ybhg. tan sri dato’ haji lodin bin wok · pdf filekepentingan mewujudkan agensi sektor...

28
1 AMANAT TAHUN BARU 2010 YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK KAMARUDDIN KETUA EKSEKUTIF LTAT DI DEWAN LTAT PADA 7 JANUARI 2010 (Khamis) JAM 8.45 PAGI

Upload: vodieu

Post on 26-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

1

AMANAT TAHUN BARU 2010

YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK KAMARUDDIN

KETUA EKSEKUTIF LTAT

DI DEWAN LTAT

PADA 7 JANUARI 2010 (Khamis)

JAM 8.45 PAGI

Page 2: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

2

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM YANG BERUSAHA PENGERUSI MAJLIS YBHG. DATUK HAJI ABDUL AZIZ ISMAIL TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF LTAT YBHG. DATUK ZAKARIA SHARIF PENGURUS BESAR PELABURAN I PN. RATHIYAH HASSAN PENGURUS BESAR (OPERASI) PN. MUSLEMAH JAAFAR PENGURUS BESAR (KEWANGAN) TN. HJ. ROSLAN ABU TALIB PENGURUS BESAR PELABURAN II KETUA-KETUA JABATAN DAN SETERUSNYA PEGAWAI/KAKITANGAN LTAT SEKALIAN ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

Page 3: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

3

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin danlimpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi di dalam majlis Amanat Tahun Baru bagi kita semua untuk kita sama-sama membuat penilaian ke atas pencapaian pada tahun lepas dan seterusnya menentukan strategi dan arah tuju LTAT bagi tahun 2010 dan tahun-tahun seterusnya. Tuan-tuan dan Puan-puan, Kemelesetan ekonomi global masih dirasai bagi sebahagian tahun2009 yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara membangunturut menjadi sederhana. Namun begitu, separuh kedua tahun 2009menunjukkan tanda-tanda pemulihan ekonomi global dengan langkah-langkah positif diambil oleh negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Europe dan United Kingdom yang berusaha meningkatkan kecairan dan mengekalkan kadar faedah rendah bagi menggalakkanpelaburan dan mengurangkan pengangguran. Pada masa yang sama, beberapa negara telah melaksanakan pakej rangsangan termasuk Malaysia bagi mengurangkan kesan krisis dan merangsang ekonomi.Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF mengunjurkan ekonomidunia menguncup pada kadar lebih rendah iaitu -1.1 peratus berbanding unjuran -1.4 peratus sebelumnya. Bagi tahun 2010 pula,ekonomi dunia dijangka kembali berkembang kukuh pada kadar 3.1 peratus.

Page 4: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

4

Ekonomi negara yang kini memasuki tempoh akhir Rancangan RMKe-9 juga telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Pertumbuhan ini adalah dipacu permintaan domestik khususnya perbelanjaan swastaserta pemulihan permintaan luar. Dua pakej rangsangan ekonomiberjumlah RM67 bilion yang diumumkan kerajaan sebelum ini sertapelaksanaan dasar monetari yang akomodatif telah membantu proses pemulihan ekonomi negara. Bagi tahun-tahun mendatang persekitaran ekonomi dunia dijangka lebih mencabar berikutan pertumbuhanekonomi yang perlahan di negara maju, harga tenaga dan komoditiyang tinggi dan ketidaktentuan geopolitik serta peningkatan persaingan daripada ekonomi baru muncul. Bagi memastikan Malaysia menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, strategi ekonomi makro adalah selarasdengan lima teras Misi Nasional iaitu mengurus kestabilan harga,meningkatkan daya saing, merangsang sumber baru pertumbuhan, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan pengurusan fiskal secara berhemat. Dalam tahun 2010, Kerajaan akan membentangkan duainisiatif penting iaitu pertama inisiatif jangka panjang melalui satu model baru ekonomi yang akan menjadi panduan hala tuju pembangunan negara menuju 2020 dan inisiatif kedua yang bersifat jangka pendekdan sederhana dalam RMKe-10 yang akan diumumkan pada pertengahan tahun 2010. Secara umumnya kita semua tahu, tahun 2009 merupakan tahun yang sukar bagi LTAT akibat keadaan ekonomi semasa negara yang belumpulih sepenuhnya dan ini menyebabkan pencapaian LTAT turut terjejas. Pada keseluruhannya berdasarkan Penyata Kewangan

