bisnes

Upload: fatihah

Post on 03-Jun-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 bisnes

    1/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Sebut Harga Lengkap

    ServisJahitPukal.Com

    & Panduan PemasaranOnline Bisnes Pakaian

  • 8/12/2019 bisnes

    2/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA MUKASURAT

    Pendahuluan 3

    Sebut-Harga Lengkap 5

    BAB 1: Impian Yang Anda Inginkan Dalam Perniagaan Pakaian 7

    BAB 2: Zaman Sekarang, Zaman Menekan Anda 9

    BAB 3: Kelebihan Pemasaran Secara Online Untuk Bisnes

    Pakaian

    11

    BAB 4: 15 Teknik Pemasaran Killer Untuk Bisnes Pakaian

    Anda

    10 Teknik Pemasaran Online 5 Teknik Pemasaran Offline

    12

    Penutup 16

  • 8/12/2019 bisnes

    3/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    PendahuluanSalam Perkenalan Buat Anda Dari Pemilik

    ServisJahitPukal.Com

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan terlebih dahulu buat anda.

    Pertama sekali, setinggi-tinggi jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada anda yang sudi

    memuat-turun Ebook Percuma Sebut Harga Lengkap & Panduan Pemasaran Online Bisnes

    Pakaiansaya ini.

    Ebook ini memang khusus saya tulis untuk anda yang berminat ingin tahu lebih lanjut

    tentang perkhidmatan menjahit secara pukal yang pihak saya sediakan serta quotation.

    Banyak rahsia dan mutiara-mutiara yang berharga bakal anda jumpai dalam Ebook ini

    selain maklumat tentang Sebut-Harga pakej-pakej menjahit secara pukal yang ada saya

    sediakan.

    Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh, saya ingin berkongsi terlebih dahulu secara amnya

    apakah yang bakal anda perolehi melalaui pembacaan Ebook Panduan Pemasaran Online

    Bisnes Pakaian ini.

    Perkara pertama yang akan saya kongsikan ialah jadual terperinci mengenai Sebut-Harga

    yang meliputi jenis pakaian, saiz serta harga setiap unit upah untuk kami jahitkan anda.

    Keduanya, selain perkongsian-perkongsian berkenaan dunia perniagaan pakaian secara

    amnya, saya turut akan bongkarkan kepada anda beberapa teknik dan tips bagaimana anda

    boleh lakukan pemasaran onlinedengan lebih efektif dan berkesan bagi mengembangkan

    lagi perniagaan pakaian anda di dunia Internet.

  • 8/12/2019 bisnes

    4/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Selain itu, teknik-teknik pemasaran secara offlineturut akan saya kongsikan bersama anda.

    Ini kerana dalam industri bisnes pakaian, memang terus-terang saya katakan kepada anda,

    kita tak boleh nak lari daripada menjalankan pemasaran offline. Ianya boleh saya katakan

    suatu kemestian juga untuk anda lakukan.

    Jika anda benar-benar ingin pergi lebih jauh dalam perniagaan pakaian ini untuk jangka

    masa lebih lama, anda perlu keluar dan bersemuka juga dengan prospek anda.

    Banyak kelebihan yang bakal anda dapat sebenarnya jika anda lakukan kedua-dua

    pemasaran onlinedan juga pemasaran offlinesecara serentak.

    Itulah dia perkara utama yang bakal saya kongsikan dalam lembaran-lembaran mukasurat

    seterusnya dalam Ebook ini.

    Maka sebab itulah anda WAJIB untuk terus membaca hingga akhir Ebook ini!

    Ini kerana banyak info & ilmu bermanfaat yang bakal saya kongsikan khusus mengenai

    bagaimana anda mampu membina sebuah perniagaan pakaian yang lebih menguntungkan

    untuk jangka masa lama.

    Sekian dahulu daripada saya.

    Teruskan membaca dan jumpa kita dalam Bab-Bab yang seterusnya.

    Ikhlas,

    Mohd Gadaffi Zamberi

    Adminwww.ServisJahitPukal.com

    Pemilik Butik Teeha.my & ServisJahitPukal.Com

    Email: [email protected]

    Fon: 019-5541900

    http://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/
  • 8/12/2019 bisnes

    5/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Sebut-Harga Lengkap ServisJahitPukal.Com

    Berikut adalah maklumat yang saya pasti anda tertunggu-tunggu setelah anda masukkan

    Nama & Email dalam laman web saya.

