bmcg 2513_mini project

4
BMCG 2513 MINI PROJEK Mini projek membawa sebanyak 30% daripada keseluruhan markah subjek ini. Mini Projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: i) Kertas cadangan (proposal) = 5% ii) Laporan akhir yang lengkap = 25% (A) Kumpulan: Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang maksimum. Tugasan untuk setiap ahli kumpulan haruslah dinyatakan dengan jelas di dalam kertas cadangan (proposal). Mana-mana ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dan/atau tidak melaksanakan tugasan masing-masing akan dikenakan penalti/tindakan. (B) Tema Projek: Tiada tema khusus untuk Mini Projek ini (tajuk adalah bebas). Idea rekabentuk adalah merupakan idea yang asli (original), belum lagi dikomersilkan, diiklankan atau dikeluarkan di mana-mana sumber. Rekabentuk yang dibangunkan mestilah realistik, samada daripada segi fungsinya, saiz atau penggunaannya, ergonomik dan perlu menitik beratkan faktor keselamatan di dalam rekabentuk tersebut. Minimum komponen (komponen utama) untuk rekabentuk produk yang akan dihasilkan adalah sebanyak 10 unit. Komponen- komponen ini tidak termasuk komponen standard seperti screw, bolt & nut, washer, bearing. (C) Kertas cadangan (Proposal): (50 markah) 1) Kertas cadangan (proposal) perlu disiapkan dan diserahkan kepada pensyarah masing-masing untuk mendapatkan kelulusan pada minggu ke 5.

Upload: w-mohd-zailimi-abdullah

Post on 14-Jul-2016

22 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: BMCG 2513_Mini Project

BMCG 2513

MINI PROJEK

Mini projek membawa sebanyak 30% daripada keseluruhan markah subjek ini.

Mini Projek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:i) Kertas cadangan (proposal) = 5%ii) Laporan akhir yang lengkap = 25%

(A) Kumpulan: Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang maksimum. Tugasan untuk setiap ahli kumpulan haruslah dinyatakan dengan jelas di dalam kertas

cadangan (proposal). Mana-mana ahli kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dan/atau tidak

melaksanakan tugasan masing-masing akan dikenakan penalti/tindakan.

(B) Tema Projek: Tiada tema khusus untuk Mini Projek ini (tajuk adalah bebas). Idea rekabentuk adalah merupakan idea yang asli (original), belum lagi

dikomersilkan, diiklankan atau dikeluarkan di mana-mana sumber. Rekabentuk yang dibangunkan mestilah realistik, samada daripada segi fungsinya,

saiz atau penggunaannya, ergonomik dan perlu menitik beratkan faktor keselamatan di dalam rekabentuk tersebut.

Minimum komponen (komponen utama) untuk rekabentuk produk yang akan dihasilkan adalah sebanyak 10 unit. Komponen-komponen ini tidak termasuk komponen standard seperti screw, bolt & nut, washer, bearing.

(C) Kertas cadangan (Proposal): (50 markah)

1) Kertas cadangan (proposal) perlu disiapkan dan diserahkan kepada pensyarah masing-masing untuk mendapatkan kelulusan pada minggu ke 5.

2) Disediakan dan ditaip dengan menggunakan kertas A4 berwarna putih: Font: Times New Roman. Saiz: 12 Spacing: 1.5 Paragraph: justified

3) Disediakan samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Tidak boleh menggunakan kedua-duanya sekali, pilih hanya menggunakan satu bahasa sahaja). Bagi kumpulan yang menggunakan Bahasa Melayu, mana-mana perkataan yang melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris, perlu Italic perkatan tersebut.

4) Format kertas cadangan (proposal) adalah seperti berikut:

Page 2: BMCG 2513_Mini Project

Muka hadapan: (selain daripada logo UTeM, nama fakulti dan juga nama subjek serta kod subjek) Nama produk. Nama setiap ahli kumpulan, No. Matrik & Seksyen. Nama Pensyarah.

Pengenalan: (10%) Senarai tugas bagi setiap ahli kumpulan. Penerangan ringkas berkenaan dengan produk yang akan direkabentuk, seperti latar

belakang produk, cara ianya berfungsi, diaplikasikan di mana dan untuk tujuan apa, apakah kelebihan produk tersebut dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan produk.

Spesifikasi produk: (35%) Lakaran keseluruhan produk yang dicadangkan (dalam pandangan isometrik). Lakaran untuk 10 unit komponen utama (boleh dilakarkan dalam pandangan geometri

dan/atau isometrik). Namakan setiap komponen yang terlibat. Di peringkat kertas cadangan ini, tidak perlu dimensi atau saiz sebenar.

Carta Gantt/Milestone: (5%) Cadangan aktiviti-aktiviti dan juga masa untuk menyiapkan setiap aktiviti terlibat di

sepanjang projek ini berjalan (dari mula hingga selesai).

(D) Laporan Akhir (Final Report): (100 markah)

1) Laporan akhir perlu disiapkan dan diserahkan kepada pensyarah masing-masing pada atau sebelum minggu ke 15.

2) Disediakan dan ditaip dengan menggunakan kertas A4 berwarna putih: Font: Times New Roman. Saiz: 12 Spacing: 1.5 Paragraph: justified Ukuran margin kanan, atas dan bawah adalah 2.5cm, manakala pada margin

sebelah kiri adalah 3cm.

3) Disediakan samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (Tidak boleh menggunakan kedua-duanya sekali, pilih hanya menggunakan satu bahasa sahaja). Bagi kumpulan yang menggunakan Bahasa Melayu, mana-mana perkataan yang melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris, perlu Italic perkatan tersebut.

4) Panduan Format Laporan Akhir: Muka hadapan (Front page). Isi kandungan (Content). (5%) Abstrak (Abstract). (5%) Pengenalan (Introduction). (10%) Spesifikasi Teknikal Produk (Product Technical Specifications). (25%)

Page 3: BMCG 2513_Mini Project

Kesimpulan (Conclusion). (10%) Rujukan (References). (5%) Lampiran (Appendices). (40%)

Perhatian!!!: Kesemua lukisan komponen yang terlibat untuk menghasilkan produk lengkap, perlu

disediakan dalam bentuk pandangan ortografik (beserta dengan dimensi yang bersesuaian) & isometrik. Lukisan-lukisan pandangan ini perlu dimasukkan ke dalam A4 title block template yang bersesuaian (samada landscape dan/atau portrait).

Lukisan pemasangan (assembly drawing) & lukisan ceraian (exploded view) adalah dimestikan. Lukisan-lukisan ini perlu disertakan sekali dengan Bill of Materials (BOM).

Pandangan lukisan keratan rentas (cross section view) dan juga pandangan perincian (detail view) juga perlu disertakan di dalam lukisan komponen yang terlibat.

SETIAP KUMPULAN PERLU MENYERAHKAN LAPORAN AKHIR BESERTA DENGAN CD YANG MENGANDUNGI KESEMUA BAHAN-BAHAN/SUMBER-SUMBER YANG BERKAITAN DENGAN MINI PROJEK INI PADA ATAU SEBELUM MINGGU KE 15.