bm kertas 1 tahun 4

Upload: norazlaili-mokhtar

Post on 14-Apr-2018

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    1/9

    SULIT 2 011

    Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,C dan D. Antaranya, ada satujawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

    Soalan 1 hingga Soalan 20

    Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yangpaling sesuai.

    Soalan 1berdasarkan Gambar 1

    1 Perempuan itu sedang menanam beberapa __________

    anak padi di sawahnya.

    A gemal

    B pokok

    C batang

    D rumpun

    Gambar 1

    Soalan 2berdasarkan Gambar 2

    2 Amin hendak beredar dari tempat itu, dia minta __________

    daripada pak longnya.

    A diri

    B duit

    C maaf

    D laluan

    Gambar 2

    3 Nurfadilah seorang murid yang cemerlang. __________ pihak sekolah menganugerahinya

    Tokoh Murid Cemerlang pada tahun ini.

    A Sejak itu

    B Jika begitu

    C Lantaran itu

    D Namun begitu

    Soalan 4berdasarkan Gambar 3

    4 __________ di tengah-tengah bendang itu dibuat oleh Pak

    Cik Manan.

    A Patung-patung

    B Orang-orang

    C Baju-baju

    D Topi-topi

    Gambar 3

    Soalan 5berdasarkan Gambar 4

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    2/9

    SULIT 3 011

    5 Sempena perayaan Hari Guru, Wan Zalela telah memberi

    __________ bunga kepada guru kelasnya.

    A seikat

    B setangkai

    C sejambakD sekuntum

    Gambar 4

    6 Nurul Shuhaibah __________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang

    tidak difahaminya.

    A memusing-musing

    B membelek-belek

    C mengkaji-kaji

    D melihat-lihat

    Soalan 7berdasarkan Gambar 5

    7 Pak Wahid sedang __________ beberapa batang lemang

    sempena sambutan Hari Raya Puasa.

    A menyalai

    B memasak

    C membakar

    D memanggang

    Gambar 5

    8 Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala

    yang lain telah sampai di __________ nya.

    A sisi

    B hujung

    C puncak

    D pangkal

    Soalan 9berdasarkan Gambar 6

    9 Khairul membawa beberapa __________ rambai yang baru

    dipetik dari dusun datuknya.

    A ikat

    B tandan

    C tangkai

    D mayang

    Gambar 6

    Soalan 10berdasarkan Gambar 7

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    3/9

    SULIT 4 011

    10 Shahidan sedang __________ bola takraw yang dilambung

    oleh apit kanannya.

    A melibas

    B merejam

    C melontarD memukul

    Gambar 7

    11 Puan Maria menghadiahkan __________ kalung mutiara kepada anak gadisnya sempena

    ulang tahun kelahirannya yang keduabelas.

    A seurat

    B sebutir

    C seuntai

    D sebilah

    12 Albert dan adiknya terpesona melihat padi yang __________ di sepanjang perjalanannya

    ke Alor Setar.

    A menguning

    B kekuningan

    C dikuningkan

    D menguningkan

    Soalan 13berdasarkan Gambar 8

    13 Seekor penyu sedang __________ naik ke atas pantai untuk

    mencari tempat bertelur yang sesuai.

    A menjulur

    B menyusur

    C mengesot

    D merangkak

    Gambar 8

    Soalan 14berdasarkan Gambar 9

    14 Lelaki tua itu jatuh __________ apabila kakinya tersepak

    seketul batu yang agak besar.

    A tersandar

    B terjelepok

    C terperosok

    D tersembam

    Gambar 9

    Soalan 15berdasarkan Gambar 10

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    4/9

    SULIT 5 011

    15 __________, rajinnya Maniam membantu ibu dan bapanya

    di kebun sayur!

    A Hoi

    B Cis

    C HaiD Wah

    Gambar 10

    16 Beberapa __________ kayu api dan beberapa __________ papan lapis disusun di atas

    para-para oleh tukang rumah itu.

