borang bercerita

3
BORANG BERCERITA (INDIVIDU) TAJUK CERITA : LIGADON NAMA PENGARANG : RASLIE JUMAAT NAMA PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH TAHUN TERBIT : 1990 BIL MUKA SURAT : 90 MUKA SURAT SINOPSIS CERITA : Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ligadon, Ligadon merupakan seorang pahlawan suku kaum Dusun,Sabah. Pada awal bab penceritaan mengisahkan Ligadon seorang yang nakal, Ligadon melarikan diri dari kampung untuk menyelamatkan nyawanya yang terancam kerana dia telah memukul seorang kawannya hingga menyebabkan kematian kawannya itu. Sepanjang penggembaraannya melarikan diri,Ligadon telah menempuh pelbagai halangan yang sangat mencemaskan, namun segala halangan itu dapat ditempuhi dengan bantuan cincin pusaka milik ibunya yang mempunyai kesaktian yang tersendiri. Ligadon telah dipertemukan dengan seorang lelaki tua, lelaki tua itu telah mengajar Ligadon ilmu persilatan. Setelah tamat mendalami ilmu persilatan,Ligadon menjadi seorang pahlawan yang sangat luar biasa. Selepas itu dia pulang semula ke kampung.untuk menemui kedua-dua orang tuanya. PENGARAN / NILAI- NILAI MURNI Kita hendaklah menjadi seorang yang baik dan sentiasa menghormati orang. Segala halangan dan cabaran yang mendatang hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran dan kegigihan.

Upload: shahida-ahmad

Post on 24-Jul-2015

82 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Borang bercerita

BORANG BERCERITA (INDIVIDU)

TAJUK CERITA : LIGADON

NAMA PENGARANG : RASLIE JUMAAT

NAMA PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA CAWANGAN SABAH

TAHUN TERBIT : 1990

BIL MUKA SURAT : 90 MUKA SURAT

SINOPSIS CERITA :

Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama Ligadon, Ligadon merupakan seorang pahlawan suku kaum Dusun,Sabah. Pada awal bab penceritaan mengisahkan Ligadon seorang yang nakal, Ligadon melarikan diri dari kampung untuk menyelamatkan nyawanya yang terancam kerana dia telah memukul seorang kawannya hingga menyebabkan kematian kawannya itu. Sepanjang penggembaraannya melarikan diri,Ligadon telah menempuh pelbagai halangan yang sangat mencemaskan, namun segala halangan itu dapat ditempuhi dengan bantuan cincin pusaka milik ibunya yang mempunyai kesaktian yang tersendiri. Ligadon telah dipertemukan dengan seorang lelaki tua, lelaki tua itu telah mengajar Ligadon ilmu persilatan. Setelah tamat mendalami ilmu persilatan,Ligadon menjadi seorang pahlawan yang sangat luar biasa. Selepas itu dia pulang semula ke kampung.untuk menemui kedua-dua orang tuanya.

PENGARAN / NILAI- NILAI MURNI

Kita hendaklah menjadi seorang yang baik dan sentiasa menghormati orang. Segala halangan dan cabaran yang mendatang hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran dan kegigihan.

Page 2: Borang bercerita

AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan

pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah .Contoh-contoh ajaran

sesat yang terdapat di Malaysia ialah Qadiani,Ayah Pin dan Tuhan Harun.

Punca ajaran sesat ialah terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri

seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya. Terdapat golongan

yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

Beberapa cara bagi menangani ajaran sesat daripada berleluasa ialah

melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat

dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran

secara formal atau tidak formal. Langkah kedua ialah   menyebarkan ajaran Islam,

Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai

kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

Langkah ketiga ialah kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang,

penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat

membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

Langkah yang seterusnya ialah  Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat

dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia

terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah

Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Pada pendapat saya ajaran sesat ini haruslah dihindari dan kita sebagai umat

Islam haruslah peka tentang bahayanya ajaran sesat ini yang boleh memesongkan

akidah umat Islam. Pengajaran di sini ialah kita haruslah berhati-hatilah kalau ingin

menyebarkan ajaran agama. Pastikan setiap akidah atau amalan ada sumbernya yang

sah daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi (sallallahu alaihi wasalam).

Page 3: Borang bercerita