borang pengesahan status tesist - fp.utm.my filekerangka alternatif pelajar dalam topik ikatan kimia...

28
Seya UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHANSTATUSTESIST JUDUL: KERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAI}I TOPIK IKATAN KIMIA. SESI PENGAJIAII : 2010/2011 MT]HAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH $uRUr BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / DoktorFalsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: l. Tesis adalah hakmilikUniversiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesisini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Silatandakan ( { ) SULIT (Mengandungi maklumat yangberdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia sep€rti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIARASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHADyang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh tl tl u Alamat Tetap: PJD 1O/4 LRG HJ ABD AZI1L, BUKIT GAMBIR 84800, LEDANG JOHOR Tarikh: 9 MEI20ll Namr Penyelie : DR JOHARI BIN SURIF Tarikh: 9 lVtEI20ll (TANDATANG PSZ 19: 16(Pind. l/97) cArArAN : ** i'?T[:il1]?fi]lil'ffi?*3T3, s'a rampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekalisebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. t Tesis dimaksudkan sebagai tesisbagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, ataudis€rtasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, ataul-aporan ProjekSarjana Muda (PSM)

Upload: haminh

Post on 12-Aug-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Seya

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST

JUDUL: KERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAI}I TOPIKIKATAN KIMIA.

SESI PENGAJIAII : 2010/2011

MT]HAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH$uRUr BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Silatandakan ( { )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia sep€rti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

tl

tlu

Alamat Tetap:PJD 1O/4 LRG HJ ABD AZI1L,BUKIT GAMBIR 84800, LEDANGJOHORTarikh: 9 MEI20ll

Namr Penyelie :DR JOHARI BIN SURIF

Tarikh: 9 lVtEI20ll

(TANDATANG

PSZ 19: 16 (Pind. l/97)

cArArAN : ** i'?T[:il1]?fi]lil'ffi?*3T3, s'a rampirkan surat daripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

t Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau dis€rtasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau l-aporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan pengijazahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan Kimia”.

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

KERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA

MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

PENGAKUAN PENULIS

“ Saya mengakui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

ii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW

Setinggi-tinggi Penghargaan Buat :

Ayahanda dan Ibunda Tercinta,

Misbah Bin Tubin dan Junidah Bte Subadi

Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu,

Mengandung, Melahirkan, Menjaga Dan Mendidikku,

Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa Kini,

Doa Dan Restumu,

Tetap Menjadi Sumber Inspirasi Kejayaanku,

Buat Selama-lamanya.

Buat Kekanda-Kekandaku,

Khairul Hazwan dan Muhammad Khairul Hamizan

Hidup Ini Penuh Dengan Ranjau Yang Berliku,

Hanya Keimanan & Ketaqwaan Sebagai Bekalan,

Untuk Kalian Menempuh Segalanya.

Buat Pensyarah Teristimewa,

Khas Ku Tujukan Kepada Dr. Johari Bin Surif,

Jasamu Akan Ku Kenang Sepanjang Masa,

Kerana Mendidik Diri Ini Menjadi Insan Berguna,

Untuk Agama, Bangsa Dan Negara.

Buat Teman Seperjuangan,

Hargailah Persahabatan Yang Telah Terjalin Antara Kita,

Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Dalam Diari Hati Ini,

Teruskan Perjuangan Kalian Sehingga Ke Akhir Hayat.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha

Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan izin

serta limpah kurnia-Nya. Maka, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat

disiapkan dengan jayanya hingga noktah terakhir.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Johari

Bin Surif selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing dan memberi

tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Begitu juga,

buat pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana

memberikan peluang yang seluas-luasnya untuk menjalankan kajian projek ini

dengan jayanya.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru serta pelajar-

pelajar sekolah menengah di daerah Johor Baharu kerana telah memberikan

kerjasama yang baik dalam proses menyiapkan kajian ini. Tidak ketinggalan buat

ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam segala hal yang dilakukan.

Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi semangat

dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga

segala pengorbanan, komitmen, kerjasama dan usaha yang diberikan, diberkati Allah

SWT dan hanya Dia sahaja yang Maha Berkuasa membalasnya. Semoga hasil

daripada kajian ini memberi manfaat kepada semua pihak dan pembaca.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

iv

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam

topik ikatan kimia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk

deskriptif. Kajian ini melibatkan 265 orang pelajar yang terdiri daripada 93 pelajar

lelaki dan 172 pelajar perempuan daripada tiga (3) buah sekolah di daerah Johor

Baharu yang dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Kerangka alternatif

pelajar ditentukan melalui soalan-soalan berbentuk objektif dan subjektif yang

terdapat dalam soal selidik. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan dan

peratusan digunakan dalam tatacara analisis. Dapatan menunjukkan berlaku

kerangka alternatif dalam kalangan pelajar dalam topik ikatan kimia dalam aspek

ikatan ionik dan ikatan kovalen, susunan elektron oktet atau duplet, daya antara

molekul, kekisi hablur dan sifat-sifat sebatian ionik dan sebatian kovalen.

Kesimpulannya, kerangka alternatif pelajar perlu dikenal pasti dan diperbetulkan

bagi mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kimia.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

v

Abstrack

The purpose of this study was to identify the student alternative frameworks

in chemical bond. The study was used descriptive design. The study involved 265

respondents comprising of 93 males and 172 females from three (3) schools at Johor

Baharu were chosen randomly. The determinations of student alternative framework

were determined in the questionnaire consist of objective and subjective questions

that was distributed to the students. The data were analyzed using frequently and

percentage. The result of the research showed that, student alternative frameworks in

chemical bond were related to ionic and covalent bond, octet or duplet electron

arrangement, intermolecular forces, lattice and physical properties of ionic and

covalent compound. As a conclusion, alternative frameworks in learning should be

identified and corrected to ensure the effectiveness of teaching and learning in

chemistry.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Kerangka Alternatif Pelajar 3

Terhadap Konsep Sains

1.2.2 Punca-Punca Yang Menyebabkan 5

Wujudnya Kerangka Alternatif

1.2.2.1 Pengalaman Harian

1.2.2.2 Penggunaan Bahasa Harian

1.2.2.3 Pengajaran Guru

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

vii

1.2.3 Implikasi-Implikasi Kerangka 7

Alternatif Dalam Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

1.2.4 Masalah Pelajar Untuk Menguasai 7

Mata Pelajaran Kimia Dalam Topik

Ikatan Kimia

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Konsep

1.8.2 Masalah

1.8.3 Kerangka Alternatif

1.8.4 Kimia

1.8.5 Ikatan Kimia

1.8.6 Mata Pelajaran Kimia

1.8.7 Pelajar

1.9 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kerangka Alternatif Dalam Kalangan Pelajar 16

