british mengeksploit ekonomi

Upload: arisya-syaari

Post on 10-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah Bab 6

TRANSCRIPT

BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI

BRITISH MENGEKSPLOIT EKONOMI PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGANNama ahli kumpulan:siti nuraisyah nur arienasharifah fatimahnur syazwienanurul najiha fais Kerajaan British Memajukan kegiatan Perlombongan dan Mengaut Keuntungan DaripadanyaEmas dilombong secara komersial di Raub, Pahang.Arang batu dilombong di Batu Arang , Selangor.Bauksit dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia (Johor) serta Teluk Emas (Melaka)Biji besi dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang.Ilmanit dilombong di Batang Padang, Perak.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH 1)Kekayaan bijih timah mendorong British menguasai tanah melayu. 2) Sebelum campur tangan British, kegiatan melombong bijih timah diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional. a. Mendulang -mendulang lazimnya dilakukan oleh kaum perempuan. -mereka berdiri di dalam anak sungai dan mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dengan dulang dan membasuhnya dengan air yang mengalir. -pasir dan lumpur yang lebih ringan akan dibawa arus sementara bijih timah yang berat akan mendap dalam dulang. b. Melampan -pelombong akan memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam palung yang dibuat daripada kayu. -penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah itu mengikut aliran air. -tanah yang lebih ringan akan dihanyut dan bijih timah yang berat akan ditinggalkan dalam palung. 3) Pada awal tahun 1820an, orang Cina mula dibawa masuk bekerja dilombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu seperti di daerah Lukut, Sungai Ujung, Larut dan Klang.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH4) Orang Cina dan Eropah kemudian dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar melayu.5) Penglibatan orang cina dalam perlombongan merancakkan kegiatan perusahaan bijih timah di tanah Melayu. a. Pelombong Cina memperkenalkan kaedah lombong dedah. -Melalui kaedah ini,pam kelikir digunakan untuk memancutkan air yang kuat ke arah tanah yang mengandungi bijih timah. -Lumpur yang mengandungi bijih timah dipam naik ke palung di mana bijih timah dikumpulkan. -Palung yang dibina mempunyai sekatan-sekatan kayu untuk menyekat bijih timah yang berat. b. Lombong-lombong baru mula dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta di Perak. c. Pelombong Cina telah berjaya menguasai pengeluaran bijih timah tanah melayu sehingga akhir kurun ke 19.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH6) Pada kurun ke 19, tanah melayu menjadi pengeluar bijih timah yang terbesar didunia. a. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah meningkatkan permintaan terhadap bijih timah. b. Bijih timah diperlukan dalam industri mengetin makanan. 7) Pada tahun 1930an, orang Eropah telah berjaya menguasai 75% daripada pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu. a. Syarikat-syarikat Eropah mula memperkenalkan kaedah melombong yang mengunakan kapal korek. b. Pengunaan kapal korek membolehkan bijih timah diperoleh dengan mudah dan banyak. c. Kapal korek yang pertama di Tanah Melayu diperkenalkan oleh syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah,Perak pada tahun 1912. d. Pada tahun 1929, terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu.

PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH8) Pada tahun 1930an, harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia.9) Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani pada tahun 1931 untuk membolehkan harga bijih timah di pasaran.a.Negara-negara yang terlibat ialah Tanah Melayu,Bolivia,Nigeria dan Indonesia.b.Semua negara bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah negara masing-masing.c.Pada tahun 1934,Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah.d.Kejayaan perjanjian tersebut menyebabkan harga bijih timah di pasaran dunia menjadi stabil.10) Bijih timah diproses menjadi jongkong sebelum dieksport ke luar negara. Soalan Apakah itu Bauksit?Berikan kegiatan perlombongan yang dimajukan oleh British?Cara apakah yang digunakan oleh orang Melayu untuk melombong bijih timah?Apakah kaedah yang lebih moden untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah?Berikan nama syarikat yang pertama memperkenalkan kapal korek di Tanah Melayu berserta tempat dan tahunnya.Nama ahli kumpulan:aisyaharienafatimahsyazwinanajiha