bm-ayat dan klausa

12
AYAT & KLAUSA NOORFADILLAH AKMA BINTI DESA NUR SUHAILAH BINTI SHAHRIL FATIN LIYANA BINTI HAMZAH MOHD FIRDAUS BIN FADZIL

Upload: mihevoli

Post on 12-Jun-2015

959 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Ayat dan Klausa

TRANSCRIPT

Page 1: BM-Ayat Dan Klausa

AYAT & KLAUSA

NOORFADILLAH AKMA BINTI DESANUR SUHAILAH BINTI SHAHRILFATIN LIYANA BINTI HAMZAHMOHD FIRDAUS BIN FADZIL

Page 2: BM-Ayat Dan Klausa

KLAUSA

• Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.

• Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.

• Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Page 3: BM-Ayat Dan Klausa

Klausa bebas.• Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada

subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:

Klausa Ayat

Subjek Predikat Subjek Predikat

budak itu mendengar radio

Budak itu Mendengar radio.

mereka ke pantai Mereka ke pantai.

Page 4: BM-Ayat Dan Klausa

Klausa Tak Bebas•  Klausa tak bebas hampir sama sifatnya

dengan klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.

• Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

Page 5: BM-Ayat Dan Klausa

• Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.– Ahmad gagal kerana dia tidak

membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu.

– Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.

– Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

Page 6: BM-Ayat Dan Klausa

• Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk.

• Ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.

• Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

Page 7: BM-Ayat Dan Klausa

• Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa.

• Satu ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil iaitu klausa, rangkai kata,kata dan morfem.

• Merupakan satu bentuk yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan.

AYAT

Page 8: BM-Ayat Dan Klausa

FONEM MORFEM

KLAUSA AYAT

PERKATAANFRASA KATA

Page 9: BM-Ayat Dan Klausa

Penjenisan Ayat• Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.

• Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.

• Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.

• Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.

Page 10: BM-Ayat Dan Klausa

SUSUNAN AYAT • Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi

unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu.

• JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.

• Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.

Page 11: BM-Ayat Dan Klausa

• Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.

• Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

Page 12: BM-Ayat Dan Klausa

Contoh ayat

• Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu.• Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK

mandi lagi didepankan).

• Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya.• Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS

ke Langkawi didepankan).