2.3 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Topik Ikatan 17

Kimia

2.3.1 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Ikatan 19

Ionik Dan Ikatan Kovalen

2.3.2 Kerangka Alternatif Pelajar Dalam 22

Susunan Elektron Oktet Atau Duplet

2.3.3 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Kekisi 24

Hablur

2.3.4 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Daya 26

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

viii

Antara Molekul

2.3.5 Kerangka Alternatif Pelajar dalam 27

Sifat-Sifat Sebatian Ionik Dan

Sebatian Kovalen

2.4 Kesimpulan 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Lokasi Kajian 32

3.4 Sampel Dan Populasi Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Set Soal Selidik 35

3.6 Jangka Masa Kajian 36

3.7 Kesahan Instrumen 37

3.8 Prosedur Kajian 37

3.9 Kajian Rintis 39

3.10 Analisis Data 39

3.11 Kesimpulan 40

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 41

4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang 42

Responden

4.2.1 Latar Belakang Responden 42

Mengikut Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden 43

Mengikut Bangsa

4.2.3 Latar Belakang Responden 44

Mengikut Agama

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

ix

4.2.4 Latar Belakang Responden 45

Mengikut Gres Sains PMR

4.2.5 Latar Belakang Responden 46

Mengikut Gres Matematik PMR

4.3 Bahagian B : Analisis Deskriptif 46

4.3.1 Analisis Kekerapan dan Peratusan 47

Terhadap setiap Item

4.4 Kesimpulan 65

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Kajian 67

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 67

5.3.1 Latar Belakang Responden 68

5.3.2 Kerangka Alternatif Dalam Ikatan Ionik 69

Dan Ikatan Kovalen

5.3.3 Kerangka Alternatif Dalam Susunan 72

Elektron Oktet Atau Duplet

5.3.4 Kerangka Alternatif Pelajar dalam Kekisi 73

Hablur

5.3.5 Kerangka Alternatif Dalam Daya Antara 74

Molekul

5.3.6 Kerangka Alternatif Dalam Sifat-Sifat 76

Sebatian Ionik Dan Sebatian Kovalen

5.4 Rumusan Kajian 76

5.5 Impliksi-Implikasi Kajian 80

5.6 Cadangan Kajian lanjutan 84

5.7 Penutup 85

RUJUKAN 86 - 94

LAMPIRAN 95-111

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

x

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Oleh 33

Krejeic Dan Morgan

3.2 Taburan Bahagian Set Soal Selidik 35

3.3 Taburan Item Mengikut Aspek-Aspek 36

Kerangka Alternatif Pelajar Dalam Topik

Ikatan Kimia

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar 42

mengikut jantina

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar 43

mengikut bangsa

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar 44

mengikut agama

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan pelajar 45

mengikut pencapaian gred pelajar dalam

Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk

mata pelajaran sains

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xi

4.5 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut 46

pencapaian gred pelajar dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR) untuk mata

pelajaran matematik

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan item 1 47

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan item 2 49

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan item 3 50

4.9 Taburan kekerapan dan peratusan item 4 51

4.10 Taburan kekerapan dan peratusan item 5 52

4.11 Taburan kekerapan dan peratusan item 6 53

4.12 Taburan kekerapan dan peratusan item 7 54

4.13 Taburan kekerapan dan peratusan item 8 55

4.14 Taburan kekerapan dan peratusan item 9 56

4.15 Taburan kekerapan dan peratusan item 10 57

4.16 Taburan kekerapan dan peratusan item 11 58

4.17 Taburan kekerapan dan peratusan item 12 59

4.18 Taburan kekerapan dan peratusan item 13 60

4.19 Taburan kekerapan dan peratusan item 14 62

4.20 Taburan kekerapan dan peratusan item 15 64

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Tiga Aras Pengkonsepan Kimia 8

2.1 Pembentukan Natrium Klorida 19

2.2 Struktur Dua Dimensi Natrium Klorida 20

3.1 Reka Bentuk Kajian 31

3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 38

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik Kajian 94

B Surat Pengesahan Menjalankan 105

Kajian Kementerian Pelajaran

Malaysia

C Surat Pengesahan Menjalankan 106

Kajian Jabatan Pelajaran Johor

D Surat Pengesahan Pelajar 107

E Surat Pengesahan Menjalankan Kajian 108-110

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang sedang giat berusaha

menjadi sebuah negara maju. Sejajar dengan itu, pembangunan sains dan teknologi

merupakan sebahagian daripada usaha yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan

visi dan misi tersebut (Faizunniza dan Yusof Arshad, 2008). Pendidikan sains

merupakan salah satu aspek penting yang perlu diperkukuhkan memandangkan

kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem pendidikan sains yang

dilaksanakan (Faizunniza dan Yusof Arshad, 2008). Maka, dalam usaha melahirkan

individu yang sedemikian, pelajar bukan sahaja perlu mempelajari sains semata-mata

malah mereka harus mampu berfikir secara kreatif dan kritis tentang ilmu sains.

Selaras dengan itu, peranan golongan pendidik juga perlu diambil kira bagi

memastikan objektif pendidikan negara kita tercapai. Salah satu mata pelajaran

yang sangat penting dalam pendidikan sains adalah mata pelajaran kimia.