    OK, berikut saya sertakan senarai harga kos upah untuk pihak saya jahitkan pakaian-pakaian

    pilihan anda. Anda boleh lihat dan telitinya terlebih dahulu.

    Jika terdapat sebarang persoalan atau kemusykilan, anda boleh terus hubungi saya untuk

    kita berbincang lebih lanjut. Saya amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan daripada pihak

    anda ...

    KOS UPAH JAHIT TUDUNG

    Jenis Saiz Upahsehelai (RM)UpahSekodi/Min.tempahan

    (RM)

    Tudung Awning S dan M 5.00 100.00

    Tudung Awning L, XL,XXL hingga infiniti 6.00 120.00

    Syria S dan M 4.50 90.00

    Syria L, XL,XXL hingga infiniti 5.50 110.00

    Tudung 2 layer S hinggainfiniti 9.00 180.00

    Tudung 3 layer S hinggainfiniti 11.00 220.00Shawl 1 layer S hinggainfiniti 4.50 90.00

    Shawl 2 layer S hinggainfiniti 6.50 130.00

    Shawl 3 layer S hinggainfiniti 8.00 160.00

    Anak tudung (Inner) S hinggainfiniti 4.00 80.00

    Tutup Dagu S dan M 7.00 140.00

    Tutup Dagu L, XL,XXL hinggainfiniti 8.50 170.00

    KOS UPAH JAHIT BAJU/PAKAIAN

    Jenis SaizUpahsehelai

    (RM)Upah 10 helai/Min.tempahan (RM)

    BajuKurung (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 21.00 210.00

    Blouse (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 18.00 180.00

    Jubah (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 21.00 210.00

    Telekung (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 19.00 190.00

    Peplum (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 18.00 180.00

    Skirt (Standard) Dewasa dan kanak-kanak 17.00 170.00

  • 8/12/2019 bisnes

    6/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    ***NOTA TAMBAHAN:-

    Harga yang dipamerkan adalah harga upah dan tidak termasuk kain. Harga tersebut merupakan harga standardyang ditetapkan oleh pihak kami. Jika

    designyang diberi oleh pelanggan di luarpatternini, harga akan berbeza seperti di

    atas.

    Harga yang ditawarkan adalah harga minimum order quantity. Jika anda tempahdengan kuantiti yang besar atau banyak, harga boleh dibincang lagi.

    Contoh fizikal hendaklah disertakan sekali sebagai base/rujukan asas. Senarai jenis di atas merupakan kebiasaan tempahan oleh customerdan fesyen

    pakaian dan tudung akan berubah mengikut peredaran fesyen. Oleh sebab itu, jikajenis yang tidak disenaraikan, anda boleh menghubungi saya untuk keterangan dan

    mendapatkan harga anggaran yang lebih tepat. 019-5541900

  • 8/12/2019 bisnes

    7/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    BAB 1: Impian Yang Anda Inginkan Dalam Perniagaan

    Pakaian

    Saya amat yakin sekali, setiap orang ada impian dalam hidup. Tidak terkecuali diri anda

    sendiri sebagai usahawan atau khususnya peniaga pakaian.

    Impian yang dimaksudkan dalam konteks perbincangan kita di sini ialah dari segi kestabilan

    & pendapatan yang lebih baik setimpal dengan hasil usaha kerja keras anda.

    Jadi, bagaimana caranya untuk anda boleh lebih maju dalam perniagaan pakaian ini?

    Caranya ialah dengan memiliki jenama pakaian anda sendiri.

    YA, sudah tiba masanya untuk anda ada jenama pakaian sendiri dah jualnya terus kepadapara pelanggan anda.

    Dengan cara ini, anda mampu meraih keuntungan bersih jauh lebih tinggi serta anda sendiri

    boleh lakukan pemasaran untuk lebih jimat.

    Sekarang ini sudah ada banyak teknik dan cara pemasaran yang boleh anda pelajari sendiri

    dengan lebih efektif.

    Buat apa anda susah-susah nak suruh orang lain jual produk pakaian anda sendiri sedangkan

    anda boleh lakukan pemasaran dengan sendiri dan raih lebih banyak untung.

  • 8/12/2019 bisnes

    8/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Atau jika anda memang ingin terus fokus menjadi pembekal kepada pemborong dan agen-

    agen, pun tiada masalah. Anda mampu menjadi lebih kukuh dengan jenama pakaian anda

    sendiri. Pastinya agen-agen jualan anda akan lebih pandang tinggi dan mempercayai anda

    untuk menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih erat untuk jangka masa panjang.

