borang penilaian pendidikan seni visual

4
BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL NAMA : NURUL ATHIRAH BINTI ZULKEFLEE TAJUK : CUCUK SANGGUL PERMAISURI PRODUK : ALAT PERHIASAN DIRI BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL KEMAHIRAN YANG DINILAI MARKAH PENILAIAN CATATAN PEMILIHAN MEDIA 19 Menggunakan media (mounting board, reben, labuci, lidi) dengan betul dan tepat. PEWUJUDAN IDEA 22 Cekap menggunakan sumber idea yang asli dan kreatif untuk menyampaikan mesej secara terus dan jelas. GUBAHAN 30 Dapat mengaplikasikan 5 atau 5 ke atas jenis warna dan 4- 5 asas seni reka dalam karya. KETEPATAN 5 Hasil karya dibuat mengikut ukuran saiz dan bentuk yang ditetapkan dengan tepat dan baik. KEMASAN 14 Cekap menghias cucuk sanggul

Upload: nurul-athirah

Post on 12-Dec-2015

212 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

borang penilaian

TRANSCRIPT

BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUALNAMA : NURUL ATHIRAH BINTI ZULKEFLEETAJUK: CUCUK SANGGUL PERMAISURIPRODUK : ALAT PERHIASAN DIRIBIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONALKEMAHIRAN YANG DINILAIMARKAH PENILAIANCATATAN

PEMILIHAN MEDIA

19Menggunakan media (mounting board, reben, labuci, lidi) dengan betul dan tepat.

PEWUJUDAN IDEA

22Cekap menggunakan sumber idea yang asli dan kreatif untuk menyampaikan mesej secara terus dan jelas.

GUBAHAN30Dapat mengaplikasikan 5 atau 5 ke atas jenis warna dan 4-5 asas seni reka dalam karya.

KETEPATAN5Hasil karya dibuat mengikut ukuran saiz dan bentuk yang ditetapkan dengan tepat dan baik.

KEMASAN14Cekap menghias cucuk sanggul dengan menggunakan pelbagai cara hiasan dengan baik, kreatif dan kemas.

JUMLAH90Hasil karya layak menerima markah penilaian yang telah diberikan

Refleksi

Bagi tugasan ini, saya telah memilih bidang mengenal kraf tradisional dengan membuat alat perhiasan diri dengan menghasilkan cucuk sanggul. Tajuk bagi tugasan ini ialah Cucuk Sanggul Permaisuri. Media yang diperlukan untuk membuat alat perhiasan diri ini ialah mounting board, reben, labuci dan lidi. Manakala alat yang diperlukan ialah gunting.Pada peringkat permulaan, saya telah menghasilkan lakaran awal cucuk sanggul di atas permukaan mounting board bagi memudahkan proses penghasilan cucuk sanggul tersebut. Setelah itu, saya telah memotong templat lakaran cucuk sanggul yang telah siap dengan berhati-hati. Seterusnya, saya meneruskan proses penghasilan cucuk sanggul ini dengan menghias templat yang telah digunting dengan menggunakan reben dan labuci. Untuk menghasilkan cucuk sanggul yang menarik, proses hiasan ini dilakukan dengan kemas dan teliti.Proses penghasilan cucuk sanggul ini sedikit sebanyak dapat melahirkan murid-murid yang teliti ketika menghasilkan sesuatu karya seni. Tambahan pula, alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan cucuk sanggul ini mudah diperoleh murid-murid, misalnya lidi yang mudah didapati tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penghasilan cucuk sanggul ini juga mampu meningkatkan kemahiran menggunakan gam dan menghias, sekali gus meningkatkan tahap kemahiran psikomotor halus pada jari. Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan dalam aktiviti penghasilan cucuk sanggul ini iaitu murid-murid mungkin tidak dapat menyiapkan cucuk sanggul dalam masa yang telah ditetapkan ekoran daripada produk ini memerlukan masa yang agak lama untuk menghias dan membuat kemasan. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk meminta murid menyiapkan hiasan yang asas terlebih dahulu sebelum mula membuat hiasan yang lebih kompleks.Saya juga telah diminta untuk menyediakan satu jadual rubrik pemarkahan yang terdiri daripada beberapa elemen penting. Malahan, setiap elemen yang ditekankan itu telah ditetapkan markah-markah tertentu bagi memudahkan proses penilaian dilaksanakan. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat bersyukur kerana dapat menghasilkan karya cucuk sanggul ini dengan baik bahkan, saya berjaya memahami proses pentaksiran karya seni berdasarkan kepada rubrik pemarkahan yang telah disediakan dengan betul dan tepat. Hasil Penilaian

Mengapa saya memilih aktiviti alat perhiasan diri.

Bagi tugasan ini, saya telah memilih aktiviti alat perhiasan diri iaitu menghasilkan cucuk sanggul bertajuk Cucuk Sanggul Permaisuri. Saya memilih aktiviti ini kerana saya melihat aktiviti ini sangat sesuai jika dilakukan dengan murid-murid di sekolah nanti. Hal ini adalah demikian kerana aktiviti ini mampu merangsang kreativiti murid-murid dalam menghias cucuk sanggul masing-masing bahkan, mereka dapat meningkatkan kemahiran psikomotor halus mereka dalam melakukan kerja-kerja menghias cucuk sanggul tersebut. Tambahan pula, aktiviti menghias ini tidak terhad, malah, murid-murid juga dapat menghias cucuk sanggul masing-masing tanpa batasan. Saya juga memilih aktiviti ini kerana saya gemar mencabar diri saya dalam meneroka pelbagai bahan hiasan serta meingkatkan kreativiti diri saya sendiri dalam menghasilkan cucuk sanggul. 90

100