budi bahasa amalan mulia.docx
TRANSCRIPT
Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi
kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk merungkaikan
melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.
Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman
intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan
yang dikasihi.
Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,
Sidang saksi yang saya hormati,
Izinkan saya puteri Toh Sajak merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata
lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
Sidang saksi yang saya muliakan
Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia
Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang
lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek
pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-
nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak
menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan
dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan
tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak
sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam
timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan
budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi
pekerti tinggi.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang
muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan
jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t:
dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,
“Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi
petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya
bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-
nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita
mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi
pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan
agama kita dinilai sebagai yang terbaik.
Sidang penonton penuh santun,
Bahasa melambangkan bangsa”.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa
agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah membudayakan
budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa
mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan
perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu
budaya kerja yang mantap dan berkesan.
Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati
antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.
“Tegak rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa”.
Sidang saksi yang dihormati,
Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat
pada setiap masa, maka semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu
bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi
dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada
percakapan atau perbuatan.
Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi
berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah
dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi
bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.
Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam
komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam
keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.
Apa tanda Melayu jati
Adat dan syariat dipegang mati
Apa tanda Melayu beradat
Budi bahasa dipegang erat