    Cuba anda bayangkan, dengan adanya jenama pakaian anda sendiri, tentunya anda mampu

    memperolehi kelebihan-kelebihan berikut ...

    1. Anda boleh jual pakaian atau tudung mengikut kehendak dan citarasa permintaanpelanggan anda. Dalam kata yang lain, anda boleh buat custom-madedalam kuantiti

    yang lebih banyak dan pantas!

    2. Anda tidak perlu pening-pening dah untuk bersaing secara perang harga. Denganjenama anda sendiri, anda boleh tetapkan harga pasaran anda sendiri.

    3. Anda boleh masih bertahan lebih lama dalam pasaran tanpa perlu bergantung harapdengan pembekal jenama lain pakaian anda.

    4. Anda tiada masalah dari segi stok kerana anda yang pegang dan tahu tentang statusstok terkini yang anda pegang untuk pasaran seluruh negara.

    5. Anda boleh buat sendiri pakaian yang mempunyai permintaan tinggi tapi sukar untukdapatkan pembekal mengikut tren fesyen terkini.

    6. Anda bebas untuk lakukan apa juga teknik pemasaran serta anda sendiri tentukanberapakah sasaran jualan anda. Anda sendiri tentukan tahap pendapatan anda.

    7. Pelanggan dan prospek akan lebih memandang tinggi anda walaupun anda peniagakecil-kecilan tapi dah ada jenama pakaian sendiri. Pasti mereka akan lebih

    mempercayai anda untuk beli dari anda.

    8. Dan macam-macam lagi kelebihan yang anda sendiri boleh bayangkan jika andamempunyai pakaian atau tudung jenama anda sendiri.

  • 8/12/2019 bisnes

    9/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    BAB 2: Zaman Sekarang, Zaman Menekan Anda

    Benar seperti yang nyatakan pada tajuk bab ini.

    Memang saya sendiri akuinya, zaman sekarang ini, zaman yang agak mencabar.

    Lebih-lebih lagi bagi kaum wanita atau suri-rumah seperti anda.

    Cuba anda lihat sendiri, isu-isu mengenai kos sara hidup yang kian melambung sudah

    menjadi kebiasaan.

    Contoh terbaru, baru-baru ni heboh mengenai GST 7% (Goods & Services Tax) di manaundang-undang baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan di mana kita akan dikenakan cukai

    sebanyak 7% daripada harga-harga barangan dan perkhidmatan yang kita beli.

    Ini sudah jadi lagi susah!

    Selain itu juga, isu kos sara hidup bagi anda khususnya yang tinggal di kawasan bandar,

    sudah pasti ia mampu memberi tekanan perasaan kepada anda. Adakalanya ia membawa

    kepada masalah stress.

  • 8/12/2019 bisnes

    10/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Harga barangan makanan naik, sewa rumah melambung setiap tahun, harga minyak naik,

    harga tol naik, harga barang runcit naik dan macam-macam lagi lah masalah yang wujud

    sekarang ini.

    Belum lagi kita berkata soal masalah hutang kad kredit atau pinjaman yang membelenggu.

    Pasti ini lagi menyeksa hidup anda sekeluarga.

    Hati-hati, jikalau permasalahan ini tidak anda ambil perhatian dan langkah mengatasinya,

    kelak ada kemungkinan besar ianya mampu mendatangkan kesan kurang baik terhadap

    hubungan rumahtangga anda.

    Banyak kes perceraian rumahtanggaberpunca daripada masalah kewangan tau!

    Na`uzubillah, sama-sama kita doakan agar dijauhkan perkara tersebut.

    OK, tentunya sekarang anda sudah mula tersentap dengan hujah-hujah saya ini. Dan adakemungkinan besar anda turut bersetuju dengan saya.

    Oleh itu, apa jalan penyelesaiannya? ....

    Jalan penyelesaiannya yang termudah di sini adalah ...

    BUKAN buat pinjaman Ah Long, tapi ...

    Menjana Sumber Pendapatan Tambahan Dengan Menjual Pakaian!

    Bagi anda yang berniaga secara Part-Time mahupun anda sebagai usahawan Sepenuh-Masa.

    Antara peluang perniagaan SEBENAR yang boleh anda ceburi ialah perniagaan menjual

    pakaian.

