bm sebagai wahana penyatuan bangsa

Upload: abang68728671

Post on 04-Jun-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    1/18

    0

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI 2011

    HBML4403

    KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

    NO. MATRIKULASI : 720806135859002

    NO. KAD PENGENALAN : 720806135859

    NO. TELEFON : 0198884551

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

    TEMPATAN (PPT) SIBU

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    2/18

    HBML4403

    1

    Peranan Bahasa MelayuSebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    Abstrak

    Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu

    nikmat yang dikurniakan menerusi perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang

    berbilang agama, kaum dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga

    supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Bagi rakyat Malaysia,

    perpaduan amat penting dan sangat mahal harganya kerana dengan keamanan dan

    keharmonian yang ada, dapatlah usaha-usaha dilaksanakan bagi kemajuan bangsa dan negara.

    Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat tinggi kerana terdapat contoh-contoh di

    negara-negara lain yang kehidupan rakyatnya kucar-kacir kerana tidak bersatu-padu.

    Sesungguhnya, perpaduan merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini.

    Sesebuah negara adalah dibentuk berasaskan penyatuan bangsa serta diperkuat oleh

    persempadanan wilayah yang diiktiraf dunia sebagai identiti negara yang berdaulat. Dalam

    konteks penyatuan bangsa Malaysia, Bahasa Melayu memikul peranan penting sebagai wahana

    untuk membentuk rakyat Malaysia yang bersatu-padu. Baik diimbau daripada sudut sejarah

    atau perkembangan terkini, Bahasa Melayu sentiasa mempunyai tempat utama dalam agenda

    perpaduan negara. Rencana yang ditulis ini mengupas tentang peranan Bahasa Melayu sebagaialat penyatuan bangsa Malaysia. Perbincangan dalam penulisan ini dibahagikan kepada tiga

    fasa iaitu fasa sejarah perkembangan bahasa yang turut memuatkan komitmen Bahasa Melayu

    dalam menuju kemerdekaan negara. Fasa kedua pula membicarakan tentang isu-isu yang boleh

    dikaitkan dengan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan wahana penyatuan

    bangsa. Fasa terakhir merupakan kesimpulan kepada keseluruhan rencana yang turut

    memberikan pandangan serta cadangan untuk meningkatkan tahap keberkesanan Bahasa

    Melayu sebagai wahana penyatuan bangsa Malaysia.

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    3/18

    HBML4403

    2

    Maklumat Penerbit :

    Nama Syarikat : Book Pro Publishing Services

    No. Pendaftaran Syarikat : 001641011-K

    No. Pendaftaran Kementerian Kewangan : 357-02118720

    Modal Dibenarkan : RM100,000.00

    Modal Berbayar : RM 25,000.00

    Nama Pengarah : En. Fauzul Naim Ishak

    Puan Nurulhilyati Abdul Halim

    Alamat Syarikat : 9-2 Jalan Wangsa Setia 3,

    Wangsa Melawati

    53300 Kuala Lumpur

    MALAYSIA

    Nombor Telefon : 03 4149 2560

    Nombor Faks : 03 4149 3560

    Alamat Emel :[email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]
  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    4/18

    HBML4403

    3

    Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    Penulis : ABANG SUHARDI BIN ABANG SUHAILI

    SEBAGAI pengenalan kepada rencana Peranan Bahasa Melayu Sebagai Wahana

    Penyatuan Bangsa Malaysia ini, terlebih dahulu saya ingin membawa pembaca menyelusuri

    sejarah perkembangan Bahasa Melayu di negara ini dan seterusnya sejarah pembentukan negara

    Malaysia. Dengan itu, kita akan dapat mengimbas kembali secara ringkas sejarah awal

    perkembangan Bahasa Melayu yang tercatat sebagai peristiwa penting dalam pembentukan

    negara Malaysia. Daripada perspektif sejarah ini juga, pembaca akan dapat menilai aspek-aspek

    yang berhubung kait dengan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat yang amat berkesan dalam

    menyatupadukan rakyat Malaysia.

