bmco 3105 : media digital dan komunikasi€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media...

27
Disediakan Oleh: NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346) SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214) SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586) NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050) No Matrik & HP/Whatssapp: 1616346 / 0174407004 1617214 / 0179010292 1524586 / 0179674918 1519050 / 0174320995 Tugasan #: Laporan I Tajuk Tugasan: LAPORAN PROJEK I : MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL (PEMBENTANGAN MENGIKUT TOPIK) Course Coordinator/Facilitator: ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN Tarikh Hantar: MARKS /100 /10 /15 /20 /30 Marker’s Signature: Date: Student’s Signature: Date: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Upload: others

Post on 29-Oct-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

Disediakan Oleh:

NUR HAZWANI BINTI HASHIM (1616346) SITI MAHERAN BINTI ZAINAL (1617214)

SITI NOR HAFIZAH BINTI RAMLI (1524586) NURUL SHAZANA BINTI RAMLI (1519050)

No Matrik & HP/Whatssapp:

1616346 / 0174407004 1617214 / 0179010292 1524586 / 0179674918 1519050 / 0174320995

Tugasan #:

Laporan I

Tajuk Tugasan:

LAPORAN PROJEK I : MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL (PEMBENTANGAN MENGIKUT TOPIK)

Course Coordinator/Facilitator:

ASSOC. PROF. DR. ROSSENI DIN

Tarikh Hantar:

MARKS

/100

/10 /15 /20 /30

Marker’s Signature: Date:

Student’s Signature: Date:

BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

Page 2: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

2

SENARAI ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT (M/S)

SENARAI KANDUNGAN 02

1.0.PENGENALAN 03

2.0.OBJEKTIF 03

3.0.SOROTAN LITERATUR 04

4.0.METODOLOGI 05

5.0.PANDUAN MEDIA SOSIAL DAN

PERSONAL

05-07

6.0.KONTROVERSI TENTANG MEDIA

SOSIAL DAN PERSONAL

07-10

7.0.MEDIA SOSIAL DAN KHALAYAK

TUMPUAN

10-12

8.0.KESIMPULAN 12-13

RUJUKAN 14

LAMPIRAN 15-27

Page 3: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

3

1.0.PENGENALAN

Perkembangan teknologi informasi membawa sebuah perubahan dalam masyarakat dan

mendapat perhatian setiap peringkat umur masyarakat seiring dengan perkembangan

teknologi yang semakin maju. Lahirnya media sosial menjadikan pola perilaku masyarakat

mengalami pergeseran baik budaya, etikan dan norma yang ada. Dinamika kehidupan

masyarakat mengalami perkembangan yang sangat pesat. Akulturasi budaya dengan sentuhan

teknologi informasi merupakan fenomena pendorong perubahan tersebut. Kebebasan

personal dalam menyampaikan idea, kritikan, pendapat dan bahkan hujahan sering dijumpai

setiap jam dan hari melalui berbagai saluran media yang digunakan. Media sosial telah

mendapat perhatian setiap peringkat umur masyarakat seiring dengan perkembangan

teknologi yang semakin maju. Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu

trend terkini untuk mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya.

Harian Metro turut melaporkan bahawa Malaysia muncul sebagai negara ketiga tertinggi

untuk penggunaan internet, selepas Singapura dan Brunei daripada jumlah keseluruhan

pengguna Internet di seluruh Asia Tenggara. Laporan ini jelas menunjukkan tahap

penggunaan internet yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagaimana boleh kita

memahami istilah “Viral” dalam media sosial sehingga munculnya fenomena penggunaan

istilah baharu dalam masyarakat seperti “membawang‟, “mak cik bawang”, “apa celup”,

“awek cendol” dan sebagainya di hampir setiap pelosok negeri yang menggunakannya.

Berbicara tentang fenomena “viral” semuanya tidak lepas daripada pengaruh media sosial.

