borang rumusan segak

Upload: jeremy-gregory

Post on 07-Jul-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 borang rumusan segak

    1/2

    KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

    Tanah air kita merupakan salah sebuah negara yang kian pesat membangun di rantau Asia. Pembangunan

    dari aspek ekonomi, politik dan sosial telah mula bercambah sejak sebelum mencapai kemerdekaan

    lagi.Segala-galanya bermula daripada pengorbanan para pejuang negara yang sanggup bermati-matian

    demi mencapai kemerdekaan untuk nusa tercinta. Pengorbanan mereka mestilah dikenang dan dihargai

    oleh generasi masa ini. Saban tahun, pihak kerajaan mengeluarkan sejumlah besar wang sebagai persiapan

    menyambut hari kemerdekaan. Persoalannya, apakah kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara

    kita?

     

    Salah satu kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita ialah kita dapat mengenang jasa

    tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk tanah air. Antara tokoh yang begitu berjasa

    kepada negara ialah Tunku Abdul Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela

    berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah darah mereka dijajah oleh kuasa

    asing sepertti British dan Jepun. Mereka juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah

    kemerdekaan. Jelaslah di sini bahawa kepentingan menyambut hari kemerdekaan di negara kita adalah

    untuk mengenang jasa tokoh.

     

    Selain itu, menyambut hari kemerdekaan adalah penting agar kita dapat mengukuhkan jati diri rakyat

    Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, generasi muda masa ini, terutamanya remaja semakin hilang jati diri.

    Mereka lebih gemar mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma

    masyarakat Timur. Lebih menyedihkan, ada antara kita yang sanggup memburukkan nama Malaysia di

    mata dunia. Jika diimbas kembali sejarah yang lepas, rakyat Indonesia telah memburukkan nama Malaysia

    di negara Asia dan negara Dunia Ketiga lantaran tidak berpuas hati apabila Sabah dan Sarawak menyertai

    Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Kini, rakyat negara kita pula mencemarkan nama negara di

    persada dunia. Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya selera. Sudah

    terang lagi bersuluh, bahawa menyambut hari kemerdekaan merupakan salah satu medium untuk 

    mengukuhkan jati diri.

     

    Seterusnya melalui sambutan hari kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara

    kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain

    kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dansejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.

    Melalui sambutan hari kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan

    negara yang kita cintai ini. Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati dan

    saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk dipertontonkan kepada masyarakat di luar

    negara. Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan perpaduan antara kaum.

     

    Di samping itu, melalui sambutan hari kemerdekaan, imej negara kita akan turut meningkat. Negara-negara

    asing akan mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera, Secara tidak 

    langsung, lebih ramai pelancong asing ingin berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing

  • 8/19/2019 borang rumusan segak

    2/2

    ingin melabur di negara kita. Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan negara sekali gus

    menjana ekonomi negara.

     

    Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia yang amat sayang akan negara, kit perlulah bersungguh-sungguh

    meraikan hari kemerdekaan di negara. Jadikanlah perang saudara, pergolakan, dan peperangan yangberlaku di sesetengah negara sebagai pengajaran. Tokoh sejarah terkenal, George Santayana pernah

    berkata, “sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula,” Oleh itu, kita sebagai rakyat

    Malaysia perlulah menghargai nikmat kemerdekaan yang kita kecapi ini.

    Posted by Subbash Ekambaram at 23:12

    Email This BlogThis! Share to Twitter  Share to Facebook 

    Labels: "#$# B%$&# B E"TS 1 SP'

    Reactions:

    https://www.blogger.com/profile/13148583957939609486http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.htmlhttp://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.htmlhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=emailhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=bloghttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=bloghttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=twitterhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=twitterhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=facebookhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=facebookhttp://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/search/label/KARANGAN%20BAHAGIAN%20B%20KERTAS%201%20SPMhttp://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/search/label/KARANGAN%20BAHAGIAN%20B%20KERTAS%201%20SPMhttp://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/2013/01/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.htmlhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=emailhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=bloghttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=twitterhttps://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1736622963302729707&postID=8884913163895374144&target=facebookhttp://karanganbahasamelayuspm.blogspot.my/search/label/KARANGAN%20BAHAGIAN%20B%20KERTAS%201%20SPMhttps://www.blogger.com/profile/13148583957939609486