

Pick the MONTH that you were born in & put it on

Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu

Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahuluadalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuhkepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyerumasyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepadaAllah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yangdiutuskan kepada setiap rasul ini.

Setiap rasul berpegang dengan syariat yangdiutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai denganmasa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabiMuhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkanaqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakansyariat yang diutuskan kepada baginda untukseluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudahatau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariatnabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasanamanusia yang hidup di akhir zaman hinggalah kehari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan inijelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalahislam kerana mereka menyeru manusia ke arahketundukkan dan kepatuhan kepada segala yangdiperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juganabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia kearah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yangdiperintahkan oleh Allah SWT.

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajaragama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:

Nabi Adam as. yang diperkirakan hidup lebih kurang930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelahkhalifah Allah dimuliakan dan ditinggikandarjatnya menjadi nabi yang pertama. Bagindadiutuskan kepada anak cucunya agar menyembahAllah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara merekaada yang taat dan adapula yang membangkang.

Nabi Idris as. merupakan keturunan Nabi Sits as.diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agarbertaubat dan menyembah Allah SWT, namun merekaterus menerus membangkang perintah Allah SWT.Begitu juga Nabi Nuh as. merupakan keturunan nabiIdris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir.Baginda menyeru supaya semua manusia menyembahAllah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnyaorang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelamdalam banjir yang besar.

Nabi Hud as. adalah keturunan Yafit bin Nuh,bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Bagindadiutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itumenyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruhmereka supaya menyembah Allah, tetapi merekaingkar, akhirnya mereka menerima seksaan denganditimpa badai dan udara yang sangat dingin selamatujuh hari lapan malam. Begitu juga Nabi Sallehas. merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskanAllah kepada bangsa Tsamud disebelah selatanPalastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapimereka menyembah dewa dan patung, kemudian NabiSalleh menyuruh kepada mereka agar menyembahAllah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untukmemeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada laranganNabi Salleh. Pada hari pertama muka merekaberwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hariketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

Nabi Ibrahim as. juga keturunan Sam bin Nuh yangdiutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeriBabilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi.Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnyaNamrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. NabiIbrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islamkepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnyaAllah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuksebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.Begitu halnya dengan Nabi Luth as. adalahbersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskankepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnyamenyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. AllahSWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumiSadum sehingga musnah negeri tersebut.

Nabi Ismail as. adalah anak Nabi Ibrahim melaluiperkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutuskepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana merekabelum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Merekajuga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakatdan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 oranganak lelaki yang seluruhnya disebut dengan BaniIsmail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilahlahirnya suku Quraisy yang melahirkan NabiMuhammad SAW.

Nabi Ishaq as. adalah anak kandung Nabi Ibrahimmelalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Bagindadiutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembahAllah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayarzakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaqberkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembariaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerahPalastin. Begitu juga dengan Nabi Ya'kub as.diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an keranapenduduknya telah ramai menyembah berhala. NabiYa'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah,Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

Nabi Yusuf as. anak Nabi Ya'kub as yang diutusoleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untukmengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembahAllah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing bagindaseorang nabi ia juga seorang raja dengan dasarpemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalamusia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil.Kemudian Nabi Ayub as. anak Amus bin Tarikh binRum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT kenegeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitumenyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebihkurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat didaerah Itali.

Nabi Zulkifli as. adalah anak Nabi Ayub as. diutusoleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliauseorang nabi juga seorang raja yang tetapmengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembahAllah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepadakaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhaladan melaksanakan syariat Islam supaya solat danmembayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahundan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.Begitu juga Nabi Syuaib as. keturunan Nabi Luthas, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, PalastinSelatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembahAllah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepadakaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman,akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupagempa dan kepingan awan panas daripada langit.

Nabi Musa as. dan Nabi Harun as. diutus oleh AllahSWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembahAllah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur.Bani Israil ramai yang ingkar sehingga merekamenyembah patung anak sapi yang dipelopori olehSamiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Tauratdaripada Allah SWT dan diberi mukjizat. KemudianNabi Daud as.dibekalkan oleh Allah dengan kitabZabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembahAllah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as.wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, laludimakamkan di Palastin.

Nabi Sulaiman as. adalah anak Nabi Daud as. beliauseorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepadaAllah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yangtidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doabeliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapatmenguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang.Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agarmenyembah Allah dan menghindari daparipadamensyirikkannya. Kemudian Nabi Ilyas as. merupakanketurunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasuldi negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orangBalbik ramai yang telah menyembah berhala. Patungterbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuatdari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agarmenyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namunramai yang ingkar, sehingga kebanyakan merekaditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyaswafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Nabi Ilyasa' as. diutus Allah SWT kepada BaniIsrail, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkankitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaandan pembangkangan mereka terhadap Allah danRasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah olehraja dari Babil bernama Nebukad Nezar. KemudianNebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dariPersia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rombernama Titus memasuki Palastin dan merosakseluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis.Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan danlaknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehinggabertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutukdan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Nabi Yunus as. keturunan Nabi ya'kub as. diutusoleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansuldalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agarmenyembah Allah , namun ajakan beliau ditentangbahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkankaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkanazab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akanturun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunuskerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telahmeneruskan pelayarannya. Mereka semuanya berimankepada Allah serta menyesal kerana melawan RasulAllah. Nabi Yunus diuji Allah ketika beradadidalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawadilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabiYunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeritersebut menjadi aman dan makmur.

Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as. diutus kepadabangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT,berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yangada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahyadibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu jugadengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Keduanabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombongbangsa Yahudi sehingga hati mereka menjaditertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksaAllah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

Nabi Isa as. adalah insan yang lahir dari tubuhMaryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnyamenjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkandari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudianditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dariseluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalamberiman atau beriktikad, kita lihat firman AllahSWT maksudnya:

"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa disisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam,Allah telah menciptakan Adam dari tanah, laluberfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! makamenjadilah ia' ".

(Surah Ali Imran ayat 59)

Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnyasendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agartetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitabInjil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur.Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliauditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisanIbrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).

Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injilpeninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkandiri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allahdibawah ini:

Firman Allah SWT maksudnya:

"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah;Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan iatelah menjadikan daku seorang Nabi".

(Surah Maryam ayat 30)

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhankamu, maka sembahlah kamu akan Dia, inilah jalanyang betul atau lurus".

(Surah Maryam ayat 36)

Ayat-ayat diatas membuktikan dengan jelas bahawaNabi Isa as. hanyalah seorang nabi dan Rasulbukanlah sebagai anak Tuhan seperti yangdidakwakan sesetengah pengikutnya. Kitab Injilyang asal dengan tegas dan jelas menyuruh parapengikutnya agar menyembah Allah semata tidakmenyekutukannya dengan yang lain. Namun kebanyakanpengikut nabi Isa telah merubah Kitab Injil yangasli itu menurut selera mereka sendiri, makalahirlah beratus-ratus kitab Injil bahkanberibu-ribu jumlahnya.

Kerana terlalu keras tentangan kaumnya terhadapajaran tauhid, bahkan beliau diancam akan dibunuh,maka nabi isa dibawa hijrah oleh bondanya kenegeri Mesir selama 12 tahun. Kemudian berpindahlagi ke negeri Nazaret daerah Palastin. Di negeriini beliau mulai ada pengikut yang membenarkanajarannya iaitu Mengesakan Allah SWT.

Di antara orang-orang Yahudi tersiar berita nabiIsa yang mempunyai ibu tanpa bapa itu sudahditangkap oleh Yudas Iskariot, lalu diserahkankepada penguasa Romawi, kemudian disalib di bukitGolgota. Ada pula yang berkata bukan Isa yangditangkap tetapi Yudas kerana dia berkhianat.Sebahagian orang meyakinkan diri berkata bahawabukan Nabi Isa, bukan Yudas tetapi orang lain yangserupa dengan benar dengan beliau. Nabi Isasendiri selamat dari bencana malapetaka dunia.Sesungguhnya Allah telah mengangkatnya ke ataslangit.

Memang banyak sekali pendapat manusia bahkanantara satu dengan yang lainnya bertentangan. Makasebaiknya beriman sesuai dengan ketentuan didalamAl Quran. Firman Allah maksudnya:

"Demi sesungguhnya, telah kafirlah orang-orangyang berkata; bahawasanya Allah ialah Al MasihIbni Maryam.

Padahal Al Masih sendiri berkata:

'Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku danTuhan kamu, bahawasanya sesiapa yangmempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurgadan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalahseorang penolong pun bagi orang-orang yang berlakuzalim.'

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yangberkata: Bahawasanya Allah ialah salah satu daritiga tuhan.

Padahal tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanALLAH Yang Maha Esa.

Dan jika tidak berhenti dari apa yang merekakatakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafirdari antara mereka akan dikenakan azab seksa yangtidak terperi sakitnya".

(Surah Al Maidah ayat 72-73)

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada tahun 571 Masehimelalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah binAbdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalahketurunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as.Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihitingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umatmanusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT.Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar"Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagiseluruh alam".

Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus olehAllah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Sepertinabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulubagindapun mengajar dan menyeru manusia supayamenyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutupdari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allahyang diwahyukan semenjak nabi Adam secarabertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dandisempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW.Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyusesudah baginda.

Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnyamenyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAWsebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini NabiIsa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentangakan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya.Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa astersebut sebagai berikut.

Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi IsaIbni Maryam berkata:

'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruhAllah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitabyang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat danmemberikan berita gembira dengan kedatanganseorang Rasul yang akan datang kemudian daripadakubernama Ahmad.'

Maka tatkala ia datang kepada mereka membawaketerangan-keterangan yang jelas nyata, merekaberkata:

'ini ialah sihir yang jelas nyata'.".

(Surah As Saaf ayat 6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya:

"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anakangkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagiseseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalahRasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akantiap-tiap sesuatu".

(Surah Al Ahzab ayat, 40)