biografi

26
BIOGRAFI THOMAS BAYES Thomas Bayes adalah seorang ahli statistik inggeris yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan pada tahun 1701 di London, England. Bayes merupakan anak kepada seorang menteri di London yang bernama Joshua Bayes. Thomas Bayes mempunyai tujuh orang adik beradik. Beliau merupakan anak sulung di keluarganya. Beliau mempunyai tiga orang adik perempuan dan tiga orang adik lelaki. Ibu Bapa Thomas Bayes tidak menghantar beliau ke sekolah biasa tetapi menghantar beliau ke tuisyen swasta.yang dikendalikan oleh seorang guru pakar bernama Moivre. Semenjak zaman kanak-kanak Thomas Bayes mempunyai minat yang mendalam dalam bidang matematik terutamanya dalam bidang statistik dan kebarangkalian. Beliau merupakan orang yang pertama menggunakan kebarangkalian secara induktif. Beliau juga menulis beberapa judul buku yang berkaitan dengan bidang matematik. Thomas Bayes terkenal dengan penemuan teorem baru iaitu teorem Bayes yang mendapat namanya sempena nama beliau (Thomas Bayes). Selepas Zaman persekolahan Thomas Bayes membantu bapanya yang merupakan seorang menteri. Pada tahun 1720 Bayes mengambil alih jawatan bapanya sebagai menteri di Presbyterian Chapel, Tunbridge Wells yang terletak 35KM dari kota London. Beliau berkhidmat

Upload: komathi-subramany

Post on 23-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

biografi

TRANSCRIPT

BIOGRAFI

THOMAS BAYES

Thomas Bayes adalah seorang ahli statistik inggeris yang terkenal di dunia. Beliau dilahirkan

pada tahun 1701 di London, England. Bayes merupakan anak kepada seorang menteri di London

yang bernama Joshua Bayes. Thomas Bayes mempunyai tujuh orang adik beradik. Beliau

merupakan anak sulung di keluarganya. Beliau mempunyai tiga orang adik perempuan dan tiga

orang adik lelaki.

Ibu Bapa Thomas Bayes tidak menghantar beliau ke sekolah biasa tetapi menghantar beliau ke

tuisyen swasta.yang dikendalikan oleh seorang guru pakar bernama Moivre. Semenjak zaman

kanak-kanak Thomas Bayes mempunyai minat yang mendalam dalam bidang matematik

terutamanya dalam bidang statistik dan kebarangkalian. Beliau merupakan orang yang pertama

menggunakan kebarangkalian secara induktif. Beliau juga menulis beberapa judul buku yang

berkaitan dengan bidang matematik. Thomas Bayes terkenal dengan penemuan teorem baru iaitu

teorem Bayes yang mendapat namanya sempena nama beliau (Thomas Bayes).

Selepas Zaman persekolahan Thomas Bayes membantu bapanya yang merupakan seorang

menteri. Pada tahun 1720 Bayes mengambil alih jawatan bapanya sebagai menteri di

Presbyterian Chapel, Tunbridge Wells yang terletak 35KM dari kota London. Beliau berkhidmat

sebagai seorang menteri selama 32 tahun iaitu mulai tahun 1720 hingga tahun 1752. Thomas

Bayes juga dilantik menjadi ahli di Royal Society selepas beliau mempertahankan pandangan

dan penemuan Sir Isaac Newton pada tahun 1736 yang dikritikkan oleh Bishop Berkeley.

Selepas persaraaan beliau masih tinggal di Tunbridge Wells sehingga beliau meninggal dunia

pada 17 haribulan April 1761 semasa belaiu berusia 60 tahun dan kematiannya adalah

disebabkan penyakit sendi. Tanah perkuburan beliau terletak di Bunhill Fields di London.

SUMBANGAN DALAM BIDANG STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Thomas Bayes memberiokan sumbangan yang sangat berguna dalam bidang kebarangkalian dan

statistik. Beliau mengatakan bahawa kebarangkalian merupakan sains yang digunakan dalam

situasi yang mempunyai ketidakpastian. Beliau memperkembangkan konsep asas matematik

dalam bidang kebarangkalian iaitu mengira kebarngkalian sesuatu peristiwa yang mungkin akan

ber laku di masa hadapan berlandaskan frekuensi peristiwa itu telah berlaku di masa lalu.