2.0. OBJEKTIF

Bahagian ini memaparkan objektif dalam melaksanakan tugasan ini. Antara objektif bagi

topik ini adalah seperti yang berikut:

2.1. Untuk memberi pendedahan tentang panduan media sosial dan personal

2.2. Untuk memberi pendedahan tentang kontroversi personal dan media sosial

2.3. Untuk memberi pendedahan tentang media sosial dan khalayak tumpuan

Page 4: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

4

3.0. SOROTAN LITERATUR

Bahagian ini memaparkan kajian literature atau sorotan kajian berkaitan dengan topi yang

telah ditugaskan, iaitu Media Sosial dan Personal.

Siti Ezaleila Mustafa dan Azizah Hamzah (2011) telah mengkaji Media Baharu yang Baharu:

Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Penelitian ini

telah menggunakan kaedah lapangan iaitu dengan mengedarkan boring soal selidik kepada

369 respondent. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti trend penggunaan jaringan

sosial dalam kalangan pengguna aktif di Malaysia. Dapatan kajian mendapati bahawa

terdapat ramai pengguna aktif teknologi media sosial mempunyai lebih daripada sebuah

akaun profil media sosial. Malahan, didapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia juga

melakukan aktivit log masuk ke akaun media sosial beberapa kali dalam masa sehari dan

mereka juga telah memperuntukkan sebanyak satu sehingga dua jam dalam melayari media

sosial pada setiap kali mereka log masuk. Malahan, aktiviti ini juga didapati berlarutan

sehingga ke 20 jam setiap minggu untuk membolehkan pengguna aktif media sosial

berkomunikasi melalui media sosial. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja digunakan atas tujuan

untuk berkomunikasi, bahkan ia juga digunakan untuk berkongsi maklumat, hiburan,dan

sebagainya. Dapatan selanjutnya juga menunjukkan bahawa para responden bersetuju bahawa

media adalah merupakan tapak atau medium aktivit berkomunikasi secara atas talian yang

menggantikan medium perkomunikasian yang lain.

Kajian literature yang seterusnya ialah hasil kajian oleh Romlah Ramli yang mengkaji

tentang Sejauhmana Kebebasan dalam Media Sosial: Peradaban Sosial dan Privasi dalam

Sempadan Keagamaan. Kertas kerja ini adalah hasil dari sorotan kajian yang terdahulu dan

perbincangan secara dasar perkaitan antara adab perhubungan sosial Islam dan kebebasan

penggunaan media secara kolektif dengan peradaban sosial yang ketara dalam jaringan sosial

kini iaitu adab pergaulan dan adab aurat. Dimensi ini boleh digunapakai secara terus untuk

menafsirkan aktiviti sosial dalam jaringan sosial berkenaan dengan merujuk dua aspek utama

ciri-ciri jaringan sosial iaitu berbentukvisual dan penulisan. Garis panduan ini telah dilihat

secara aplikasi dengan aliran komunikasi masa kini hasil dari pembangunan teknologi media

sosial. Perkaitan ini dibincangkan dengan melihat permasalahan adab bersosial dalam

kalangan masyarakat kini menjadi runcing akibat persekitaran sosial yang terlalu terbuka dan

diluar kawalan. Perkara ini dapat dikaitkan dengan penggunaan media sosial dan personal.

Page 5: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

5

4.0.METODOLOGI

Bahagian ini memaparkan cara-cara yang digunakan untuk mendapatkan data dan maklumat

dalam melaksanakan tugasan ini.

Antara kaedah yang telah digunakan bagi melaksanakan tugasan ini ialah melalui kaedah

mendapatkan maklumat. Antara kaedah untuk mendapatkan maklumat adalah seperti berikut:

4.1.Kaedah mendapatkan maklumat

Antara kaedah yang diterapkan bagi mendapatkan maklumat dalam melaksanakan tugasan ini

adalah:

4.1.1. Rujukan internet

Kaedah rujukan internet merupakan kaedah primer dalam menjalankan tugasan ini. Kaedah

rujukan internet telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk digital

dengan menggunakan penyediaan tapak maklumat yang bervariasi di laman-laman sesawang.