Page 5: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

5

Yang Belum Diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember2009, kita telah berjaya mencatat jumlah pendapatan sebanyakRM548.00 juta setelah mengambil kira peningkatan nilai pelaburan jangka pendek berjumlah RM34.8 juta, iaitu menurun 13.2 peratus berbanding jumlah pendapatan yang dicapai dan diaudit dalamtahun 2008 sebanyak RM631.4 juta dan angka ini juga jauh lebih rendah dari sasaran pendapatan RM690.0 juta dalam Pelan IndukPelaburan (IMP) 2007-2013 LTAT. Pencapaian ini menggambarkan kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh kita untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya dalam keadaan ekonomi yang belum pulih sepenuhnya. Walau bagaimana pun keadaan ini dijangka bersifatsementara dan akan meningkat semula berdasarkan keadaanekonomi negara dan global yang terus menunjukkan pertumbuhanyang agak positif. Seterusnya prestasi pasaran saham tempatanjuga dijangka akan bertambah baik disokong prospek pemulihanekonomi tempatan dan global ini. Terbaru harga saham berada diparas tinggi pada hari dagangan pertama tahun ini dengan Indeks KLCI berada pada paras 1,275 mata dan kini setakat 6 Jan 2010 telah meningkat kepada paras 1,293.17 mata. Sasaran pendapatan tahun 2009 telah dikaji semula berbandingsasaran awal dalam IMP. Unjuran pendapatan di bawah IMP dibuatberdasarkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara purata 6.0%setahun. Walau bagaimanapun kadar pertumbuhan ekonomi semasatahun lepas adalah dianggarkan negatif atau sifar (tertakluk kepadamaklumat terkini dari BNM). Sekali lagi tindakan proaktif dan

Page 6: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

6

perancangan serta pilihan yang bijaksana oleh Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan dan syarikat-syarikat pelaburannya telah dapat mengurangkan kesan dari kelembapan ekonomi semasa. Pemberian faedah dan perkhidmatan kepada pencarum merupakankeutamaan dalam aktiviti kita. Ini juga adalah selaras dengan gagasan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Bagi tahun 2009, pihak Lembaga Pengarah telah meluluskan LTAT membayar dividen dan bonus sebanyak 14% kepada pencarum iaitu pecahannya Dividen pada kadar 7.0%, Bonus pada kadar 1.0%, dan Bonus Khasdalam bentuk Unit Amanah saham pada kadar 6.0%. Walau pun kadar tersebut adalah 2% lebih rendah berbanding dengan tahun 2008 iaitupada kadar 16%, namun demikian kadar yang diberikan masih kompetitif berbanding faedah yang diberikan di pasaran seperti ‘Fixed Deposit’ dan agensi-agensi yang mempunyai tanggungjawab yang sama. Kadar dividen dan bonus 14% ini melibatkan anggaranpembayaran keseluruhan berjumlah RM583.1 juta. Dengan kadar ini, purata kadar dividen dan bonus semenjak ditubuhkan bagi tempoh 37 tahun ialah 10.7%, 10 tahun 13.6%, dan 5 tahun 15.4%. Tuan-tuan dan Puan-puan, Bagi tahun 2009 LTAT telah dapat mencapai sebahagian besar KPIutamanya iaitu: Kadar Dividen dan Bonus kepada pencarum 14% berbanding

Page 7: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

7

sasaran 15%; Pulangan atas pelaburan (ROI) 8.64 % berbanding sasaran 7.3%;

Indeks kepuasan pelanggan 92.5% berbanding sasaran 90%;

Memproses 100% pengeluaran caruman biasa, hilang upaya dan

Khairat Kematian tidak melebihi 24 jam; Memproses 100% pengeluaran perumahan tidak melebihi 24 jam;

Berusaha mendapatkan Sijil Audit Bersih Audit Negara (dalam

proses); dan Nisbah kos kepada pendapatan 5.2% berbanding sasaran tidak

melebihi 5.0%. Bagi pencapaian nisbah kos kepada pendapatan amat penting kerana angka ini dapat menentukan kecekapan (efficiencies) dankeberkesanan (effectiveness) kita dalam mengawal kos operasi kita.Pencapaian KPI nisbah kos kepada pendapatan di bawah 5% tidak dapat dicapai kerana semakan semula jumlah pendapatan dan kos yang dibelanjakan adalah dikekalkan untuk tidak menjejaskan kualitiperkhidmatan kepada pencarum. Oleh itu kita perlu sama-sama menyumbang ke arah menjimatkan kos operasi dan berbelanja secaraberhemah dan mewujudkan sistem proses yang dapat meningkatkan