    Ismail Hamid (1987) dan Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) memperincikan bahawa

    bahasa Melayu berkembang dengan kelahiran kerajaan Jambi. Tambah mereka, ledakan sistem

    ejaan ketika perkembangan Bahasa Melayu Kuno memuncak pada abad ke-7 hingga abad ke-11,

    yakni terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh tulisan Pallava dan Nagiri dari India juga

    kelihatan amat menonjol dalam aspek penyuratan mahupun kata-kata pada prasasti. Ejaan

    sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Moden banyak memperlihatkan perubahan dari segi

    penerimaan kata-kata daripada bahasa Sanskrit untuk idea dan konsep yang baharu. Hal ini jelasdilihat daripada batu-batu bersurat yang ditemui ditulis pada zaman ini. Antaranya ialah Batu

    Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang

    (684 Masihi), Batu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi), Batu Bersurat Karang Brahi,

    Jambi (686 Masihi), Batu Bersurat Gandasuli, Jawa Tengah (832 Masihi), dan Batu Bersurat

    Bangkahulu, Bangkahulu (1000 Masihi).Ahli-ahli bahasa turut merumuskan bahawa ejaan yang

    digunakan sewaktu perkembangan Bahasa Melayu Kuno menunjukkan ciri-ciri seperti

    penggunaan kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit yang melampau. Berikut adalah

    potongan petikan daripada kandungan batu bersurat Kedukan Bukit yang bertarikh 683 Masihi

    dengan terjemahannya dalam Bahasa Melayu Moden.

    Selamat dan bahagia Dalam tahun Shaka 605, pada sebelas haribulan terang dari

    bulan Waishaka baginda naik kapal mencari untungnya. Pada tujuh haribulan terang bulan

    jyetsa baginda berangkat dari muara Kampar membawa bala dua laksa dengandua ratus

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    5/18

    HBML4403

    4

    orang di kapal dengan yang jalan kaki Seribu tiga ratus dua belas banyaknya. Datang di

    Matayap dengan sukacita pada lima haribulan terang belayar mudik datang membuat benua

    (negeri) Sriwijaya

    Terdapat bukti-bukti bertulis tentang wujudnya kerajaan-kerajaan Negara kota di Tanah

    Melayu sejak awal kurun masihi. Catatan-catatan China daripada Dinasti Sung, Sui, Tang dan

    Ming ada merekodkannya. Kerajaan-kerajaan ini termasuklah di Lembah Merbuk dan Lembah

    Bujang di Kedah. Selain itu, wujud kerajaan di Tanah Merah, Kelantan (Chih-tu) ; di Besut,

    Terengganu (Tantan) dan Johor (Lo Yuen). Penempatan-penempatan lain terdapat di Jenderang

    Hilir, Selangor, Pulau Kelumpang di kuala Selinsing, Perak dan Santubung di Sarawak. Institusi

    kesultanan pula merupakan warisan yang terus wujud dalam sejarah Malaysia sehingga ke hari

    ini.

    Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah

    kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walau bagaimanapun hasil

    kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang

    dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita sendiri. Kita selalu

    menggunakan istilah bahasa Melayu, orang Melayu atau bangsa Melayu. Pada peringkat

    awal sejarah, istilah Melayu dikaitkan dengan konsep kerajaan. Bukti sejarah menunjukkan

    bahawa perkataan Melayu, pada masa dahulu merujuk kepada kerajaan atau kawasan, dan tidak

    manusia atau bangsa. Istilah Melayu sangat baru dijumpai, iaitu hasil daripada kesan-kesansejarah. Istilah Melayu paling awal dijumpai dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina

    pada zaman dinasti T sang, yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi.

    Konsep Melayu sebagai bahasa masih belum timbul pada peringkat ini. Mengikut catatan

    Itsing sekitar tahun 644-645 Masihi, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya pada

    waktu itu bernama Kun-lun. BahasaKun-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk

    tempatan tetapi juga dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi.

    Dipercayai bahawa Kun-lun ini ialah bentuk bahasa Melayu tua yang terawal, yang dikenali

    juga dengan nama bahasa Melayu kuno. Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam,

    satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman

    keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik

    Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini, perkembangan bahasa Melayu begitu

    pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi.

