ifolio.ukm.my · web viewmasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli bsmm yang terlatih untuk...

29
KUTIPAN DERMA Kami ahli BSMM telah melibatkan diri dalam aktiviti kutipan derma bagi menampung perbelanjaan sepanjang kem tahunan itu berlangsung pada 2-4 NOVEMBER 2013. Kem ini berlangsung di IMPIAN COUNTRY RESORT di Hulu Langat Selangor. Dana yang besar diperlukan bagi menampung kos sepanjang kami berada di sana seperti kos penginapan, makan dan minum serta untuk menampung kos aktiviti. Kutipan derma ini dilakukan sebelum berlangsungnya program ini. Proses pengutipan derma itu dilakukan di luar kawasan universiti yang melibatkan masyarakat luar. Setiap orang perlu mengumpul derma sekurang- kurangnya sebanyak RM 20.00. Semasa proses kutipan derma itu dijalankan kami mesti menunjukkan surat kelulusan daripada pihak universiti bagi meyakinkan masyarakat tentang program yang bakal berlangsung ini. Berikut adalah refleksi kami sebagai pelajar dan refleksi masyarakat luar terhadap kami: REFLEKSI PELAJAR: Kami sebagai ahli BSMM dan juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan masyarakat luar. Sebagai contoh kami perlu menerangkan kepada mereka tentang program kem tahunan ini disamping dapat meyakinkan mereka tentang kesahihan program yang dianjurkan oleh BSMM cabang UKM.

Upload: dinhthu

Post on 10-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

KUTIPAN DERMA

Kami ahli BSMM telah melibatkan diri dalam aktiviti kutipan derma bagi

menampung perbelanjaan sepanjang kem tahunan itu berlangsung pada 2-4

NOVEMBER 2013. Kem ini berlangsung di IMPIAN COUNTRY RESORT di Hulu

Langat Selangor. Dana yang besar diperlukan bagi menampung kos sepanjang kami

berada di sana seperti kos penginapan, makan dan minum serta untuk menampung

kos aktiviti. Kutipan derma ini dilakukan sebelum berlangsungnya program ini.

Proses pengutipan derma itu dilakukan di luar kawasan universiti yang melibatkan

masyarakat luar. Setiap orang perlu mengumpul derma sekurang-kurangnya

sebanyak RM 20.00. Semasa proses kutipan derma itu dijalankan kami mesti

menunjukkan surat kelulusan daripada pihak universiti bagi meyakinkan masyarakat

tentang program yang bakal berlangsung ini. Berikut adalah refleksi kami sebagai

pelajar dan refleksi masyarakat luar terhadap kami:

REFLEKSI PELAJAR:

Kami sebagai ahli BSMM dan juga pelajar dapat meningkatkan kemahiran

komunikasi dengan masyarakat luar. Sebagai contoh kami perlu

menerangkan kepada mereka tentang program kem tahunan ini disamping

dapat meyakinkan mereka tentang kesahihan program yang dianjurkan oleh

BSMM cabang UKM.

Kami dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian kami sewaktu proses

kutipan derma berjalan. Kami memerlukan keyakinan yang tinggi untuk

berkomunikasi dengan masyarakat luar yang kami sendiri tidak tahu akan

latar belakang mereka.

Kami dapat meluaskan pandangan kami melalui aktiviti kutipan derma ini. Hal

ini terbukti semasa proses ini berlangsung kami telah bertemu dengan

pelbagai jenis masyarakat contohnya ada yang tidak berminat pun untuk

mendengar penjelasan apatah lagi untuk menderma dan juga yang memberi

kerjasama seperti mendengar penjelasan kami dan mereka sanggup

menderma untuk menjayakan program ini.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap kami.Ramai masayarakat

yang menyangka kami sebagai pelajar hanya mementingkan akademik

sahaja berbanding aktiviti luar. Oleh itu program ini secara tidak langsung

telah mengubah pandangan masyarakat terhadap kami sebagai pelajar dan

juga sebagai “first aider”.

REFLEKSI MASYARAKAT

Masyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk

memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana.

Sebagai buktinya ramai masyarakat yang sanggup menyumbang dalam

bentuk kewangan bagi menyokong kami untuk lebih mahir dalam proses

menyelamatkan mangsa dalam kesusahan.

Lapisan masyarakat yang terdiri golongan tua dapat menggalakkan anak

muda seperti kami untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar yang ini sangat

berguna untuk masa akan datang. Contohnya ilmu kecemasan yang

diperolehi daripada program ini boleh digunakan tidak kira waktu dan tempat.