Thomas Bayes terkenal dengan penulisan dua buku yang berkaitan dengan matematik iaitu:

1. Divine Benevolence, or an Attempt to Prove That the Principal End of the Divine

Providence and Government is the Happiness of His Creatures (1731)

2. An Introduction to the Doctrine of Fluxions, and a Defence of the Mathematicians

Against the Objections of the Author of The Analyst (published anonymously in 1736).

Dalam buku ini beliau menulis pandangan yang mempertahankan penemuan Sir Isaac

Newton.

Thomas Bayes juga terkenal dengan penemuan sebuah teorem yang bernama teorem Bayes.

Teorem Bayes menggambarkan hubungan antara peluang bersyarat dari dua kejadian A dan B

seperti berikut :

P(A | B) =

P(B | A) P(A)

P(B)

Sumbangan Thomas Bayes adalah amat bermakna kepada ahli matematik pada masa kini. Kesemua penemuan dan dan pandangan beliau kerap di gunakan dalam semua bidang yang melibatkan statistic dan kebarangkalian.

atau P(A | B) =

P(B | A) P(A)

P(B | A)P(A) + P(B | A)P(A)

BIOGRAFI

FLORENCE NIGHTINGALE

Florence Nightingale, yang dikenali sebagai Wanita dengan Pelita merupakan seorang ahli

statistik yang terkenal di dunia. Florence Nightingale dilahirkan dalam keluarga berada British

di Florence, Itali. Beliau dilahirkan pada 12 haribulan Mei 1820. Beliau membesar sebagai

wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah.

Didorong oleh apa yang dianggapnya panggilan tuhan, dia membuat keputusan memasuki bidang

kejururawatan pada 1845. Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya.

Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat

adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi

isteri yang patuh.

Florence Nightingale mempunyai minat yang mendalam dalam bidang statistik terutamanya

bidang statistik. Disamping bidang kejururawatan beliau juga memberi sumbangan dalam bidang

matematik. Dalam bidang kejururawatan Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal

adalah semasa Perang Crimea. Beliau memberikan penekanan kepada pemerhatian teliti dan

peka kepada keperluan pesakit. Pada tahun 1859 Florence Nightingale telah dipilih sebagai ahli

perempuan yang pertama di “Royal Statistical Society”.

Selepas melakukan beberapa pembaharuan dalam bidang kejururawatan Florence Nightingale

kembali ke England sebagai wira pada 7 Ogos 1857. Dia berpindah dari Buckinghamshire ke

Piccadilly, London di mana dia jatuh sakit agak teruk pada 1896. Dia meninggal dunia pada 13

Ogos 1910. Penawaran pengebumian di Westminster Abbey telah ditolak oleh saudaranya, dan

dia dikebumikan di tanah perkuburan St. Margaret Church di East Wellow, England.

SUMBANGAN DALAM BIDANG STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Disamping bidang kejururawatan, Florence Nightingale juga member sumbangan yang bermakna

dalam bidang matematik terutamanya dalam bidang statistik dengan bantuan dan didikan

bapanya. Florence nightingale menjadi perintis dalam mempersembahkan secara visual

maklumat graf statistik. Beliau menggunakan graf seperti carta pai yang pada mulanya

diperkenalkan oleh William Playfair pada tahun 1801.

Florence Nightingale juga terkenal dengan penghasilan bentuk carta pai yang sekarang dikenali

sebagai Polar Area Diagram. Diagram ini biasa digunakan untuk memplot fenomena berkitaran

contohnya membilang kematian mengikut bulan.

Polar Area Diagram

Polar Area Diagram juga dikenali sebagai Nightingale Rose Diagram. yang hamper serupa

dengan “Modern Circular Histogram”. Nightingale membuat suatu rumusan statistik yang

komprehensif tentang kesihatan di tempat pedalaman di India dengan menggunakan Polar Area

Diagram. Rumusan tersebut telah di gunakan dalam penambahbaikan system perubatan di India.

Beliau telah membuat kombinasi diantara pengetahuan statistik dan kejururawatan beliau dalam

membendung masalah kesihatan di pelbagai negara. Sumbangan beliau amat dihargai sehingga

kini di seluruh dunia.

BIOGRAFI

JOHN VENN

John Venn dilahirkan di Hull, England pada 4 haribulan Ogos 1834. Beliau telah menerima

pendidikan peringkat awal dari Highgate dan Islington iaitu dua buah sekolah yang terletak di

kota London. Seterusnya beliau telah meneruskan pelajarannya di Gonville dan Caius College,

Cambridge dari tahun 1853 sehingga tahun 1857 dalam jurusan matematik peringkat ijazah.

