bola tampar.docx

Upload: nur-radhiatan-mardhiah

Post on 08-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAANAlhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang di anugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya.Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan perhargaan ini kepada jurulatih saya, Encik Mohd Amirul bin Rosli kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Moga jasa baiknya akan di ganjari dengan kurniaan daripada Allah SWT yang tidak ternilai harganya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang turut terlibat dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberi sokongan moral yang tidak terhingga kepada saya hingga berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap kealpaan saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang mereka salurkan amat saya hargai Akhir kata , saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT memberkati hidup semua. Terima Kasih.

PENDAHULUANSejarah atau bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaan net dari sukan lawan tennis dan bola keranjang. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar bola melangkaui jaring kepada pihak lawan tiga kali berturut-turut. Di dalam sebuah buku bertajuk Sports and Games yang di karang oleh Howard Keith pada tahun 1942 telah menyatakan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada permainan Fraust Ball yang mana telah diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Pada tahun 1895 David McConnaugh telah memperkenalkan permainan Minton dan di bawa ke Amerika Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.Disamping itu, bola tampar merupakan satu sukan aktif disebabkan banyak serangan memerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring dan telah diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium YMCA oleh Prof. William J. Morgan pada tahun 1870-1942 sebagai suatu permainan rekreasi. Pada peringkat mula, permainan ini telah menggunakan bola keranjang, bola ini pula akan dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara seperti menimbang bola takraw. Kemudian jaring diletakkan di tengah dan beberapa peraturan juga telah diwujudkan.

SEJARAH BOLA TAMPARBola tampar berkembang pesat sejak mula dimainkan serta dinikmati oleh masyarakat di seluruh dunia. Walaupun sukan bola tampar bermula secara sederhana di Amerika Syarikat, sukan ini memberi kesan yang sungguh mendalam serta tidak diduga di seluruh dunia. Permainan bola tampar pada hari ini dimainkan dengan cara yang amat berbeza daripada permainan asalnya yang telah diciptakan. Permainan bola tampar dicipta oleh William G. Morgan, seorang pengarah pendidikan jasmani YMCA di Holyoke. Morgan mengambil keputusan menggabungkan elemen daripada beberapa permainan lain, iaitu bola keranjang, besbol, tenis dan bola baling, dalam mewujudkan satu permainan baru. Pada mulanya Morgan yang mencipta permainan ini, dikenali pertama kali sebagai mintonette, bagi menawarkan aktiviti fizikal kepada dan ketenangan yang kurang menggunakan tenaga fizikal kepada ahli perniagaan. Morgan meminjam net yang digunakan dalam permainan tenis untuk permainan ciptaannya, tetapi dibentangkan pada ketinggian 6 kaki, 6 inci (kira-kira 2 meter), hanya lebih tinggi sedikit daripada purata ketinggian kepala seseorang.Oleh sebab bola yang dimainkan itu boleh melambung, nama permainan ini ditukar kepada 'volleyball' atau bola tampar. Pertukaran nama permainan ini menyebabkannya semakin popular. Pada tahun 1900, permainan bola tampar mula diperkenalkan di Kanada. Kemudian permainan ini telah diperkenalkan di seluruh dunia misalnya negera Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico pada tahun 1909, Filipina pada tahun 1910, diikuti oleh negara China pada tahun 1913 dan Jepun pada tahun 1917.Pada tahun 1947, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris. Kejohanan bola tampar sedunia diadakan pertama kali pada tahun 1949. Pada tahun 1964, bola tampar diterima sebagai satu acara yang dipertandigkan dalam Sukan Olimpik. Pertubuhan Pemuda Kristian (YMCA) berperanan memperkenalkan permainan bola tampar di Malaysia. Memandangkan permainan ini semakin popular, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk menyusun aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan.PERATURAN PERMAINAN BOLA TAMPARKAWASAN GELANGGANG BOLA TAMPARZON BEBAS