Antara manfaat yang telah diperolehi dalam memanfaatkan pengaplikasian kaedah ini untuk

mendapat maklumat berkaitan dengan topik yang ditugaskan ialah kemudahan untuk

mengakses dan memperolehi maklumat dengan lebih terperinci. Malahan, ia juga

memudahkan aktiviti mendapatkan definisi konsep dan latar belakang yang diperlukan secara

lebih khusus dalam menjalankan tugasan berkaitan dengan topik yang telah

dipertanggungjawabkan ini.

5.0.PANDUAN MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

Media sosial merupakan antara medan terbesar dalam penyebaran maklumat dan komunikasi

dalam dunia dan era yang berkembang dengan penuh pesat ini. Kepesatan media sosial ini

telah memberi peluang kepada sesama insan untuk menyebarluaskan informasi, maklumat

dan berita-berita yang penting dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan media sosial ini

telah digunakan secara menyeluruh oleh setiap peringkat umur, jantina dan kerjaya tidak

kiralah sama ada yang muda mahupun tua, yang dewasa mahupun remaja, yang perempuan

mahupun lelaki, yang bekerjaya mahupun suri rumah di seluruh pelusuk dunia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan, dalam kebebasan manusia sejagat

menggunakan laman sosial pada hari ini, mereka tidak disekat dengan kebebasan bersuara

dan hak sebagai pengguna. Hal ini telah menyebabkan timbulnya pelbaga isu dan gejala di

alam maya yang telah menyerang umat sejagat seperti penyebaran fitnah, siber buli, laman

Page 6: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

6

sesawang digodam sesuka hati dan pelbagai lagi masalah kronik di atas talian yang telah

menimpa pengguna. Hal ini mampu mengundang masalah-masalah besar lain lagi.

Oleh hal yang demikian, sebenarnya sebagai pengguna di atas talian, kita digalakkan

untuk mematuhi peraturan dan mengikut panduan yang ada dalam menggunakan dan

melayari laman sosial. Bukan sahaja ketika berada di jalan kita perlu mematuhi peraturan,

namun ketika menggunakan laman sosial juga. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan isu salah

laku dan penyebaran maklumat yang tidak beretika di laman sosial serta mampu mengawal

daripada perkongsian dan penyebaran maklumat yang tidak betul.

Antara etika dan garis panduan yang boleh diamalkan adalah dilarang memuat naik

atau berkongsi maklumat, pautan, video, gambar atau bahan-bahan yang beunsur negatif

termasuk yang berunsur lucah, perkauman, ganas dan penghinaan. Hal ini merupakan salah

satu daripada kesalahan yang perlu dielakkan daripada berlaku di media sosial kerana ia

merupakan penyebaran maklumat yang mampu mengaibkan sesetengah pihak dan

menimbulkan amarah serta pergaduhan terutamanya daripada netizen sendiri.

Seterusnya ialah pengguna perlu mengehadkan limitasi dalam penggunaan media

sosial. Pengguna perlu sedar bahawa kehidupan zaman sekarang tidak seratus peratus

bergantung kepada alam maya, malah mereka juga perlu bergaul dan bersemuka secara terus

dengan alam sekeliling agar tidak dilihat seperti kera sumbang. Kajian mendapati secara

purata remaja menggunakan laman sosial selama 11.6 jam sehari. Ini belum termasuk dengan

penggunaan internet bagi tujuan lain seperti pencarian maklumat dan bermain permainan

secara atas talian. Kajian menjadi semakin kritikal apabila ada segelintir daripada remaja

mengakui bahawa mereka menggunakan internet selama 24 jam sehari. Hal ini akan

mengakibatkan implikasi yang lebih kritikal dengan masalah-masalah yang bakal melanda

terutamanya dalam masalah kesihatan.

Selain itu, para pengguna juga perlu sentiasa berhati-hati dalam menciplak mahupun

meniru hak cipta orang lain di laman sosial. Ini merupakan jenayah di laman sosial yang

sungguh berat kerana ia dikira mengambil karya dan hak orang lain atau dalam erti kata lain

ialah mencuri. Jika disabit kesalahan boleh didakwa atas Akta Hak Cipta 1987 mengikut

Seksyen 41(1)(g) kerana telah menciplak dan mencuri hak cipta orang lain. Hal ini perlu

dielakkan kerana jenayah siber ini sangat menggerunkan.