Berdasarkan Sukatan Pelajaran Malaysia, mata pelajaran kimia telah

diperkenalkan di sekolah menengah di negara ini sejak tahun 1972 (Chin Mei Tang

dan Aziz Nordin, 2008). Perlaksanaan ini bertujuan untuk membentuk minat pelajar

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

2  

dalam kimia, di samping menambah pengetahuan dan kemahiran asas sains. Kimia

mempunyai kaitan yang rapat dengan kehidupan manusia. Kimia merupakan salah

satu cabang sains yang penting dalam kehidupan harian. Kimia adalah satu cabang

ilmu dalam sains yang mengkaji bahan yang terdapat dalam alam semesta serta

perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan tersebut apabila saling berinteraksi

antara satu sama lain (Buni et al., 2001). Mata pelajaran kimia menekankan

penguasaan kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran mengendalikan sesuatu

maklumat dan kemahiran menyelesaikan masalah (Abu Hassan, 2003). Kepentingan

mata pelajaran kimia dalam pembangunan negara telah memberi suatu impak yang

besar. Para ahli kimia sangat diperlukan dalam pelbagai bidang termasuk

pemakanan, pertanian, perubatan dan industri. Sebagai contoh, perkembangan

industri kimia negara yang kian berkembang dalam pengeluaran minyak dan petrol di

peringkat dunia.

Salah satu topik yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran kimia KBSM

tingkatan empat adalah ikatan kimia. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat

pelajar yang masih lemah dalam menguasai topik ikatan kimia dan wujud kerangka

alternatif pelajar dalam topik ikatan kimia. Sehubungan dengan itu, kajian yang

lebih mendalam untuk mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam topik ikatan

kimia perlu dilaksanakan. Ikatan kimia merupakan satu tajuk yang sangat penting

kerana tajuk ini merupakan asas kepada pemahaman konsep-konsep sains dalam

tajuk yang seterusnya dalam mata pelajaran kimia. Maka, penguasaan pelajar

terhadap tajuk ikatan kimia mesti di ambil perhatian oleh para guru. Oleh yang

demikian, pelbagai strategi perlu di ambil oleh para guru bagi merealisasikan hasrat

tersebut.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

3  

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran kimia merupakan salah satu cabang sains yang dipelajari oleh

para pelajar di sekolah menengah. Namun, para pelajar sering beranggapan bahawa

mata pelajaran kimia adalah sukar dikuasai. Mata pelajaran kimia akan mudah

difahami jika para pelajar menguasai konsep-konsep yang merupakan asas bagi

memahami prinsip dan hukum sains yang lebih kompleks. Pemikiran ini seringkali

dikaitkan dengan kewujudan kerangka alternatif dalam pengkonsepan mereka.

1.2.1 Kerangka Alternatif Pelajar Terhadap Konsep Sains

Para pelajar didapati sukar menguasai mata pelajaran kimia. Hal yang

demikian berlaku kerana beberapa faktor. Antara faktor utama adalah disebabkan

oleh kewujudan kerangka alternatif. Kerangka alternatif adalah merujuk kepada

konsep sains alternatif yang diperoleh seseorang pelajar sebelum dan selepas mereka

menerima pengajaran formal di sekolah atau institusi pengajian (Schoon, Kenneth

James, 1989).

Para pelajar biasanya memiliki konsep sedia ada iaitu konsep yang dipegang

kuat hasil daripada interaksi para pelajar terhadap persekitaran dan pengalaman yang

dilalui oleh mereka. Malangnya, pemahaman para pelajar terhadap sesuatu konsep

berbeza dengan pendapat ahli-ahli sains. Masalah ini akan mempengaruhi

pemahaman para pelajar terhadap sesuatu konsep sains. Pemahaman seperti ini yang

wujud sebelum atau semasa proses pembelajaran menjadi suatu permasalahan yang

besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia akan mempengaruhi cara pelajar

memahami ilmu sains iaitu dengan mempengaruhi pembelajaran konsep sains yang

akan datang dan penghalang dalam memahami konsep sains yang sebenar (Haluk

Ozmen, 2004).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

4  

Banyak kajian telah dijalankan sebelum ini yang menunjukkan bahawa

pelajar membawa banyak kerangka alternatif dalam sesi pembelajaran yang boleh

mengganggu proses pemahaman konsep sains yang sebenar (Driver et al. 2000).