Page 8: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

8

mutu perkhidmatan kepada pencarum. Dalam tahun 2009, LTAT terus berusaha meningkatkan kualiti operasinya dan telah menyertai pencalonan anugerah AKPM. Walau pun LTAT tidak berjaya ke peringkat akhir tetapi telah dipilih untukdilawati oleh Panel Penilai dari MAMPU dan yang telah memberipenarafan 4 bintang dari 5 bintang yang disyaratkan untuk dipilih ke peringkat akhir. Kita memang berasa dukacita kerana tidak ke peringkatakhir anugerah AKPM, namun saya yakin semua yang terlibat telahberusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kita mematuhikriteria-kriteria seperti yang telah ditetapkan. Namun ada beberapa kriteria yang kita tidak berapa pasti dan tidak dimaklumkan sebelum initidak dapat dipatuhi. Saya berasa yakin sekiranya kita dapatmemperbaiki dan mematuhi kriteria-kriteria yang ada pasti kita akan meraih kejayaan untuk memenangi anugerah AKPM di masa akan datang. Bagi tahun 2010, anugerah AKPM akan ditukar nama kepadaanugerah kreativiti dan inovasi. Walau pun begitu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semuapegawai/kakitangan LTAT yang telah berusaha keras. Saya berharap kita akan terus memantapkan lagi sistem dan proses pengurusanorganisasi kita dan mengambil tindakan yang mana sesuai segalasaranan dan pandangan Panel Penilai. Ini selaras dengan dasarkerajaan untuk menggalak dan meningkatkan kesedaran tentangkepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang berteraskanbudaya berprestasi tinggi melalui pemberian pengiktirafan bintang. Pemberian penarafan bintang ini juga dapat memberi manfaat kepada

Page 9: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

9

agensi yang mengambil bahagian mengetahui tahap kecemerlanganserta kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan masing-masing bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Saya juga ingin maklumkan bahawa Kerajaan telah menimbang untuk meluluskan cadangan memanjangkan skim caruman wajib LTATkepada pegawai-pegawai ATM yang pada masa ini boleh mencarumsecara sukarela sahaja. Ini bermakna skop tanggungjawab LTATmenjadi lebih luas meliputi pegawai ATM dan bukan hanya AnggotaLain-Lain Pangkat (LLP) seperti pada masa ini. Buat pengetahuan semua, bila cadangan tersebut diluluskan, kita akan hanya menerimacaruman pegawai sahaja dan pihak kerajaan tidak akan memberi kitacaruman kerajaan. Walau bagaimanapun caruman kerajaan bersamadividen termasuk bonus yang layak sebagaimana yang diisytiharkanLTAT akan dibayar kelak kepada pencarum apabila mereka tamatperkhidmatan nanti. Saya suka menyeru kepada semua supayamembuat persediaan sewajarnya supaya jika cadangan ini dilaksanakan nanti tindakan seperti keperluan meminda Akta LTAT, proses pembayaran dan pemberian perkhidmatan kepada pelanggan yang lebih luas perlu dipertingkatkan. Tuan-tuan dan Puan-puan, Dalam keadaan senario ekonomi semasa negara dan global yangsemakin mencabar, kita menghadapi cabaran berat untuk mengekalkankeuntungan atau mencapai sasaran keuntungan kita sekiranya kita

Page 10: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

10

tidak menyusun langkah dan strategi yang tepat. Di LTAT, Lembaga Pengarah, Panel Pelaburan serta pengurusannya sentiasa peka danserius terhadap perubahan dasar dan perkembangan semasa ekonominegara, serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka aktiviti-aktiviti pelaburannya. Berasaskan kepada petunjuk-petunjuk terbaru ekonomi makro negara, pengurusan LTAT telah mengambilbeberapa langkah untuk menyemak semula portfolio pelaburannyadengan menjual saham-saham tidak menguntungkan dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada di pasaran tempatan, strategipemantauan pelaburan yang rapi ke atas portfolio pelaburan sertameningkatkan produktiviti, dan terus memberi fokus kepada penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pencarumnya.

Di samping itu, kita terus menyokong sepenuhnya inisiatif-inisiatif di bawah program transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Kitaakan terus memantau dengan rapi prestasi syarikat kumpulan kitaterutama Boustead Holdings Berhad dan Affin Holdings Berhad. Tuan-tuan dan Puan-puan, Semua Jabatan telah memainkan peranan masing-masing dengan baik bagi memastikan LTAT terus berupaya mengadakan faedah danmeningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pencarumnya. Setiap Jabatan telah mengadakan KPI utama Jabatan mengikut fungsi danobjektif penubuhan setiap Jabatan. Secara umum saya amat berpuas hati dengan prestasi semua jabatan kerana telah mencapai KPI

Page 11: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

11

masing-masing. Syabas saya ucapkan. Jabatan Pelaburan Dalam tahun 2009, Jabatan Pelaburan telah beroperasi dalam keadaan ekonomi yang agak sukar tetapi dengan strategi yang berkesan dan mantap serta pemantauan yang rapi ke atas pelaburan kita telah dapat memastikan pulangan pelaburan terus diperolehi dan seterusnya dapat membayar faedah dan dividen yang baik dan meningkat kepada pencarum. Saya suka menyeru Jabatan Pelaburan supaya terus memantapkan operasinya dalam semua aspek dan melaksanakan tugas dengan berhati-hati dan proaktif supaya prestasi keuntungan kita akan terusdipertahankan. Prestasi syarikat-syarikat pelaburan LTAT perlu lebih dipantau dengan lebih kerap dan pelaporan dibuat dengan lengkap.Kertas Kerja pelaburan juga perlu disediakan dengan berkualiti dengankajian terperinci dibuat supaya hanya pelaburan yang menguntungkan dan mempunyai prospek pertumbuhan yang baik yang akan diceburi.Kita merupakan antara agensi kerajaan yang terawal menubuhkanjabatan pengurusan risiko bagi memastikan pelaksanaan urus tadbir korporat yang baik dalam pengurusan dan operasi. Saya berharap jabatan pengurusan risiko dapat memainkan peranan yang aktif danmeningkatkan kepakaran untuk membantu jabatan pelaburan dalammengenal pasti risiko-risiko yang berkaitan pengurusan, kewangan,teknologi dan pasaran. Kita tidak perlu berkompromi dengan cadangan