Penderma sedang menandatangan di borang derma berserta jumlah wang yang diberikan

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Bersama orang awam yang menderma (kanan)

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Pada 2 hingga 4 November 2013, kami telah menghadiri Kem Tahunan

BSMM Cabang UKM di Impian Country Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat,

Selangor. Kem ini juga turut disertai oleh orang-orang luar dari detachment lain

seperti Detachment A,B , C, D, H, Z dan sebagainya. Kami mewakili BSMM

Detachment 88W. Tenaga pengajar yang dipilih untuk memberi tunjuk ajar kepada

kami didatangkan khas dari luar. Semua peserta seramai 130 orang telah

dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan terdiri daripada

10 hingga 13 orang peserta. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada detachment yang

berlainan.

Semua peserta telah selesai dibahagikan kepada sepuluh kumpulan

Terdapat beberapa aktiviti utama yang dijalankan. Salah satu aktiviti utama

yang dijalankan ialah aktiviti latihan dalam kumpulan(LDK). LDK pertama yang kami

lakukan ialah “ice breaking” iaitu sesi perkenalan antara semua peserta. Semasa

sesi ini, setiap ahli kumpulan telah memperkenalkan serba sedikit tentang diri

mereka seperti nama, fakulti, detachment dan jurusan masing-masing. Setiap

kumpulan diberi tugas untuk mencipta logo dan sorakan kumpulan. Setiap kumpulan

diberi masa selama 20 minit untuk menyelesaikan tugas mereka. Setiap kumpulan

dikendalikan oleh dua hingga tiga orang fasillitator dari detachment yang berlainan.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Daripada aktiviti ini, kami dapat meningkatkan kemahiran sosial di samping dapat

mengenali rakan-rakan baru dari detachment lain.

Sesi perkenalan antara ahli kumpulan yang terdiri daripada detachment yang berlainan

Kami berlatih untuk mencipta sorakan kumpulan yang paling menarik dengan tunjuk ajar fasilitator (tengah)

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kami sedang melukis logo kumpulan yang tepat menggambarkan kumpulan kami

Kami telah membentangkan logo dan sorakan kumpulan masing-masing

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Selain itu, terdapat aktiviti “station game”. Dalam aktiviti ini terdapat 10 stesen

yang dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator. Di setiap stesen, kami diminta

untuk melakukan aktiviti yang berlainan. Contoh tugasan yang diberikan ialah, kami

diminta untuk berlakon berdasarkan situasi kecemasan yang diberikan. Berdasarkan

situasi kecemasan ini, kami diminta untuk menjalankan rawatan pertolongan cemas

kepada mangsa renjatan elektrik, patukan ular, histeria, lemas dan asma. Semua

mangsa terdiri daripada orang luar. Seterusnya, kami diminta untuk membuat

balutan seperti balutan kepala, anduh besar,anduh kecil, anduh segitiga, patah kaki,

terseliuh, dan terkehel. Melalui aktiviti ini kami dilatih untuk menyemai sikap

kebertanggungjawaban dalam diri masing-masing untuk membantu mangsa-mangsa

yang memerlukan. Aktiviti ini juga dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli

kumpulan. Setiap ahli juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan

yang diberikan.

Di stesen ini, kami mempelajari cara-cara untuk mengangkat mangsa yang pengsan atau tidak sedarkan diri

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kanak-kanak ini telah turut serta melakonkan situasi kecemasan untuk rawatan renjatan elektrik

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Setiap ahli kumpulan berbincang untuk melepaskan seorang mangsa mengharungi halangan tali. Cabaran ini memerlukan sikap tanggungjawab

setiap ahli dalam menjalankan tugas masing-masing.

Kami telah berjaya menyelesaikan tugasan di stesen ini, iaitu membuat balutan kepala menggunakan kain anduh.

Seterusnya, terdapat malam kebudayaan pada malam terakhir kami di kem tersebut.

Pada malam kebudayaan tersebut, setiap kumpulan diminta untuk membuat

persembahan yang bertemakan tujuh prinsip asas BSMM iaitu, kemanusiaan,

bersatu, kebebasan, berkecuali, khidmat sukarela, dan kesaksamaan. Setiap ahli

kumpulan bertanggungjawab dalam menyumbangkan idea untuk menghasilkan

sebuah persembahan yang menarik. Dalam persembahan tersebut, setiap ahli

mempunyai peranan masing-masing bagi menjayakan persembahan malam

kebudayaan. Setiap ahli bertanggungjawab bagi melakonkan watak yang diberikan

dengan baik bagi memastikan persembahan tersebut berjalan dengan lancar.

