hhhc9601 kemahiran kepimpinan dan kerja pasukan · carta alir projek ‘kem ketrampilan bsmm’...

25
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA PASUKAN

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HHHC9601 – KEMAHIRAN KEPIMPINAN

DAN KERJA PASUKAN

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk

1. Pengenalan

2. Surat Kelulusan JPPEL

3. Carta Alir Perjalanan Projek

4. Carta Gantt

5. Jawatan dalam Projek

6. Link Video

7. Kemahiran yang dapat ditunjukkan

8. Kesan Kepada Mahasiswa

9. Minit Mesyuarat

10. Pembuktian Kemahiran Insaniah

11. Kesimpulan

PENGENALAN

Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) telah ditubuhkan pada

tahun 2000. Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H telah mengadakan pelbagai jenis

aktiviti yang bertujuan untuk mendedahkan orang ramai tentang ilmu pertolongan cemas.

Antaranya adalah perkhemahan ini.

Bulan Sabit Merah Malaysia Detachment 88H (Kolej Keris Mas) sesi 2005/2006 telah

mengadakan perkhemahan yang pertama kali pada 16 hingga 18 September 2005 yang bertempat

di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Seramai 61 orang peserta yang terdiri daripada ahli BSMM

Detachment 88H dan 22 orang ahli jawatankuasa telah menyertai perkhemahan ini. Perasmi bagi

majlis penutupan ialah wakil pengetua, iaitu Tuan Syed Kamarudin Bin Haji Sadak. Selain itu,

felo penasihat, Cik Nurul Aishah Kamarudin juga terlibat dalam perkhemahan ini.

Idea untuk mengadakan perkhemahan pada tahun ini telah disuarakan oleh ahli

Jawatankuasa BSMM Detachment 88H sesi 2013/2014.

CARTA ALIR PROJEK ‘KEM KETRAMPILAN BSMM’

DETACHMENT 88H (KOLEJ KERIS MAS)

Mengenal dan

memilih projek MULA

Sediakan Kertas

Kerja & hantar

kepada Penyelia

Penyelia sahkan

TIDAK

Kertas cadangan

diluluskan

Mengumpul data

dan analisis projek

Penetapan

objektif/ sasaran

Cadangan

Penyelesaian

Persembahan &

Persetujuan Pihak

Pengurusan

TIDAK

Pelaksanaan

projek

Penilaian dan

Pemantauan TAMAT

CARTA GANTT PROJEK ‘KEM KETRAMPILAN BSMM’

DETACHMENT 88H (KOLEJ KERIS MAS)

Bulan 2013 2014

Aktiviti November Disember Januari Februari Mac

Mengenal Pasti Projek

Pemilihan Projek /

Masalah

Mengumpul Data dan

Analisis Projek

Penetapan Objektif/

Sasaran

Cadangan Penyelesaian

Persembahan dan

Persetujuan Pihak

Pengurusan

Pelaksanaan Projek

Penilaian dan

Pemantau

Penyeragaman

PERANCANGAN

PELAKSANAAN

JAWATAN DALAM PROJEK

Ahli Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas

KEMAHIRAN YANG DAPAT DITUNJUKKAN DI DALAM PROJEK

Kemahiran ini dapat dicapai melalui pengisian program dan aktiviti yang

kami jalankan. Antaranya ialah setiap aktiviti yang dijalankan perlu dilakukan

bersama-sama ahli kumpulan. Melalui cara ini , secara tidak langsung kemahiran

kepimpinan dan kerja pasukan wujud dalam projek ini sewaktu saya

menjalankan aktiviti ini.

LINK VIDEO

http://www.youtube.com/watch?v=wnqQXC3bG4Q&feature=youtu.be

KESAN KEPADA MAHASISWA/MAHASISWI

Kemahiran kepimpinan juga perlu dikuasai oleh mahasiswa. Mahasiswa

perlu tahu tentang tugasan yang diterima seterusnya melaksanakan tugasan

yang diberi dengan baik, menentukan tarikh akhir tugasan serta

menunjukkan kepimpinan dengan memberikan contoh-contoh yang baik

kepada orang lain atau rakan setugas yang lain.

Kemahiran kerja pasukan perlu ada dan dikuasai oleh mahasiswa yang

diingini majikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga menuntut

seseorang mahasiswa itu dapat membina hubungan yang positif dengan

rakan sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan

objektif perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti

kerja.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya , terdapat pelbagai manfaat yang

diperoleh hasil daripada projek ini. Selain itu, ianya membantu

mahasiswa dan mahasiswi melatih diri untuk bekerja secara

berkumpulan dan mencukil sifat pucuk kepimpinan. Bekerja di dalam

satu pasukan juga menuntut agar sesorang mahasiswa itu mampu serta

dapat membina hubungan yang positif dengan rakan sekerja, sekaligus

dapat membantu mencapai matlamat kerja dan mampu meningkatkan

kualiti kerja. Oleh itu, penting kepada mahasiswa agar dapat menguasai

kemahiran bekerja secara berpasukan agar mereka dapat menjalankan

kerja sekiranya diminta menguruskan sesuatu urusan secara

berkumpulan. Pendedahan yang diberikan atau yang ditimba ketika

menjalankan aktiviti perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh mahasiswa.

Tambahan pula, kemahiran kepimpinan juga perlu dikuasai oleh

mahasiswa. Mahasiswa perlu menunjukkan potensi sebagai seorang

pemimpin, yang mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan,

seterusnya melaksanakan tugas tersebut kerana ciri-ciri kepimpinan juga

akan dinilai oleh majikan. Mahasiswa juga perlu mampu menunjukkan

potensi dalam memotivasikan serta memberi dorongan kepada rakan

sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak.

Apa yang paling penting di dalam sikap kepimpinan ini ialah,

mahasiswa perlu tahu tentang tugasan yang diterima seterusnya

melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik, menentukan tarikh akhir

tugasan serta menunjukkan kepimpinan dengan memberikan contoh-

contoh yang baik kepada orang lain atau rakan setugas yang lain.

Kemahiran kepimpinan sebenarnya telah dipupuk ketika menuntut di

Universiti di kalangan mahasiswa, sama ada secara langsung mahupun

tidak langsung.