biografi

Upload: azharomar

Post on 15-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Latihan Pemahaman

TRANSCRIPT

Baca petikan di bawah ini dengan teliti

Nama : _________________________________________________________

Tarikh : ___________________________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tan Sri Fatimah ialah anak kepada guru sekolah. Beliau mendapat pendidikan di sebuah sekolah yang hanya dihadiri oleh murid-murid lelaki. Pada masa itu, tidak ada sekolah yang dihadiri oleh murid-murid perempuan. Beliau merupakan murid yang cerdas dan telah dipilih sebagai ketua murid.

Tan Sri Fatimah berkahwin dengan Tan Sri Abdul Kadir yang pernah menjadi Peguam Negara. Beliau aktif dalam bidang politik. Selepas berkahwin, beliau berpeluang mengetahui lebih lanjut tentang kegiatan politik.

Tan Sri Fatimah pernah memegang beberapa jawatan penting. Beliau pernah dipilih menjadi Yang Dipertua Pertubuhan Kaum Ibu walaupun beliau belum lagi berusia 32 tahun. Selain itu, beliau merupakan seorang Ahli Parlimen. Beliaulah yang memperjuangkan dengan jayanya tuntutan hak gaji yang sama bagi pekerjaan yang sama.

Pengalaman-pengalaman ini meluaskan lagi pandangan beliau terhadap kerja-kerja kebajikan. Pada tahun 1963, beliau telah mengunjungi secara rasmi beberapa Pertubuhan Kebajikan Masyarakat di Amerika Syarikat. Beliau juga telah melawat pusat-pusat pendidikan dan kebajikan di negara-negara Timur Tengah. Berkat daya usaha ini, beliau telah dipilih sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat.

Sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat, beliau banyak menumpukan masa dan tenaga untuk menaikkan taraf kaum wanita dan kanak-kanak di negara ini. Beliau suka membantu orang kampung. Tan Sri Fatimah menggalakkan mereka supaya mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Segala usaha beliau itu disambut baik oleh kaum wanita dan ramai antara mereka yang telah menyertai pertubuhan-pertubuhan kaum ibu dan mengambil berat tentang kegiatan kebajikan.

1. Tan Sri Fatimah belajar di sekolah lelaki kerana ...

A. dia seorang yang pintar.C. dia anak guru sekolah.

B. tiada sekolah perempuan.D. dia seorang Tan Sri.2. Bilakan Tan Sri Fatimah menceburkan diri dalam arena politik?

A. Sebelum berkahwin

C. Semasa bersekolah

B. Selepas berkahwin

D. Semasa menjadi Ahli Parlimen3. Apakah sumbangan Tan Sri Fatimah yang terpenting semasa beliau menjadi Ahli Parlimen?

A. Menuntut persamaan gaji

B. Menubuhkan Persatuan Kaum Ibu

C. Memberikan khidmat nasihat kepada kaum ibu

D. Mengambil tahu tentang kegiatan-kegiatan kebajikan

4. Mengapakah Tan Sri Fatimah dipilih sebagai Menteri Kebajikan Am dan Masyarakat?

A. Kerana dia isteri kepada Peguam Negara

B. Kerana dia kerap pergi ke luar negara

C. Kerana dia berpengalaman dalam bidang kebajikan

D. Kerana dia memegang jawatan dalam parti5. Maksud mengetahui lebih lanjut dalam petikan tersebut ialah

A. secara umum.

C. secara mendalam.

B. secara mendadak.

D. secara menyeluruh.

Jawapan: 1. B 2. B 3. A 4. C 5 CCemerlang Bersama PUJI