biologi tingkatan 5

26
BIOLOGI TINGKATAN 5 1.5: PERANAN SISTEM PEREDARAN DARAH DAN LIMFA DALAM PERTAHANAN BADAN

Upload: nor-hilmi

Post on 12-Nov-2015

137 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Bab 1: Pengangkutan

TRANSCRIPT

BIOLOGI TINGKATAN 5

BIOLOGI TINGKATAN 51.5: PERANAN SISTEM PEREDARAN DARAH DAN LIMFA DALAM PERTAHANAN BADANPENGENALANSelain pengangkutan, sistem peredaran darah dan limfa juga terlibat dalam pertahanan badan.Sistem ini penting untuk mempertahankan badan daripada serangan patogen.Patogen ialah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.

MEKANISME PERTAHANAN BADAN3 jenis pertahanan:Barisan pertahanan pertama (kulit & membran mukus)Barisan pertahanan kedua (sel fagosit)Barisan pertahanan ketiga (limfosit)BARISAN PERTAHANAN PERTAMAKulitEpidermis kulit membentuk halangan fizikal.Kelenjar sebum sebum dan peluh dapat Kelenjar peluh membunuh bakteriaMembran mukus (salur pencernaan, pernafasan) merembes mukus untuk perangkap mikroorganisma.- Mukus dalam air liur dan air mata mengandungi lisozim yang dapat membunuh sesetengah mikroorganisma.

BARISAN PERTAHANAN KEDUANeutrofil dan monosit adalah fagosit yang boleh memusnahkan patogen di dalam badan.Proses ini dikenali sebagai fagositosis.

BARISAN PERTAHANAN KETIGAMekanisme pertahanan yang spesifik.Melibatkan penghasilan antibodi oleh limfosit.Kehadiran antigen di dalam badan menyebabkan limfosit menghasilkan antibodi.Antibodi bertindak pada antigen yang spesifik dengan cara:Aglutinasi (antigen bergumpal)Lisin (melarutkan membran luar antigen)Antitoksin (meneutralkan toksin dari antigen)- Opsonisasi

KEIMUNAN DAN PENGIMUNANKeimunan ialah keupayaan badan untuk menentang jangkitan patogen dengan menghasilkan antibodi tertentu.Pengimunan ialah proses memperolehi keimunan secara buatan terhadap sesuatu penyakit (melalui suntikan).Terdapat dua jenis keimunan:Keimunan aktif (badan menghasilkan antibodi)Keimunan pasif (badan menerima antibodi dari sumber lain)KEIMUNANKEIMUNAN AKTIFKEIMUNAN PASIFSEMULAJADIBUATANSEMULAJADIBUATANDiperolehi selepas sembuh daripada penyakitSuntikan vaksinSuntikan serumDiperolehi daripada ibu melalui plasenta dan susu ibuSuntikan vaksin mengandungi patogen yang sudah lemah atau mati untuk merangsang badan menghasilkan antibodi.Suntikan serum sudah mengandungi antibodi yang diperoleh dari sumber lain.Oleh itu, antibodi yang dihasilkan oleh badan (suntikan vaksin) adalah kekal manakala antibodi daripada suntikan serum adalah sementara.Contoh vaksin: vaksin BCG (penyakit tibi), vaksin Salk (poliomielitis)Suntikan serum biasanya diambil untuk pelancong ke negara yang berisiko bagi penyakit tertentu dan untuk kecemasan seperti dipatuk ular.

KEIMUNAN AKTIF BUATANKEIMUNAN PASIF BUATANHIV DAN MEKANISME PERTAHANAN BADANPenyakit AIDS (sindrom kurang daya tahan) disebabkan oleh Virus Imunodefisiansi Manusia (HIV).Virus ini menyerang dan memusnahkan limfosit yang penting dalam sistem keimunan.

Cara jangkitan HIV:- melalui darah (pemindahan darah tercemar, jarum suntikan yang tercemar)- semen dan bendalir vagina (hubungan seks rambang).- melalui plasenta (ibu kepada fetus).

Cara pencegahan AIDS:Menjauhkan diri daripada penagihan dadah dan perkongsian jarum.Mengamalkan cara hidup yang sihat dan nilai moral/agama yang tinggi.Menjauhi hubungan seks secara rambang.

1.6: SISTEM KARDIOVASKULAR YANG SIHATFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SISTEM KARDIOVASKULARPemakanan Pengambilan karbohidrat dan lemak yang berlebihan menyebabkan obesiti.Ini meningkatkan risiko bagi tekanan darah tinggi, strok, sakit jantung dan diabetes.Pengambilan makanan yang terlalu sedikit pula menyebabkan anoreksia nervosa dan akhirnya boleh menyebabkan penyakit jantung.2. Gaya hidupKegiatan sosial sperti minuman beralkohol dan merokok menyebabkan penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi.Kekurangan senaman menurunkan kecekapan jantung dan melambatkan peredaran darah.Kehidupan yang tertekan (stres) akan menyebabkan penyakit trombosis kerana menggalakkan penukaran fibrinogen kepada fibrin.1.7: PENGANGKUTAN BAHAN DALAM TUMBUHANSISTEM VASKULAR DALAM TUMBUHANTerdiri daripada tisu xilem dan tisu floem.Tisu xilem mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun.Tisu floem mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke semua bahagian tumbuhan.Susunan tisu xilem dan floem pada akar, batang dan daun adalah berbeza.

Daun

Batang

Akar

Xilem

Floem

Xilem

Floem

Epidermis TISU XILEMTerdiri daripada 4 jenis sel iaitu salur xilem, trakeid, parenkima dan fiber.Dua sel utama yang mengangkut air dan garam mineral adalah salur xilem dan trakeid.Salur xilem terbentuk daripada satu siri sel yang mati yang berbentuk silinder dan saling bersambungan.Dindingnya diperkuat daripada lignin untuk memberi sokongan.Trakeid merupakan salur berongga dengan hujung yang tertutup dan tirus.Dindingnya juga diperkuat daripada lignin dan mempunyai liang seni dikenali sebagai pit.Pit membolehkan air mengalir dari satu trakeid ke trakeid yang lain.Sel fiber juga memberi sokongan manakala sel parenkima menyimpan makanan.

Trakeid

Salur Xilem

TISU FLOEMTerdiri daripada 4 jenis sel iaitu tiub tapis, sel rakan, parenkima dan fiber.Dua sel utama yang mengangkut hasil fotosintesis adalah tiub tapis dan sel rakan.Tiub tapis terdiri daripada sel hidup berbentuk salur yang panjang dengan sedikit sitoplasma dan tiada nukleus.Di hujung tiub tapis mempunyai plat tapis (liang seni).Tiub tapis sentiasa diiringi oleh sel rakan.

Sel rakan mempunyai nukleus, sitoplasma dan banyak mitokondrion. Ia membantu tiub tapis menjalankan fungsinya.Sel rakan mempunyai banyak mitokondrion untuk memberi tenaga kepada tiub tapis untuk mengangkut hasil fotosintesis.