Page 12: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

12

pelaburan yang tidak menguntungkan sebaliknya kita perlu berhati-hati agar pelaburan yang dipilih adalah selamat, dapat memberi pulanganbaik dan ditadbirkan dengan baik. Matlamat jangka panjang kita bukan hanya untuk bertahan menentang kesan krisis ekonomi tetapi yang lebih penting mengambil peluang pelaburan baru dalam keadaan ekonomi semasa untuk pencapaian yang lebih cemerlang. Jabatan Pelaburan perlu berusaha untuk meningkatkan kecekapan dankemahiran bagi memastikan pelaburan yang disyorkan adalah yang memberi pulangan yang paling tinggi. Jabatan Hal Ehwal Korporat Dan Pelanggan Jabatan Hal Ehwal Korporat Dan Pelanggan pula sebagai sebuah jabatan barisan hadapan memainkan peranan yang penting untuk merapatkan hubungan pencarum dengan LTAT. Melalui jabatan ini pelbagai perkhidmatan kepada pencarum LTAT telah dapatdilaksanakan seperti:

1. Memastikan sasaran pembayaran balik pengeluaran carumanberhenti dan pengeluaran untuk tujuan pembelian harta tak alih dibuat dalam tempoh 24 jam.

2. Mengadakan 136 program Taklimat dan program Sehari Bersama Pelanggan di unit-unit tentera di seluruh Malaysia termasukSabah dan Sarawak berbanding sasaran 120 program setahunyang ditetapkan. Soal selidik daripada pencarum amat penting

Page 13: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

13

untuk mendapatkan maklum balas mengenai keperluan faedahyang dikehendaki pencarum dan mutu perkhidmatan yang diberioleh LTAT untuk kita membuat penambahbaikan. Saya amat menitik berat dalam hal tersebut di mana laporan hasil soal selidikyang dibentangkan di dalam mesyuarat pengurusan dibincang dan diambil tindakan sewajarnya demi mempertingkatkan mutuperkhidmatan LTAT kepada pencarum;

3. Berjaya mengumpul 21,603 borang Maklum Balas Pencarum

berbanding sasaran 12,000 yang disarankan oleh pihak Llyodsdan mencapai indeks kepuasan pelanggan sebanyak 92.5% berbanding sasaran 90% bagi tahun 2009;

4. Mengendalikan pelbagai perkhidmatan kepada pencarum melalui

perkhidmatan kaunter, perkhidmatan e-kiosk dan penyediaan penyata secara berkesan dan mesra Pelanggan; dan

5. Bagi tahun 2009, sebanyak 51 e-Kiosk telah ditempatkan di kem-

kem tentera seluruh negara, manakala seramai 107,271 orang pencarum telah menggunakan perkhidmatan e-Kiosk. Ini membuktikan penyediaan kemudahan ini adalah tepat danberkesan. Tahun 2010, kita akan menambah lagi sebanyak 10 e-kiosk yang akan ditempatkan kebanyakannya di kedai-kedai Pernama. Selain dari itu, dimasa-masa akan datang kita akan mempunyai kemudahan pautan untuk menyalurkan maklumatdan hebahan terkini seperti maklumat mengenai Pernama,

Page 14: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

14

Perhebat dan PPHM. Saya berharap kita akan terus memberi keutamaan kepada peningkatan perkhidmatan kepada pencarum kita.

Jabatan Kewangan Jabatan Kewangan pula turut berjaya menyediakan Penyata Kewangan LTAT (Kumpulan & Induk) bagi tahun berakhir 31 Disember 2008mengikut jadual dan tanpa teguran. Ini merupakan tahun ke 9 berturut-turut LTAT menerima sijil tanpa teguran. Peraturan Kewangan LTAT telah berjaya disemak semula dan dilaksanakan. Ini mencerminkan pengurusan kewangan kita telah dapat mematuhi semua aspekkeperluan standard perakaunan di dalam negara dan jugaantarabangsa. Saya suka menyeru semua pihak di LTAT memahamidan mematuhi peraturan kewangan tersebut. Selain daripada itu Jabatan ini juga sedang dalam usahamelaksanakan pembayaran zakat untuk pendapatan yang diperoleh LTAT. Kita telah mendapat syor dan cara perkiraan dari Pusat Zakat.Tahun 2009 merupakan tahun pertama kita mula membuatpembayaran zakat ke atas pendapatan tahun tersebut. Dengan itu pendapatan LTAT adalah diperolehi melalui aktiviti yang mematuhi syariah dan di bayar zakat. Saya berharap Jabatan ini terus mengkaji proses automasi bagi pengurusan sistem kewangan selaras dengan status kita sebagai