    Ini kerana, anda menjual salah-satu jenis produk kegunaan harian pengguna. Dalam kata

    lain, produk pakaian ini boleh dikatakan produk yang WAJIB dibeli oleh semua orang. Ianya

    adalah bahan keperluan harian.

    Disamping juga, anda mampu mendapatkan margin yang jauh lebih tinggi berbanding

    produk-produk keperluan harian yang lain.

    Tak kira, anda boleh jualnya secara onlinemahupun offline. Anda bebas mengikut

    kesesuaian dan situasi anda.

  • 8/12/2019 bisnes

    11/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    BAB 3: Kelebihan Pemasaran Secara Online Untuk BisnesPakaian

    OK, kini kita sudah tiba dalam bab yang merupakan antara isi utama ebook ini. Saya akan

    cuba buka mata anda dan buatkan anda tersedar betapa besarkan potensi anda

    menjalankan perniagaan pakaian secara onlinesebagai permulaan.

    Tahukah anda terdapat banyak kelebihan jika anda lakukan pemasaran online?

    YA, memang banyak.

    Antara kelebihan utama yang saya pasti anda pun sedar anda menjalankan pemasaran di

    Internet ialah dari segi penjimatan kos. Anda jimat lebih banyak kos di Internet berbanding

    anda jalankan pemasaran offline.

    Ianya juga mudah dan fleksibel. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa dan di mana-

    mana sahaja asalkan anda mempunyai laptop dan sambungan Internet. Dah boleh buat

    duit!

    Selain kelebihan untuk diri anda, pemasaran secara onlinejuga memberi kelebihan kepadapara prospek dan pelanggan anda.

    Cuba anda bayangkan sendiri, jika pelanggan anda membeli produk anda melalui laman web

    atau Internet, mereka tidak perlu susah-susah keluar rumah dan bazirkan duit mereka

    seperti duit minyak, tol,parkingdan makan.

    Mereka boleh hanya dengan semudah cuma klik-klik-klik, buat pembayaran dan hanya

    tunggu pesanan pakaian atau tudung merekasampai di depan pintu rumah mereka.

    Selain itu, jika mereka membeli secara online, mereka boleh jimat lebih banyak masa. Tidakperlu keluar dan terpaksa menempuh kesesakkan lalu-lintas. Zaman sekarang ni kalau anda

    ke KL atau bandar-bandar besar, memang tak sah kalau jalan takjammed. Setuju tak?

    Begitulah dia antara kelebihan-kelebihan jika anda bina sebuah perniagaan Internet

    berasaskan produk pakaian jenama anda sendiri.

  • 8/12/2019 bisnes

    12/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    BAB 4: 15 Teknik PemasaranKiller Untuk Bisnes PakaianAnda

    Tidak saya nafikan sama sekali, rahsia atau kunci untuk anda hasilkan jualan yang

    lebatdalam mana-mana perniagaan pun ialahPEMASARAN.

    Tak kira apa pun yang anda jual sebenarnya, dalam hal kita ini,produk pakaian dan tudung,

    pemasaran yang efektif akan memudahkan lagi anda buat jualan yang banyak.

    Mengikut pengalaman saya dan team Teeha.my sendiri, ada beberapa teknik Pemasaran

    yang sememangnya amat berkesan untuk hasilkan jualan tudung dan pakaian wanita kami

    dengan mudah.

    Dalam bab ini, saya akan kongsikan bersama anda bukan 2, 3 atau 4. Tapi 15 teknikpemasaran yang terbukti berkesan boleh anda terus aplikasikannya untuk mula lihat

    hasilnya.

    15 teknik ini merangkumi:-

    10 Teknik Pemasaran Online 5 Teknik Pemasaran Offline

    Ya, kita perlu sebaik mungkin gunakan kedua-dua medium ini secara optimum.

    Mari kita mulakan ...

  • 8/12/2019 bisnes

    13/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    10 Teknik Pemasaran Online

    Teknik Pemasaran Online pertamaialah anda mulakan dengan menggunakan Personal

    Profile account Facebook anda. Anda boleh uploadgambar-gambar anda sedang memakai

    tudung atau pakaian yang anda jual. Ini sahaja sudah mampu anda dapatkan respon

    daripada rakan-rakan anda yang berminat pada hari pertama. Tak percaya, cubalah!