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    6/18

    HBML4403

    5

    Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan

    untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu

    terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting

    bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut. Orang-orang Eropah yang

    datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan mereka mempunyai niat

    untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada mereka yang menjalankan

    penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan. Dalam catatan-catatan dan penulisan-penulisan

    mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku

    terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi

    Li ngua Francaterutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan

    agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat

    perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.

    Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata Melayu.

    Asal-usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli sejarah. Catatan Cina yang

    menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja

    Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi

    merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah

    Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan. Bangsa Melayu

    dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan duateori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern. Dalam kajian

    ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000

    tahun. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati

    tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu bahasa

    Austroasia, Tibet-China dan Austronesia. Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan

    sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun bahasa

    Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu

    (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di

    kalangan bangsa Maori), Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan

    Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna). Istilah

    keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang kurang daripada 2,500 tahun.

    Kumpulan bahasa Melayu Johor mempunyai induknya daripada bahasa Melayu Johor.

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    7/18

    HBML4403

    6

    Kemudian, bahasa Melayu tengah sebelum ke bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal

    daripada bahasa Melayu Proto yang merupakan kumpulan bahasa Austronesia. Bahasa Melayu

    Kuno adalah keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13

    sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa linguafranca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah

    Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-

    13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya

    kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan

    Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa

    berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Bahasa Melayu Klasik jelas banyak

    digunakan dalam penulisan bidang agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau

    undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa Melayu

    Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai

    kesignifikanannya tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu

    Moden.

    Dasar Bahasa pula adalah hasil penggubalan undang-undang mengenai peranan bahasa

    kebangsaan dan bahasa rasmi yang harus dipatuhi oleh sesebuah negara. Dalam menggubal

    sesuatu Dasar Bahasa, pertimbangan-pertimbangan tertentu harus dibuat berdasarkan berbagai-

    bagai keadaan : Keadaan sosio budaya, politik, sejarah, tradisi dan sebagainya. Fishman

    membuat tipologi penentuan Dasar Bahasa dan membahagikannya kepada tiga jenis iaitu jenisA, jenis B dan jenis C. Secara ringkasnya, bolehlah dinyatakan bahawa penentuan jenis A

    dihasilkan oleh persetujuan di kalangan para pemimpin negara. Penentuan jenis B pula adalah

    diasaskan pada kesatuan sosio budaya yang sudah lama tertanam dan juga pada sempadan politik

    negara yang berkenaan. Manakala penentuan jenis C adalah penentuan Dasar Bahasa yang dibuat

    untuk negara yang mempunyai lebih daripada satu tradisi agung yang berasingan satu sama lain.

    Dengan ini, terbuktilah perkembangan sejarah pembentukan sesebuah negara, keadaan politik,

    sosial serta ekonomi merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada pembentukan

    dasar bahasa sesebuah negara.

    Sebagai Bahasa Kebangsaan kepada Negara yang berdaulat, Bahasa Melayu harus

    memikul beban tugas baharu. Selain bahasa rasmi negara, ia menjadi bahasa pentadbiran, bahasa

    perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi pengajian

    tinggi. Semua ini dipikul peringkat demi peringkat oleh Bahasa Melayu sejak tahun 1957, ketika

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    8/18

    HBML4403

    7

    negara mencapai kemerdekaan. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan jelas

    termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Fasal (1) Perkara 152 dalam Perlembagaan

    Persekutuan menyatakan bahawa : Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah

    ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang

    Parlimen. Profesor Asmah Hj. Omar dalam bukunya Perancangan Bahasa dengan rujukan

    khusus kepada perancangan Bahasa Malaysia telah mengistilahkan Bahasa Kebangsaan sebagai

    bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Berdasarkan definisi ini, kita pasti

    Bahasa Kebangsaan mempunyai fungsi yang besar kerana ia menjadi lambang penyatuan dan

    kedaulatan negara.