Page 15: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

15

pemenang anugerah AKPK Tahun 2008. Jabatan Tenaga Manusia dan Pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia dan Pentadbiran juga telah memainkanperanan dengan baik dalam pengurusan pentadbiran, pengurusan aset dan pembangunan Modal Insan. Jabatan ini telah berjaya melaksanakan aktivitinya antara lain seperti berikut:-

1) Menyediakan perancangan dan pembangunan latihan kakitangan dengan sasaran petunjuk prestasi menghadiri kursustelah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya 45 jam atau 5 ½ hari berkursus daripada 40 jam sebelumnya. Saya berharap setiap pegawai/kakitangan janganlah mengikut kursus hanyabertujuan untuk memenuhi KPI tetapi kursus yang dihadirimestilah relevan dengan tugas dan dapat membantumeningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalammelaksanakan tugas dan tanggungjawab. Dalam keadaanperedaran semasa kita perlu senantiasa berusaha untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalambidang IT agar kita kekal relevan dan kompetatif berbandingdengan organisasi luar negara agar tidak ketinggalan;

2) Kemudahan kepada pegawai dan kakitangan LTAT terus

Page 16: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

16

ditingkatkan seperti penambahan panel klinik yang lebih banyak dan sedang dalam dalam proses membuat semakan gaji dan Skim Perkhidmatan dengan kerjasama Tetuan Watson Wyatt (M) Sdn. Bhd.;

3) Melaksanakan pengurusan pentadbiran secara automatik

seperti penggunaan Sistem Pengurusan My Asset iaitu selaras dengan pindaan Peraturan Kewangan (Semakan 2009) bagi memastikan pengurusan aset dan stor LTAT berjalan denganlancar dan teratur, Sistem Pengurusan Pelawat LTAT atau‘Visitor Management System (VMS) dan Sistem Perpustakaan LTAT SpeL yang telah dilancarkan sepenuhnya mulai 21Januari 2009.

Kita patut bersyukur dan berterima kasih kerana telah disediakan dengan skim perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran kerja yangbaik dan semua mestilah bertanggungjawab untuk menjaga setiap asetyang telah diamanahkan dengan baik dan teratur sebagaimana kitamenjaga harta milik kita sendiri. Semoga dengan kemudahan yang adakita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih cekap danefektif. Jabatan Audit Dalaman Bagi tahun 2009, Jabatan Audit Dalaman (JAD) telah melaksanakan sepenuhnya kawalan dalaman secara teratur dan telah menjalankan

Page 17: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

17

pengauditan dan pemeriksaan susulan ke atas dua puluh satu (21) projek audit berbanding sembilan belas (19) yang dirancang berdasarkan Jadual Audit Tahunan. Jabatan ini juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan audit kualiti untuk memastikanpelaksanaan sistem berkualiti dan persijilan ISO 9001:2008 dan ISO20000 dapat dikekalkan. Saya suka menyeru supaya kita melihat pengauditan sebagai ‘check and balance’ untuk tadbir urus yang baik. Persepsi JAD sebagai jabatan yang ditakuti perlu dihapuskan. Jika ada yang ragu-ragu tentang dasar perlulah disemak semula dengan pihak JAD agar tidakbercanggah dengan keputusan Kerajaan. Jabatan Prosesan dan Teknologi Maklumat JPTM telah berjaya memainkan peranan lebih aktif dan berjayamelaksanakan dan mendapat persijilan ISO 20000 PengurusanPerkhidmatan IT untuk pelanggan dalaman LTAT. Ini merupakanpencapaian membanggakan kita kerana tidak banyak syarikat atauagensi yang memperoleh persijilan ini. LTAT merupakan agensi kerajaan pertama di Malaysia mendapat persijilan ISO 20000. Padamasa ini hanya terdapat 4 agensi (termasuk LTAT) mempunyaipersijilan ini di Malaysia dan 400 agensi di seluruh dunia. Sayaberharap pelaksanaan perkhidmatan IT di bawah standard ini akanmelonjakkan standard penggunaan IT di LTAT dan menyumbangkepada peningkatan operasi dan sistem penyampaian perkhidmatankepada pencarum. Saya berharap usaha yang berterusan dibuat untuk

