PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : KECENDERUNGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 1. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 3. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh _____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : NO. 298 FELDA TEMENTI, 28300 TRIANG, PAHANG. Tarikh: 21.APRIL 2009.
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA) EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES
(NAMA PENYELIA) Tarikh : 21.APRIL 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,
√
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
Karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia : EN. AHMAD JOHARI BIN SIHES
Tarikh : 21. APRIL . 2009
KECENDERUNGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN PELAJAR SERTA
HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK.
MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : MOHAMAD HARUL AZMI BIN ABAKINE
Tarikh : 21. APRIL . 2009
iii
DEDIKASI
Syukurku Kepada Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Teristimewa buat……….
Ayahanda dan bonda yang disayangi
Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,
Untuk isteri tercinta,
Suhana bt. Abdullah Sani
Yang sering memberi dorongan dan semangat
Puteriku yang dikasihi,
Nurirdina Dalili
Yang menjadi sumber kecekalan, ketabahan dan inspirasi
Jutaan terima kasih di atas dorongan, sokongan, pengorbanan, kesabaran dan doa
kalian yang tidak pernah pudar. Akan dikenang buat selamanya.
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM.....
Jasa kalian amat dihargai.
Terima kasih atas segala-galanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan
penulisan ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan
yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada
pensyarah penyelia, Encik Ahmad Johari b. Sihes atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari semua
yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-
rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung
dalam penulisan ini.
Sekian, Terima Kasih
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan menentukan pendekatan pembelajaran pelajar serta
hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 92 orang responden terdiri
daripada 46 orang pelajar PKPG dan 46 orang pelajar Perdana tahun akhir Fakulti
Pendidikan, UTM terlibat dalam kajian ini. Soalan soal selidik yang disediakan
berdasarkan Revised Two Factor Study Process Questionnaire (R-SPQ-2F) yang telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis deskriktif dilakukan bagi menganalisis
kecenderungan pendekatan pembelajaran pelajar. Hasil kajian menunjukkan
keseluruhannya kecenderungan pendekatan mendalam lebih tinggi berbanding
pendekatan permukaan. Ujian t dijalankan bagi menganalisis faktor perbezaan jantina
serta perbezaan pengkhususan terhadap pendekatan pembelajaran permukaan serta
mendalam. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
pendekatan permukaan dan hubungan yang tidak signifikan bagi pendekatan mendalam
berdasarkan jantina. Ujian t pengkhususan pelajar menunjukkan keputusan dapatan yang
berbeza, iaitu tidak terdapat hubungan yang signifikan terhadap pendekatan permukaan
dan hubungan yang signifikan bagi pendekatan mendalam berdasarkan pengkhususan.
Manakala ujian Korelasi Pearson dijalankan untuk melihat hubungan antara pendekatan
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian turut membuktikan tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara pendekatan permukaan dengan pencapaian
akademik. Manakala bagi pendekatan mendalam membuktikan wujudnya hubungan
signifikan positif yang lemah dengan pencapaian akademik. Beberapa cadangan
tindakan disarankan agar pendekatan mendalam diaplikasikan secara total dengan
melihat fokus pembelajaran merupakan pembelajaran sepanjang hayat.
vi
ABSTRACT
The aim of this study was to determine students learning approach and this
relationship with academic achievement. A total of 92 students consisting 46 PKPG
student and 46 final years mainstream students were involved in the study. Instrument
used was the Revised Two Factor Study Process Questionnaire (R-SPQ-2F ) that was
translated in Malay language. Descriptive analysis were made to analyze the tendencies
of the students learning approach. T-test were carried out to analyze the differences in
learning approach between gender and while course Pearson Correlation test were
carried out to determine the relationship between learning approach and academic
achievement. Result showed that overall student have greater tendency in deep approach
compared to surface approach. There is significant different in surface learning and no
significant different in deep approach based on gender. Result also showed that there is
no significant different in both surface and deep approach based on students course.
