bola jaring -...

3
FORMAT PERTANDINGAN | JK PENGELOLA BOLA JARING

Upload: doxuyen

Post on 07-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BOLA JARING - ptg.pahang.gov.myptg.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/Peraturan-bola-jarin… · peraturan dan undang-undang pertandingan bola jaring kejohanan sukan pentadbiran

FORMAT PERTANDINGAN | JK PENGELOLA

BOLA JARING

Page 2: BOLA JARING - ptg.pahang.gov.myptg.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/Peraturan-bola-jarin… · peraturan dan undang-undang pertandingan bola jaring kejohanan sukan pentadbiran

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING

KEJOHANAN SUKAN PENTADBIRAN TANAH DAN DAERAH NEGERI PAHANG KALI KE 4 TAHUN 2017

1. NAMA

Pertandingan Bola Jaring ini adalah bersempena Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang Kali Ke 4 Tahun 2017

2. PERATURAN AM PERTANDINGAN

Mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017 yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

3.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang (IFNA). Sebarang kejadian luar yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Teknikal. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Kejohanan Bola Jaring adalah muktamad.

4. KELAYAKAN

Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017

5. PENDAFTARAN/ PEMBENTUKAN PASUKAN

5.1 Setiap Daerah hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada:

AHLI KONTINJEN WANITA

Pengurus Pasukan/ Jurulatih

1

Pemain 7

Simpanan 3

JUMLAH 11 Orang

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal akan dijalankan secara LIGA dan pusingan seterusnya secara KALAH MATI.

Page 3: BOLA JARING - ptg.pahang.gov.myptg.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/Peraturan-bola-jarin… · peraturan dan undang-undang pertandingan bola jaring kejohanan sukan pentadbiran

7.2. Jika dua pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan melalui perbezaan gol yang terbanyak dan jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira menang.

7.3. Masa pusingan kalah mati, jika keputusan berakhir dengan seri maka tiga hantaran tengah yang ditentukan secara lambungan duit.

8. TEMPOH MASA PERLAWANAN

8.1. Masa perlawanan adalah 7 minit x 7 minit dan rehat 1 minit untuk masa kedua hingga perlawanan akhir.

8.2. Masa kelewatan diberi 5 minit selepas pasukan tersebut dipanggil masuk gelanggang.

9. REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL

Rujuk Perkara 13 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017

10. PENANGGUHAN PERLAWANAN

Rujuk Perkara 14 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017

11. BANTAHAN

Rujuk Perkara 15 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017

12. PAKAIAN PESERTA

Pakaian (jersi) pasukan hendaklah seragam dan sopan. Seluar pendek tidak dibenarkan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan bib masing-masing..

13. RISIKO DAN KESELAMATAN

13.1. Semua pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas dan pin tudung semasa bermain.

13.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan/ kehilangan harta benda sama ada sebelum/ semasa/ selepas kejohanan berlangsung.

14. HADIAH

Hadiah hanya diberi kepada Pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga.