b&k

7
KERJA KURSUS 1 1.0 Pengenalan Kerja kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dimana saya perlu menulis sebuah esei dan merumuskan artikel yang saya telah p Seterusnya dalam Bahagian B saya perlu membincangkan kekuatan dan kelemahan jurnal . Manakala pada Bahagian C saya perlu menyatakan teori dalam mana – mana terapi serta memberi cadangan dalam Bahagian D. Setelah saya membaca jurnal ini , saya telah membuat kritikan dengan berpandukan sumber rujukan dari buku, jurnal dan internet. 2.0 Rumusan Jurnal Dalam melakukan tugasan dalam Bahagian A, saya telah diberikan jurnal yang bertajuk Aplikasi endekatan Kaunseling emusatan Klien dalam Menanga Masalah !mosi "emaja di Sekolah # Satu Kajian Kes. $urnal kajian ini telah dijalankan oleh tiga orang pengkaji dari $abatan Asas endidikan, %akult endidikan&ni'ersiti (eknologi Malaysia iaitu Mohammad Shari) Musta))a, $amaluddin "amli dan *ainuddin +assan. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan pendekatan kaunseling pemusatan klien yang dikenali sebagai teori berpusat klien untuk me masalah emosi remaja di sekolah. endekatan ini merupakan pendekatan yang membolehkan klien yang mengalami masalah emosi meneroka diri mereka sendiri bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. engaplikasian (e emusatan Klien yang lebih kepada penyelesaian diri sendiri dalam mengatasi masalah yang dihadapi ini berpandukan teori yang diketengahkan oleh Ca "ogers. "ogers menyatakan tiga si)at yang perlu ada dalam diri ahli terapi i kongruen, penerimaan tanpa syarat dan si)at empati yang jitu. Dalam kajianyang dijalankan ini, responden yang dipilih merupakan seorang pelajar perempuan (ingkatan yang berusia - tahun. "esponden ini merupakan anak sulung dari / orang adik beradik yang tinggal bersama datuk dan neneknya di Klang Selangor. Selain daripada latar belakang klien, pengka

Upload: hzsoonarr

Post on 04-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bnk

TRANSCRIPT

KERJA KURSUS 1

1.0 Pengenalan

Kerja kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dimana saya perlu menulis sebuah esei dan merumuskan artikel yang saya telah pilih. Seterusnya dalam Bahagian B saya perlu membincangkan kekuatan dan kelemahan jurnal . Manakala pada Bahagian C saya perlu menyatakan teori dalam mana mana terapi serta memberi cadangan dalam Bahagian D. Setelah saya membaca jurnal ini , saya telah membuat kritikan dengan berpandukan sumber rujukan dari buku, jurnal dan internet.

2.0 Rumusan Jurnal

Dalam melakukan tugasan dalam Bahagian A, saya telah diberikan jurnal yang bertajuk Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien dalam Menangani Masalah Emosi Remaja di Sekolah : Satu Kajian Kes. Jurnal kajian ini telah dijalankan oleh tiga orang pengkaji dari Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia iaitu Mohammad Sharif Mustaffa, Jamaluddin Ramli dan Zainuddin Hassan.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan pendekatan kaunseling pemusatan klien yang dikenali sebagai teori berpusat klien untuk menangani masalah emosi remaja di sekolah. Pendekatan ini merupakan pendekatan yang membolehkan klien yang mengalami masalah emosi meneroka diri mereka sendiri bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Pengaplikasian Teori Pemusatan Klien yang lebih kepada penyelesaian diri sendiri dalam mengatasi masalah yang dihadapi ini berpandukan teori yang diketengahkan oleh Carl Rogers. Rogers menyatakan tiga sifat yang perlu ada dalam diri ahli terapi ialah kongruen, penerimaan tanpa syarat dan sifat empati yang jitu.

Dalam kajian yang dijalankan ini, responden yang dipilih merupakan seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 yang berusia 16 tahun. Responden ini merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik yang tinggal bersama datuk dan neneknya di Klang Selangor. Selain daripada latar belakang klien, pengkaji juga telah mengumpul maklumat klien dari segi gaya penampilan diri, cara perwatakan klien , perasaan klien, latar belakang pendidikan klien sebagai seorang pelajar, dan sejarah perubatan klien. Maklumat seperti itu sangat penting untuk seorang ahli terapi supaya ahli terapi boleh mendalami perasaan dan jiwa klien. Daripada jurnal tindakan ini, saya mendapati bahawa klien ini merupakan seorang remaja normal yang sihat, bersikap peramah, ringan tulang, berkepimpinan dan mempunyai tahap intelek yang tinggi. Daripada penglihatan kasar, klien ini seperti remaja yang lain tetapi secara tidak sedar, klien merupakan mangsa penceraian ibu bapa.