Meanwhile, there is no significant relationship between surface approach and academic
achievement, but there exist significant relationship between deep approach and
academic achievement. Several suggestions are presented to encourage deep learning
approach focusing learning process as a long life.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.10 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Teori Model 3P biggs 16
2.3 Pendekatan Pembelajaran Di Kalangan Pelajar 19
2.4 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar Faktor Perbezaan Jantina 29
2.5 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar Faktor Perbezaan Pengkhususan. 31
2.6 Hubungan Jenis Pendekatan Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik. 33
2.7 Penutup 39
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 40
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Populasi dan Sampelan Kajian 42
3.4 Instrumen Kajian 44
3.5 Prosedur Kajian 47
3.6 Kajian Rintis 47
3.7 Analisis Data 48
3.8 Keesahan Instrumen 51
ix
3.9 Penutup 52
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Bahagian A (Analisis Demografi Responden) 54
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 54
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 55
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Pengkhususan 56
4.2.4 Taburan Responden Mengikut PNGK
Terkini 56
4.3 Analisis Bahagian B (Analisis Item Soal Selidik) 57
4.3.1 Analisis Kecenderungan Pendekatan
Pembelajaran Permukaan dan Pendekatan
Pembelajaran Mendalam 57
4.3.2 Analisis Pendekatan Pembelajaran Permukaan
dan Mendalam Berdasarkan Jantina 65
4.3.3 Analisis Pendekatan Pembelajaran Permukaan
dan Mendalam Berdasarkan Pengkhususan 66
4.3.4 Hubungan Antara pendekatan Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik 68
4.4 Penutup 70
x
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Demografi Responden 72
5.2.2 Perbincangan pendekatan Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar PKPG dan Perdana 73
5.2.3 Perbincangan Pendekatan Pembelajaran
Permukaan dan Mendalam Berdasarkan
Jantina 76
5.2.4 Perbincangan Pendekatan Pembelajaran
Permukaan dan Mendalam Berdasarkan
Pengkhususan 77
5.2.5 Hubungan Pendekatan Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik 80
5.3 Kesimpulan 84
5.4 Cadangan Tindakan 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Penutup 89
RUJUKAN 90
LAMPIRAN 96
A Pengesahan Soal Selidik
B Soalan Soal Selidik
C Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis
D Data Analisis Dapatan Kajian
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Ciri-ciri dan Hasil Pembelajaran Bagi Setiap Pendekatan 6
2.1 Ciri-ciri pendekatan mendalam dan permukaan telah
diterjemahkan oleh Entwistle (1987) 19
3.1 Pembolehubah-pembolehubah Dalam Kajian 42
3.2 Jumlah Populasi dan Jumlah Sampel Dalam Kajian 43
3.3 Jadual Dimensi SPQ 45
3.4 Pembahagian Item Dalam R-SPQ-2F 46
3.5 Keterangan Skala Likert Dalam R-SPQ-2F 47
3.6 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Kajian Rintis 48
3.7 Penggunaan Keadah Statistik Mengikut Pecahan Objektif
Kajian 49
3.8 Klasifikasi Tindak Balas 50
3.9 Skala dan Tahap 51
3.10 Jadual Guilford’s Rule of Thum 51
4.1 Taburan Responden mengikut Jantina 54
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 55
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 56
4.4 Taburan Responden Mengikut PNGK Terkini 56
4.5 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran
Permukaan 57
4.6 Analisis Kecenderungan Pendekatan Pembelajaran
Mendalam 61
xii
4.7 Analisis Perbandingan Purata Peratusan, Min Keseluruhan
dan Tahap Keputusan Jenis Pendekatan Pembelajaran 64
4.8 Analisis Ujian t Perbezaan Jantina Pendekatan Pembelajaran
Permukaan 65
4.9 Analisis Ujian t Perbezaan Jantina Pendekatan
Pembelajaran Mendalam 65
4.10 Analisis Ujian t Perbezaan Pengkhususan Pendekatan
Pembelajaran Permukaan 66
4.11 Analisis Ujian t Perbezaan Pengkhususan Pendekatan
Pembelajaran Mendalam 67
4.12 Analisis Hubungan Pendekatan Pembelajaran Permukaan
Dengan Pencapaian Akademik 68