    Teknik Pemsaran Online keduaialah bina sebuah fanpage perniagaan yang

    mempromosikan tudung atau pakaian anda. Anda boleh fikirkan nama-nama yang unik

    untuk tujuan brandingfanpage anda contoh seperti Butik DeMuslimah, Tudung Anggun

    Alia atau Rahsia Anggun Dengan Tudung Zabeeda dan sebagainya. Setelah itu, mula

    upload gambar-gambar dan kongsikan tips-tips bermanfaat berkaitan fesyen, kecantikan

    atau hal-hal kewanitaan.

    Teknik Pemasaran Online ketigaialah aktifkan diri anda di forum-forum online. Daftar

    secara percuma sahaja di mana-mana forum yang mempunyai ramai pengguna dan mula

    aktif di dalamnya. AWAS, jangan terlalu asyik mempromosi produk anda. Jalinkan hubungan

    dulu dan saling bantu-membantu ahli forum lain jika mereka ada sebarang masalah atau

    soalan anda tolong jawabkan.

    Teknik Pemasaran Online keempatialah bina sebuah blog dot com yang profesional dan

    tulis artikel-artikel berinformatif di dalamnya. Ini dapat meningkatkan tahap kredibliti anda

    sebagai peniaga online yang mudah dipercayai oleh prospek anda.

  • 8/12/2019 bisnes

    14/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Teknik Pemasaran Online kelimapula ialah lakukan Pengiklanan Berbayar. Ini merupakan

    satu teknik paling cepat untuk anda mula dapatkan hasil. Tapi anda perlu keluarkan sedikit

    kos. Contoh pengiklanan berbayar yang efektif ialah Google Adwords, FB Ads dan

    pengiklanan Banner Ads di blog-blog bertrafik tinggi.

    Teknik Pemasaran Online keenamadalah gunakan teknik Page Post Ads melalui FB Ads.

    Letakkan gambar menarik seperti modal wanita yang sedang memakai tudung atau baju

    yang anda jual dan tulis ayat-ayatpoweryang memukau bagi membuatkan prospek anda

    minat.

    Teknik Pemasaran Online ketujuhialah gunakan gabungan pemasaran onlinedan

    pemasaran SMS. Caranya anda minta prospek anda di Facebook fanpage, group atau laman

    web untuk taipkan dan hantarkan kod-kod tertentu kepada anda. Follow-up mereka dari

    situ untuk dapatkan jualan.

    Teknik Pemasaran Onlinekelapanadalah anjurkan pertandingan contestseperti

    memberikan tudung percuma kepada fans di fanpage anda. Syaratnya, anda suruh mereka

    Like, Comment dan Share post anda di fanpage. Dari situ anda akan dapat pemasaran secara

    viral.

    Teknik Pemasaran Onlinekesembilanpula ialah gunakan pemasaran email. Caranya anda

    bina satu laman squeeze pageiaitu sebuah laman web yang ringkas satu page untukdapatkan Nama dan Email prospek anda. Sebagai ganti, anda boleh berikan kupon istimewa

    potongan diskaun. Seterusnya anda boleh set kan secara automatik untuk hantarkan email

    follow-up setiap hari kepada subscriberanda untuk minta mereka datang ke laman e-

    commerce anda bagi mengingatkan mereka tentang produk anda.

    Teknik Pemasaran Onlinekesepuluhadalah beli slot ruangan pengiklanan di laman-laman

    web bertrafik tinggi seperti laman-laman blog berita, gosip artis atau laman web

    berunsurkan Islamik. Letakkan banner animasi anda di slot-slot tersebut untuk halakan

    prospek terus ke laman web jualan anda jika mereka klik pada banner-banner tersebut.

  • 8/12/2019 bisnes

    15/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    5 Teknik Pemasaran Offline

    Teknik Pemasaran Offline pertamayang cukup

    terbukti berkesan sejak dulu lagi ialah

    pemasangan banner dan bunting. Ya, nampak

    macam biasa, tapi memang ianya mampu

    mendatangkan kesan Luar Biasa. Anda pasang

    banner yang mempromosikan fanpage atau

    laman web anda di sekitar kawasan perumahan

    anda. Pasangkan dalam sekitar 30-50 buah

    banner.

    Teknik Pemasaran Offline keduaialah edarkan

    risalahflyers. Dalamflyersini pastikan anda masukan ayat-ayat power yang menerangkan

    uniknya dan kelebihan tudung & baju yang anda jual. Upah Pereka Grafik profesional untuk

    designkanflyersini agar nampak pro. Edarkan di setiap rumah berdekatan anda.