Pengkaji telah mengenalpasti bahawa klien menghadapi masalah gangguan emosi apabila berhadapan dengan masalah keluarga. Masalah kerluarga yang dihadapi oleh klien ialah penceraian ibu bapa dan masing-masing mereka mempunyai pasangan hidup yang baru. Dalam permasalahan yang berlaku, klien masih mengharapkan bahawa ibu bapanya akan bersatu semula. Klien tidak sanggup menerima realiti kehidupan yang dihadapinya sekarang. Kebarangkalian untuk bersatu semula adalah sangat kecil kerana ibu bapa klien yang sudah bercerai itu mempunyai kehidupan mereka sendiri. Klien telah berjumpa dengan kaunselor kerana bimbang gangguan emosi ini boleh mempengaruhi klien yang tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Oleh itu, pengkaji ingin membantu klien dengan menggunakan kaunseling berpusatkan klien bagi mengatasi gangguan emosi itu.

Bahagian yang seterusnya menerangkan dengan lebih terperinci tentang teori yang diaplikasikan oleh pengkaji dalam menangani masalah klien. Pengkaji memberi penekanan beberapa aspek yang dapat membantu perubahan tingkah laku yang menggunakan kemampuan diri klien sendiri seperti yang dinyatakan oleh Rogers. Pengkaji telah mengaplikasikan kemahiran asas dalam kaunseling iaitu kemahiran menyoal, kemahiran melayan, kemahiran memberi dorongan minima, dan kemahiran merumus dalam menjalankan kaunseling ini.

Pengkaji juga telah melakukan sesi kaunseling ini mengikut langkah demi langkah yang bermula dengan penstrukturan, membina hubungan, menyatakan masalah melalui penerokaan, alternatif, pemilihan alternatif, penilaian dan penamatan. Dalam sesi penamatan, klien akan mendapati bahawa mereka sebenarnya dapat mengatasi masalah yang dihadapinya sekarang.

3.0 Kekuatan dan Kelemahan Jurnal

Dari hasil pembacaan jurnal ini, saya mendapati bahawa jurnal ini mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan.

Kekuatan jurnal ini ialah pengkaji telah mengaplikasikan teori pemusatan klien dengan baik. Ia memang terbukti berkesan bagi menyelesaikan masalah yang terdapat dalam diri kita. Bagi saya, sejahat-jahat manusia, memang terdapat perasaan ingin berubah menjadi menjadi baik walaupun sedikit. Menurut Syafrimen (2010), manusia berubah manjadi seorang yang berguna kepada diri sendiri. Hanya diri sendiri yang tahu takat kemampuan untuk berubah.

Saya juga mendapati kajan ini merupakan kajian yang menarik untuk dilaksanakan. Dengan adanya kajian ini, pembaca akan dapat banyak ilmu untuk berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam. Ini kerana ramai orang yang menghadapi masalah yang sama dengan klien bagi kajian ini. Ia juga merupakan salah satu reality kehidupan yang terjadi pada masa sekarang. Pendekatan ini sangat membantu klien dalam membuat keputusan sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Leong Kee Cheong (2008) menyatakan bahawa kaunseling terbahagi kepada beberapa langkah iaitu prasesi, membina hubungan terapeutik, penstrukturan, kenal pasti masalah melalui penerokaan, mencari alternatif, mengambil tindakan, penilaian dan refleksi. Di dalam kajian ini, pengkaji telah menerangkan dengan mendalam tentang langkah-langkah menjalankan kaunseling dan pengkaji telah menjalankan langkah demi langkah secara teliti sepanjang bersama klien. Ini menunjukkan pengkaji merupakan seorang yang pakar dalam bidang kaunseling.

Jurnal ini juga mempunyai sesi dialog dan sesi dialog itu juga telah disertakan di dalam jurnal ini. Ini merupakan salah satu hasil kerja yang bermutu kerana ia mempunyai bukti bahawa kajian ini telah menunjukkan tindakan yang berlaku di sepanjang kajian ini dijalankan. Ia juga boleh menambahkan pengetahuan kepada pembaca tentang ayat-ayat yang sepatutnya digunakan oleh seorang kaunselor untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

Terdapat juga kelemahan yang ditunjukkan di dalam jurnal kajian ini. Dari segi persembahan jurnal, terdapat kesalahan-kesalahan dari segi ejaan yang telah dikesan. Penghasilan jurnal yang sangat baik adalah jurnal yang mempunyai kesalahan yang sangat minimum. Kesalahan ejaan akan menyebabkan sesetengah orang tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Kesalahan ejaan ini juga boleh menyebabkan kosa kata itu berubah. Contohnya, tahu menjadi tahi. Ini akan menyebabkan penulisan jurnal itu kurang berkualiti.