Selain itu, jenayah siber buli juga perlu dielakkan dengan tidak menyebarkan aib dan

berkongsi maklumat yang tidak benar di laman sosial. Penggunaan teknologi komunikasi kini

telah banyak disalahgunakan oleh pembuli siber. Buli siber tidak melibatkan fizikal tetapi

emosi. Melalui aplikasi ini, terdapat banyak golongan terutamanya remaja yang dibuli sama

Page 7: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

7

ada diejek, dipulaukan dan dibenci oleh orang lain. Pembuli di alam siber adalah lebih agresif

kerana mereka tidak diketahui identitinya ataupun anonymous. Para pengguna perlu sedar

bahawa perbuatan ini merupakan jenayah yang melibatkan emosi yang sangat berat terhadap

diri sesetengah manusia yang menghadapinya dan boleh menyebabkan kecelaruan mental.

Oleh hal yang demikian, awasi diri kita sebagai pengguna agar tidak terjebak dengan jenayah

seperti ini.

Sebenarnya, terlalu banyak garis panduan yang boleh pengguna ikut dan jadikan

sebagai panduan dalam menggunakan media sosial. Hal ini adalah untuk membendung

masyarakat daripada menjadi golongan yang tidak berperikemanusiaan dan tiada etika dalam

menggunakannya. Media sosial bukanlah hanya kita sahaja yang melayarinya, malah setiap

manusia dari segenap aspek turut menggunakannya. Jadi, berhati-hatilah dalam

menggunakannya.

6.0.KONTROVERSI TENTANG MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

Dalam era globalisasi kini, media baharu dilihat lebih dominan berbanding dengan media

tradisional atau media lama seperti media cetak, media elektronik, media siaran, dan media

interpersonal yang lain. Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada era ini juga turut

menyaksikan perubahan. Yang jelas, masyarakat kini tidak lagi hidup dalam kumpulan-

kumpulan kecil atau berpuak, malah era masyarakat massa yang dikaitkan dengan pengaruh

media massa semakin hilang dan mulai digantikan dengan struktur masyarakat jaringan yang

menyaksikan komunikasi bersemuka semakin digantikan dan ditambah dengan komunikasi

berperantaraan. Dalam masyarakat kini, media massa diiringi atau sebahagiannya digantikan

dengan narrowcast interactive media yang mencapai khalayak terpilih sehingga lahirnya

komuniti maya atau kumpulan maya melalui pelbagai bentuk komunikasi baharu terutamanya

melalui komunikasi dalam talian atau berperantaraan komputer yang berasaskan internet.

Umum mengetahui bahawa komunikasi terbentuk adalah hasil daripada pencantuman

komunikasi massa dan interpersonal di samping pemisahan yang semakin tidak ketara antara

penyedia kandungan dengan pengguna kandungan sehingga membentuk masyarakat jaringan

yang bukan lagi bersifat kuantitatif semata-mata yang meluas merentasi dunia, tetapi juga

bersifat kualitatif yang menyaksikan perubahan infrastruktur dan mempengaruhi masyarakat

semasa dalam semua peringkat, iaitu hubungan individu, hubungan kumpulan atau

organisasi, hubungan sosial dan hubungan global. Walaupun pada awalnya komunikasi

berperantaraan seperti Computer-Mediated Communication (CMC) dikatakan menyediakan

kehadiran sosial yang kurang berbanding saluran komunikasi lain dalam interaksi

Page 8: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

8

interpersonal kerana kekurangan isyarat verbal untuk mentafsir maksud sesuatu mesej dan

bersifat tidak peribadi (Wood & Smith, 2005) yang menyebabkannya tidak digunakan untuk

tujuan yang sama dengan komunikasi bersemuka. Bukan itu sahaja, komunikasi sebegini

hanya sesuai bagi sesetengah bentuk interaksi, terutama yang melibatkan komunikasi

berkaitan tugas seperti pertukaran maklumat dan pertanyaan (Lievrouw & Livingstone, 2002;