4.13 Analisis Hubungan Pendekatan Pembelajaran Mendalam
Dengan Pencapaian Akademik 69
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Proses Pembelajaran 3P Biggs 18
5.1 Hubungan Pendekatan Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik Berdasarkan Teori 3P Biggs 83
xiv
SENARAI SINGKATAN
IPT = Institusi Pengajian Tinggi
JPTK = Jabatan Pengajian Tenik dan Kejuruteraan
LPQ = Learning Process Questionnaire
PKPG = Program Khas Pensiswazahan Guru
PNGK = Purata Nilai Gred Kumulatif
R-SPQ-2F = Revised Two Factor Study Process Questionnaire
SPH = Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPQ = Study Process Questionnaire
SPSS = Statistical Package Of Science
SPT = Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
UTM = Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Pengesahan Soal Selidik 96
B Soalan Soal Selidik 97
C Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis 101
D Data Analisis Dapatan Kajian 102
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia telah banyak berubah dan matang semenjak Malaysia
mencapai kemerdekaan. Perubahan seperti ini boleh dianggap selaras dengan
perkembangan ekonomi negara. Untuk mengecapi kejayaan dalam setiap lapangan
kehidupan setiap individu perlu mempekasakan intelektual dan membina jati diri dengan
modal insan dan seterusnya memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara. Oleh
itu, bidang pendidikan sentiasa memainkan peranan yang amat penting. Bagi institusi
pengajian tinggi, tanggung jawabnya adalah untuk melahirkan pelajar yang
berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak. Maka, belajar merupakan satu proses
yang penting untuk menimba ilmu pengetahuan dalam meningkatkan tahap akademik
dan mengasahkan bakat serta potensi yang ada pada diri pelajar untuk kecemerlangan
kerjaya mereka di masa depan.
Dalam proses meningkatkan pencapaian akademik, proses pembelajaran adalah
peringkat utama. Walaupun secara lahiriahnya pelajar mempunyai tahap kebolehan
yang hampir sama tetapi pencapaian akademik mereka adalah berbeza. Percanggahan ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan pembelajaran
seseorang. Memahami pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu pensyarah ke
2
arah menghasilkan pengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan
tugasan pembelajaran yang diberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry
et al., 2003), mendapati bahawa pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan
oleh tahap penglibatan mereka dalam subjek berkenaan iaitu menjurus kepada
pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar.
Biggs (1978), mengusulkan tiga jenis pendekatan yang dapat dirujuk sebagai
pendekatan permukaan, pendekatan mendalam dan pendekatan mencapai. Pendekatan
permukaan adalah dari motivasi luaran dan pendekatan ini menggalakkan pelajar belajar
secara mekanikal melebihi belajar untuk pemahaman. Pendekatan mendalam digunakan
apabila seseorang pelajar adalah dimotivasikan secara dalaman dan gemar menggunakan
strategi untuk memaksimumkan pemahaman. Pendekatan mencapai pula didorong oleh
motif untuk mencapai kejayaan dan penggalakkan penggunaan strategi yang dapat
meningkatkan kemahiran belajar yang efektif. Dalam konteks ini gaya pengajaran
seseorang tenaga pengajar sama ada guru atau pensyarah perlu mempraktikan sesuatu
yang berbeza dalam pengajarannya kerana perubahan tingkah laku merupakan elemen
penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Biggs (1995), perbezaan ini berlaku kerana proses pembelajaran
melibatkan teknik yang kompleks, strategi dan pendekatan yang mana di arah oleh nilai
dan sikap yang relevan. Elemen-elemen yang terdapat dalam proses belajar merangkumi
motif, matlamat, sumber, kekangan, maklumat kemaskini, kebolehan, strategi
pemantauan dan ‘finalising’. Kesemua elemen ini memaparkan satu jaringan kerja yang
kompleks yang mana ia akan membawa kepada pendekatan pembelajaran yang berbeza
bagi individu. Suasana pengajaran yang sistematik dan harmoni juga merupakan salah
satu faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran.