Perkara ini telah menyebabkan ramai pendidik menumpukan perhatian terhadap

menyelesaikan kesukaran dalam memahami konsep sains oleh pelajar sebelum,

semasa atau selepas sesi pembelajaran. Kerangka alternatif terjadi kerana

kepelbagaian interaksi fizikal dan sosial dengan dunia luar atau pengalaman,

interaksi dengan guru, masyarakat atau media (Gilbert et al. 1982).

Pemahaman yang berbeza dengan pendapat ahli sains ini dinamakan sebagai

kerangka alternatif. Terdapat pelbagai istilah-istilah yang digunakan bagi

menggambarkan maksud yang sama antaranya ialah miskonsepsi (Abimbola, 1988;

Brown, 1992; Chambers dan Andre, 1997; Din, 1998; Driver dan Easley, 1978;

Gonzalez, 1997; Griffiths, 1994; Griffiths et al., 1988; Griffiths dan Preston, 1992;

Helm, 1980; Hewsonand Hewson, 1984; Lawson dan Thompson, 1988; Michael,

2002; Nakhleh, 1992; Nussbaum, 1981; Schmidt, 1997; Treagust, 1988), alternatif

konsep (Astudillo dan Niaz, 1996; Driver dan Easley, 1978; Gilbert dan Swift,

1985; Niaz, 2001; Palmer, 2001; Taber, 2001; Wandersee et al., 1994), prakonsep

(Hashweh, 1988; Novak, 1977), kerangka alternatif (Driver, 1981; Driver dan

Easley, 1978; Gonzalez, 1997; Kuiper, 1994; Taber, 1999, 2001), kepercayaan naif

(Caramazza et al., 1981), teori naif (Resnik, 1983), konsep naif (Champagne et al.,

1983), intuisi sains pelajar (Sutton, 1980), kerangka konsep (Southerland et al.,

2001), sains pelajar (Gilbert et al., 1982; Osborne et al., 1983), kefahaman umum

(Hills, 1983), konsep kefahaman umum (Halloun and Hestenes, 1985), kerangka

alternatif konsep (Taber, 1998), konsep intuisi (Lee and Law, 2001), sains intuisi

(Preece, 1984), konsep alternatif sains (Gonzalez, 1997), teori intuisi pelajar

(Boujaoude, 1992), konsep pra sains (Good, 1991), persepsi berganti (Carter and

Brickhouse, 1989), keterangan pelajar dan sistem penjelasan (Champagne et al.,

1982), and ilmu spontan (Pines and West, 1986).

Dalam kajian ini, istilah kerangka alternatif yang sinonim dengan

miskonsepsi akan digunakan, sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Driver dan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

5  

Easley (1978). Kerangka alternatif bermaksud idea pelajar yang wujud setelah

melalui pendedahan terhadap teori sains, namun tidak selari dengan konsep sains

yang sebenar dan termasuk juga idea pelajar yang wujud disebabkan oleh kekeliruan.

Suatu idea atau konsep alternatif yang digunakan secara konsisten dalam lebih

daripada suatu konteks, maka, ia disebut sebagai kerangka alternatif (Boo, 1998).

1.2.2 Punca-punca yang Menyebabkan Wujudnya Kerangka Alternatif

Kerangka alternatif yang wujud dalam kalangan pelajar merupakan konsep

yang bertentangan dengan ahli sains. Maka, ia akan membantutkan proses

pengajaran dan pembelajaran. Antara punca-punca yang menyebabkan wujudnya

kerangka alternatif adalah seperti berikut:

1.2.2.1 Pengalaman Harian

Salah satu punca utama kerangka alternatif wujud dalam kalangan pelajar

ialah melalui pengalaman harian mereka. Para pelajar membuat tafsiran terhadap

sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling mereka berdasarkan pemerhatian

