borang pengesahan status tesis...4.3 analisis bahagian b (analisis item soal selidik) 57 4.3.1...

26
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KECENDERUNGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 1. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 3. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO. 298 FELDA TEMENTI, 28300 TRIANG, PAHANG. Tarikh: 21.APRIL 2009. _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES (NAMA PENYELIA) Tarikh : 21.APRIL 2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 20-Mar-2021

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KECENDERUNGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 1. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 3. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh _____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : NO. 298 FELDA TEMENTI, 28300 TRIANG, PAHANG. Tarikh: 21.APRIL 2009.

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA) EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES

(NAMA PENYELIA) Tarikh : 21.APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

Karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES

Tarikh : 21. APRIL . 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

KECENDERUNGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA

HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK.

MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penulis : MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE

Tarikh : 21. APRIL . 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

iii

DEDIKASI

Syukurku Kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Teristimewa buat……….

Ayahanda dan bonda yang disayangi

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Untuk isteri tercinta,

Suhana bt. Abdullah Sani

Yang sering memberi dorongan dan semangat

Puteriku yang dikasihi,

Nurirdina Dalili

Yang menjadi sumber kecekalan, ketabahan dan inspirasi

Jutaan terima kasih di atas dorongan, sokongan, pengorbanan, kesabaran dan doa

kalian yang tidak pernah pudar. Akan dikenang buat selamanya.

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM.....

Jasa kalian amat dihargai.

Terima kasih atas segala-galanya.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan

penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan

yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada

pensyarah penyelia, Encik Ahmad Johari b. Sihes atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari semua

yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung

dalam penulisan ini.

Sekian, Terima Kasih

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan menentukan pendekatan pembelajaran pelajar serta

hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 92 orang responden terdiri

daripada 46 orang pelajar PKPG dan 46 orang pelajar Perdana tahun akhir Fakulti

Pendidikan, UTM terlibat dalam kajian ini. Soalan soal selidik yang disediakan

berdasarkan Revised Two Factor Study Process Questionnaire (R-SPQ-2F) yang telah

diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis deskriktif dilakukan bagi menganalisis

kecenderungan pendekatan pembelajaran pelajar. Hasil kajian menunjukkan

keseluruhannya kecenderungan pendekatan mendalam lebih tinggi berbanding

pendekatan permukaan. Ujian t dijalankan bagi menganalisis faktor perbezaan jantina

serta perbezaan pengkhususan terhadap pendekatan pembelajaran permukaan serta

mendalam. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

pendekatan permukaan dan hubungan yang tidak signifikan bagi pendekatan mendalam

berdasarkan jantina. Ujian t pengkhususan pelajar menunjukkan keputusan dapatan yang

berbeza, iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap pendekatan permukaan

dan hubungan yang signifikan bagi pendekatan mendalam berdasarkan pengkhususan.

Manakala ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara pendekatan

pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian turut membuktikan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan permukaan dengan pencapaian

akademik. Manakala bagi pendekatan mendalam membuktikan wujudnya hubungan

signifikan positif yang lemah dengan pencapaian akademik. Beberapa cadangan

tindakan disarankan agar pendekatan mendalam diaplikasikan secara total dengan

melihat fokus pembelajaran merupakan pembelajaran sepanjang hayat.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to determine students learning approach and this

relationship with academic achievement. A total of 92 students consisting 46 PKPG

student and 46 final years mainstream students were involved in the study. Instrument

used was the Revised Two Factor Study Process Questionnaire (R-SPQ-2F ) that was

translated in Malay language. Descriptive analysis were made to analyze the tendencies

of the students learning approach. T-test were carried out to analyze the differences in

learning approach between gender and while course Pearson Correlation test were

carried out to determine the relationship between learning approach and academic

achievement. Result showed that overall student have greater tendency in deep approach

compared to surface approach. There is significant different in surface learning and no

significant different in deep approach based on gender. Result also showed that there is

no significant different in both surface and deep approach based on students course.