    Melalui rentetan pelbagai peristiwa sejarah kita juga akan dapat mengaitkan kepentingan

    Bahasa Melayu sebagai bahasa yang menyatukan rakyat di negara ini. Selepas Tuanku Abdul

    Rahman berucap di singapura pada akhir bulan Mei 1961, Beliau telah mengadakan lawatan ke

    Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan

    Malaysia. Selain itu, rundingan telah diadakan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan

    Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

    Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukan Malaysia sebenarnya sangat

    panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum

    cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil kira bagi memastikan

    pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Pada bulan Julai 1961, mesyuarat PersatuanParlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura.

    Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura telah menjelaskan

    konsep Malaysia kepada perwakilan daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah

    mengurangkan salah faham tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya, mesyuarat telah bersetuju

    menubuhkan JPPM yang dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik

    sebgai pengerusinya. Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai

    pemerhati sahaja kerana ketidaksedian Brunei menyertai pembentukan Malaysia. Suruhanjaya

    Cobbold pula ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan

    Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish diadakan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya

    Cobbold adalah untuk menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan

    pembentukan Malaysia dan membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu. Suruhanjaya

    ini telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan berakhir

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    9/18

    HBML4403

    8

    pada bulan April 1962. Dalam tempoh tersebut suruhanjaya telah mengadakan 50 perjumpaan di

    35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di Sabah. Suruhanjaya yang ditubuhkan ini telah menemui

    lebih 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan serta mempelawa dan menerima

    surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka.

    Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian

    mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.

    Dalam laporan ini, 80% penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai pembentukan Malaysia.

    Laporan yang dibuat menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan

    Suruhanjaya Cobbold serta cadangan JPPM. Perlembagaan yang dibentuk telah disahkan oleh

    kerajaan British pada 9 Julai 1963 (Rujuk lampiran). Antara perkara yang menjadi teras utama

    dalam perlembagaan tersebut ialah yang Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh

    Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak. Teras kedua pula ialah Bahasa Melayu

    dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran diberikan kepada Sabah dan

    Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkara-perkara rasmi selama 10 tahun

    selepas kemasukan ke dalam persekutuan. Rancangan menubuhkan persekutuan Malaysia yang

    merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akhirnya telah berjaya

    dilaksanakan pada 16 September 1963 tanpa kemasukan Brunei. Namun Singapura telah keluar

    daripada Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1965. penubuhan Malaysia telah memberikan

    banyak faedah kepada Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Daripada ringkasan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa penubuhan Malaysia, ternyata Bahasa Melayu merupakan

    antara agenda penting yang tercatat dalam sejarah penubuhan negara.

    Fasa perbincangan kedua dalam rencana ini akan mengajak pembaca untuk memikirkan

    tentang betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang berkesan dan sebagai

    wahana penyatuan bangsa di Malaysia. Daripada pelbagai faktor yang boleh dipertimbangkan

    sebagai alat yang mampu menyatukan bangsa, bahasa muncul sebagai 8ystem yang dominan.

    Tambahan pula daripada begitu banyak bahasa, Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa

    kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di 8ystem Malaysia.

    Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu, tentunya Bahasa Melayu

    memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras

    Perpaduan Bangsa Malaysia. Dalam rencana ini saya ingin membuktikan kepada pembaca

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    10/18

    HBML4403

    9

    mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada penyatuan

    rakyat berbilang kaum di 9ystem ini. Di samping itu, akan diutarakan juga beberapa ancaman ke

    atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang

    menjadi alat utama perpaduan rakyat. Secara konseptual, Bahasa Melayu sebagai wahana

    penyatuan bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa

    kebangsaan dan bahasa perantaraan yang berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan

    pelbagai kaum di 9ystem ini.

    Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah telah

    membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa

    komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini

    digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan 9ystem9y9y. Dalam Kitab

    Sejarah Melayu ada menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari

    Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan

    masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. Dalam konteks hubungan

    antarabangsa, surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu

    bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk

    pihak British. Kalau mereka tidak memahami pun, maka ada munsyi atau guru Bahasa Melayu

    yang akan mengajar mereka. Begitu juga dengan dokumen-dokumen lain seperti undang-undang

    tubuh negeri-negeri Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan jawi sebagaimediumnya. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap

    yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan

    bahasa basahan, sebagai bahasa komunikasi serta persuratan, maka Bahasa Melayu telah

    dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di 9ystem ini agar menjadi

    bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang terbentuk pada tahun 1963. Malahan

    permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu

    Perlembagaan Negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 iaitu sebagai

    bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Sejak itu, Bahasa Melayu

    berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan

    menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Hal ini jelas sekali

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    11/18

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    12/18

    HBML4403

    11

    Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan

    apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa Melayu

    tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan

    menyebabkan bahasa ibunda kaum-kaum lain di Malaysia akan menerima nasib malang. Rahsia

    Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini

    ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan

    bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan dan dituturkan tanpa sekatan. Keadaan ini

    menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa

    lain.