(Sequira & Leite, 1991). Kerangka alternatif terbentuk kerana para pelajar

mempercayai apa yang mereka perhatikan dan membuat kesimpulan mengikut

pamahaman mereka sendiri.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

6  

1.2.2.2 Penggunaan Bahasa Harian

Penggunaan bahasa seharian turut mempengaruhi para pelajar dalam

memahami sesuatu fenomena terutamanya konsep sains. Menurut Mohamad Yusof

et al., (2002) bahasa seharian yang menjadi medium komunikasi merupakan salah

satu faktor yang mempengaruhi kewujudan kerangka alternatif. Para pelajar

menafsirkan sesuatu fenomena berbeza dengan fakta sains. Malangnya, istilah-

istilah sains yang dipelajari juga tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

1.2.2.3 Pengajaran Guru

Guru-guru akan mempengaruhi para pelajar dalam memahami konsep sains

di dalam kelas. Kaedah pengajaran guru boleh menyebabkan berlakunya kerangka

alternatif dalam kalangan pelajar (Ivowi, 1984). Menurut Azizah dan Shahrom

(1999), kaedah pengajaran berpusatkan guru masih lagi diguna pakai oleh guru-guru

sains dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru-guru kurang perihatin

terhadap pengetahuan sedia ada para pelajar. Lantas, para guru hanya mengajarkan

fakta-fakta dan konsep-konsep sains tanpa pelajar memahaminya. Hal ini

menyebabkan, berlakunya kerangka alternatif dalam kalangan pelajar.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

7  

1.2.3 Implikasi-Implikasi Kerangka Alternatif Dalam Proses Pengajaran dan

Pembelajaran

Implikasi-implikasi akibat daripada wujudnya kerangka alternatif seperti

yang telah dinyatakan oleh Uthayakumari (2005) iaitu yang pertama, seandainya

kerangka alternatif tidak dapat dikesan dan tidak berjaya diubah dengan segera,

maka, ia akan menyebabkan pemahaman konsep yang salah. Kerangka alternatif ini

akan berlarutan sehingga ke peringkat universiti (Taber, 2000). Implikasi kedua

yang akan wujud ialah para pelajar yang tidak menguasai konsep sains akan

cenderung untuk menghafal tanpa kefahaman.

1.2.4 Masalah Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Kimia Dalam Topik

Ikatan Kimia

Konsep sains termasuklah konsep-konsep dalam topik ikatan kimia hanya

akan dapat difahami dengan tepat seandainya para pelajar menguasai tiga aras

pengkonsepsian iaitu makroskopik, mikroskopik, dan persimbolan yang saling

berkaitan antara satu sama lain.

Makroskopik merupakan perkara yang dapat dikesan melalui pancaindera,

iaitu perkara yang dapat dilihat, disentuh, dihidu dan dirasa. Sebagai contoh pada

peringkat makroskopik, pelajar akan melihat kepada ciri-ciri empirikal sesuatu

pepejal,cecair dan gas melalui kaedah eksperimen di makmal-makmal kimia begitu

juga dalam kehidupan seharian. Contohnya, jisim, ketumpatan, kepekatan, pH, dan

suhu. Maka, ia boleh diukur (Gilbert et al, 1982).

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

8  

Manakala, mikroskopik tidak dapat dikesan melalui pancaindera iaitu perkara

yang tidak dapat dilihat dan abstrak seperti atom, molekul dan proton dan elektron. Ia

juga sinonim dengan model. Pembinaan sesuatu model perlu untuk memberi

penerangan dengan lebih mudah terhadap segala fenomena sains yang berlaku. Pada

peringkat mikroskopik, ia menggunakan visual untuk menunjukkan sesuatu konsep

sains, sebagai contoh diagram dan graf dalam dua dimensi. Ia juga boleh

menggunakan bahan-bahan atau objek-objek tertentu seperti “ball-and-stick” dalam

tiga dimensi (Gilbert et al. 2000).

Persimbolan pula adalah membina simbol bagi mewakili sesuatu perkara.

Sebagai contoh, simbol-simbol tertentu bagi mewakili atom.