Persembahan ini telah diadili oleh pegawai BSMM Cabang Selangor. Melalui aktiviti

ini, kami dapat berinteraksi dengan peserta-peserta dari detachment lain dan juga

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

para penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Daripada aktiviti ini,

kami dapat meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam diri

masing-masing.

Perbincangan bersama ahli kumpulan tentang persembahan yang akan diakukan

Page 11: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Persembahan dikir barat daripada salah satu kumpulan di malam kebudayaan

Page 12: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Antata persembahan yang dilakukan pada malam kebudayaan yangmelibatkan semua ahli peserta

Juri-juri dari BSMM Cabang Selangor

Page 13: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kesimpulannya, kami dapat menimba pelbagai pengalaman dan ilmu baru

melalui kem ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan di kem ini dapat memupuk dam

meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban para peserta. Di

samping itu, kem ini dapat memupuk nilai-nilai murni yang lain seperti kerjasama,

bertolak ansur, tolong-menolong dan keyakinan diri.

CERAMAH KURSUS BANTUAN BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT

(KBBOM)

Sejak pagi lagi pada 3 November 2013, kami telah mendengar ceramah

mengenai asas-asas pertolongan cemas, cara-cara ikatan tali bagi mengangkut

mangsa apabila berlaku kecemasan, dan juga cara-cara mengangkut mangsa dari

sebuah kawasan ke kawasan yang lain dalam ceramah kawat usungan. Ceramah

pada pagi tersebut diberikan oleh tiga orang penceramah yang berbeza yang cukup

berpengalaman luas dalam Bulan Sabit Merah Malaysia.

Ceramah mengenai asas-asas pertolongan cemas merangkumi jenis-

jenis kecemasan seperti luka, patah, pitam dan sebagainya. Ceramah ini juga

menekankan tentang perkara dan rawatan yang perlu dijalankan seandainya

mangsa benar-benar memerlukan rawatan kecemasan sementara menunggu

kedatangan paramedik mahupun ambulans ke tempat kejadian.

Page 14: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kami berlatih melakukan balutan telapak tangan dengan bantuan rakan-rakan yang lain

Selain itu, ceramah mengenai ikatan tali pula memberi para peserta peluang

untuk mengenali dan mempelajari pelbagai jenis ikatan yang mampu diaplikasikan

sewaktu kecemasan. Ikatan-ikatan ini amat penting dalam pertolongan cemas

kerana ikatan-ikatan ini sangat diperlukan ketika ingin mengangkut mangsa yang

tidak mampu bergerak, terutamanya ketika mangsa dan unit pertolongan cemas

berada di tempat yang sukar untuk dicapai seperti di dalam hutan, di tebing bukit

dan sebagainya.

Page 15: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kami telah berlatih untuk membuat ikatan yang kemas dan kuat sebagai persiapan pertolongan cemas

Kemudian, kami didedahkan pula dengan cara-cara mengangkut mangsa

daripada sesuatu tempat yang jauh ke pusat kawalan sewaktu bencana berlaku

dengan menggunakan kain dan alat pengusung (stretcher), melalui ceramah kawat

usungan. Alat-alat pengangkutan seperti ini memerlukan kecekapan para petugas

pertolongan cemas semasa mengendalikannya kerana jika tersalah cara ikatan,

mahupun cara memegang pengusung, mangsa boleh terjatuhdaripada pengusung

dan mampu mengakibatkan kecederaan yang lebih serius kepada mangsa.

Page 16: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Penceramah ini sedang memperkenalkan salah satu cara untuk mengangkat mangsa yang tidak dapat berjalan

Kami bersama-sama bertanggungjawab mengalihkan mangsa dari satu tempat ke satu tempat

menggunakan kaedah ‘relay’

Page 17: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kami telah belajar membuat ikatan kaki untuk ‘immobalization’ sebelum mengangkat

mangsa

Selepas tunjuk ajar penceramah, kami berlatih sendiri kaedah mengangkut mangsa

Page 18: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Kami mempelajari cara-cara memeriksa keadaan stretcher

Page 19: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

Aktiviti yang dijalankan selepas malam kebudayaan ialah praktikal latihan

bencana alam dan operasi menyelamat (KBBOM). Aktiviti ini memberikan kami

pendedahan awal tentang cara-cara menghadapi bencana alam sebenar. Selaku

ahli BSMM, sememangnya menjadi kewajipan kami untuk menjalani sesi praktikal ini

kerana ilmu dan pengalaman yang didapati hasil daripada praktikal ini dapat

membantu kami untuk berkhidmat kepada masyarakat kelak seandainya terdapat

apa-apa bencana yang berlaku di dalam negara. Dalam aktiviti ini, kami telah

diagihkan kepada 4 unit iaitu unit pemantau, unit bantu mula, unit penyelamat dan

unit kebajikan.

