bm stpm bab 1

Upload: siti-safirah-sapee

Post on 14-Apr-2018

321 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    1/7

    Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    2/7

    Sebelum wujudnya tulisan Jawi dan Rumi, bahasa

    Melayu telah mempunyai tradisi tulisan, iaitu tulisanKawi, Batak, Lampung dan Rencong.

    Kedatangan orang-orang Eropah ke Kepulauan Melayuturut membawa tulisan Rumi bersama-sama dengan

    mereka.

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    3/7

    Catatan perjalanan tersebut memuatkan senarai perkataanyang terdiri daripada 426 kosa katabahasa Melayu.Menurut Pigafetta, senarai perkataan yang diberi judulVocaboli de questi Popoli Mori (Perbendaharaan kata

    Orang-orang Moorish) ini merupakan kosa kata yangdigunakan oleh orang-orang Moorish atau melayu

    Berdasarkan senarai kosa kata yang dihasilkannya, sistemejaan yang digunakan oleh beliau ialah sistem ejaan ejaanbahasa Itali. Contohnya, matta (mata),poranpoan

    (perempuan), danpizam (pisang). Sejak itu, terdapat beberapa senarai kosa kata bahasa

    Melayu bertulisan Rumi yang dicatat oleh orang-orangEropah dengan menggunakan sistem ejaan mereka sendiri.

    Antaranya, ejaan rumi Houtman, Bowrey, dan Marsden.

    Sistem ejaan Cornelis de Houtman ini terdapat dalamsenarai perkataan berjudul The First Dutch-MalayVocabulary (1595). Kosa kata Melayu yang ditulis denganmenggunakan tulisan Rumi ini menggunakan ejaanBelanda, contohnya,penot (perut), chynta (cinta), dantyma (timah).

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    4/7

    Bagi sistem ejaan Bowrey pula, kosa kata Melayubertulisan Rumi dapat dilihatdalam kamus yangdisusun oleh beliau, iaituA Dictionary English abd

    Malayo, Malayo and English (1701).

    Disebabkan Thomas Bowrey ini merupakan orangInggeris, maka sistem ejaan agi kosa kata bahasa

    Melayu dieja dalam sebutan Inggeris, contohnyaperbooroooawn (perburuan), camee poonea (kamipunya),parasch (paras).

    Sistem ejaan Marsden yang dicatatkan menerusi

    kamusnya,A Dictionary of the Malayan Language(1812), dianggap sebagai sistem ejaan Rumi yangtersusun lengkap oleh penutur bahasa Inggeris padaabad ke-19

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    5/7

    Beliau merupakan sarjana pertama yang mewujudkansistem keselarasan vokal bagi perkataan bahasaMelayu yang terdiri daripada dua suku kata.Contohnya, vokal a - i : habis, salib ; vokal a e : tasek,ayer ; dan vokal i i : pinggir, chinchin.

    Disebabkan sistem ejaan beliau dianggap sebagai

    aturan ejaan yang terbaik pada ketika itu, maka sistemejaan Rumi Marsden ini dijadikan sebagai asaspenghasilan sistem ejaan Wilkinson dan Zaba.

    Pada tahun 1904, kerajaan Melayu Bersekutu,

    menerusi sebuah jawatankuasa ejaan telahmenghasilkan sebuah buku yang berjudul RomanisedMalay Spelling. Buku ini dijadikan sebagai panduanuntuk menulis bahasa Melayu dalam tulisan Rumi.

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    6/7

    Aturan ejaan yang dimuatkan dalam buku ini dikenalisabagai Sistem Ejaan Wilkinson kerana jawatankuasa

    ejaan itu dipengerusikan oleh Wilkinson. Sisten EjaanWilkinson ini telah dijadikan sebagai dasar bagi EjaanSekolah.

    Sebelum sistem ejaan baharu tahun 1972 dihasilkan,

    satu sistem ejaan yang terkenal ialah Sistem EjaanRumi Zaba. Sistem ejaan ini disusun oeh Zaba danditulis dalam beberapa buah buku pedoman bahasayang diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang,

    SITC, iaitu menerusi buku Ilmu Bahasa MelayuPenggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941),dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949).

  • 7/30/2019 BM STPM BAB 1

    7/7

    Sistem Ejaan Rumi Zaba ini teah dijadikan sebagaiEjaan Sekolah dan ejaan rasmi kerajaan sehingga

    tahun 1970-an, apabila wujudnya Sistem Ejaan RumiBaharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.

    Selain Sistem Ejaan Rumi Zaba, terdapat beberapasistem ejaan Rumi lain yang digunakan di Tanah

    Melayu. Antaranya termasuklah Sistem Ejaan FajarAsia. Sistem ejaan ini digunakan semasa pendudukanJepun antara tahun 1942-1945 di Tanah Melayu.

    Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan rasmi yang

    digunakan dalam akhbar Fajar Asia. Ejaan Fajar Asiaini telah dijadikan sebagai pedoman untuk menulisbahasa Melayu oleh ASAS 50 dalam karya-karyamereka.