    A puntung keping

    B batang batang

    C ketul longgok

    D ikat potong

    Soalan 17berdasarkan Gambar 11

    17 Encik Halili menggantungkan __________ bidai di hadapan

    kedainya bagi menahan pancaran terik matahari.

    A sehelai

    B sekeping

    C sekajang

    D sebidang

    Gambar 11

    18 __________ para ibu bapa __________ para guru mestilah bekerjasama menangani

    masalah disiplin murid masa kini.

    A Bukan saja namun

    B Walaupun tetapi

    C Baik mahupun

    D Kian kian

    Soalan 19 dan Soalan 20berdasarkan Gambar 12

    19 Ali berkongsi __________ dengan ayahnya setelah muncul

    sebagai johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu.

    A kejayaan

    B kepakaran

    C kesyukuran

    D kegembiraan

    Gambar 12

    20 Perkataan berlawan bagi situasi yang dirasai oleh Ali dan ayahnya semasa Pertandingan

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    5/9

    SULIT 6 011

    Bercerita Bahasa Melayu itu ialah __________.

    A kedukaan

    B kesukaran

    C kegagalan

    D kemeriahan

    Soalan 21berdasarkan Gambar 13

    Pilih perkataan seerti bagiperkataan bergaris dengan betul.

    21 Ura-ura Engku Zetty hendak mendirikan hotel lima bintang

    di bandar itu telah mendapat kelulusan pihak bank.

    A Rancangan

    B Cadangan

    C Desakan

    D Saranan

    Gambar 13

    Soalan 22 berdasarkan Gambar 14

    Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan ayat yang diberi.

    22 Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan

    keputusan pengadil pertandingan bola sepak itu.

    A berat sebelah

    B berat tangan

    C berat tulang

    D berat hati

    Gambar 14

    Pilih soalan yang paling sesuai bagijawapan yang diberikan.

    23 Sudah. Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu dengan keluarganya.

    A Bilakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

    B Sudahkah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

    C Dengan siapakah Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

    D Mengapakah keluarga Punitha pergi ke pameran komputer di dewan serbaguna itu?

    Pilihjawapan yang paling sesuai bagisoalan yang diberikan.

    24 Siapakah yang akan merasmikan Karnival Borong Sakan itu?

    A Saya rasa perasmi tidak penting.

    B Karnival akan merasmikan Borong Sakan itu.

    C Karnival Borong akan dirasmikan oleh Sakan.

    D Jika tidak silap, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

    Soalan 25

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    6/9

    SULIT 7 011

    Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

    25 Pihak kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang-barang buatan tempatan bagi

    memulihkan ekonomi negara.

    A Rakyat disaran memulihkan ekonomi pihak kerajaan tempatan serta membeli

    barang-barang buatan negara.B Rakyat dan pihak kerajaan bersetuju membeli barangan buatan tempatan untuk

    memulihkan ekonomi negara.

    C Rakyat dimestikan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagimemulihkan ekonomi negara.

    D Rakyat digalakkan oleh pihak kerajaan membeli barangan buatan tempatan bagimemulihkan ekonomi negara.

    Soalan 26 dan Soalan 27

    Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

    26 I Amir tercicir bas sekolah kerana bangun lewat pagi tadi.

    II Isi di dalam kotak itu tercicir kerana bocor di bawahnya.

    III Kakak tercicir tas tangannya sewaktu keluar daripada teksi itu.

    IV Nama Khalid telah tercicir daripada senarai pemain bola sepak sekolahnya.

    A

    B

    C

    D

    I dan II sahaja

    II dan III sahaja

    III dan IV sahaja

    II, III dan IV sahaja

    27 I Anak bongsu Raja Mahmud sedang beradu di kamarnya.

    II Peserta tarik tali itu beradu tenaga untuk menentukan juara.

    III Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis berdekatan.

    IV Pasukan sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam beradu itu.

    A

    B

    C

    D

    I dan II sahaja

    I dan IV sahaja

    II dan III sahaja

    II dan IV sahaja

    Soalan 28

    Pilih ayat yangbetul.

