bm p2 t2

6
SULIT 02/2 Bahagian A : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyalahgunaan dadah yang mengancam masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dadah merupakan satu istilah yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Sebenarnya, apabila kita mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Namun begitu, terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Statistik dan profil penagihan dadah di Malaysia menunjukkan bahawa sebilangan besar penagihan dadah adalah dalam lingkungan umur 15 hingga 25 tahun termasuk yang masih bersekolah. Antara faktor yang mendorongkan penyalahgunaan dadah adalah kerana inginkan keseronokan serta ingin mengetahui dan seterusnya mencuba untuk merasainya sendiri. Mereka juga tidak menyedari sekiranya dadah mula diambil kawalan terhadap minda dan tubuh akan mula goyah. Walau bagaimanapun, bagi golongan remaja yang dalam proses membesar untuk mencari rakan sosial, mereka mula terlibat dengan dadah akibat pengaruh kawan-kawan dan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Untuk diterima dalam kumpulan tersebut, remaja yang malang ini akan mendapat tekanan daripada rakan sekumpulan lantas mencuba sesuatu yang baharu sebagai menyahut cabaran. Tambahan pula sesetengah kes penagihan dadah berlaku akibat daripada kurangnya komunikasi dengan ibu bapa serta kurangnya didikan agama. Sebagai ibu bapa yang SULIT 02/2 1

Upload: hasmi-mohamad

Post on 14-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Bahagian A (i) :

SULIT 02/2

Bahagian A : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca penyalahgunaan dadah yang mengancam masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dadah merupakan satu istilah yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Sebenarnya, apabila kita mendengar sahaja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Namun begitu, terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.

Statistik dan profil penagihan dadah di Malaysia menunjukkan bahawa sebilangan besar penagihan dadah adalah dalam lingkungan umur 15 hingga 25 tahun termasuk yang masih bersekolah. Antara faktor yang mendorongkan penyalahgunaan dadah adalah kerana inginkan keseronokan serta ingin mengetahui dan seterusnya mencuba untuk merasainya sendiri. Mereka juga tidak menyedari sekiranya dadah mula diambil kawalan terhadap minda dan tubuh akan mula goyah.

Walau bagaimanapun, bagi golongan remaja yang dalam proses membesar untuk mencari rakan sosial, mereka mula terlibat dengan dadah akibat pengaruh kawan-kawan dan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya. Untuk diterima dalam kumpulan tersebut, remaja yang malang ini akan mendapat tekanan daripada rakan sekumpulan lantas mencuba sesuatu yang baharu sebagai menyahut cabaran.

Tambahan pula sesetengah kes penagihan dadah berlaku akibat daripada kurangnya komunikasi dengan ibu bapa serta kurangnya didikan agama. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka perlu menunaikan tanggungjuawab mendidik anak-anak dan tidak boleh didelegasikan kepada orang lain dalam apa-apa cara atau bentuk. Justeru, gejala penyalahgunaan dadah bukannya alasan untuk melepaskan tanggungjawab murni mereka.

Mengikut saranan yang dicadangkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) salah satu cara untuk menjauhi dadah adalah dengan mempunyai matlamat hidup. Hal ini demikian kerana sesetengah penagih tidak mengggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah. Sementelahan pula, banyak kes yang ditemui adalah disebabkan oleh desakan ibu bapa yang terlalu inginkan anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Justeru, bagi mengatasi kerunsingan yang mungkin ada pada ketika itu mereka menggunakan dadah.

Generalisasinya, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka yang terlibat. Oleh yang demikian, ADK berpegang kepada dasar yang mewajibkan setiap individu yang dianggap penagih akan dipulihkan dengan menjalani rawatan dan pemulihan.

Bahagian A (ii): Pemahaman Petikan Umum

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.1. Apakah maksud rangkai kata mempunyai matlamat hidup ?

[2 markah]2. Apakah punca yang menyebabkan remaja terlibat dengan penagihan dadah?

[4 markah]3. Sekiranya anda mendapati salah seorang daripada rakan anda mula berjinak-jinak

dengan dadah, apakah yang anda patut lakukan?

[4 markah]

Bahagian B:

Karangan Rangsangan

[20 markah]

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan tradisi rumah terbuka. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahagian C :

Karangan Pilihan

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.1. Isu kemalangan jalan raya dalam kalangan pengguna kenderaan semakin kronik dan mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban.Tulis pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi kemalangan daripada terus berlaku.2. Anda telah menerima surat daripada sahabat anda dari Britain yang ingin melancong ke Malaysia pada hujung tahun nanti.Tulis surat anda selengkapnya dengan menceritakan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang patut dikunjungi.3. Amalan membaca menjadikan masyarakat lebih bijaksana dan menguasai ilmu.Nyatakan langkah-langkah untuk memupuk minat menbaca dalam kalangan masyarakat.4. Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda telah mengadakan Bulan Bahasa Melayu. Sepanjang bulan itu, pelbagai program telah dijalankan. Anda selaku setiausaha program itu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang program itu sepenuhnya.Tulis laporan itu selengkapnya.5. Pasukan rumah sukan anda telah berjaya menjadi juara di sekolah anda. Ceritakan pengalaman anda tentang cara-cara pasukan rumah anda membuat persediaan sehingga menjadi juara.Bahagian D : Novel

[10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda pelajari di Tingkatan 2.

Berdasarkan novel yang anda kaji, namakan dua watak sampingan dan huraikan

perwatakannya.KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_____________

_______________

(MOHD HASMISAFAR MOHAMAD)

(NOORASIAH BT.YUSOFF)

GURU BAHASA MELAYU

KETUA PANITIA BAHASA

MELAYUPahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini

Tragedi Empat Disember, karya Dzul Karnain Ithnain

Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin

Kapten Hassan Wira Bangsa, karya Harun Johari

PAGE 4SULIT 02/2