buah

7
Buah-buahan Nadir - Pengenalan Pengenalan Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-buahan. Spesis buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di golongkan kepada tiga kelas iaitu buah-buahan utama, buah-buahan nadir dan buah-buahan liar. Pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa penjagaan yang sempurna. Biasanya banyak terdapat di kampung-kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan. Spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan segar seperti buah tampoi dan salak. Selain dimakan dalam keadaan segar, beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk diproses. Antaranya buah sentul, asam jawa, cermai dan sebagainya. Biasanya buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu masam atau kelat diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap rasanya. Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan hampir-hampir dilupakan, usaha-usaha mengumpulkan semula maklumat tentang buah-buahan ini dirasakan perlu. Kenali buah-buahan nadir – Spesies Anacardiaceae Rate This Asam Kumbang

Upload: krs-nsembiilan

Post on 31-Dec-2014

73 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

buah tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Buah

Buah-buahan Nadir- Pengenalan

Pengenalan

Malaysia mempunyai iklim yang sesuai untuk pelbagai spesis buah-

buahan. Spesis buah-buahan di Semenanjung Malaysia boleh di

golongkan kepada tiga kelas iaitu buah-buahan utama, buah-buahan

nadir dan buah-buahan liar.

Pokok buah-buahan yang dikenali sebagai buah-buahan nadir

kebanyakannya dibiarkan dalam keadaan separuh liar tanpa

penjagaan yang sempurna. Biasanya banyak terdapat di kampung-

kampung sama ada di halaman rumah, di dusun kecil bersama pokok

buah-buahan yang lain atau di pinggir hutan.

Spesis buah-buahan nadir ini ada yang boleh dimakan dalam keadaan

segar seperti buah tampoi dan salak. Selain dimakan dalam keadaan

segar, beberapa spesis buah-buahan nadir ini juga berpotensi untuk

diproses. Antaranya buah sentul, asam jawa, cermai dan sebagainya.

Biasanya buah-buahan nadir yang tidak dapat dimakan kerana terlalu

masam atau kelat diproses untuk dijadikan halwa dan jem yang sedap

rasanya.

Memandangkan buah-buahan nadir ini tidak diberi perhatian dan

hampir-hampir dilupakan, usaha-usaha mengumpulkan semula

maklumat tentang buah-buahan ini dirasakan perlu.

Kenali buah-buahan nadir – Spesies Anacardiaceae Rate This

Asam Kumbang

Page 2: Buah

Nama Botani : Mangifera quadrifida jack

Terdapat di Perak, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Tumbuh liar di hutan-hutan tanah rendah.

Kini jarang ditanam dan pokok-pokok tua sukar ditemui.

Buah masak : berserabut , berbau kuat dan biasanya dimakan dalam keadaan segar.

Pohon besar : 15 – 20 m tinggi.

Buah : kulit berwarna hijau berbintik perang dan bertompok-tompok ungu bila dikupas. Isi berwarna kuning, rasa masam-masam manis dan berserabut.

Musim : berbunga sekali atau dua kali dalam setahun. (Bunga : Januari-Mac, Ogos-September dan Buah: Mei – Jun, November – Disember)

Bacang

Nama Botani : Mangifera foetida Lour

Asal dari Malaysia.

Terdapat di seluruh Malaysia terutama di selatan semenanjung.

Buah masak dimakan segar, buah muda dibuat jeruk dan kadang-kadang gulai.

Pohon besar : – 30 m tinggi

perbezaan dengan kuinin: bacang – sudur yang padat, daun besar dan tebal, kelihatan beralun dari jauh.

Buah: bujur panjang 8.5 – 13.5cm dan 5 – 10 cm lebar.

Buah masak berbau kuat.

Buah muda mempunyai cairan yang boleh menyebabkan kulit melepuh.

Kulit buah licin dan berwarna hijau hingga kuning kehijauan dengan bintil-bintil kecil berwarna gelap.

Isi buah berserabut berwarna jingga atau kuning.

Musim: sekali atau dua kali setahun, musim bunga Feb – Mac /Ogos – Sept dan buah Mei – Jun / Nov – Dis.

Binjai

Page 3: Buah

Nama Botani : Mangifera caesia JackNama lain : Kemang

Terdapat di dusun-dusun hampir seluruh Malaysia terutama di Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Pokok besar sehingga 30 m tinggi.