ZON SERVIS5.30m8m3m 5m8 m2.70m

ZON HADAPANZON BELAKANGZON BELAKANG

ZON PENGGANTI

BANGKU PASUKANBANGKU PASUKAN

MEJA PENCATAT

JARING DAN TIANG Gelanggang permainan adalah sebuah segi empat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m, dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m dari permukaan permainan. Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di atas paksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5 cm lebar dan 1 m panjang dilekatkan tegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagai sebahagian daripada jaring. Dua antenna diikatkan pada luar setiap jalur tepi dan diletakkan bertentangan jaring. Kedua-dua antena dikira sebagai sebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan . Ketinggian jaring adalah berbeza antara lelaki dan perempuan iaitu 2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi perempuan. Ia diukur dari tengah gelanggang bermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring iaitu di atas garisan tepi, mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cm daripada tinggi rasmi. Tiang-tiang yang menyangga jaring mestilah bulat dan licin, dengan tingginya 2.55 m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasang pada tanah pada jarak antara 0.50 1.00 m daripada setiap garisan tepi.

BOLA Jenama bola yang sering digunakan dalam bola tampar ialah Mikasa Molten dan Aero. Namun kebiasannya jenama Mikasa selalu digunakan ketika tournament kerana kualiti dan mutu bola jenama ini adalah lebih baik. Berat bola tersebut antara 260-280 gram dan dalam lingkungan 65-67cm. Kebiasaannya saiz bola tampar adalah sama dengan saiz bola sepak tetapi bola sepak adalah lebih berat daripada bola tampar. Bola berbentuk sfera dengan permukaan mengandungi 12 atau lebih panel daripada kulit atau seakan kulit yang licin. Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut juga akan melantun semula dengan ketinggian aras pinggang.SKOR DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set sebelum dapat menentukan pemenang. Namun, keadaan ini berbeza bagi peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata. Oleh sebab itu, sekiranya kedua-dua pasukan di dapati terikat dengan 24-24 mata maka permainan akan tetap diteruskan sehingga salah satu daripada pasukan mendapat 2 mata lebih dari pihak lawan. Pertukaran tempat juga akan dilakukan setelah selesai setiap satu set sehingga tamat perlawanan. Disamping itu, kedua pasukan juga bergantung kepada sistem skor yang digunakan apabila salah satu daripada kesalahan-kesalahan yang mereka buat akan di denda satu mata atau servis akan diberikan kepada pasukan lawan. Pengadil juga akan memberhentikan perlawanan dengan membuat semua keputusan terakhir atas semua peraturan permainan. Pemain menyentuh net atau melebihi garisan tengah lapangan lawan. Bola terkena lantai dan ini akan menambahkan point bagi pihak lawan secara percuma. Melempar ataupun menangkap bola. Pemain menyentuh jaring. Pasuka menyentuh bola lebih dari tiga kali berturut-turut Pemain memijak garisan pihak lawan ketika servis. Bola jatuh diluar gelanggang atau pemain tersentuh bola tersebut sebelum bola itu terkeluar dari gelanggan. Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal terdapat (2) atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan kedudukan akan dibuat mengikut bilangan set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

PENGADIL Terdapat dua pengadil di setiap permainan dan dua lagi adalah pengadil untuk menjaga garisan supaya tidak menjadi kekeliruan bagi pengadil pertama dan kedua. Pengadil pertama dan kedua boleh meniupkan wisel semasa berlaku kesilapan permainan bagi menandakan sama ada mereka membenarkan atau menolak sesuatu permintaan pasukan. Kebiasannya, selepas sahaja pengadil meniupkan wisel ia akan membuat keputusan dengan menunjuk isyarat rasmi tangan. Contohnya, kesalahan yang terang berlaku, kesalahan pemain sendiri, dan kesalahan ketika membuat servis.TUGAS PENGADIL PERTAMATUGAS PENGADIL KEDUA