1) Unit Pemantau (First Responder)Dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi menyelamat (KBBOM),

Unit pemantau merupakan unit pertama yang perlu bergerak ke tapak

bencana. Tugas unit pemantau adalah untuk memantau kawasan bencana

dan kami dikehendaki untuk mencari mangsa. Kemudian,kami akan

mengenal pasti jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa dan meletakkan

tag berwarna . Tag tersebut terdiri daripada warna merah,kuning,hitam dan

hijau. Setiap warna mewakili tahap-tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Tujuan tag diberikan kepada mangsa adalah untuk memudahkan kerja unit

penyelamat dan unit bantu mula memberikan rawatan kepada mangsa.

Unit pemantau menjumpai seorang mangsa dan memberikan rawatan sebelum ketibaan unit lain

Page 20: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

2) Unit Bantu Mula (First Aider)Unit bantu mula atau lebih dikenali sebagai “First Aider” merupakan salah

satu unit yang terdapat dalam praktikal latihan bencana alam dan operasi

menyelamat (KBBOM). Tugas utama unit bantu mula adalah untuk memberi

rawatan awal kepada mangsa-mangsa bencana sebelum di hantar ke bilik

rawatan. Rawatan awal diberikan bertujuan untuk mengurangkan kecederaan

dan kesakitan. Apabila tiba di tempat kejadian, kami akan memberi rawatan

awal kepada mangsa-mangsa bencana menggunakan peralatan yang

terdapat di dalam peti pertolongan cemas. Jika peralatan tidak mencukupi,

kami akan menggunakan barang-barang yang terdapat di sekitar tempat

kejadian. Mangsa-mangsa yang mengalami tahap kecederaan yang lebih

serius diberikan keutamaan.

Pasukan bantu mula memberikan rawatan awal sebelum unit penyelamat tiba untuk mengeluarkan mangsa dari tempat bencana

Page 21: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

3) Unit penyelamat (Rescue team)Tugas utama unit penyelamat adalah membawa mangsa ke pusat kawalan

bencana atau tempat yang lebih selamat. Unit ini memerlukan ahli yang ramai

kerana mereka perlu bekerjasama mengangkut mangsa-mangsa ke tempat

yang jauh. Peralatan yang mereka gunakan untuk mengangkut mangsa ialah

stretcher.

Unit penyelamat mengusung mangsa keluar dari tempat bencana

Page 22: ifolio.ukm.my · Web viewMasyarakat lebih mempercayai kami sebagai ahli BSMM yang terlatih untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka jika berlaku sebarang bencana. Sebagai buktinya

4) Unit kebajikanBagi Unit Kebajikan, kami para peserta iaitu ahli-ahli BSMM sendiri

bertanggungjawab menjaga kebajikan anggota unit-unit yang lain seperti unit

peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas. Sewaktu

operasi menyelamatkan mangsa bencana, anggota unit kebajikan

bekerjasama dan saling membantu bagi menyediakan makanan dan

minuman yang mampu memberi tenaga dan kerehatan kepada anggota unit

peninjau,unit penyelamat dan unit rawatan pertolongan cemas .

Akhirnya,kami,anggota unit kebajikan telah berjaya menyediakan roti,telur

dan kacang pol sebagai santapan untuk diberikan kepada anggota unit-unit

yang lain setelah mereka selesai melaksanakan tugasan mereka dalam

operasi menyelamatkan mangsa bencana.

Akhir kata, kami telah banyak mempelajari kemahiran dalam sosial dan

kebertanggungjawaban melalui kem ini. Interaksi bersama peserta-peserta

dari detachment lain, penceramah, dan jurulatih dari luar meningkatkan

kemahiran sosial kami. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah banyak

mengajar kami tentang tanggungjawab seorang ‘first aider’ yang perlu

memberikan khidmat kepada mereka yang memerlukan pada bila-bila masa

sahaja.