Ini dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam akademik .
Pada dasarnya banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian
akademik, kajian ini secara khusus ingin meneliti peranan dan kaitan antara pendekatan
pembelajaran pelajar dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Konstruk ini
3
dipercayai saling berkaitan dan dijangkakan memainkan peranan yang penting dalam
mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar.
Oleh yang demikian, kajian ini cuba menggabungkan pembolehubah pendekatan
pembelajaran pelajar dalam usaha untuk mengenal pasti perbezaan pendekatan yang
digunakan dan kaitannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Secara
khusus, kajian ini bertujuan untuk menentukan sama ada terdapat hubungan antara
pendekatan pembelajaran yang digunakan dengan pencapaian akademik di kalangan
pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam persekitaran yang berubah dengan begitu cepat, permintaan terhadap
pembelajaran sepanjang hayat memerlukan pembangunan amalan yang baru dalam
pendidikan tinggi. Pembangunan amalan baru perlu berlandaskan proses pembelajaran
pelajar. Kajian mengenai pembelajaran pelajar semakin memberi penekanan kepada
pendekatan pembelajaran pelajar. Ini berikutan pendekatan kurikulum yang berpusatkan
pelajar telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia (Berberoglu dan
Hei, 2003).
Menurut Shuell (1996), sekiranya pelajar ingin mempelajari sesuatu melalui cara
yang berkesan dan bersesuaian, maka tugas guru adalah membimbing pelajar dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar memperoleh
pencapaian tersebut. Adalah penting diingatkan bahawa apa yang dilakukan oleh pelajar
lebih penting dari apa yang dilakukan oleh guru.
Marton (1975), melalui kajiannya merumuskan terdapat dua dimensi berbeza
dalam pemprosesan maklumat oleh pelajar iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif
merupakan pengetahuan terdiri daripada cebisan idea dan pengumpulan fakta yang
sebenar tanpa melalui proses mengupas idea tersebut dengan lebih mendalam. Namun
4
dari aspek kualitatif, cebisan pengetahuan yang diperolahi merupakan sesuatu yang
bermakna pada seseorang.
Marton (1975), mendapati dimensi kuantitatif memproses maklumat secara
permukaan sahaja, berbeza dengan dimensi kualitatif dimana maklumat diproses secara
mendalam. Pendapatnya di dalam kajian yang dijalankan terdapat persamaan dengan
kajian oleh Biggs (1987). Pendekatan pembelajaran meliputi kedua-dua aspek niat dan
strategi pembelajaran seterusnya akan mempengaruhi kualiti hasil pelajaran. Dengan
kata lain, pegangan konsep pengetahuan yang berbeza akan menghasilkan pendekatan
pembelajaran yang secara langsung memberi impak kepada kualiti pembelajaran. Oleh
yang demikian, pendekatan pembelajaran menjadi satu yang tidak boleh diabaikan.
Apakah jenis atau kecenderungan pendekatan pembelajaran pelajar sama ada
pendekatan pembelajaran permukaan atau pendekatan pembelajaran mendalam? Situasi
ini adalah penting bagi pensyarah dalam mempelbagaikan strategi pengajaran mereka.
Malah, kajian pendekatan pembelajaran pelajar dapat membantu dalam peningkatan
pencapaian akademik. Hubungan antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian
akademik membantu guru atau pensyarah dan pelajar mengenal pasti cara belajar yang
berkesan dan berhasil.