Meanwhile, there is no significant relationship between surface approach and academic

achievement, but there exist significant relationship between deep approach and

academic achievement. Several suggestions are presented to encourage deep learning

approach focusing learning process as a long life.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

viii

1.6 Hipotesis Kajian 10

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.10 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Teori Model 3P biggs 16

2.3 Pendekatan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar 19

2.4 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran Di

Kalangan Pelajar Faktor Perbezaan Jantina 29

2.5 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran Di

Kalangan Pelajar Faktor Perbezaan Pengkhususan. 31

2.6 Hubungan Jenis Pendekatan Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik. 33

2.7 Penutup 39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Populasi dan Sampelan Kajian 42

3.4 Instrumen Kajian 44

3.5 Prosedur Kajian 47

3.6 Kajian Rintis 47

3.7 Analisis Data 48

3.8 Keesahan Instrumen 51

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

ix

3.9 Penutup 52

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Bahagian A (Analisis Demografi Responden) 54

4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 54

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 55

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Pengkhususan 56

4.2.4 Taburan Responden Mengikut PNGK

Terkini 56

4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57

4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan

Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan

Pembelajaran Mendalam 57

4.3.2 Analisis Pendekatan Pembelajaran Permukaan

dan Mendalam Berdasarkan Jantina 65

4.3.3 Analisis Pendekatan Pembelajaran Permukaan

dan Mendalam Berdasarkan Pengkhususan 66

4.3.4 Hubungan Antara pendekatan Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akademik 68

4.4 Penutup 70

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

x

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 72

5.2.1 Demografi Responden 72

5.2.2 Perbincangan pendekatan Pembelajaran Di

Kalangan Pelajar PKPG dan Perdana 73

5.2.3 Perbincangan Pendekatan Pembelajaran

Permukaan dan Mendalam Berdasarkan

Jantina 76

5.2.4 Perbincangan Pendekatan Pembelajaran

Permukaan dan Mendalam Berdasarkan

Pengkhususan 77

5.2.5 Hubungan Pendekatan Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akademik 80

5.3 Kesimpulan 84

5.4 Cadangan Tindakan 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Penutup 89

RUJUKAN 90

LAMPIRAN 96

A Pengesahan Soal Selidik

B Soalan Soal Selidik

C Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis

D Data Analisis Dapatan Kajian

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Ciri-ciri dan Hasil Pembelajaran Bagi Setiap Pendekatan 6

2.1 Ciri-ciri pendekatan mendalam dan permukaan telah

diterjemahkan oleh Entwistle (1987) 19

3.1 Pembolehubah-pembolehubah Dalam Kajian 42

3.2 Jumlah Populasi dan Jumlah Sampel Dalam Kajian 43

3.3 Jadual Dimensi SPQ 45

3.4 Pembahagian Item Dalam R-SPQ-2F 46

3.5 Keterangan Skala Likert Dalam R-SPQ-2F 47

3.6 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Kajian Rintis 48

3.7 Penggunaan Keadah Statistik Mengikut Pecahan Objektif

Kajian 49

3.8 Klasifikasi Tindak Balas 50

3.9 Skala dan Tahap 51

3.10 Jadual Guilford’s Rule of Thum 51

4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 54

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 55

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 56

4.4 Taburan Responden Mengikut PNGK Terkini 56

4.5 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran

Permukaan 57

4.6 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran

Mendalam 61

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

xii

4.7 Analisis Perbandingan Purata Peratusan, Min Keseluruhan

dan Tahap Keputusan Jenis Pendekatan Pembelajaran 64

4.8 Analisis Ujian t Perbezaan Jantina Pendekatan Pembelajaran

Permukaan 65

4.9 Analisis Ujian t Perbezaan Jantina Pendekatan

Pembelajaran Mendalam 65

4.10 Analisis Ujian t Perbezaan Pengkhususan Pendekatan

Pembelajaran Permukaan 66

4.11 Analisis Ujian t Perbezaan Pengkhususan Pendekatan

Pembelajaran Mendalam 67

4.12 Analisis Hubungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan

Dengan Pencapaian Akademik 68

4.13 Analisis Hubungan Pendekatan Pembelajaran Mendalam

Dengan Pencapaian Akademik 69

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Proses Pembelajaran 3P Biggs 18

5.1 Hubungan Pendekatan Pembelajaran Dengan

Pencapaian Akademik Berdasarkan Teori 3P Biggs 83

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT = Institusi Pengajian Tinggi

JPTK = Jabatan Pengajian Tenik dan Kejuruteraan

LPQ = Learning Process Questionnaire

PKPG = Program Khas Pensiswazahan Guru

PNGK = Purata Nilai Gred Kumulatif

R-SPQ-2F = Revised Two Factor Study Process Questionnaire

SPH = Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPQ = Study Process Questionnaire

SPSS = Statistical Package Of Science

SPT = Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Pengesahan Soal Selidik 96