Menyemak keadaan kawasan bermain bola dan lain-lain peralatan. Menyemak sama ada kedudukan sebenar pemain di gelanggang sepadan dengan yang berada dalam boring barisan utama

Menjalankan lambungan syiling dengan kedua-dua kapten pasukan Memutuskan dan meniupkan wisel sekiranya terdapat kesalahan-kesalahan posisi pasukan yang menerima servis

Mengawal sesi memanaskan badan kedua-dua pasukan Mengawal tugas pencatat skor

Mendenda salah laku dan kelengahan Melaporkan masa rehat kedua dan penggantian kelima dan keenam kepada pengadil pertama dan jurulatih setiap pasukan.

Pengadil pertama akan berdiri di hujung jaring yang membahagiakan gelanggang bola tampar. Sudut pandangannya haruslah kira-kira 50cm di atas jaring manakala pengadil kedua berdiri berhampiran tiang di luar gelanggang bermain pada sebelah yang bertentangan dengan pengadil pertama.

KEDUDUKAN PEMAIN Ketika permainan berlangsung, 12 pemain akan berada di gelanggang pada satu-satu masa, 6 pemain setiap sebelah. 3 pemain akan berada di barisan hadapan manakala 3 pemain lagi akan berada di bahagian belakang. Setiap pemain mempunyai posisi yang khusus dengan mengikut strategi pasukan yang telah ditetapkan. Susun atur ini menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang permainan dijalankan. Ketika servis dilaksanakan setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul dan arah pergerakan giliran melakukan servis antara pemain adalah mengikut arah jam. Para pemain akan bertukar tempat ke posisi khusus di barisan depan dan belakang selepas sentuhan pertama servis. Pemain di hadapan dikenali sebagai pemain fawad manakala pemain belakang adalah pemain bek.

JENIS-JENIS PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPARDidalam bola tampar terdapat 5 jenis jenis pukulan yang akan diajar sebelum menyertai permainan : Servis (Serve) : Servis atas bahu : Servis bawah bahu Pukulan menyangga (Digging) Kumpulan mengumpan (Setting) Pukulan rejam (Spike) Menghalang (Blocking)

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR Corak permainan yang bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan untuk mengambil bola dan berbagai-bagai lagi. Bergerak memainkan peranan yang penting untuk melindungi rakan sepasukan dan sebagai persediaan untuk mengambil bola tanpa leka. Pergerakan sebenarnya adalah asas dalam permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa peka dan bergerak mengikut situasi permainan. Terdapat tiga jenis pergerakkan asas iaitu pergerakan kaki kehadapan, kaki ke sisi dan ke belakang. Dalam semua pergerakan, mata mestilah tertumpu ke arah bola. Pergerakan pemain selalunya ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang cukup berbeza dengan langkah silang kerana langkah silang digunakan untuk jarak yang lebih jauh.

PUKULAN MENYANGGA (DIGGING) Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola kepada pihak lawan. Sebelum pemain mahir dalam permainan bola tampar pemain perlu menguasai kemahiran asas ini. Disamping itu, untuk menyangga juga mempunyai teknik tangan atau jari yang betul seperti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini kebiasaanya, dilakukan pada aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan dan merupakan hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Bola bawah adalah lebih sukar untuk bertahan berbanding bola bebas. Rejaman yang keras biasanya ditahan oleh penahan menggunakan lengan bawahnya untuk pertahanan atau mengawal bola daripada jatuh ke lantai dan dalam permainan. Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga ke siku. Pemain juga mesti membengkokkan lutut untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik. Contohnya, apabila pihak lawan merejam bola atau bola dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala maka penerima hantaran akan menggunakan kemahiran menyangga untuk menyelamatkan pukulan.PUKULAN MENGUMPAN (SETTING)

