bm bahagian b

8
BAHAGIAN B [30 MARKAH ] SOALAN 21 Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. dan di atau untuk yang dalam pada kerana Cili padi banyak digunakan sebagai rempah perasa makanan. Saiznya kecil_______rasanya pedas. Cili ini bukan hanya digunakan secara mentah tetapi juga diproses untuk dijadikan serbuk cili dan sos cili padi. Selain itu, cili padi juga, boleh dicampurkan ke _______makanan setelah ditumbuk lumat. Contohnya dalam pembuatan sambal dan salad. Proses penanaman pokok cili padi bermula dengan menyemai biji benihnya yang kecil______berwarna kekuning-kuningan. Anak pokok cili padi pula akan ditanam pada jarak 30 sentimeter antara satu sama lain agar pertumbuhannya lebih baik. Cili padi memerlukan cahaya matahari ______cukup, tanah gambut yang subur dan siraman secara berkala. [ 4 markah ] SOALAN 22 a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi. Ayat Tanya: 5

Upload: zura

Post on 04-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Bahagian b

BAHAGIAN B[30 MARKAH ]

SOALAN 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dan di atau untuk

yang dalam pada kerana

Cili padi banyak digunakan sebagai rempah perasa makanan. Saiznya kecil_______rasanya pedas. Cili ini bukan hanya digunakan secara mentah tetapi juga diproses untuk dijadikan serbuk cili dan sos cili padi. Selain itu, cili padi juga, boleh dicampurkan ke _______makanan setelah ditumbuk lumat. Contohnya dalam pembuatan sambal dan salad.

Proses penanaman pokok cili padi bermula dengan menyemai biji benihnya yang kecil______berwarna kekuning-kuningan. Anak pokok cili padi pula akan ditanam pada jarak 30 sentimeter antara satu sama lain agar pertumbuhannya lebih baik. Cili padi memerlukan cahaya matahari ______cukup, tanah gambut yang subur dan siraman secara berkala.

[ 4 markah ]

SOALAN 22

a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya:

____________________________________________________________________

Jawapan : Anak-anak ayam itu akan menjadi mangsa burung helang.

[ 2 markah ]

5

Page 2: Bm Bahagian b

b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

[ 2 markah ]

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2 markah ]

6

Nenek, gunalah tilam tenaga ini untuk kesihatan yang lebih baik. Mungkin sakit belakang nenek

boleh sembuh

Page 3: Bm Bahagian b

SOALAN 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Mengapakah keris sering dikaitkan dengan orang Melayu?

[ 1 markah ]

b) Senaraikan 5 nama keris yang popular.

[ 2 markah ]

7

Sejak zaman-berzaman keris sering dikaitkan dengan orang Melayu. Ia menjadi lambang kekuatan, kedaulatan dan keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa Melayu. Keris juga adalah lambang kepada ketamadunan satu-satu bangsa di mana tersirat falsafah, nilai estetika dan kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan senjata. Ia juga turut menjadi pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu dari dahulu hingga kini.

Keris Semenanjung, Keris Bali, Keris Madura, Keris Bugis, Keris Jawa, Keris Sumatera dan Keris Tanjung merupakan antara keris popular dalam kalangan pandai keris. Namun demikian, akibat daripada arus pemodenan hari ini, fungsi dan peranan keris mula dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.

Page 4: Bm Bahagian b

c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

[ 2 markah ]

8

Keris sering dikaitkan dengan orang India

Keris Tanjung merupakan keris yang tidak digemari oleh orang Melayu.

Keris menjadi pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu dari dahulu hingga kini.

Keris menjadi lambang kekuatan, kedaulatan dan keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa

BETUL

SALAH

Page 5: Bm Bahagian b

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan di bawah.

Yang panjang

a) Di manakah letaknya Pantai Cahaya Bulan? [1 markah ]

b) Apakah nama lama Pantai Cahaya Bulan? [ 2 markah ]

c) Mengapakah Pantai Cahaya Bulan terkenal? [2 markah ]

d) Berikan dua kelebihan Pantai Cahaya Bulan. [3 markah ]

_____________________________________________________________________

9

Pantai Cahaya Bulan ( PCB) sangat terkenal di Kelantan. Pan tai ini terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Pada suatu ketika dahulu, pantai ini menjadi kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.

Pada mulanya pantai ini dikenali sebagai pantai Cinta Berahi. Nama ini dikatakan diberi oleh seorang askar British semasa Perang Dunia Kedua. Sesetengah penduduk masih menggunakan nama lama untuk merujuk PCB.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya yang panjang dan lebar serta pasirnya yang cantik dan airnya yang jernih. Deretan pokok ru dan kelapa pula menambahkan kecantikanan pantai ini. Oleh itu, PCB menjadi tempat perkelahan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk pengunjung seperti hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai serta tandas awam.

Keistimewaan PCB ialah panorama yang menarik untuk pengunjung khususnya pelancong asing yang ingin melihat pembalikan cahaya bulan di pantai yang menghadap Laut China Selatan.

Page 6: Bm Bahagian b

SOALAN 25

Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a) Ke manakah penulis berhajat untuk pergi bercuti?

[ 1 markah ]

b) Apakah maksud simpulan bahasa buah tangan ?

[2 markah ]

c) Kepada siapakah buah tangan itu akan diberikan?

[ 1 markah ]

d) Mengapakah penulis bergambar bersama keluarga semasa pergi bercuti?

[ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Burung punai di atas peti,Kakinya cedera terkena belati;

Percutian keluarga amat dinanti,Kaki Kinabalu tempat dihajati.

Istana kaca menjadi sebutan,Bersemadi duyung di laut dalam;

Buah tangan tanda ingatan,Cenderamata dibeli bertalam-talam.

Duduk di taman berangan-angan,Sukar memetik mawar berduri;

Gambar keluarga sebagai kenangan,Buat tatapan kemudian hari.