bola baling.doc

13
PENGENALAN Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN) Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm. BOLA Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut : 1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm. 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm 3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm. Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab- sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Upload: sword5595

Post on 20-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: bola baling.doc

PENGENALAN

Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan

adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka),

sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan

untuk mengawal permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN

PERMAINAN) 

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan

gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan

yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi

dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang

sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go

yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-putus dan

berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7

meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari

tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain

dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam

gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.

BOLA

Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu

keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut :

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g.

Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16

tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola

saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi

setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti

kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan

dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL 

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang

tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan

oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu

atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di

bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm. 

PEMAIN DAN PAKAIAN

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau

Page 2: bola baling.doc

panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah

berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang

berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala

alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan

Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua

orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga

20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah

untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

1. Berlari

2. Melompat

3. Hantaran bola

4. Menyambut bola

5. Mengelecek bola dengan tangan

6. Mengadang

7. Menjaring

8. Menjaga gol

Di dalam blog ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan

prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut.

3 kemahiran asas tersebut ialah :

1. Hantaran bola

2. Menangkap bola

3. Menjaring

KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA

Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-

cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa

digunakan adalah seperti berikut :

a) Hantaran bahu

b) Hantaran lantun

c) Hantaran aras dada

d) Hantaran lompat

e) Hantaran sisi

HANTARAN BAHU

Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling.

Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan

hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus

mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya.

HANTARAN LANTUN

Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat

disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan

Page 3: bola baling.doc

sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA

Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran

jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan

hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.

HANTARAN LOMPAT

Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila

seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan

membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.

HANTARAN SISI

Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak

perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran

sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang

sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.

PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA

Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran

itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:

a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?

b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?

c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?

d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain

supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN

Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu

struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua

titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk menghasilkan pergerakan yang

berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran

bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang

berikut:

a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.

b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau

menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas

1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.

2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri.

3. Paksi/fulkrum – sendi

4. Lengan daya dan lengan beban.

a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.

b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang

terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada

bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk

menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola

Page 4: bola baling.doc

tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola

itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA

Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya

dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang

berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap

tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang

dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau

hantaran yang tepat atau sempurna.

Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang

pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.

2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.

3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari

berfungsi sebagai penahan bola.

4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.

5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki

belakang.

6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan

seimbang.

7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari

menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di

bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola

terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan

hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. 

CARA MENANGKAP BOLA

1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras

muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-

dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap

bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.

2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu

merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju

kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola.

 3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila

penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran

dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola

yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola.

4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran

tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa

yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja

mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.

Page 5: bola baling.doc

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.

2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di

belakang.

3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.

4. Genggaman yang tidak kemas.

5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

MEMEGANG BOLA

Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum

menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini,

pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah

tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada

pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan

mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain

melakukan gerakan yang seterusnya.

Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan

pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola

serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur

pertahanannya atau mematah serangan.

SAINS DALAM MENANGKAP BOLA

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton

iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan

itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama

dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar.

Konsep – konsep Penting dalam Inersia

1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.

2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang

bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat

(menyerap momentum) 

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan

ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan

supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di

tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika

bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan

penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil

gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu

permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak

Page 6: bola baling.doc

menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh

semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain

barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain

lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar

bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada

pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga

diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak

memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA

Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan

bola baling. Antaranya ialah:

1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.

2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.

3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.

4. Pemain mengikut lajak.

5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.

6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN

Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah

dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-

pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan

bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.

3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala

pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas

kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.

5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan

apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan

tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya

diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini

adalah seperti berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil

bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.

2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan

seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.

Page 7: bola baling.doc

3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang

terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum

membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru,

namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam

kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan

selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di

puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola

dengan kedua-dua belah tangan.

2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan

dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah

satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.

3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:

1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh

mengelirukan penjaga gol.

2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan

bahu dan lengannya.

3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-

celah kaki penjaga gol.

4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah

tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.

Jaringan pada Aras Paha

Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama.

Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta

terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada

jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya

ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di

bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang

bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan,

penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan

kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan

mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila

mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola

Page 8: bola baling.doc

lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan

jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh 

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan

junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia

selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan

memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.

Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.

2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan

gol.

3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di

udara sebelum mendarat.

4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan

tangan. 

Jaringan Penalti 

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting,

iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah

dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada

penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk

menjaring.

4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan

golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain

lawan daripada lontaran penalti.

2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola

untuk membuat jaringan.

3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi

serangan pantas.

Jaringan Voli 

 Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.

Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:

1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.

2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.

Page 9: bola baling.doc

3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING

Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains

yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas

diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika

kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat

jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah

untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan

sesuatu rintangan.

Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol.

Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku

sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan

daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran.

2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk

memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan

daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut

lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang

telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan.

Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya.

Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan

momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada

objek adalah kurang.

LATIHAN ANSUR MAJU 

Jaringan Lompat

a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.

b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat

tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan

kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.

d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.

e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.

f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang).

g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).

Jaringan – jaringan Lain

a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.

b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.

c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)

d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)

e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Page 10: bola baling.doc

1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang

sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.

2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.

3. Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan yang memilih untuk

membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan tengah.

4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola

dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau lututnya. · Memegang bola untuk

selama 3 saat sebelum membuat balingan atau hantaran. · Melantunkan bola berterusan dari satu

tempat ke tempat lain dalam kawasan permainan yang ditetapkan.

5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai seorang pemain padang.

7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu balingan ke dalam oleh

pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.

8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan

hendaklah sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.

9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain itu menghantar bola

kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan.

REFLEKSI 

Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di Malaysia ini. Mengikut

sejarahnya, Bola Baling (handball berasal daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama

ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak banyak.

Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling

dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal

permainan.

Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari, melompat, hantaran bola,

menangkap bola, mengelecek bola dengan tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap

kemahiran asas ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai contoh,

dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola

sebagai beban, lengan sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang diaplikasikan ialah Hukum Newton

Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola

bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam

kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika bola dihayunkan

oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk

memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan

supaya kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan kecederaan berlaku

kepada pemain.