Wood & Smith, 2005). Perkembangan yang berlaku dalam industri telekomunikasi

menyebabkan peniruan mimik komunikasi bersemuka semakin menjadi. Misalnya, dengan

menggunakan “avatar” seperti dalam laman maya “There”, “Kaneva”, dan “Second Life”

yang menggunakan teknologi animasi tiga dimensi (3D), menjadikan komunikasi dalam

talian sebagai salah satu medium yang menyediakan kehadiran sosial yang lebih tinggi

berbanding sebelumnya. Oleh sebab itu, ia menjadi medium pilihan dalam pembentukan

interaksi dan jaringan sosial. Kemunculan pelbagai teknologi dan aplikasi baharu berasaskan

internet dan konvergens ini, termasuklah media sosial seperti jaringan sosial dan dunia maya,

menyaksikan pilihan pengguna semakin pelbagai. Penerimaan atau penggunaannya

bergantung pada situasi dan keperluan individu di samping beberapa faktor luaran atau

penggalak seperti faktor sosial, ekonomi, politik, dan teknologi. Walaupun media ini boleh

dikatakan sangat baharu dan ada yang hanya wujud beberapa tahun yang lepas, ia telah

mendapat tempat utama dalam kehidupan manusia, khususnya dalam kalangan pengguna

muda yang dilihat sebagai penerima awal yang lazimnya akan mempengaruhi rakan yang lain

dan seterusnya kumpulan sosial lain bagi mencuba dan menerima sesebuah inovasi baharu.

Beralih kepada kontroversi media sosial pula, hal ini sangat berkait rapat dengan isu-

isu yang sering kali berlaku di media-media sosial dewasa kini seperti pemalsuan maklumat,

penyebaran fitnah dan gosip, pelayaran web negatif, aktiviti perjudian dan seumpamanya.

Seperti yang kita ketahui, laman jaringan sosial dan masyarakat amat sukar dipisahkan pada

alaf ini, manakala bilangan pengguna media sosial, terutamanya laman Facebook di Malaysia

mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun. Menurut laman web statistik, di seluruh dunia

dianggarkan terdapat 2.13 bilion pengguna aktif laman Facebook sehingga suku keempat

2017, iaitu peningkatan 14 peratus dari tahun ke tahun, manakala bilangan pengguna aktif

Facebook mencecah 1.15 bilion pengguna. Saluran berita Cable News Network (CNN) pula

melaporkan terdapat juga 83 juta profil Facebook palsu. Akaun Facebook palsu diwujudkan

untuk pelbagai tujuan seperti iklan dan perniagaan (spambot, likebot), penghendap dan

politik (troll). Walau bagaimanapun, laman Facebook hanya satu daripada pelbagai laman

jaringan sosial yang paling aktif dan popular digunakan oleh rakyat Malaysia, tidak kira

golongan remaja mahupun golongan yang sudah berusia. Selain itu, penduduk negara ini

Page 9: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

9

turut menggunakan rangkaian sosial lain seperti Instagram, Twitter, laman video seperti Bigo,

di samping aplikasi mesej yang mempunyai fungsi komuniti seperti WhatsApp, WeChat,

Telegram dan Line. Ledakan teknologi maklumat mempercambah serta memperluas sumber

maklumat yang pelbagai. Maklumat tidak terhad daripada satu sumber sahaja, tetapi muncul

daripada pelbagai sumber. Abad digital menyaksikan maklumat, berita dan satu-satu isu

diketahui dengan pantas dan disebarkan menerusi dunia maya, sama ada di dalam atau di luar

negara. Kesemua laman sosial tersebut, walaupun berbeza ciri, cara penggunaan dan

penampilan tetap berkongsi prinsip sama iaitu perkongsian. Sebagai pengguna laman sosial,