Kedudukan paling penting dalam bola tampar ialah kedudukan pengumpan (setting). Mengumpan kebiasaannya adalah sentuhan kedua dibuat semasa permainan selepas hantaran diterima. Seorang pengumpan yang baik boleh menghantar bola pada ketinggian dan tempo yang berbeza. Setiap pemain sepatutnya boleh mengawal bola kedua dan memberi pemukul satu umpanan untuk mereka menyerang. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan ialah pergerakkan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Kemahiran mengumpan ini bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Tanpa umpanan yang baik dan tepat, ia menyulitkan perejam untuk merejam. Apabila melakukan umpanan, kaki kanan di hadapan sedikit dengan berat badan yang seimbang, lutut akan dibengkokkan dan bahagian belakang diluruskan kepala berada dihadapan bahu. Selepas itu, pemain akan gunakan kekuatan tangan dari keseluruhan badan untuk mengumpan bola dan pindahkan berat anda ke hadapan dan umpankan atas kaki kanan pemain. Sebaik sahaja pemain melepaskan bola, tangan pemain akan melebar sepenuhnya dan kaki kiri secara semula jadi masuk terus ke hadapan semasa bola dilepaskan.PUKULAN REJAM (SPIKE)

Merejam ialah satu serangan terhadap lawan dengan memukul bola dengan kuat. Lompatan berlaku selepas membuat pendekatan dan sebelum mengayun tangan. Tujuan rejaman ialah untuk mematikan servis di dalam gelanggan pihak lawan. Elemen penting dalam melakukan serangan atau merejam adalah ayunan tangan. Kedua-dua tangan ke atas melepasi paras kepala semasa pemain memulakan lonjakkan. Semasa di udara pula, pemain hendaklah membengkokkan badan dan memukul bola. Bagaimanapun, pemain perlu ada pada kedudukan rendah secukupnya untuk menghasilkan tenaga yang banyak bagi mengerakkan diri ke udara. Pemain perlu bersedia berdiri berdekatan dengan jaring dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan pemain. Semasa bola mula menjunam ke bawah, pemain perlu melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam gelanggang pihak lawan. Selepas itu, pemain perlu berpijak pada kedudukan seimbang dengan kedua-dua kaki tepahat di lantai pada jarak selebar bahu. Mata akan diperoleh sekiranya bola tidak dapat di ambil oleh pihak lawan dan berjaya menjejaki ke lantai gelanggang.

MENGHADANG

Menghadang adalah kemahiran yang terakhir yang dipelajari kerana ketiadaan serangan yang kuat wujud untuk dihalang pada tahap ini. Pengawalan bola yang tidak konsisten ialah satu lagi faktor menjadikan keperluan menghadang minimum. Menghadang paling sesuai adalah untuk menolak atau membiaskan bola akibat serangan pihak lawan yang mengunakan teknik merejam. Konsep menghadang yang penting untuk para pemain memahami ialah mereka adalah sebahagian daripada sistem pertahanan pasukan.

Menghadang adalah salah satu kemahiran yang sukar untuk diajar. Pertama, pemain perlu tahu jika dia seorang penghadang yang boleh menembusi dan menutup puncak jaring atau pemain tersebut adalah penghadang yang lembut. Menutup jaring bermaksud pemain tidak meninggalkan ruang untuk bola berada di antara mereka dengan jaring. Tangan pemain juga mencapai paras atas jaring dan menembusi sebelah lawan. Bagi pemain yang tidak mencukupi ketinggian untuk meletakkan tangan mereka melangkaui jaring, maka mereka terpaksa membuat halangan lembut iaitu persiapkan diri mereka pada sudut serangan lawan mereka daripada membiarkan pihak lawan menyerang pada jaring terbuka. Gerakkan kebiasaannya dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan.

PUKULAN SERVIS Servis adalah satu langkah awal untuk memulakan permainan bola tampar dan boleh juga menjadi serangan pertama yang dilancarkan dalam permainan bola tampar. Servis terdiri daripada servis atas bahu dan servis bawah bahu.