    Gerakan Cintailah Bahasa Kitayang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan

    betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa

    komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu, banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan

    pelbagai kaum telah dianjurkan. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan syarahan

    dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT serta pidato Bahasa Melayu antarabangsa.

    Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh

    sesiapa sahaja. Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

    melonjakkan bahasa ini sebagai satu 11ystem11y bagi masyarakat majmuk sehingga mampu

    menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

    Dengan corak perubahan dunia yang menjadi semakin pantas, persekitaran tempatan tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju ke era global. Bumi yang dulunya

    terpecah kepada begitu banyak sempadan serta sukar berhubung, kini menjadi sebuah

    penempatan besar tanpa sempadan. Dengan itu, Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila

    golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang

    dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini

    seperti 11ystem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating yang telah menghasilkan

    seolah-olah pola dan corak bahasa tersendiri yang difahami oleh kelompok-kelompok tertentu.

    Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Surat yang dianggap

    ketinggalan zaman dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik. Menelefon juga telah

    digantikan dengan corak komunikasi yang lebih ringkas iaitu SMS dan MMS. Hal ini merupakan

    satu perkembangan yang menakjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya

    menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    13/18

    HBML4403

    12

    menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat

    perpaduan utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian Pelajaran dan DBP untuk

    menyelaraskan semua ini.

    Memetik rencana yang disiarkan dalam kosmo Online telah menyatakan bahawa tamadun

    Melayu yang sudah sekian lama bertapak di peta dunia banyak meninggalkan khazanah warisan

    tidak ternilai untuk diwarisi generasi masa hadapan. Antara warisan luar biasa ditinggalkan

    generasi terdahulu termasuk bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan terutamanya di negara-

    negara rumpun nusantara. Keindahan dan kelembutan lenggok bahasa Melayu secara perlahan-

    lahan telah merentasi sempadan dalam bidang pelajaran, perdagangan serta banyak lagi.

    Walaupun jika dilihat di Malaysia hari ini, bahasa Melayu sedang terhimpit apabila

    semakin ramai generasi muda mengutamakan bahasa Inggeris bahkan masih ramai yang tergagap

    apabila berbahasa Melayu, situasi berbeza berlaku di luar negara. Keindahan dan signifikan

    bahasa Melayu menyebabkan semakin banyak universiti luar negara membuka pusat pengajian

    bahasa dan budaya Melayu. Lantaran itulah, apabila Kementerian Pengajian Tinggi dengan

    kerjasama beberapa kementerian lain menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa

    Melayu (PABM), jumlah penyertaan bukanlah boleh dihitung dengan jari. Memasuki edisi

    kelima tahun ini, PABM 2011 menyaksikan penyertaan 59 peserta dari 56 buah negara di seluruh

    dunia untuk merebut Piala Perdana Menteri. Lebih mengagumkan daripada 59 peserta itu, wakil

    dari lima buah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, Perancis, China danBritain juga tidak ketinggalan tampil berpidato dalam bahasa Melayu. Ini membuktikan betapa

    Bahasa Melayu mampu menarik minat masyarakat dunia untuk digunakan sebagai medium

    komunikasi serta memiliki keindahan dan kekuatan yang tersendiri.