B Soalan Soal Selidik 97

C Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis 101

D Data Analisis Dapatan Kajian 102

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan matang semenjak Malaysia

mencapai kemerdekaan. Perubahan seperti ini boleh dianggap selaras dengan

perkembangan ekonomi negara. Untuk mengecapi kejayaan dalam setiap lapangan

kehidupan setiap individu perlu mempekasakan intelektual dan membina jati diri dengan

modal insan dan seterusnya memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara. Oleh

itu, bidang pendidikan sentiasa memainkan peranan yang amat penting. Bagi institusi

pengajian tinggi, tanggung jawabnya adalah untuk melahirkan pelajar yang

berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak. Maka, belajar merupakan satu proses

yang penting untuk menimba ilmu pengetahuan dalam meningkatkan tahap akademik

dan mengasahkan bakat serta potensi yang ada pada diri pelajar untuk kecemerlangan

kerjaya mereka di masa depan.

Dalam proses meningkatkan pencapaian akademik, proses pembelajaran adalah

peringkat utama. Walaupun secara lahiriahnya pelajar mempunyai tahap kebolehan

yang hampir sama tetapi pencapaian akademik mereka adalah berbeza. Percanggahan ini

mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran

seseorang. Memahami pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu pensyarah ke

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

2

arah menghasilkan pengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan

tugasan pembelajaran yang diberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry

et al., 2003), mendapati bahawa pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan

oleh tahap penglibatan mereka dalam subjek berkenaan iaitu menjurus kepada

pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar.

Biggs (1978), mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk sebagai

pendekatan permukaan, pendekatan mendalam dan pendekatan mencapai. Pendekatan

permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan pelajar belajar

secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan mendalam digunakan

apabila seseorang pelajar adalah dimotivasikan secara dalaman dan gemar menggunakan

strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan mencapai pula didorong oleh

motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakkan penggunaan strategi yang dapat

meningkatkan kemahiran belajar yang efektif. Dalam konteks ini gaya pengajaran

seseorang tenaga pengajar sama ada guru atau pensyarah perlu mempraktikan sesuatu

yang berbeza dalam pengajarannya kerana perubahan tingkah laku merupakan elemen

penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Biggs (1995), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran

melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai

dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi

motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan, strategi

pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang

kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran yang berbeza

bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga merupakan salah

satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran.

Ini dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam akademik .

Pada dasarnya banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian

akademik, kajian ini secara khusus ingin meneliti peranan dan kaitan antara pendekatan

pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Konstruk ini

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

3

dipercayai saling berkaitan dan dijangkakan memainkan peranan yang penting dalam

mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar.

Oleh yang demikian, kajian ini cuba menggabungkan pembolehubah pendekatan

pembelajaran pelajar dalam usaha untuk mengenal pasti perbezaan pendekatan yang

digunakan dan kaitannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Secara

khusus, kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara

pendekatan pembelajaran yang digunakan dengan pencapaian akademik di kalangan

pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam persekitaran yang berubah dengan begitu cepat, permintaan terhadap

pembelajaran sepanjang hayat memerlukan pembangunan amalan yang baru dalam

pendidikan tinggi. Pembangunan amalan baru perlu berlandaskan proses pembelajaran

pelajar. Kajian mengenai pembelajaran pelajar semakin memberi penekanan kepada

pendekatan pembelajaran pelajar. Ini berikutan pendekatan kurikulum yang berpusatkan

pelajar telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia (Berberoglu dan

Hei, 2003).

Menurut Shuell (1996), sekiranya pelajar ingin mempelajari sesuatu melalui cara

yang berkesan dan bersesuaian, maka tugas guru adalah membimbing pelajar dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar memperoleh

pencapaian tersebut. Adalah penting diingatkan bahawa apa yang dilakukan oleh pelajar

lebih penting dari apa yang dilakukan oleh guru.

Marton (1975), melalui kajiannya merumuskan terdapat dua dimensi berbeza

dalam pemprosesan maklumat oleh pelajar iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif

merupakan pengetahuan terdiri daripada cebisan idea dan pengumpulan fakta yang

sebenar tanpa melalui proses mengupas idea tersebut dengan lebih mendalam. Namun

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

4

dari aspek kualitatif, cebisan pengetahuan yang diperolahi merupakan sesuatu yang

bermakna pada seseorang.

