bka-intro

58
WAN NOR HANA BINTI WAN ISMAIL WAN NOR HANA BINTI WAN ISMAIL

Upload: syahida-jaafar

Post on 14-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BAHASA

TRANSCRIPT

  • WAN NOR HANA BINTI WAN ISMAIL

  • PENGENALAN

    1.1Asal Usul Bahasa Melayu1.1.1Rumpun bahasa Melayu1.1.2Bahasa Melayu sebagai lingua franca

  • PENGENALANBahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.Variasi Bahasa Melayu juga dituturkan di daerah di mana wujudnya bangsa melayu seperti di Selatan Thailand, Selatan Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

  • 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, dan di China terdapat radio dalam Bahasa Melayu.Turut di ajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, China, New Zealand dan beberapa tempat lain.

  • Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke-7 Masihi.Menjadi salah satu daripada 200-300 bahasa yang dituturkan oleh masyarakat di Kepulauan Melayu.Antara kerajaan Melayu Kuno yang menggunakan bahasa ini ialah Sriwijaya.

  • KONSEP MELAYU Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal usul bahasa Melayu, iaitu:

  • Bukti terawal penggunaan perkataan Melayu pada abad kedua iaitu, sekitar tahun 100 150 Masihi.

    M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.

  • Menurut Gerini, istilah ini diambil dari bahasa Sanskrit malayakolam atau malaikurram iaitu merujuk kepada sesuatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia.

    Perkataan Melayu juga dikesan dalam sebuah kitab Hindu Purba, Purana. Terdapat perkataan Malaya dvipa dalam kitab ini. Pengkaji beranggapan ianya merujuk kepada Pulau Sumatera.

  • Penggunaan perkataan Melayu juga ditemui dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 M, zaman Dinasti Tang. Catatan tersebut menyatakan sebuah kerajaan Mo-lo-yeu telah mempersembahkan hasil bumi kepada raja China. Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi.

  • Catatan oleh I-Tsing, seorang pengembara Cina telah menggunakan perkataan Mo-lo-yeu untuk melambangkan dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 M, iaitu Sriwijaya dan Benggali untuk mempelajari agama Buddha. Catatan I-Tsing menyatakan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar untuk pendidikan.

  • Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera. Nama tersebut diambil daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

  • Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austronesia) yang bergerak dari Yunan.

  • 1.1 Asal Usul Bahasa Melayu Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 SM) Kedatangan kumpulan kedua pula dikenali sebagai Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam (1500 SM)

  • Menduduki kawasan pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.Mereka ini lebih bijak dan mahir dari Melayu Proto, terutamanya dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Kedua-dua kelompok ini dikenali sebagai masyarakat Austronesia.

  • SALASILAH BAHASA MELAYUFaktor usia merupakan faktor utama yang digunakan untuk menentukan perkembangan bahasa.Konsep usia pemeringkatan bahasa dibahagikan kepada filum, rumpun, dan keluarga bahasa.

  • FilumKelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas.RumpunKelompok bahasa yang berusia antara 2500-5000 tahun.KeluargaKelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun.

  • GAMBARAJAH SALASILAH BAHASA MELAYU

  • 1.1.1Rumpun Bahasa MelayuMasyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Ini menjadikan setiap bahasa berkembang di daerah masing-masing.

    Walau bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan ini masih terdapat unsur-unsur persamaan.

  • Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga, iaitu bahasa Austris.

    Terdapat dua rumpun lain dalam keluarga ini(Austronesia), iaitu bahasa Austroasia dan Tibet- China.

  • Rumpun Bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang seperti di bawah.

    Austronesia

    Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia

  • Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara.Cabang Nusantara mempunyai jumlah yang banyak, iaitu kira-kira 200-300 bahasa.Contoh:Gol. Filipina:- Tagalog, Iloko, Bikol,..Gol. Sumatera:- Aceh, Batak, Madura,..Gol. Jawa:- Sunda, Jawa, Madura,..Gol. Kalimantan:- Iban, Melanau,..

  • Sebelum kewujudan bahasa Melayu yang digunakan pada masa ini, terdapat empat peringkat bahasa, iaitu:-

    Bahasa Melayu PurbaBahasa Melayu KunoBahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Moden

  • Bahasa Melayu PurbaBahasa MelayuKunoBahasa MelayuPraklasik dan KlasikBahasa Melayu ModenBahasa Melayu Kini

  • PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUAhli bahasa membahagikanperkembangan bahasa Melayu kepadatiga tahap utama, iaitu:

    Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Moden

  • Bahasa Melayu KunoMerupakan keluarga bahasa Nusantara.Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.Penuturnya di Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau, dan Sumatera.

  • 1.1.2Bahasa Melayu sebagai lingua franca

    Lingua franca bermaksud perantaraan.Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di daerah kepulauan Melayu sejak zaman berzaman.Bahasa ini juga digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dengan pedagang dan pengembara.

  • Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

    Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

  • Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.Menggunakan tulisan Pallava.Hal ini disebabkan bahasa Sanskrit banyak menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan/kesarjanaan bahasa Melayu.

  • Mengapa bahasa Melayu mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit?

  • Pengaruh agama Hindu.Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.Sifat bahasa Melayu yang mudah lentur mengikut keadaan dan keperluan.

  • Kosa Kata Pinjaman Daripada Bahasa SanskritTubuh manusia:- bahu, kepala, muka, rupa.Barang-barang perdagangan:- neraca, kedai, laba.Alat perkakas:- sutera, jala, penjara.Nama binatang:- gajah, singa, angsa, kuda.Tumbuh-tumbuhan:- delima, kasturi, cendana, biji.