    Teknik Pemasaran Offline ketigaialah buka booth di expo-expo, pasar malam, Uptown atau

    yang lebih strategik ialah di bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan yang menawarkan

    peluang membuka booth. Ini merupakan teknik berkesan untuk dapatkan jualan secara

    terus dan pantas. Fast Prospect, Fast Sales!

    Teknik Pemasaran Offline keempatialah bagi anda yang masih bekerja, anda boleh sendiri

    pakai tudung atau baju yang jual. Sambil anda bergaya, sambil anda berniaga. Bila rakan-

    rakan sepejabat anda bertanyakan di mana anda dapatkan tudung yang anda pakai tu, anda

    cakap yang anda memang jual tudung tersebut :-)

    Teknik Pemasaran Offline kelimayang boleh anda cuba ialah sertai dan bergiat aktif dalam

    Persatuan atau Komuniti di tempat anda. Anda beri sumbangan kepada mereka dan bergaullah dengan rapat bersama mereka. Bila anda pun jadi rakan mereka, boleh la anda cuba

    perkenalkan pakaian dan tudung yang anda jual pada mereka.

    Demikianlah dia anatara idea dan teknik-teknik pemasaran yang boleh anda gunakan dalam

    mempromosikan perniagaan pakaian anda..

    Kini, saya dah pun bantu anda sebaik mungkin. Tinggal anda sahaja yang perlu TAKE

    ACTION!

  • 8/12/2019 bisnes

    16/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ServisJahitPukal.Com

    Penutup

    Kini kita sudah pun tiba di bab yang terakhir Ebook Ringkas saya ini. Alhamdulillah, terima

    kasih dan tahniah saya ucapkan buat anda kerana berjaya menghabiskan membaca Ebook

    Ringkas saya ini hingga ke akhirnya :-)

    Semua saya telah jelaskan. Tentang mengapa perlunya anda menyertai peluang perniagaan

    produk berasaskan pakaian wanita, kelebihan bisnes pakaian secaraonlinemalah cara

    pemasaran turut telah saya kongsikan.

    Anda perlu ingat, anda MESTIambil tindakan langkah usaha secepat yang mungkin untuk

    naik-taraf hidup anda. Terutama sekali dari segi kewangan.

    Maka sebab itulah anda perlu sertai peluang keemasan ini dapatkan bantuan pihak saya

    dalam bersama-sama membina perniagaan pakaian yang menguntungkan untuk jangka

    masa panjang demi membina aset anda.

    Peluang ini memang jarang-jarang didedahkan. Anda kini tidak perlu lagi pening tercari-cari

    di mana boleh dapatkan khidmat menjahit secara pukal pada harga yang berpatutan sertakualiti yang dijamin setanding dengan jenama-jenama besar di pasaran.

    Usah anda bazirkan masa, bazirkan tenaga dan bazirkan wang untuk mencuba peluang-

    peluang perniagaan dan cara tambah pendapatan tambahan lain di luar sana. Begitu juga

    bagi anda yang masih mencari pekerja tukang jahit untuk menjahit pakaian atau tudung

    anda.

    Belum tentu anda boleh berjaya!

  • 8/12/2019 bisnes

    17/17

    Hak Cipta Terpelihara 2014 www ServisJahitPukal Com

    Oleh itu, jangan buang masa lagi, mulakan langkah anda HARI INI juga untuk mula

    menempah tudung atau pakaian-pakaian wanita Custom-Madedengan kami secara pukal di

    ServisJahitPukal.com

    Hubungi saya di talian ini hari ini jugauntuk bermula sekarang ...

    Telefon, SMS, WhatsAppatau Email SEKARANG!

    019-5541900

    (Mohd Gadaffi Zamberi)

    Email:[email protected]:https://www.facebook.com/TailorTudungBajuPukal

    Sekian sahaja daripada saya.

    Saya ucapkan pada anda Semoga Sukses dalam bisnes pakaian!

    Ikhlas,

    Mohd Gadaffi Zamberi

    Adminwww.ServisJahitPukal.com

    Pemilik Butik Teeha.my & ServisJahitPukal.Com

    Email: [email protected]: 019-5541900

    mailto:[email protected]:[email protected]://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/http://www.servisjahitpukal.com/mailto:[email protected]