Makroskopik

Mikroskopik Simbolik

Rajah 1.1 : Tiga Aras Pengkonsepsian Kimia

Topik ikatan kimia turut melibatkan tiga aras pengkonsepan kimia khususnya

pada aras mikroskopik. Topik ikatan kimia merupakan tajuk yang agak sukar

difahami oleh kebanyakan para pelajar. Ia tidak dapat dijelaskan melalui pengalaman

mahupun persekitaran kerana ia memerlukan para pelajar untuk mengambarkan

bagaimana struktur atom dan bagaimana atom bertindak balas dengan atom lain

semasa membentuk ikatan kimia. Kegagalan dalam memahami tajuk ikatan kimia

akan menyebabkan para pelajar sukar menguasai topik-topik seterusnya kerana topik

ikatan kimia merupakan asas kepada konsep-konsep sains yang akan dipelajari kelak.

KONSEP KIMIA

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

9  

Menurut Ba’ayah (2003), permasalahan yang sering berlaku terhadap para

pelajar adalah gagal menguasai dengan baik konsep-konsep tersebut:

i. Tidak dapat menulis susunan elektron bagi ikatan ion dan ikatan kovalen yang

terbentuk.

ii. Tidak dapat melukis gambar rajah susunan elektron bagi menunjukkan

pembentukan ikatan ionik dan ikatan kovalen.

iii. Tidak dapat menggambarkan pembentukan ikatan ion dan ikatan kovalen.

iv. Keliru dalam membezakan ikatan ion dan ikatan kovalen.

v. Keliru dalam membezakan sifat-sifat sebatian ion dan kovalen.

Pelajar-pelajar didapati tidak dapat menghubungkan aras-aras pengkonsepan.

Para pelajar hanya mampu menguasai aras makroskopik, manakala aras mikroskopik

dan simbolik tidak dapat dihubungkan untuk menguasai topik ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam

topik ikatan kimia. Pelajar didapati sukar memahami dan mempelajari konsep sains

di semua peringkat persekolahan. Masalah ini telah menjadi serius dan pada tahap

yang amat membimbangkan (Hillar Saus dan Eve Kikas, 2003). Masalah ini

disebabkan oleh kewujudan kerangka alternatif dalam pengkonsepan pelajar.

Kerangka alternatif tersebut menyebabkan para pelajar sukar menguasai ketiga-tiga

aras pengkonsepan kimia iaitu aras makroskopik, mikroskopik dan simbolik bagi

memahami dan menguasai konsep ikatan kimia. Berasaskan kepada keadaan inilah

pengkaji telah membuat penyelidikan yang bertujuan untuk mengenal pasti kerangka

alternatif pelajar dalam topik ikatan kimia. Melalui kajian ini, kewujudan kerangka

alternatif yang dialami oleh pelajar dapat diketahui dengan lebih mendalam.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

10  

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam topik

ikatan kimia Untuk mencapai tujuan kajian ini, beberapa objektif telah dikenal pasti:

i. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam aspek ikatan ionik dan ikatan

kovalen.

ii. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam aspek susunan elektron oktet

atau duplet.

 

iii. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam aspek kekisi hablur.

 

iv. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam aspek daya antara molekul.

 

v. Mengenal pasti kerangka alternatif pelajar dalam aspek sifat-sifat sebatian ionik

dan sebatian kovalen.

1.5 Persoalan Kajian

Adalah diharapkan melalui kajian ini, persoalan-persoalan berikut akan

terjawab:

i. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam aspek ikatan ionik dan

ikatan kovalen?

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST - fp.utm.my fileKERANGKA ALTERNATIF PELAJAR DALAM TOPIK IKATAN KIMIA MUHAMMAD HAFIDZUDDIN BIN MISBAH Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

11  

ii. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam aspek susunan elektron

oktet atau duplet.

 

iii. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam aspek kekisis hablur.

 

iv. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam aspek daya antara molekul.

 

v. Apakah kerangka alternatif pelajar dalam aspek sifat-sifat sebatian

ionik dan sebatian kovalen.