SERVIS ATAS BAHU

Servis atas bahu merupakan servis yang kebanyakkannya dilakukan oleh pemain lelaki dengan kekuatan tangan yang sangat kuat. Tidak semua pemain perempuan mampu melalukan servis atas bahu ini. Servis atas bahu mampu merancang dengan tepat kemana bola tersebut harus ditujukan dan akan mnyukarkan pihak lawan untuk menyambut bola tersebut kerana bola terlalu banyak bergerak diudara sebelum sampai ke arahnya. Oleh itu, pemain dari pasukan lawan kebanyakkannya akan membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul dan gagal membuat hantaran yang baik. Pada peringkat awal servis, pemain akan memegang bola dengan tangan yang tidak membuat servis, tapak tangan akan menghala ke atas. Tangan ini berada di depan bahu yang mana servis akan dilakukan, dianjurkan ke depan tetapi dengan keadaan yang tenang. Sediakan tangan yang akan melakukan servis agar siku dan tangan di atas paras telinga dan tangan terbuka. Lambung bola di atas kepala supaya pemain boleh membuat pukulan pada hujung tangan yang dipanjang.

SERVIS BAWAH BAHU

Servis bawah bahu kebanyakkannya dilakukan oleh pemain perempuan yang tidak mampu menghantar bola melepasi jaring dari garisan belakang. Ini merupakan servis paling mudah dan digunakan apabila servis atas bahu gagal dilaksanakan. Pada peringkat awal servis bawah bahu, pengang bola dengan tangan yang bertentangan pada paras pinggang dan siku dibengkokkan sedikit. Angkat atau lambung sedikit bola ke udara supaya pemain boleh memukulnya dengan tangan yang berbeza atau tangan yang akan memukul servis. Pastikan lambungan bola dibuat di depan bahu yang membuat servis bukan dibelakang menghala ke kepala. Sebaik sahaja bola dilambung, alihkan tangan yang melakukan lambungan itu supaya pemain boleh melakukan pukulan bola dengan baik tanpa gangguan.

KEMAHIRAN DAN STRATEGI DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR Dalam setiap permainan perlu adanya strategi sebagai kunci utama supaya sistem latihan akan lebih baik khususnya bermain bola tampar bagi menghadapi segala bentuk persaingan. Dengan ketiadaannya strategi kemungkinan besar sesuatu pasukan tidak akan dapat mengawal permainan dengan baik dan ini juga akan memberi peluang yang nipis untuk pemain menjuarai permainan. Kebiasaannya jurulatih pemain akan mengatur strategi untuk setiap pasukan sebelum pemain memulakan perlawanan kerana strategi merupakan kunci untuk menghadapi pihak lawan dari peringkat permulaan. Peranan jurulatih amat penting untuk memperaktikkan seberapa banyak strategi untuk para pemain supaya pemain tahu apa tugas mereka dan apa yang mereka perlu buat ketika mereka diserang. Strategi juga penting kepada setiap pemain supaya mereka tidak gelabah ketika mendapat bola. Sebagai contohnya, mengawal keadaan dengan menyangga sebanyak tiga kali supaya pemain bermain dengan tenang. Yang paling penting sebelum menyertai sebarang perlawanan bola tampar, setiap pemain mestilah mahir dalam menyangga, mengumpan, merejam, menghalang dan melakukan servis. Kemahiran seperti ini dapat menguatkan lagi strategi setiap pasukan. Akhir sekali, kerjasama dalam setiap pasukan amat diperlukan dalam permainan bola tampar. Ini jelas dapat dilihat ketika pasukan bermain atau membuat reli. Semangat kerjasama ini bergantung kepada setiap pemain dalam pasukan. Dengan kerjasama, pemain dapat mengawal keadaan gelanggan dengan lebih baik dan dapat mengikut strategi yang telah ditetapkan tanpa sebarang bantahan daripada pemain. Kerjasama ini dapat diperoleh melalui latiha-latihan kemahiran yang berterusan.