seseorang itu tidak boleh lari daripada berkongsi pelbagai maklumat termasuk yang tidak

sepatutnya. Pengguna media sosial seperti laman Facebook berkongsi berita, maklumat,

gambar dan pengalaman, manakala dengan berbuat demikian, pengguna tersebut turut

membina perhubungan baharu di samping mengekalkan kenalan sedia ada. Namun, pakar-

pakar beranggapan bahawa pengguna yang berkongsi terlalu banyak maklumat di media

sosial seperti Facebook adalah insan-insan yang sering diperhatikan sekaligus ada yang diberi

amaran supaya mereka berhati-hati tentang status yang dimuat naik di media sosial kerana ia

mungkin boleh memakan diri melalui cara yang tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka.

Menurut seorang penulis mengenai laman Facebook, iaitu Scott Ayres, terdapat beberapa

perkara yang tidak wajar langsung dimuat naik pengguna termasuk alamat dan gambar

kediaman, tarikh dan lokasi percutian, maklumat tentang anak, perkara buruk tentang majikan

dan pasangan hidup, pendirian atau komen mengenai politik serta kepercayaan agama.

Seorang lagi pengkaji laman sosial, Emily Anthony berkata, antara tanda seseorang itu terlalu

kerap memuat naik status di laman sosial adalah apabila dia berbuat demikian semata-mata

untuk mendapatkan perhatian ataupun „like’ walaupun status itu tidak mendatangkan manfaat

kepada dirinya dan kenalan di laman Facebook. Peraturan mudah yang perlu diingat sebelum

berkongsi sesuatu dalam media sosial adalah tidak memuat naik perkara atau gambar yang

anda tidak mahu semua orang melihatnya.

Satu laporan oleh badan bukan kerajaan, Freedom yang disiarkan dalam laman

teknologi Recode pada November 2017, mendapati bahawa bukan sahaja Rusia yang

menyebarkan maklumat tidak benar di Facebook, Google dan Twitter untuk mencetuskan

ketidakstabilan politik dan menutup mulut pengkritiknya di seluruh dunia, malah laporan itu

mendapati kerajaan di 30 buah negara termasuk Turki, Venezuela dan Filipina turut

menerbitkan kandungan sendiri secara lambakan untuk memanipulasi landskap digital untuk

manfaat mereka. Tambahan lagi, kerajaan Venezuela kerap menyiarkan rakaman yang

Page 10: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

10

dimanipulasi untuk menyebarkan berita palsu dan penipuan tentang pembangkang dalam

media sosial. Tidak cukup dengan itu, kajian oleh Freedom mendapati usaha memanipulasi

maklumat online termasuk dalam media sosial oleh kerajaan ataupun elemen lain dipercayai

menjejaskan pilihan raya di 18 buah negara dengan mengurangkan keupayaan rakyat untuk

memilih pemimpin berdasarkan berita fakta dan debat sebenar. Perkara itu turut berlaku di

Amerika Syarikat di mana troll upahan Rusia mengapi-apikan konflik melibatkan isu

kontroversi seperti undang-undang senjata api, dasar imigran dan hak gay. „Troll’ merujuk

kepada mereka, sama ada diupah atau sebaliknya, yang cenderung mengeluarkan kenyataan

berbaur sindiran dan ejekan serta provokasi dalam media sosial dengan niat atau matlamat

tertentu. Selain itu, isu terbaharu kini, laman Facebook dihimpit kontroversi kerana

membenarkan firma Britain, Cambridge Analytica mengumpulkan data 50 juta penggunanya

bagi kegunaan kempen pilihan raya Presiden Donald Trump pada tahun 2016. Contoh mudah

tentang perkara ini adalah mengenai ciri ‘like’ pada laman Facebook. Sesebuah parti politik

boleh mengetahui sokongan seseorang dengan melihat maklumat atau status di Facebook

yang mendapat klik ‘like’ oleh penggunanya. Natijahnya, teknologi komunikasi digital seperti

media sosial ini semakin berkembang pesat ke seluruh pelosok dunia. Kita boleh

mendapatkan apa jua maklumat yang kita inginkan dengan hanya menekan butang sehingga

pada suatu tahap kita boleh katakan setiap maklumat dan informasi berada di hujung jari.