Page 18: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

18

memastikan segala kriteria untuk melayakkan LTAT mengekalkan persijilan ISO 20000 perlulah dipatuhi. Jabatan Perancangan Strategik dan Perlaksanaan Kualiti Dalam tahun 2009, Jabatan Perancangan Strategik dan PerlaksanaanKualiti telah memainkan peranan penting dalam membantu pihak pengurusan LTAT merancang dan melaksanakan beberapa dasarpenting LTAT seperti pelaksanaan sistem kualiti LTAT yang telahberjaya beralih daripada ISO 9001:2000 kepada standard ISO9001:2008 dan menyelaras pembangunan dan perlaksanaan ISO 20000:2005. Jabatan ini juga ditugaskan untuk menyediakan laporan-laporan seperti laporan AKPM dan sedang menyediakan Laporan Kajian SemulaPerancang Strategik LTAT dengan kerjasama semua jabatan selainmenerbitkan laporan tahunan mengikut sasaran masa yang ditetapkan. Saya berharap Jabatan ini akan terus bekerja keras membantu pihakPengurusan terutama dalam meneruskan agenda kualiti LTAT danmenyediakan perancangan strategik yang rapi dan menyeluruh bagi menangani kesan cabaran kemerosotan ekonomi global. Untuk makluman semua Pelan Induk Pelaburan LTAT 2007-2013 sedang dikaji semula dan akan dibuat lebih komprehensifmenggabungkan perancangan lain iaitu pengurusan sumber manusia,

Page 19: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

19

pengurusan pelaburan, pengurusan ICT, pengurusan pelanggan,pengurusan kewangan, pengurusan risiko, pengurusan audit dalamandan, pengurusan kualiti dan integriti. Jabatan PSPK telah diberi tugas untuk bertindak sebagai sekretariatkepada Jawatankuasa Semakan Semula Perancangan Strategik yangdipengerusikan oleh Timblan Ketua Eksekutif untuk menyemak semula unjuran-unjuran pendapatan dengan mengambilkira keadaan ekonomi semasa. Unjuran-unjuran sasaran IMP telah dibuat di bawah keadaan ekonomi yang bertumbuh lebih baik pada masa itu iaitu dengan andaian purata pertumbuhan ekonomi 6% setahun dan dengan itu sasaran adalah agak terlalu tinggi jika mengambil kira keadaansemasa. Perancangan strategik ini yang akan perlu disiapkan dalamsuku pertama Tahun 2010 ini. Jabatan Pengurusan Risiko Peranan Jabatan Pengurusan Risiko (JPR) ditingkatkan dalam mewujudkan amalan urus tadbir korporat yang cemerlang di LTATterutama dalam membuat penilaian aspek risiko pelaburan secara lebih terperinci meliputi pelaburan-pelaburan yang akan diceburi dan portfoliopelaburan yang sedia ada selain mengenal pasti dan membantu mewujudkan sistem pengurusan risiko di perbadanan LTAT. Jabatan ini memantau pencapaian pelaksanaan dan pencapaian KPI di LTAT. Untuk tahun 2010, JPR akan meneruskan aktiviti-aktiviti pengurusan

Page 20: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

20

risiko dan memantapkan lagi pengurusan risiko di LTAT, JPR akan melaksanakan amalan terbaik dari ‘Draft International Standard ISO/DIS 31000 Risk Management’ – ‘Principles and guidelines on implementation’. Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih di atas segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pegawai/kakitangan Jabatan-jabatan di LTAT dalam memastikan LTAT dapat melaksanakan operasinya dengan baik dan teratur dan mengikutkeperluan-keperluan urus tadbir Korporat yang terbaik. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Dari segi faedah-faedah yang diberikan kepada pencarum, LTATsenantiasa komited untuk menunaikan tanggungjawab yang dipikul dalam memberikan faedah-faedah terbaik kepada pencarum-pencarumnya. Bagi tahun 2009, LTAT telah berjaya:

• memberi pulangan kepada pencarum sebanyak 14.0% (dividen: 7%, bonus: 1% dan bonus khas: 6%). Kelulusan dari Kementerian Kewangan telah diperolehi bagi tujuan ini;

• membuat bayaran balik wang caruman kepada 5,198 pencarum

yang tamat perkhidmatan berjumlah RM587.5 juta;

Page 21: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

21

• membuat bayaran pengeluaran perumahan kepada 4,059

pencarum sebanyak RM20.4 juta bagi tujuan membeli rumah atau tanah;

• membuat bayaran sejumlah RM4.3 juta kepada 213 pencarum di

bawah Skim Khairat Kematian dan Hilang Upaya (bayaran sebanyak RM3.5 juta bagi Faedah Khairat Kematian dan RM0.8juta bagi Faedah Hilang Upaya);

• menyumbang sebanyak RM407,350 bagi bayaran insentif

kecemerlangan pelajaran kepada 571 anak-anak ATM yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR dan SPM;

• menyumbang sebanyak RM250,000 bagi menyokong Tabung Kempen Hari Pahlawan untuk anggota ATM;

• menyumbang sebanyak RM57,220 bagi menyokong aktiviti sosial

dan kebajikan kepada bekas tentera Malaysia melalui Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan sebanyak RM54,000 lagi kepada badan-badan sukan dan kebajikan lain di bawah KementerianPertahanan.