    Sekarang, tibalah kepada fasa ketiga rencana ini yang akan membicarakan tentang

    pandangan serta cadangan yang relevan terhadap peranan Bahasa Melayu sebagai wahana

    penyatuan bangsa Malaysia. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai

    bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di

    sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan

    bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan

    pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Oleh itu,

    dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    14/18

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    15/18

    HBML4403

    14

    Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang

    terbaik. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara

    sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, malah

    sukatan pelajarannya juga tidak sama. Sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan

    yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka

    memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik. Di samping

    itu, mewujudkan dua golongan terdidik iaitu berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular

    serta tidak mempunyai pandangan yang sama. Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan

    pendidik selepas Perang dunia kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat

    Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman,

    kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai

    kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk

    mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks

    Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang

    tunggal telah lama disedari.

    Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah

    melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan

    persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa

    curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan suasana hormoni antara kaum di negaraini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada

    tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang

    sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah,

    khusus untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi

    pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

    Gagasan 1 Malaysia sudah pastinya dapat diwujudkan melalui pembentukan jati diri

    bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami. Penyatuan

    rakyat melalui bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan melalui penerapan

    nilai-nilai murni seperti yang tercatat dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu

    pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mampu

    menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena

    kebahasaan. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu bahasa yang mencapai taraf

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    16/18

    HBML4403

    15

    sebagai bahasa ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan kesempurnaan

    bahasa. Melalui keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai keupayaan menyampaikan

    hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat yakni ampu menyampaikan kesinambungan dan

    kerumitan fikiran tanpa melalui pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu

    bahasa yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan bahasa

    yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan

    dan keindahan. Selaras dengan konsep 1 Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja mampu

    menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar sebagai

    bahasa persatuan dan kesatuan kaum di Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama

    kerana melalui perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan

    masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor

    ekonomi negara. Secara tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa

    pengantar utama dalam sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70an sehingga sekarang.

    Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras

    dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, perpaduan akan dikecapi. Nikmat

    daripada kesejahteraan rakyat maka dapatlah kita merealisasikan pencapaian kerkualiti dalam

    semua bidang melalui ilmu pengetahuan. Pendek kata, Bahasa Melayu mampu berperanan dalam

    memperkasa anak watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan, sains dan

    teknologi, ekonomi sekali gus dapat melahirkan golongan kelas pertengahan yang menjadisinergi dan sumber manusia dan terus menjadi pemangkin terhadap pembangunan bangsa dan

    negara. Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai lingua-franca dan juga

    bahasa kedua akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi, bahasa

    perundangan, bahasa pentadbiran dan bahasa yang dapat mengungkapkan pelbagai genre dan

    domain ilmu. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan semangat dan kecintaan terhadap

    kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu dalam memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu

    dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus dipergiat dari semasa ke

    semasa.

    Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

    komunikasi tidak perlu dipersoalkan apabila rata-rata murid-murid berinteraksi dengan rakan

    sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual beli di pasar

    raya juga kita sering mendengar Bahasa Melayu dengan bangga dituturkan. Dalam konteks 1

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    17/18

    HBML4403

    16

    Malaysia, interaksi amat penting bagi menentukan supaya hubungan antara masyarakat pelbagai

    ras dan etnik dapat terus berlangsung atau dipertahankan. Oleh itu, semua lapisan rakyat

    Malaysia perlu mempunyai pengetahuan luas berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan,

    cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya. Pendek kata kita perlu tahu pelbagai perkara

    tentang bahasa kita sekiranya kita bangga menjadi penutur Bahasa Melayu. Gagasan 1 Malaysia

    yang dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah selangkah di hadapan kita. Perbezaan bahasa

    bukan lagi penghalang ke arah usaha murni kerajaan ini kerana kita adalah satu bangsa, satu

    bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia.

    [ Lebih kurang 3500 patah perkataan ]

  • 8/13/2019 BM Sebagai Wahana Penyatuan Bangsa

    18/18

    HBML4403

    17

    Rujukan :

    Asmah Haji Omar. (1993), Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada

    Perancangan Bahasa Melayu,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Awang Sariyan (1995), Sejarah Bahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Bidin Suraya (2000), Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia,Kuala

    Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mohd. Isa Othman (2002), Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur : Utusan

    Publications & Distributors Sdn Bhd

    Sheela Abraham (1994), Siri Pendidikan Fajar Bakti Sejarah Perkembangan Negara, Kuala

    Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.