Beliau telah dilantik menjadi felo setelah menamatkan pengajian beliau di Cambridge. Ianya

merupakan jawatan yang telah dipegang oleh John Venn sepanjang hidupnya walaupun beliau

telah dilantik ke jawatan yang lebih tinggi iaitu sebagai pengerusi The Royal Society dalam

Cambridge.John Venn telah meninggal dunia pada tahun 1923 di Cambridge dan telah di

kebumikan di kawasan yang berdekatan iaitu Trumpington Churchyard.

SUMBANGAN DALAM BIDANG STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Gambar rajah Venn telah diperkenalkan oleh John Venn melalui penulisannya bertajuk "On the

Diagrammatic and Mechanical Representation of Propositions and Reasonings" yang telah

diterbitkan dalam "Philosophical Magazine and Journal of Science", mengisahkan tentang

berbagai kaedah untuk mewakilkan “proposition” menggunakan gambar rajah. Penemuan

Gambar rajah Venn adalah sangat penting kerana ia digunakan dalam pelbagai bidang matematik

termasuklah theory set, probability, logic, statistic dan sains computer. Gambarrajah Venn

sebenarnya terdiri daripada beberapa bulatan yang bertindih.

Pada tahun 1866 John Venn telah menerbitkan karyanya “The Logic of Chance”, yang telah

menjadi penyumbang utama ke arah evolusi teori dalam statistic serta telah memperkembangkan

salah satu aspek teori kebarangkalian yang dikenali sebagai teori frekuensi. John Venn

merupakan ahli statistik yang memberi sumbangan kepada matematik yang telah melahirkan

bidang insurans.

Berikut adalah Diagram Venn yang diperkenalkan oleh John Venn:

PENGENALAN

Statistik adalah satu seni dan sains untuk mengumpul, memproses, menganalisis,

menginterpretasi, mempersembahkan data untuk tujuan membantu di dalam membuat keputusan

yang lebih berkesan. Statistik juga adalah kumpulan data yang oleh memberikan gambaran

tentang sesuatu keadaan.

Menurut Kamus Pelajar, statistik ialah keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan

angka;catatan angka-angka perangkaan dan ilmu pengetahuan tentang sesuatu penyelidikannya

atau kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan.

 Manakala menurut Kamus Dewan pula, statistik dapat didefinisikan sebagai catatan angka-

angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan dan

cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada bukti-bukti dalam

bentuk angka atau bilangan.

Berdasarkan definisi yang diberikan di atas, matlamat akhir statistik ialah untuk membuat

keputusan yang lebih berkesan. Ini membawa maksud bahawa organisasi atau organisasi-

organisasi akan menggunakan data yang telah diproses, semata-mata ingin mencapai matlamat

iaitu untuk mendapatkan atau membolehkan mereka membuat keputusan yang terbaik.  Selain itu

juga, dengan statistik kita boleh meramalkan keadaan yang akan datang berdasarkan data masa

lalu.

Terdapat beberapa ahli statistik yang terkenal di dunia. Untuk tugasan ini kami telah memilih

lima daripada ahli-ahli statistic tersebut dan membincangkan biografi dan sumbangan mereka

dalam bidang statistik.

RUJUKAN

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Bayes

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Prasanta_Chandra_Mahalanobis

3. http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_Pearson

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Florence_Nightingale

5. http://ms.wikipedia.org/wiki/John_Venn

6. http://global.britannica.com/EBchecked/topic/625445/John-Venn

7. http://global.britannica.com/EBchecked/topic/448102/Karl-Pearson

8. http://mnstats.morris.umn.edu/introstat/history/w98/Bayes.html

9. http://www.isi-web.org/isi-wscs/awards/43-about/about/275-mahalanobis-main-achievements

10. http://www.biography.com/people/florence-nightingale

KARL PEARSON

1857 – 1936

THOMAS BAYES

1701 – 1761

FLORENCE NIGHTINGALE

1820 – 1910

PRASANTA CHANDRA MAHALANOBIS

1893 – 1972

JOHN VENN

1834 – 1923

SME6024

Teaching Of Probability and Statistics

Semester 1 Session 2014/2015

Assignment 1

Metrics No. Name

M20132002174 Komathi A/P Subramany

M20132002175 Krishnammal A/P Sekaran

Instructor : Dr.Sazelli Bin Ab Ghani

Submitted On : 13 Mac 2015

BIOGRAFI

KARL PEARSON

The mathematician, carried along on his flood of symbols, dealing apparently with purely formal

truths, may still reach results of endless importance for our description of the physical universe –