Oleh itu, pengguna di media sosial tidak kira laman Facebook, Instagram, WhatsApp dan

sebagainya hendaklah berhati-hati dalam berkongsi pelbagai jenis maklumat dengan

pengguna-pengguna lain, lebih-lebih lagi dalam menekan butang ‘like’ di akaun media sosial

masing-masing kerana setiap butang ‘like’ itu dapat dihidu dan dikesan oleh individu yang

tidak terjangkau oleh akal fikiran kita.

7.0. MEDIA SOSIAL DAN KHALAYAK TUMPUAN

Media sosial merupakan sejenis perisian komputer yang menjadi pemangkin berinteraksi

sesama manusia dalam dunia siber. Media sosial juga adalah sejenis media yang digunakan

secara atas talian (online) dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk

menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia

virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum

digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Menurut Andreas Kaplan dan Michael

Haenlein, media sosial didefinisikan sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet

yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan membolehkan berlakunya

proses pertukaran maklumat dan ilmu pengetahuan.

Page 11: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

11

Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat

laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi

maklumat dan berkomunikasi. Antara jaringan media sosial lain yang terbesar ialah aplikasi

Facebook, WhatsApp, Instagram dan Twitter. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang

berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka,

memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam tempoh jangka masa yang pantas dan

meliputi seluruh dunia tanpa sebarang batasan.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju, media sosial turut

membangun dengan pesat. Kini aktiviti pengaksesan facebook atau twitter dapat dilakukan

dimana-mana sahaja tanpa sebarang batasan yang dapat menghubungkan ramai pihak dalam

jangka masa yang singkat hanya dengan menggunakan kemudahan telefon pintar.

Menurut Khusnul Hanafi dan Mohd. Helmi Abd. Rahim didalam artikel kajiannya

menyatakan bahawa media sosial merupakan salah satu media yang mempunyai peranan

besar dalam kehidupan masyarakat kini. Malahan, media sosial telah menjadi sebuah medium

yang semakin dicintai oleh masyarakat global dari masa ke semasa. Media sosial menjadi

salah satu media yang mempunyai pelbagai keunggulan berbanding dengan media lainnya.

Menurut Fan & Gordon (2014) pada zaman ledakan teknologi komunikasi dan maklumat ini,

media sosial mempunyai kuasa yang sangat besar. Pelbagai impak daripada kehadiran media

sosial ini mula memberikan suasana yang baharu. Media sosial menggantikan pelbagai

peranan media lama yang popular pada zamannya. Pelbagai aktiviti sosial boleh diperolehi

daripada media sosial ini.

Media sosial telah diubahsuai mengikut kesesuaian pelbagai keperluan dan dijadikan

sebagai asas utama untuk melakukan pelbagai komunikasi dengan orang lain dan masyarakat

secara meluas. Media sosial semakin diminati oleh pelbagai kumpulan lapisan umur, khasnya

lapisan umur remaja mahupun golongan dewasa. Gaile (2013) dalam kajian nya juga

menyatakan bahawa media sosial telah mampu menggantikan peranan media lokal dalam

mendapatkan maklumat dan juga dalam berinteraksi dengan orang lain. Media sosial seperti

Facebook dan Twitter merupakan media sosial yang paling digemari masyarakat di negara

Latvia

Media sosial terbahagi kepada dua jenis. Antaranya adalah seperti jenis media sosial

baharu dan jenis media sosial tradisional. Media sosial baharu merupakan media sosial yang

hanya memerlukan penggunaan telefon pintar dan jaringan internet yang meluas. Antaranya

Page 12: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

12

contoh media sosial baharu adalah seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Line, dan

WeChat. Seterusnya adalah media sosial tradisional. Media sosial tradisional merupakan

media sosial yang melibatkan pengeluaran kos dan tenaga, melibatkan penyiaran dan

penerbitan. Antara contoh jenis media sosial tradisional adalah seperti radio, televisyen,

majalah, surat khabar, pager dan sebagainya.