4.0 Cadangan Penambahbaikan

Terdapat beberapa cadangan saya bagi penambahbaikan jurnal ini. Antaranya ialah pengkaji boleh menggunakan pelbagai terapi untuk mengatasi masalah klien. Pengkaji boleh menggunakan terapi muzik, biblio, terapi seni dan terapi bercerita dalam membantu klien supaya klien lebih selesa untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka. Sebagai seorang pelajar, mereka tidak berminat untuk mendengar sahaja tetapi lebih suka melakukan sesuatu yang melibatkan pergerakan mereka.

Selain itu, kaunselor juga perlu membuat penambahbaikan dengan cara ia menunjukkan respon iaitu menggunakan bahasa badan. Bahasa badan juga memainkan peranan besar dalam melakukan sesi kaunseling. Ia merupakan bahasa isyarat yang mampu mempengaruhi klien. Contohnya, menganggukkan kepala menunjukkan kaunselor itu faham apa yang disampaikan oleh klien dan klien akan merasakan sangat mudah untuk menerangkan masalah kepada kaunselor.

Saya juga bercadang supaya pengkaji menjalankan sesi kaunseling kelompok yang melibatkan orang yang mempunyai latar belakang masalah yang sama. Jika kaunseling kelompok dijalankan, mereka akan dapat bertukar-tukar pendapat dalam menyelesaikan masalah mereka. Ini kerana terdapat ramai orang yang menghadapi masalah yang sama dengan klien. Oleh itu, kaunseling kelompok ini sangat sesuai dijalankan bagi menyelesaikan masalah klien.

5.0Refleksi

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Ilahi kerana berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya juga berasa gembira dalam melakukan tugasan ini kerana ia banyak membantu saya dalam menambahkan pengetahuan saya tentang kaunseling. Saya juga dapat mempelajari ilmu baru yang menjadi bekalan kepada saya pada masa akan datang. Tugasan ini melibatkan tugasan secara individu dan kumpulan. Dalam mencari maklumat berkaitan dengan tugasan, banyak perkara yang telah saya dapat kerana terdapat banyak pendapat yang berkaitan dengan kaunseling ini. Bagi saya, ilmu psikologi ini memang sangat menarik untuk dpelajari.

Antara tugasan yang perlu saya lakukan ialah mengkaji jurnal mengenai pemusatan klien. Dalam melakukan tugasan, saya dapat melihat bagaimana seorang kaunselor menjalankan sesi kaunseling kepada klien. Ia juga telah mengajar saya cara dalam berkomunikasi dengan klien. Pada pendapat saya, kaunseling ini merupakan satu bidang yang sangat sukar untuk diceburi kerana ia melibatkan diri seseorang. Kaunseling ini tidak dapat dijalankan oleh semua orang kerana ia memerlukan seseorang yang mempunyai bakat dalam mendalam tentang diri manusia. Ini juga kerana, seorang kaunselor perlu mempelajari tentang ragam manusia kerana manusia ini sesuatu yang sangat kompleks. Setiap manusia ada ragamnya yang tersendiri. Oleh itu, ilmu ini sangat menarik untuk diterokai dan tugasan ini telah sedikit sebanyak telah menarik minat saya dalam menceburi bidang kaunseling.

Dalam tugasan kedua, ia dijalankan dalam kumpulan untuk membentangkan terapi yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor. Saya juga dapat meningkatkan kefahaman saya tentang terapi di mana ia tidak semestinya digunakan dalam menyelesaikan masalah pembelajaran tetapi ia juga boleh digunakan dalam membantu seseorang dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dalam membentangkan berkaitan dengan terapi, saya juga telah menceritakan pengalaman saya dalam menjalani sesi kaunseling di hadapan rakan kuliah saya. Saya berasa gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya tentang kaunseling ini.5.0 RujukanABDUL, A. (2011). KEHENDAK UMUM PENULISAN LAPORAN KAJIAN KES. GARIS PANDUAN PENULISAN KAJIAN KES TAHUN AKHIR.ABDULLAH, M. M. (1993). KAUNSELING, TEORI, PROSES DAN KAEDAH EDISI KEDUA. SELANGOR: FAJAR BAKTI.CHEONG, L. K. (2008). BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK. SELANGOR: OXFOR FAJAR.MOHAMMAD, Z. (2010). POLA PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN PENGGUNAAN TEORI DI KALANGAN KAUNSELOR DI MALAYSIA. JURNAL KEMANUSIAAN, 1.SYAFRIMEN, M. (2010, APRIL 10). MENGGALI MASALAH KLIEN MENGGUNAKAN TEORI ROGERIAN DAN TERAPI REALITI. Retrieved 2014, from SYAFRIMEN PHD: http://www.syafrimen.blogspot.com/2010/04/menggali-masalah-klien-menggunakan.html