    28 A Anisah tidak putus-putus menerima ucapan tahniah atas kejayaannya.

    B Di waktu pagi, puncak gunung itu diselubungi kabus yang sangat tebal.

    C Semua pelajar-pelajar diminta beratur semasa membeli makanan di kantin.

    D Kita mesti belajar bersungguh-sungguh demi untuk masa depan yang gemilang.

    Soalan 29 dan Soalan 30

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    7/9

    SULIT 8 011

    Pilih ayat-ayat yangbetul.

    29 I Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang.II Setiap golongan perlu bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.

    III Lagu permintaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya.IV Siew Fong berasa bangga kerana terpilih mewakili sekolah dalam perbahasan.

    AB

    C

    D

    I dan II sahajaII dan III sahaja

    I, II dan III sahajaII, III dan IV sahaja

    30 I Kedua-dua orang pengantin itu kelihatan berseri di atas pelamin.II Puan Lela menghidangi tetamunya dengan sepiring kuih abuk-abuk.

    III Bapa Jamalul adalah seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.

    IV Penduduk Kampung Rahmat saling tolong-menolong membersihkan kawasan surau.

    A

    BC

    D

    I dan II sahaja

    I dan III sahajaII dan IV sahaja

    I, II dan IV sahaja

    Soalan 31 hingga Soalan 35

    Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sejenak bersamamu perpustakaan

    Selautan ilmu terbentangDi sini tersemai wadah pendidikanBersama bibit-bibit pengetahuanYang menumbuhkan pepohon kehidupan

    PerpustakaanLadang pembacaan, teman ketika kesunyianYang mengukir segala bicara, tentang sains dan teknologiTentang sejarah dan kebudayaan, tentang falsafah dan sosiologi

    PerpustakaanDi sini pembinaan jasmani dan kerohanian

    Yang mengasuh sejuta pendidik, saintis dan politikusYang melahirkan sejuta ahli korporat, pemimpin dan budayawanYang membina mahkota kesejahteraan ummahPerpustakaanPembina mahligai kesejahteraan rakyatTelaahlah buku-buku, majalah dan akhbarPergunakanlah CD, video dan mikrofilemBerkerlipan permata menyinari kehidupan.

    31 Apakah jenis puisi di atas?

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    8/9

    SULIT 9 011

    A Syair. C Pantun.

    B Sajak. D Gurindam.

    32 Mengapakah perpustakaan penting dalam hidup kita?

    A Kerana perpustakaan sesuai dijadikan tempat mengulang kaji.B Kerana perpustakaan mempunyai pelbagai sumber ilmu.

    C Kerana perpustakaan menyediakan banyak buku cerita.

    D Kerana perpustakaan melahirkan sejuta korporat.

    33 Yang berikut adalah tugas pustakawan, kecuali

    A menyusun buku di rak mengikut sistem perpuluhan Dewey.

    B memilih bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk dibeli.

    C menguruskan peminjaman dan pemulangan buku.

    D memasang alat pendingin udara di perpustakaan.

    34 Frasa berkerlipan permata menyinari kehidupandalam petikan bermaksud

    A hidup kita akan sejahtera menjadi politikus.

    B hidup kita akan sejahtera menjadi budayawan.

    C hidup kita akan sejahtera jika mempunyai permata.

    D hidup kita akan sejahtera jika mempunyai ilmu pengetahuan.

    35 Apakah harapan pemuisi dalam rangkap yang terakhir?

    A Orang ramai digalakkan pergi ke perpustakaan apabila terasa sunyi.

    B Orang ramai berbincang di perpustakaan untuk memajukan masyarakat.C Orang ramai membuat penyelidikan dan menambah ilmu di perpustakaan.

    D Orang ramai menyumbang kos memperbesar dan mempercantik perpustakaan.

    Soalan 36 hingga Soalan 40

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

    Sudah hampir dua tahun Tuk Mat meninggalkan aku. Dia pergi buat selama-lamanya.Waktu itu aku baru melangkah ke tahap dua sekolah rendah. Tuk Mat amat istimewa bagiku.