Marton (1975), mendapati dimensi kuantitatif memproses maklumat secara

permukaan sahaja, berbeza dengan dimensi kualitatif dimana maklumat diproses secara

mendalam. Pendapatnya di dalam kajian yang dijalankan terdapat persamaan dengan

kajian oleh Biggs (1987). Pendekatan pembelajaran meliputi kedua-dua aspek niat dan

strategi pembelajaran seterusnya akan mempengaruhi kualiti hasil pelajaran. Dengan

kata lain, pegangan konsep pengetahuan yang berbeza akan menghasilkan pendekatan

pembelajaran yang secara langsung memberi impak kepada kualiti pembelajaran. Oleh

yang demikian, pendekatan pembelajaran menjadi satu yang tidak boleh diabaikan.

Apakah jenis atau kecenderungan pendekatan pembelajaran pelajar sama ada

pendekatan pembelajaran permukaan atau pendekatan pembelajaran mendalam? Situasi

ini adalah penting bagi pensyarah dalam mempelbagaikan strategi pengajaran mereka.

Malah, kajian pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu dalam peningkatan

pencapaian akademik. Hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian

akademik membantu guru atau pensyarah dan pelajar mengenal pasti cara belajar yang

berkesan dan berhasil.

Menurut Jones (2002), kajiannya banyak menunjukkan faktor peribadi yang

boleh mempengaruhi pendekatan pelajaran pelajar. Antaranya termasuklah konsep

pembelajaran, konsep kendiri, kecerdasan dan gaya peribadi. Malahan Biggs (1978)

telah menunjukkan pencapaian peperiksaan adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi

dan juga kedua-dua motivasi dan strategi. Oleh sebab itu, memahami ciri-ciri individu

seperti latar belakang pendidikan dan gaya pembelajaran merupakan asas penting untuk

guru membantu pelajar mencapai kejayaan.

Ramsden (1998), pula berpendapat, kejayaan seseorang pelajar diinterpetasikan

oleh gaya pengajaran guru dengan kecenderungan pelajar dengan melihat faktor peribadi

sebagai satu konsep sedia ada pelajar. Beliau juga menyatakan pengajaran merupakan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

5

proses meneroka konsep sedia ada pelajar dan membantu mereka berubah. Apabila

pengajaran guru berpadanan dengan pendekatan pembelajaran pelajar, motivasi dan

pencapaian pelajar meningkat.

Dunn dan Dunn (1995), dalam model gaya pembelajarannya, menunjukkan

hubungan yang positif antara pencapaian akademik pelajar dalam bilik darjah tradisional

dengan pengajaran yang berpadanan dengan pendekatan pembelajaran pelajar. Ini

bermakna pelajar yang menerima pengajaran sepadan dengan pendekatan

pembelajarannya cenderung memperoleh pencapaian lebih baik.

Menyelami gaya pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia,

keadaan dan proses pengajaran dan pembelajarannya sangat jauh berbeza berbanding

dengan pendidikan di sekolah. Barisan pensyarah sebagai tenaga pengajar di IPT

biasanya mengajar dengan menggunakan kaedah kuliah memandangkan bilangan

pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas. Para pelajar bertanggungjawab bagi

menguruskan pembelajaran masing-masing. Kejayan atau kegagalan dalam pelajaran

terletak di tangan pelajar sendiri. Kegagalan pelajar dalam mana-mana subjek akan

menjejaskan pencapaian keseluruhan pelajar kerana IPT menggunakan sistem semester.

Sistem semester adalah sistem pembelajaran yang instensif dan menggunakan penilaian

berterusan.

Persoalannya di sini, apakah cara pengajaran pensyarah dan pendekatan

pembelajaran pelajar akan memberikan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar

sepanjang bergelar siswa-siswi di universiti? Untuk mencapai keputusan yang

cemerlang dalam pelajaran, para pelajar perlu faham tentang gaya pembelajaran di

universiti yang menekankan kaedah kuliah sebagai wadah utama dalam penyampaian

maklumat. Menurut Biggs (1999), isu pengurusan menjadi semakin penting apabila

saiz kelas adalah besar kerana daripada segi pensyarah, saiz kelas menghalang

penggunaan strategi yang mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar (close contact)

sementara pelajar, saiz kelas bermakna mereka tiada identiti (anonymous).

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

6

Menurut Biggs dan Watkins (1995), pendekatan pembelajaran yang digunakan

oleh pelajar menentukan jenis dan kualiti hasil pembelajaran. Dilihat dari segi kognitif,

didapati pendekatan mendalam selaras dengan kegiatan yang kompleks strukturnya pada

peringkat menengah dan tinggi. Di samping itu, pendekatan permukaan tidak boleh

diabaikan walaupun pendekatan permukaan menggunakaan teknik hafalan atau

mengingat kembali isi pelajaran yang diajar namun, pendekatan permukaan juga perlu

untuk mempelajari maklumat yang tidak berkait antara satu sama lain.