Menurut Jones (2002), kajiannya banyak menunjukkan faktor peribadi yang
boleh mempengaruhi pendekatan pelajaran pelajar. Antaranya termasuklah konsep
pembelajaran, konsep kendiri, kecerdasan dan gaya peribadi. Malahan Biggs (1978)
telah menunjukkan pencapaian peperiksaan adalah dipengaruhi oleh ciri-ciri peribadi
dan juga kedua-dua motivasi dan strategi. Oleh sebab itu, memahami ciri-ciri individu
seperti latar belakang pendidikan dan gaya pembelajaran merupakan asas penting untuk
guru membantu pelajar mencapai kejayaan.
Ramsden (1998), pula berpendapat, kejayaan seseorang pelajar diinterpetasikan
oleh gaya pengajaran guru dengan kecenderungan pelajar dengan melihat faktor peribadi
sebagai satu konsep sedia ada pelajar. Beliau juga menyatakan pengajaran merupakan
5
proses meneroka konsep sedia ada pelajar dan membantu mereka berubah. Apabila
pengajaran guru berpadanan dengan pendekatan pembelajaran pelajar, motivasi dan
pencapaian pelajar meningkat.
Dunn dan Dunn (1995), dalam model gaya pembelajarannya, menunjukkan
hubungan yang positif antara pencapaian akademik pelajar dalam bilik darjah tradisional
dengan pengajaran yang berpadanan dengan pendekatan pembelajaran pelajar. Ini
bermakna pelajar yang menerima pengajaran sepadan dengan pendekatan
pembelajarannya cenderung memperoleh pencapaian lebih baik.
Menyelami gaya pembelajaran di institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia,
keadaan dan proses pengajaran dan pembelajarannya sangat jauh berbeza berbanding
dengan pendidikan di sekolah. Barisan pensyarah sebagai tenaga pengajar di IPT
biasanya mengajar dengan menggunakan kaedah kuliah memandangkan bilangan
pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas. Para pelajar bertanggungjawab bagi
menguruskan pembelajaran masing-masing. Kejayan atau kegagalan dalam pelajaran
terletak di tangan pelajar sendiri. Kegagalan pelajar dalam mana-mana subjek akan
menjejaskan pencapaian keseluruhan pelajar kerana IPT menggunakan sistem semester.
Sistem semester adalah sistem pembelajaran yang instensif dan menggunakan penilaian
berterusan.
Persoalannya di sini, apakah cara pengajaran pensyarah dan pendekatan
pembelajaran pelajar akan memberikan kesan terhadap pencapaian akademik pelajar
sepanjang bergelar siswa-siswi di universiti? Untuk mencapai keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran, para pelajar perlu faham tentang gaya pembelajaran di
universiti yang menekankan kaedah kuliah sebagai wadah utama dalam penyampaian
maklumat. Menurut Biggs (1999), isu pengurusan menjadi semakin penting apabila
saiz kelas adalah besar kerana daripada segi pensyarah, saiz kelas menghalang
penggunaan strategi yang mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar (close contact)
sementara pelajar, saiz kelas bermakna mereka tiada identiti (anonymous).
6
Menurut Biggs dan Watkins (1995), pendekatan pembelajaran yang digunakan
oleh pelajar menentukan jenis dan kualiti hasil pembelajaran. Dilihat dari segi kognitif,
didapati pendekatan mendalam selaras dengan kegiatan yang kompleks strukturnya pada
peringkat menengah dan tinggi. Di samping itu, pendekatan permukaan tidak boleh
diabaikan walaupun pendekatan permukaan menggunakaan teknik hafalan atau
mengingat kembali isi pelajaran yang diajar namun, pendekatan permukaan juga perlu
untuk mempelajari maklumat yang tidak berkait antara satu sama lain.
Jadual 1.1 Ciri-ciri dan hasil pembelajaran bagi setiap pendekatan pembelajaran
Bersambung…
Pendekatan
Ciri-ciri
Hasil
Pendekatan
permukaan
♦ Digerakkan oleh keinginan untuk
hanya menghabiskan kursus.
♦ Bergantung kepada menghafal
fakta.