Pada zaman arus globalisasi dan perkembangan teknologi yang semakin pesat ini,

media sosial semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dunia. Jumlah

pengguna media sosial dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh,

menurut sebuah artikel yang disiarkan oleh Astro Awani pada tarikh 30 Januari 2018

menyatakan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia menunjukkan peningkatan yang

ketara dari masa ke masa iaitu sebanyak 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk

Malaysia. Malahan, menurut Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We

Are Social mendedahkan bahawa jumlah pengguna Internet meningkat sembilan peratus

berbanding tahun-tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia sebagai negara ke-9 dunia paling

aktif di laman sosial. Oleh itu jelaslah bahawa laman sosial sering mendapat perhatian dan

kunjungan daripada masyarakat dunia tanpa sebarang batasan.

Antara jenis-jenis media sosial yang menjadi tumpuan khalayak untuk berkongsi

maklumat, rakaman video, rakaman suara, gambar-gambar dan sebagainya adalah seperti

Microblogging (Twitter, Instagram), Publishing (Slideshare, Words), Photo Sharing (Flickr,

Picasa, Photobucket), Audio (I Tune, Smule), Video (Youtube, Viddler, Metacafe), Search

(Bing, Google, Firefox), Conversation Apps (Skype, Yahoo, Gmail, Whatsapp) dan Social

Networking (Facebook, Linked In).

8.0. KESIMPULAN

Kemunculan media sosial telah mempengaruhi pola kehidupan dalam

masyarakat. Mulai dari kebergantungan pengguna terhadap media sosial sehingga pengaruh

kehidupan sosial dalam lingkungan masyarakat. Media sosial begitu popular kerana

kemudahan-kemudahan yang ditawarkan tidak dapat diperoleh melalui media tradisional dan

semua orang mampu memiliki media sendiri. Menurut Antony Mayfield dari iCrossing,

media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi

idea dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang

boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya,

pengunaan media sosial menjadikan pengguna sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat

Page 13: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

13

yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial

merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan

untuk kepentingan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi. Jika dalam kehidupan

seharian pengguna boleh menyampaikan pendapat secara terbuka, maka mengapa tidak kita

menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak

mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin

melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya

minat yang sama mengenai sesuatu perkara. Perlu diingatkan. media sosial sama ada

membawa kepada kebaikan atau keburukan jawapannya terletak kepada pengguna media

sosial itu sendiri. Kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media

sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.

Page 14: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

14

RUJUKAN

Jurnal/Artikel:-

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim, (2017). Penggunaan Media sosial dan

faktor-faktor yang mempengaruhi terbentuknya gerakan sosial oleh pemimpin

pelajar universiti di bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah, (2011). Media Baharu yang Baharu: Trend

Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia.

Romlah Ramli. Sejauhmana Kebebasan dalam Media Sosial: Peradaban Sosial dan

Privasi dalam Sempadan Keagamaan

Internet:-

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke-9-paling-aktif-media-

sosial-ke-5-paling-ramai-guna-e-dagang-laporan-166998. Cfm 16/09/2018

https://afiqrosli92.weebly.com/artikel Cfm 16/09/2018

https://www.hmetro.com.my/node/103534 Cfm 16/09/2018

Page 15: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

15

LAMPIRAN

Page 16: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

16

Page 17: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

17

Page 18: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

18

Page 19: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

19

Page 20: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

20

Page 21: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

21

Page 22: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

22

Page 23: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

23

Page 24: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

24

Page 25: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

25

Page 26: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

26

Page 27: BMCO 3105 : MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI€¦ · bmco 3105 media digital dan komunikasi media sosial dan personal 2 senarai isi kandungan perkara muka surat (m/s) senarai kandungan

BMCO 3105 MEDIA DIGITAL DAN KOMUNIKASI

MEDIA SOSIAL DAN PERSONAL

27