PAKAIAN YANG SESUAI BAGI PERMAINAN BOLA TAMPAR.

Pakaian seragam pemain mengandungi jersi dan seluar pendek atau seluar singkat, seluar panjang atau sepasang kulot. Kasut gim adalah peralatan yang diperlukan untuk permainan dalam bangunan. Rakan sepasukan memakai pakaian yang seragam yang sama dari segi warna, stail, potongan dan trim termasuk panjang lengan kecuali libero kerana mereka akan mempunyai warna yang berlainan dengan pakaian seragam rakan sepasukan dan merupakan satu satunya pemain yang memakai jersi ini. Jersi pemain perlu ditandakan dengan nombor tidak kurang daripada 10cm (4 inci). Jersi seragam yang dipakai oleh rakan sepasukan mesti mempamerkan warna dan saiz nombor yang sama.

LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN SEBELUM PEMAIN BERMAIN.

Antara langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan adalah : Menyediakan persekitaran yang selamat untuk bermain amatlah penting semasa membuat persediaan untuk kelas atau sesi latihan. Pastikan objek yang tidak diperlukan dikeluarkan daripada gelanggang atau sekurang-kurangnya diletakkan jauh daripada gelanggang agar tidak menjadi penghalang. Pemain perlu menanggalkan kesemua barang kemas seperti cincin, rantai, subang dan juga jam yang boleh tersangkut di jaring atau boleh mencederakan pemain lain. Memanaskan badan dan menyejukkan badan dengan betul sebelum dan selepas latihan bola tampar merupakan amalan penting supaya pemain tidak tercedera. Memakai kasut sukan yang ringan yang memberi sokongan kepada tumit dan pergelangan kaki serta dapat menyerap kejutan kecederaan. Kita haruslah mengetahui tentang penggunaan peti keselamatan supaya dapat merawat kecederaan ringan dengan segera seperti bengkak Gunakan alat perlindungan lutut untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan semasa jatuh atas gelanggang.

PENUTUP

Daripada keseluruhan tugasan ini, dapat saya simpulkan bahawa permainan bola tampar adalah salah satu sukan yang unik serta terkenal di seluruh dunia. Keseluruhan tugasan ini menerangkan mengenai sejarah bola tampar, alatan, keselamatan, kemahiran asas dan taktik permainan.Sukan bola tampar memerlukan enam orang pemain, satu gelanggang yang khusus serta ketinggian jaring yang telah ditetapkan. Seperti permainan bola sepak, ia telah dipertandingkan di peringkat dunia seperti sukan Olimpik.Sukan bola tampar juga memerlukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti digging, menghadang, mengumpan, dan merejam. Penguasaan yang tinggi terhadap kemahiran - kemahiran ini memberikan kelebihan kepada pasukan untuk mengatasi lawan.Selain itu, sukan bola tampar juga memerlukan strategi berpasukan yang baik dan teratur. Formasi seperti formasi 4-2, 6-2, dan 5-1 boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian sesebuah pasukan. Kebolehan mengatasi perang psikolgi lawan juga amat penting agar tidak ada perpecahan dan salah faham antara pasukan. Pertukaran pemain-pemain serta kemasukan libero yang sesuai juga sangat penting dan mampu member serangan psikologi kepada pihak lawan.

RUJUKANBibliographyKENNY, B. (2006). Bola Tampar Meniti Tangga Kejayaan. Kuala Lumpur: UNIPRESS PRINTERS SDN. BHD.

Internet Sejarah Bola TamparRetrived August 21, 2015 fromhttp://gsport-gsport.blogspot.com/2011/06/sejarah-bola-tampar.html

Kemahiran Asas Bola TamparRetrived August 23, 2015 fromhttp://kemahiranasas.blogspot.com/2009/08/kemahiran-asas-bola-tampar.html

Permainan Bola TamparRetrived August 23, 2015 fromhttp://ameeroza.blogspot.com/

1