Buah : 10 – 15 cm panjang dan 6 – 8 cm lebar.

Buah berbentuk bujur panjang, kecil di pangkal dan berwarna kuning kotor hingga perang pucat.

Musim bunga: Mac – April

Musim buah : Jun – Julai

Kuini

Nama Botani : Mangifera odorota Griff

dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia.

tidak pernah ditanam secara komersial.

lazimnya ditanam di sekitar rumah atau dusun kecil bersama pokok buah-buahan.

buah yang masak, kuat bau dan enak rasanya, biasanya dimakan segar.

pokok sederhana besar, tingginya mencapai 20 m dan menyerupai bacang tetapi cabang dahan tidak begitu padat.

bunga berbau wangi.

buah bujur panjang seakan-akan buah bacang. kulit buah tebal berwarna hijau tua.

musim : setahun sekali atau dua kali. bunga : Jan – Mac / Jul – Sept, buah : Mei – Julai / November – Disember.

Kundang

Page 4: Buah

Nama Botani : Bouea macrophylla Griff.

terdapat di seluruh semenanjung Malaysia, Sumatra dan sebahagian besar kepulauan Melayu.

buah kundang jenis manis berjus dan dimakan segar.

buah kundang muda boleh dibuat jeruk atau digunakan dalam rojak atau gulai.

selain itu ia juga boleh dibuat jem atau dikeringkan untuk digunakan dalam acar.

pokok kundang mencapai 20m tinggi, rimbun dan padat.

buah jenis drup, berbentuk bujur panjang dan berukuran 3.5 – 4.5 cm panjang.

buah muda berwarna hijau dan masak berwarna kuning hingga jingga.

buah muda masam rasanya, buah masak rasa masam-masam manis.

bermusim sekali setahun.

Kedondong

Nama Botani : Spondias cytherea Sonn.

pokok buah-buahan yang biasa ditanam di dusun atau sekitar rumah.

buah dijual segar atau dijadikan sebagai bahan utama dalam rojak buah.

jeruk buah kedondong juga digemari ramai.

terdapat spesies pokok kedondong kerdil yang dibawa masuk dari negara jiran sebagai pokok perhiasan di sekitar rumah.

pokok jenis daun luruh yang kecil sehingga sederhana besar iaitu 10 – 20 m tinggi.

hampir keseluruhan bahagian pokok berbau turpentin yang kuat terutama apabila bahagian-bahagian ini dipatahkan.

pokok matang meluruhkan daunnya sepanjang musim kering.

buah berbau turpentin yang kuat.

buah muda berwarna hijau terang tetapi berubah menjadi kuning apabila masak.

terdapat banyak garis dan tanda berwarna perang pada buah.

isinya putih dan rangup semasa muda tetapi berserabut sedikit apabila masak.

tidak begitu bermusim.

Sepam

Page 5: Buah

Nama Botani : Mangifera longipetiolata King

jarang-jarang ditanam.

buah sepam yang masak berserabut seperti buah bacang tetapi rasanya manis.

buah muda digunakan sebagai asam untuk gulai.

pokok besar mencapai 15 – 20 m tinggi.

bunga berwarna putih krim, berbau harum

buah hampir bulat, 6 – 9 cm diameter dan berwarna hijau.

isinya berwarna kuning, sangat berserabut tetapi rasanya manis.

perbezaan dengan asam kumbang : asam kumbang mempunyai titik atau getak berwarna ungu di kulitnya.

bermusim sekali setahun.

Lanjut

Nama Botani : Mangifera lagenifera Griff.

pada masa dahulu pokok ini dikatakan lazim terdapat di dusun-dusun, tetapi kini ia jarang-jarang kelihatan kerana tidak lagi ditanam dan pokok-pokok tua telah ditebang.

pokok besar mencapai 30 m tinggi.

buah seakan-akan binjai tetapi berbentuk buah pir.

panjang 12 – 15 cm, berwarna hijau keperangan atau keunguan dan berbau kuat.

isinya agak kasar, berwarna keunguan dan rasanya masam-masam manis apabila masak.

mengikut musim, tetapi jarang-jarang berbunga atau berbuah, mungkin selang musim terlalu lama dan mengambil masa bertahun-tahun.