• LTAT dan syarikat Kumpulannya juga menyumbang sebanyak

RM75,000 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tenterasebagai sumbangan bungkusan Hari Raya untuk anggota-

Page 22: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

22

anggota ATM yang bertugas di perbatasan semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.

• menyumbang sebanyak RM3,947,875 kepada 3,977 anak-anak

anggota ATM di bawah Yayasan Warisan Perajurit yang telahditubuhkan dalam tahun 2000 hasil sumbangan dana dari anak-anak syarikat LTAT yang diterajui oleh Boustead Holdings Bhd;

• LTAT juga sedang merancang pendekatan yang lebih berkesan

bagi pemberian biasiswa supaya lebih banyak keluarga dapat dibantu melalui pendekatan ‘role-model’ di mana seorang ahli keluarga akan di kenal pasti untuk diberi biasiswa dan bimbingan ‘Tutor Online’ supaya berjaya dalam akademik dan menjadi ‘rolemodel’ dalam keluarga tersebut;

• YWP juga telah membuat pembayaran bantuan sara hidupsecara ‘toping up’ kepada 55 orang penerima bantuan denganjumlah bantuan bagi tahun 2009 sebanyak RM234,900menjadikan sehingga kini jumlah pembayaran menjadi RM2.1juta. Bantuan ‘toping up’ ini akan diberi kepada bekas anggotatentera yang mendapat bantuan pencen hilang upaya dan pencenperkhidmatan berjumlah kurang dari RM720 sebulan bagiSemenanjung, RM830 sebulan bagi Sarawak dan RM860sebulan bagi Sabah;

• Selain daripada itu, YWP juga telah membuat sumbangan sebuahbas bernilai RM350,000 kepada Pusat Pemulihan DalamKomuniti ATM. Sumbangan bas tersebut merupakan yang ke 3diberikan. YWP juga memberi sumbangan sejumlah 5,062

Page 23: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

23

naskah Al-Quran Bertajwid berserta Terjemahan kepadapegawai-pegawai ATM dan, pegawai dan kakitangan LTAT; dan

• Sehingga kini, YWP telah memberi sumbangan berbentuk

biasiswa dan sumbangan-sumbangan lain kepada 34,403 orang dengan nilai sebanyak RM32.9 juta;

• LTAT juga telah meneruskan agendanya untuk menyediakan

rumah-rumah kediaman untuk ditawarkan kepada anggota-anggota ATM dan sedang memberi fokus kepada penyiapanrumah-rumah di Taman LTAT, Bukit Jalil. Sehingga kini sebanyak 1,563 buah rumah kos rendah dan sederhana rendah telah dijualkepada anggota Angkatan Tentera Malaysia melalui projek perumahan Mutiara Rini (Johor), Mutiara Damansara (Selangor)dan Taman LTAT di Bukit Jalil. Tumpuan pada masa ini ialah untuk menyiapkan dan menyerahkan rumah di Taman LTAT Bukit Jalil kepada pencarum yang layak.

• Selain dari itu, Perbadanan-perbadanan milik LTAT terus

menyumbang kepada penyediaan faedah-faedah CSR kepada warga tentera. Sebagai contohnya PERNAMA telah menyediakanskim subsidi bagi 15 barangan ruji seperti beras, minyak masak,susu, kicap dan minuman dengan menjual barangan tersebutpada harga di bawah kos dan jauh lebih murah dari hargapasaran bertujuan membantu Warga Tentera menanganikenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

Page 24: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

24

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Bagi tahun 2010 ini, saya suka menggariskan beberapa matlamat yangtelah ditetapkan oleh Lembaga Pengarah LTAT yang perlu dicapaiseperti berikut:-

1. Mencapai 7 KPI utama LTAT iaitu:-

i. Mengisytiharkan kadar dividen dan bonus minimum 15% ii. Mencapai kadar pulangan pelaburan 9% iii. Mencapai indeks kepuasan pelanggan 90% iv. Mencapai nisbah kos kepada pendapatan 5% v. Memproses 100% pembayaran pengeluaran wang caruman

dalam masa 24 jam vi. Memproses 100% pembayaran pengeluaran perumahan

dalam masa 24 jam vii. Mengekalkan pencapaian Sijil Audit Tanpa Teguran.

2. Selain dari KPI di atas, sasaran pendapatan kita pada tahun 2010adalah sebanyak RM560.8 juta. Sasaran baru ini disediakan bagi mengambil kira keadaan ekonomi semasa. Sasaran asal di bawah IMP sebanyak RM750 juta telah dibuat berdasarkanunjuran pertumbuhan ekonomi negara pada 6.0%. Sekiranya keadaan ekonomi kembali pulih, kita akan menyemak semulasasaran tahun 2010 ini kepada paras yang lebih tinggi.

Page 25: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

25

3. Menerus dan meningkatkan perlaksanaan kualiti degan

mengekalkan persijilan ISO 9001:2008 dan ISO 20000:2005.Saya berharap kita bukan sekadar mendapatkan persijilan tetapiyang lebih penting bagaimana kita melaksanakan dengan berkesan piawaian ini bagi memberikan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu.