    Aku tidak pernah melupakannya. Imbasan peristiwa lalu masih segar dalam ingatanku.Namanya selalu kusebut apabila kesunyian. Aku terasa seolah-olah Tuk Mat berada

    di sisiku. Begitulah kasih sayang dan rapatnya aku dengan Tuk Mat. Aku merenunggambarku bersama-sama Tuk Mat. Alangkah manjanya aku memeluk bahu Tuk Mat. TukMat kelihatan begitu ceria dengan senyumannya. Hanya potret inilah yang tinggal untukmengubat rinduku pada Tuk Mat.

    Selama ini, pada Tuk Mat tempat aku bermanja. Tuk Matlah yang menyara aku.Segala perbelanjaan persekolahanku ditanggungnya. Peristiwa sedih ini berlaku kira-kiratujuh tahun yang silam. Ibu berkahwin lain setelah kematian bapa.

    Ibu melahirkan Khairul Nizam. Sesungguhnya kehadiran orang baru dalam hidup ibu

    menyebabkan aku jauh hati. Aku melarikan diri dan meninggalkan ibu. Mujur Tuk Matfaham. Beliau mengajak aku tinggal bersama-sama dengannya. Selepas itu, ibu ada juga

    011 SULIT

  • 7/27/2019 BM KERTAS 1 TAHUN 4

    9/9

    SULIT 10 011

    datang memujukku. Tetapi Tuk Mat berkeras untuk terus menjagaku.Tuk Mat benar-benar menyayangi aku. Setiap hari beliau menghantar dan mengambil

    aku dari sekolah dengan motosikalnya. Sepanjang ingatanku, tidak pernah Tuk Matmelukakan hatiku. Beliau sentiasa bersabar melayan segala kerenahku. Walaupunkadangkala aku ini kepala angin, Tuk Mat tidak pernah memarahiku apatah lagi memukulku.Sebaliknya, Tuk Mat banyak memberikan nasihat kepadaku. Hingga kini, kata-kata itu masihsegar dalam ingatanku.

    Kenangan dan kemesraanku bersama Tuk Mat amat payah untuk kulupakan. Memoriini telah sebati dengan jiwaku. Tanpa kusedari, air mataku berlinangan di pipi. Aku benar-benar rindu akan kasih sayang Tuk Mat. Doaku, semoga Tuk Mat damai di alamnya.Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya atas roh Tuk Mat.

    36 Apakah hubungan Khairul Nizam dengan penulis?

    A Adik tiri. C Adik kandung.

    B Adik angkat. D Anak saudara.

    37 Apakah yang dilakukan oleh penulis apabila terkenangkan Tuk Mat?

    A Memeluk bahu Tuk Mat dengan manjanya.

    B Menatap potret kenangan sambil menangis.

    C Bersedih dan menangis tidak berhenti-henti.

    D Mengingati kebaikan dan pengorbanan Tuk Mat.

    38 Penulis telah menceritakan tentang kehidupannya bersama-sama Tuk Mat, berapakahusia penulis sekarang?

    A 5 tahun. C 10 tahun.

    B 7 tahun. D 12 tahun.

    39 Mengapakah penulis berasa sedih sehingga mengalirkan air mata?

    A Terkenang akan bapanya yang sudah meninggal dunia.

    B Terkenang akan datuknya yang sudah meninggal dunia.

    C Cemburu akan kehadiran Khairul Nizam dalam keluarganya.

    D Tidak dapat membonceng motosikal Tuk Mat untuk ke sekolah.

    40 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang penulis, kecuali

    A tinggal bersama-sama ibunya selama lima tahun.

    B perbelanjaan sekolahnya ditanggung oleh Tuk Mat.

    C menjadi anak yatim piatu ketika berusia lima tahun.

    D penulis selalu mendoakan kesejahteraan roh datuknya.

    KERTAS SOALAN TAMAT

    011 SULIT