bsmm

Upload: pei-chin

Post on 10-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bsmm

TRANSCRIPT

Fungsi Majlis TertinggiPenasihat Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.

Pengerusi Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusanMesyuarat JawatankusaKerja atau Mesyuarat Agong. Mempengerusi Mesyuarat JawatankuasaKerja. Merancang, malaksana danmenyelia aktiviti persatuan Membuat kertas kerja danberbincang dengan pentadbir Medapat kelulusan daripada pengetua Tentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan

Naib Pengerusi Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan. Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

Setiausaha Menyimpan pendaftaran ahli. Membuat urusan surat-menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan. Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat. Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan perlembagaan persatuan. Merekod kegiatan gerak kerja ko-kurikulum.Penolong Setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha Menjalankan tugas yang diarah oleh penasihat dari masa ke semasa

Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta persatuan. Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli. Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan. Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan.

Penolong Bendahari Menjalankan tugas bendahari semasa ketiadaan bendahari Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat dari masa ke semasa

Ketua Patrol atau Ketua Biro Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol. Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan

Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah dan Kumpulan

Carta Organisasi Peringkat Sekolah