  • Senjata:- sena (tentera), cemetiKeagamaan:- dosa, pahala, syurga, neraka, puasa, dewaKebesaran:- raja, maharaja, baginda, paduka, sida-sida, bendahara.

  • Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit

    AwalanMaha:- mahasiswaTata:- tatabahasaPra:- prasejarahEka:- ekabahasaDwi:- dwibahasaTri:- tridimensiPanca:- pancaindera

  • Akhiran

    -wan :- angkasawan-man :- seniman-wati :- peragawati-nita :- biduanita

  • Bahasa Melayu Kuno juga terdapat pada batu-batu bersurat yang dipercayai ditulis pada akhir abad ke 7. Terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu:

    Di Kedukan Bukit, Palembang (683M).Di Talang Tuwo, Palembang (684M).Di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M).Di Karang Brahi,Meringin, daerah Hulu Jambi (686M).

  • Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno:

    Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.Susunan ayat bersifat Melayu.Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh dengan dgan atau dangan.Bunyi b ialah w. Contoh: bulan wulan.Huruf h hilang dalam bahasa moden. Contoh: semuha semua.

  • Contoh teks Bahasa Melayu Kuno(1) swasti sri sakawarsatatika 605 ekadasi su (2) klapaksa wulan waisakha dpunta hiyam nayik di (3) samwau manalap siddhayatra di saptami suklapaksa (4) wulan jyestha dapunta hiyam marlapas dari minana .

  • Peralihan Bahasa Melayu Kuno ke Bahasa Melayu KlasikPeralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.Bahasa Melayu Praklasik digunakan pada zaman transisi, iaitu peralihan daripada pengaruh Hindu kepada Arab.Menggunakan tulisan Arab bentuk kufi.

  • Contoh teks Bahasa Melayu Praklasik

    Matn al-Malikah al-Muazzamah alalah (al-alah) binti as-Sultan ala marhum Malik al Zahir kha (?) al athar (?) inb Walidihi Khan (?) al khanat (?) taghammadahu L-Lahu (bir ridhwan fir-rabi ashar yaum ..

  • Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa Melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri.Menggunakan tulisan Jawi.Bahasa Melayu pada zaman ini dianggapkan telah mempunyai aksara.Selepas itu, bahasa Melayu banyak mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan.

  • Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik:

    Ayat yang panjang, berulang-ulang, dan berbelit-belit.Banyak menggunakan ayat pasif.Menggunakan bahasa istana.Banyak menggunakan partikel pun dan lah.Menggunakan kata pangkal ayat seperti hatta, adapun, alkisah, dan sebagainya.

  • Contoh teks Bahasa Melayu Klasik

    marilah jung dan harta dan lasyskar kita suruh kemblik ke Melaka, jika tiada kembalik raja Pertukal, jung dan harta dan lasyskar tiada kemblik, beparanglah pada raja Bejahan, suruh jemput membawah Francisco beri minum .

  • Bahasa Melayu ModenPerkembangan bahasa Melayu moden bermula pada abad ke-19.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

  • Semasa awal pemerintahan British, kedudukan bahasa Melayu masih tidak tergugat. Malahan digunakan dalam urusan rasmi jabatan-jabatan kerajaan.Pegawai British yang bertugas di negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu. Muncul sarjana-sarjana bahasa Melayu seperti R.O Winstedt, R.J Wilkinson, W. Marsden, W.G Shellabear, dan lain-lain.

  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Akta bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

  • Unsur-unsur Asing Dalam Bahasa MelayuPeminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman;

    Huruf atau sistem tulisanBunyi-bunyiImbuhanKosa kata seperti perkataan dan istilahStruktur ayat

  • Sebab-sebab terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa MelayuPerkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing- sbg cth: AkademikTiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama kepada fenomena atau benda- sbg cth: Tsunami

  • Proses peminjaman berlaku melalui cara-cara berikut:

    Peperangan dan penjajahan politikPerniagaan dan perdaganganPenghijrahan dan persahabatanPendidikan dan penyebaran agama

  • Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:

    Sanskrit Arab Portugis Inggeris

  • Contoh Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit

    Awalan

    Maha:- mahaguru, mahasiswaPra:- prakata, prasyaratTata:- tatabahasa, tatasusilaSwa:- swasta, swadayaEka:- ekabahasa, ekafungsiDwi:- dwibahasa, dwicaraPanca:- pancaindera, pancalogam

  • Akhiran

    -man:- seniman, budiman-wan:- hartawan, karyawan-nita:- biduanita-wati:- seniwati, olahragawati

  • Contoh kosa kata bahasa ArabKeagamaan:- islam, tasawuf, mufti, sujud, kiblatIlmu:- falak, falsafah, makrifatAdat:- nasab, salam, sedekah, nikah, fakirKejadian:- dunia, akhirat, salji, haiwan

  • Contoh Imbuhan Pinjaman Bahasa ArabAwalanBi:- biadab, binomial

    Akhiran-I :- insani, akhiri-wi :- duniawi-in :- hadirin-ah :- ustazah

  • Contoh Kosa Kata Pinjaman InggerisFasa, fokus, kafe, sofa, lif, stafVaksin, vakum, novel, televisyenSyampu, syif, kusyenZip, zon, dozen, gazet

  • Contoh Imbuhan Pinjaman InggerisAwalan

    Anti :- antibiotikPro :- proaktifPoli :- poliklinikAuto :- autografSub :- subgolonganSupra :- supranasional

  • Akhiran

    -al :- kritikal, praktikal-isme :- idealisme, nasionalisme

  • TERIMA KASIH