Rawa

Nama Botani : Mangifera microphylla Griff.

sejenis pokok kecil yang terdapat di semenanjung tetapi jarang-jarang ditanam.

biasanya tumbuh liar di hutan-hutan.

dari jauh pokok ini menyerupai pokok durian, walau bagaimana pun permukaan bawah daun tidak perang seperti buah durian.

pokok rawa kecil tetapi sudurnya padat.

buah jenis drup yang sederhana besar iaitu kira-kira sebesar telur.

bentuk buah: bujur telur.

buah muda berwarna hijau, kemudian bertukar kepada kuning muda, merah ros dan akhirnya kehitaman.

bau kuat seperti buah kuini, iaitu bau terpentin.

kulit buah tebal, isinya berwarna kuning jingga pucat, berair dan berserabut.

rasa masam-masam manis.

Remia

Nama botani: Bouea microphylla Griff.Nama lain : Remenia

Page 6: Buah

terdapat terutamanya di Pahang, Melaka dan Perak.

kini jarang-jarang kelihatan atau ditanam, kalau adapun dibiarkan separuh liar.

tumbuh liar di hutan-hutan tanah rendah.

pokok besar dan padat, sesuai dijadikan perlindungan tetapi pertumbuhannya lambat.

buah seakan-akan buah kundang.

buah masak rasanya masam-masam manis dan dimakan segar.

buah muda terlalu masam dan biasanya dibuat jeruk atau acar.

pokok besar 10 – 25 m tinggi.

pokok menyerupai pokok kundang tetapi batangnya berwarna kelabu gelap hingga ungu keperangan dan ranting-ranting panjang dan kecil.

sangat bermusim.

Rujukan:

1. Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia, Rukayah Aman, ISBN 983-62-2656-7, Dewan Bahasa dan Pustaka

Kenali buah-buahan nadir – Spesies Leguminosae Rate This

Asam Jawa

Nama Botani : Tamarindus indica L.

pokok asam jawa terdapat hampir di seluruh malaysia tetapi kebanyakkan ditanam atau tumbuh liar di kawasan yang lebih kering iaitu di Kedah dan Perlis.

boleh terus dimakan tetapi sangat masam kerana kandungan asid tartarik yang tinggi.

dijadikan sebagai bebola asam.

digunakan dalam masakkan terutama ikan untuk menghilangkan rasa hanyir.

juga dibuat jus

isi mengandungi 3.1% protein , 0.4% lemak, 3.0% serabut dan 2.1% mineral

juga mengandungi kalsium, fosfor, vitamin B, riboflavin dan juga merupakan sumber niasin dan tiamina yang baik.

ketingian pokok mencapai 20m.

buah jenis lenggai seperti kekacang yang lain.

bentuknya lonjong biasanya bengkok, tidak rata atau menjerut di beberapa bahagian.

kulitnya rapuh, berwarna perang, berdebu kelabu

isinya melekit, agak kering, dan diselaputi oleh beberapa helai serabut yang selari megikut panjang buah.

rasanya masam.

tidak bermusim.

Keranji

Page 7: Buah

Nama Botani : Dialium cochinchinense Pierre

Pokok keranji ditanam atau tumbuh liar dalam keadaan separuh liar di utara semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Pokok keranji besar sehingga 25 m tinggi.

anak daun muda mempunyai bulu halus berwarna putih di atas permukaannya.

Lenggai keci 1.5 – 2 cm panjangnya, bak baldu, kulit rapuh, berwarna hitam dan berbulu halus. isinya warna merah keperangan, agak kering tetapi manis rasanya.

Nam Nam

Nama Botani : Cynomentra cauliflora LNama Lain : Buah Katak Puru.

berasal dari Borneo, di bawa ke Betawi dan dari sana ke Melaka dan Pulau Pinang.

pokok ini jarang-jarang ditanam , kalau ada pun hanya disekitar rumah.

agak unuk kerana berbunga dan berbuah di batang.

buah masak boleh dimakan segar

ada jenis manis dan ada jenis masam.

pokok kecil, tinggi sehingga 6 m

warna daun hijau kekuningan

lenggai panjang 5 – 6 cm dan lebar 3 – 4 cm leper, berbentuk kacang atau buah pinggang, keras dan berbonggol-bonggol.

warnanya hijau semasa muda dan bertukar menjadi hijau keperangan apabila masak.

Rujukan:

1. Buah-Buahan Nadir Semenanjung Malaysia, Rukayah Aman, ISBN 983-62-2656-7, Dewan Bahasa dan Pustaka