♦ Tidak membezakan antara
pengetahuan baru daripada
pengetahuan sedia ada
menggunakan teknik hafalan.
♦ Proses kognitif pada tahap
minimum/rendah.
♦ Pemahaman secara
am/umum bagi
keseluruhan
kursus/topik yang
dipelajari
7
…Sambungan
Pendekatan
Ciri-ciri
Hasil
Pendekatan
Mendalam
♦ Digerakkan oleh minat yang
mendalam terhadap subjek/kursus
mencari makna bagi sesuatu yang
dipelajari.
♦ Mengaitkan konsep dan pengalaman
sedia ada dengan yang baru.
♦ Membuat penilaian secara kritikal.
♦ Mengenal pasti konsep dan tema-
tema utama.
♦ Menghubungkaitkan pengetahuan
dengan pandangan sendiri.
♦ Menggunakan logik dan urutan
dalam menilai.
♦ Pemahaman secara
mendalam tentang
subjek/kursus/bahan
yang dipelajari.
♦ Penghayatan
terhadap makna
daripada fakta yang
dipelajari.
Pendekatan
mencapai
♦ Digerakkan oleh keinginan untuk
mendapat gred yang baik
♦ Mengaplikasi gabungan strategi
daripada pendekatan permukaan
atau pendekatan mendalam sesuai
dengan kehendak tugasan.
♦ Pelbagai tahap
pemahaman sesuai
dengan kehendak
kursus/ tugasan/
penilaian.
8
1.3 Penyataan Masalah
g mereka lalui
emasa pembelajaran di universiti dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.
belajaran adalah
ompleks dan meliputi komponen afektif dan kognitif (Fraser, 1991).
Pembelajaran boleh berlaku dengan berbagai-bagai pendekatan. Terdapat pelajar
yang mengamalkan pendekatan permukaan yang berfokuskan mengingat fakta,
menghafal apa yang dipelajari dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Sebaliknya, terdapat pelajar yang mengamalkan pendekatan mendalam. Mereka yang
menggunakan pendekatan ini cuba memahami maksud dan mendapatkan idea serta
sebab di sebalik apa yang dipelajarinya. Selaku bakal pendidik generasi akan datang,
pelajar fakulti pendidikan seharusnya menekankan pendekatan pembelajaran yang boleh
menjana idea mereka dalam penyelesaian masalah kerana perkara yan
s
Usaha memupuk pendekatan pembelajaran mendalam di kalangan pelajar yang
menggemari pendekatan permukaan merupakan satu proses yang kompleks dan ciri-ciri
tertentu dalam kelas yang menggalakkan perkembangan usaha ini perlu diselidik. Malah,
proses mengenalpasti konteks pengajaran yang mempengaruhi pem
k
9
1.4 Objektif Kajian
ujuan kajian ini dijalankan adalah untuk :
2. permukaan dan pendekatan
3. dan pendekatan
4. sti hubungan di antara pendekatan pembelajaran dengan pencapaian
akademik.
.5 Persoalan Kajian
mpat persoalan kajian telah dikemukakan di dalam kajian ini iaitu :
1. cenderungan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar PKPG dan
2. mbelajaran
3.
aran mendalam berbeza pengkhususan
4. an di antara jenis pendekatan
pembelajaran dengan pencapaian akademik?
T
1. Menentukan kecenderungan pendekatan pembelajaran di kalangan pelajar.
Membandingkan pendekatan pembelajaran
pembelajaran mendalam berdasarkan jantina.
Membandingkan pendekatan pembelajaran permukaan
pembelajaran mendalam berdasarkan pengkhususan pengajian.
Mengenalpa
1
E
Apakah ke
Perdana?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan jenis pendekatan pe
permukaan dan pendekatan pembelajaran mendalam berbeza jantina?
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan jenis pendekatan pembelajaran
permukaan dan pendekatan pembelaj
pengajian pelajar PKPG dan Perdana?
Adakah terdapat hubungan yang signifik