4. Terus mempertingkatkan laman web LTAT supaya lebih informatif dan maklumat-maklumat perlu dikemas kini dari masa ke semasasupaya ia memberikan gambaran sebenar mengenai kedudukansemasa LTAT dan memberi maklumat berguna kepada pencarumdan orang ramai.

5. Meneruskan usaha menyertai anugerah-anugerah kualiti yang

bersesuaian seperti AKPM, BIAPA, NACRA dan Laporan Tahunan.

6. Mengemas kini prosedur operasi dan pengurusan kita dari masa ke semasa termasuk Fail Meja masing-masing.

7. Memantapkan amalan integriti di LTAT dengan mengemas kini

Agenda Pelan Integriti LTAT, membuat penambahbaikan yangberterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan,melaksanakan amalan Urus Tadbir Korporat yang terbaik, mengadakan Penyata Kawalan Dalaman yang mencukupi dan

Page 26: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

26

menyediakan pegawai/kakitangan yang kompeten. Kita perlu ingat sebagai sebuah badan amanah mesti melaksanakanoperasinya secara berintegriti dan mematuhi tadbir urus korporatyang terbaik.

8. Melaksanakan amalan pengurusan tempat kerja yang sistematikdan berkesan dengan melaksanakan Program 5S atau singkatan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL di LTAT dan mendapatkan persijilan daripada pihak Malaysian Productivity Corporation (MPC). Program ini adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S ini, ianya dapat membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan wargakerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik,kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. Amalan 5S juga merupakan teknik yangberkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secaraberterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.Oleh itu, saya amat berharap cadangan amalan 5S dapatdilaksanakan dengan teratur dan berkesan bagi peningkatan produktiviti dan penjimatan kos terutama kos penyenggaraan diLTAT.

Saya juga menyeru semua pegawai/kakitangan LTAT terus berusahadengan lebih kuat lagi untuk meningkatkan prestasi masing-masing. KPI Individu yang memasuki tahun kelima pelaksanaannya tahun ini

Page 27: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

27

telah terbukti dapat mempertingkatkan lagi prestasi kita bekerja dan komitmen terhadap tugas masing-masing. Setiap pegawai/kakitanganmesti menghadiri kursus-kursus yang relevan seperti yang ditetapkandan menggunakan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi dalambidang kerja masing-masing. Latihan kepada pegawai/kakitangan yang baru perlu dibuat dengan sistematik supaya mereka dapat menjalankantugas dan mengambil alih tugas-tugas di LTAT kelak. Saya ingin menyeru pegawai atasan agar berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pegawai/kakitangan di bawahnya bagi memperkukuhkan mutu pengurusan jabatan masing-masing agar dapat menjadikan LTAT sebagai sebuah organisasi yang relevan dancemerlang. Pihak Pengurusan juga senantiasa mengambil berat hal-hal kebajikan pegawai/kakitangan LTAT. Saya percaya dengan adanya skimperkhidmatan yang baik, suasana tempat kerja yang selesa, di mana bangunan LTAT telah pun dinaikkan taraf dari segi kemudahan dan keselamatan semua pegawai/kakitangan LTAT akan dapat memberi tumpuan kepada tugas masing-masing. Ekonomi negara yang dijangka bergerak sederhana pada tahun ini perlu dijadikan asas pertimbangan tindakan kita supaya sentiasa bersedia dan lebih proaktif dalam melaksanakan tugas dan sentiasa mengutamakan pelanggan dan produktiviti sebagai menyahut seruan kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GPT) berdasarkanpendekatan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Kita juga

Page 28: YBHG. TAN SRI DATO’ HAJI LODIN BIN WOK  · PDF filekepentingan mewujudkan agensi sektor awam yang ... serantau dan juga ekonomi antarabangsa di dalam merangka ... Kertas Kerja

28

perlu menekankan kreativiti dan berinovasi kearah perkhidmatan yang cemerlang dan menjadi organisasi yang berprestasi tinggi dengantenaga kerja yang berkemahiran tinggi selaras dengan pendekatan Model Ekonomi Baru yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Untuk maklumat, kita sedang menyemak semula Skim Gaji dan Skim Perkhidmatan dengan bantuan Tetuan Watson Wyatt. Saya amat berharap setelah skim tersebut diterima, dilulus dan dilaksanakan,dengan skim gaji dan perkhidmatan yang lebih baik, kita akan bekerjadengan lebih bersungguh-sungguh dan menjadi lebih komited untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kita kepada LTAT. Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga kita bekerja dengan lebih kuatuntuk diri sendiri, keluarga dan LTAT. Selamat Maju Jaya kepada semua. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Dato’ Hj Lodin Bin Wok Kamaruddin

KETUA EKSEKUTIF

7 Januari 2010