Jadual 1.1 Ciri-ciri dan hasil pembelajaran bagi setiap pendekatan pembelajaran

Bersambung…

Pendekatan

Ciri-ciri

Hasil

Pendekatan

permukaan

♦ Digerakkan oleh keinginan untuk

hanya menghabiskan kursus.

♦ Bergantung kepada menghafal

fakta.

♦ Tidak membezakan antara

pengetahuan baru daripada

pengetahuan sedia ada

menggunakan teknik hafalan.

♦ Proses kognitif pada tahap

minimum/rendah.

♦ Pemahaman secara

am/umum bagi

keseluruhan

kursus/topik yang

dipelajari

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

7

…Sambungan

Pendekatan

Ciri-ciri

Hasil

Pendekatan

Mendalam

♦ Digerakkan oleh minat yang

mendalam terhadap subjek/kursus

mencari makna bagi sesuatu yang

dipelajari.

♦ Mengaitkan konsep dan pengalaman

sedia ada dengan yang baru.

♦ Membuat penilaian secara kritikal.

♦ Mengenal pasti konsep dan tema-

tema utama.

♦ Menghubungkaitkan pengetahuan

dengan pandangan sendiri.

♦ Menggunakan logik dan urutan

dalam menilai.

♦ Pemahaman secara

mendalam tentang

subjek/kursus/bahan

yang dipelajari.

♦ Penghayatan

terhadap makna

daripada fakta yang

dipelajari.

Pendekatan

mencapai

♦ Digerakkan oleh keinginan untuk

mendapat gred yang baik

♦ Mengaplikasi gabungan strategi

daripada pendekatan permukaan

atau pendekatan mendalam sesuai

dengan kehendak tugasan.

♦ Pelbagai tahap

pemahaman sesuai

dengan kehendak

kursus/ tugasan/

penilaian.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

8

1.3 Penyataan Masalah

g mereka lalui

emasa pembelajaran di universiti dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.

belajaran adalah

ompleks dan meliputi komponen afektif dan kognitif (Fraser, 1991).

Pembelajaran boleh berlaku dengan berbagai-bagai pendekatan. Terdapat pelajar

yang mengamalkan pendekatan permukaan yang berfokuskan mengingat fakta,

menghafal apa yang dipelajari dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Sebaliknya, terdapat pelajar yang mengamalkan pendekatan mendalam. Mereka yang

menggunakan pendekatan ini cuba memahami maksud dan mendapatkan idea serta

sebab di sebalik apa yang dipelajarinya. Selaku bakal pendidik generasi akan datang,

pelajar fakulti pendidikan seharusnya menekankan pendekatan pembelajaran yang boleh

menjana idea mereka dalam penyelesaian masalah kerana perkara yan

s

Usaha memupuk pendekatan pembelajaran mendalam di kalangan pelajar yang

menggemari pendekatan permukaan merupakan satu proses yang kompleks dan ciri-ciri

tertentu dalam kelas yang menggalakkan perkembangan usaha ini perlu diselidik. Malah,

proses mengenalpasti konteks pengajaran yang mempengaruhi pem

k

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS...4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57 4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan Pembelajaran

9

1.4 Objektif Kajian

ujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :

2. permukaan dan pendekatan

3. dan pendekatan

4. sti hubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian

akademik.

.5 Persoalan Kajian

mpat persoalan kajian telah dikemukakan di dalam kajian ini iaitu :

1. cenderungan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar PKPG dan

2. mbelajaran

3.

aran mendalam berbeza pengkhususan

4. an di antara jenis pendekatan

pembelajaran dengan pencapaian akademik?

T

1. Menentukan kecenderungan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar.

Membandingkan pendekatan pembelajaran

pembelajaran mendalam berdasarkan jantina.

Membandingkan pendekatan pembelajaran permukaan

pembelajaran mendalam berdasarkan pengkhususan pengajian.

Mengenalpa

1

E

Apakah ke

Perdana?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan jenis pendekatan pe

permukaan dan pendekatan pembelajaran mendalam berbeza jantina?

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan jenis pendekatan pembelajaran

permukaan dan pendekatan pembelaj

pengajian pelajar PKPG dan Perdana?

Adakah terdapat hubungan yang signifik