FORMAT PERTANDINGAN | JK PENGELOLA
BOLA JARING
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN BOLA JARING
KEJOHANAN SUKAN PENTADBIRAN TANAH DAN DAERAH NEGERI PAHANG KALI KE 4 TAHUN 2017
1. NAMA
Pertandingan Bola Jaring ini adalah bersempena Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang Kali Ke 4 Tahun 2017
2. PERATURAN AM PERTANDINGAN
Mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017 yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.
3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
3.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang (IFNA). Sebarang kejadian luar yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Teknikal. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal Kejohanan Bola Jaring adalah muktamad.
4. KELAYAKAN
Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017
5. PENDAFTARAN/ PEMBENTUKAN PASUKAN
5.1 Setiap Daerah hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada:
AHLI KONTINJEN WANITA
Pengurus Pasukan/ Jurulatih
1
Pemain 7
Simpanan 3
JUMLAH 11 Orang
7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1. Setiap pasukan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pusingan awal akan dijalankan secara LIGA dan pusingan seterusnya secara KALAH MATI.
7.2. Jika dua pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan melalui perbezaan gol yang terbanyak dan jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan dikira menang.
7.3. Masa pusingan kalah mati, jika keputusan berakhir dengan seri maka tiga hantaran tengah yang ditentukan secara lambungan duit.
8. TEMPOH MASA PERLAWANAN
8.1. Masa perlawanan adalah 7 minit x 7 minit dan rehat 1 minit untuk masa kedua hingga perlawanan akhir.
8.2. Masa kelewatan diberi 5 minit selepas pasukan tersebut dipanggil masuk gelanggang.
9. REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL
Rujuk Perkara 13 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017
10. PENANGGUHAN PERLAWANAN
Rujuk Perkara 14 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017
11. BANTAHAN
Rujuk Perkara 15 Peraturan Am Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang 2017
12. PAKAIAN PESERTA
Pakaian (jersi) pasukan hendaklah seragam dan sopan. Seluar pendek tidak dibenarkan. Setiap pasukan hendaklah menyediakan bib masing-masing..
13. RISIKO DAN KESELAMATAN
13.1. Semua pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas dan pin tudung semasa bermain.
13.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan/ kehilangan harta benda sama ada sebelum/ semasa/ selepas kejohanan berlangsung.
14. HADIAH
Hadiah hanya diberi kepada Pemenang Pertama, Kedua dan Ketiga.