Karl Pearson

Karl Pearson, seorang warganegara British, yang di lahirkan pada 27 March 1857 merupakan

anak kepada William Pearson, seorang peguam yang berjaya. Semenjak dari kecil lagi, melalui

pendidikan awalan di rumah, bapanya mempengaruhi beliau supaya menumpukan pendidikannya

dalam bidang undang-undang. Galakan yang diberikan inilah yang akhirnya mendorong untuk

menceburi bidang undang-undang di University College School, London. Setelah beliau

menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang secara persendirian, barulah Pearson mula

menjejak kaki dalam bidang matematiknya di King’s College, Cambridge. Selama dua tahun

(1879-1890), beliau telah berjaya meraih tahap kepujian dalam bidang ini. Kecemerlangan beliau

ini telah dianugerahi dengan pembiayaan pendidikan oleh King’s College, Cambridge (Porter,

1994, p.541).

Pada tahun 1881, Pearson memilih untuk berkecimpung dalam dunia kepeguaman sehingga

berjaya mencapai tahap sarjana dalam displin ini. Belum lagi merasa puas, beliau akhirnya

merantau ke Jerman dengan menggunakan pembiayaan yang di perolehinya sebelum ini. Selama

hampir dua tahun di Jerman, atau lebih tepat lagi di Universiti Berlin dan Heidelberg, beliau

menelaah beberapa displin ilmu seperti fizik, metafizik, falsafah, biologi, sastera klasik Jerman

dalam Zaman Pertengahan dan Renaissance, serta tentang Darwinisme. Kegigihan beliau dalam

menceroka ilmu ini, akhirnya berbalas apabila beliau berjaya menguasai bidang-bidang yang

diceburinya. Setelah itu, barulah beliau kembali ke England.

SUMBANGAN DALAM BIDANG STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Karl Pearson, tidak boleh dinafikan, sebagai seorang intelektual sejati. Tulisan-tulisannya jelas

mengambarkan bahawa beliau sememangnya mampu menguasai ragam ilmu dengan hampir

sempurna, menarik lagi, dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang hayatnya, beliau telah

menulis 18 kertas kerja di bawah tajuk umum, Sumbangan Matematik Pada Teori

Evolusi (Mathematical Contribution to the Theory of Evolution). Selain daripada itu, dalam

bidang matematik amnya, atau dalam statistik khususnya, Pearson telah mencipta banyak

penemuan dan rumusan-rumusan baru, yang di antaranya termasuklah teori sumbangan pada

pekali kontigen (theoretical contributions to the coefficient), pekali biserial dan tetrakorik

(tectrachoric and biserial coefficients), ogif, chi-square, skedastiviti (scedasticity), kurtosis,

ragam pertalian dan regrasi (multiple correlation and regression), pertalian sebahagian

(partial correlation), pekali momen (moment variation), pertalian ratio (partial ratio),

variasi pekali (coefficient of cariation), simpangan ganda (standard deviation), dan lain-lain

lagi.

Sementara itu, meskipun buku akademiknya hanya tiga buah, namun pengutaraan gagasannya

dalam buku tersebut, nyata sekali tidak kurang hebatnya. Buku-bukunya ini telah dipuji oleh

Eisenhart (1974, p. 468) sebagai antara bahan yang terawal dalam bidang statistik serta

merangkumi penerangan bagaimana untuk menilai populasi dengan menggunakan sukatan

saintifik.

Waima, selain dua bukunya tersebut, salah satu lagi ialah Nahu Ilmu Sains (The Grammar of

Science, 1892). Buku ini, barangkali adalah magnus-opusnya yang banyak merangsang fikiran

intelektual selepasnya. Malah, impak buku ini pernah dipuji oleh Albert Einstein serta tokoh

idealisme kiri yang juga guru Einstein sendiri, Ernst Mach.

Dalam buku Nahu Ilmu Sains ini juga, Pearson (1900) turut berbicara tentang bidang falsafah.

Sebagai seorang idealis kiri, seumpama gurunya Earst Mach (sehingga disifatkannya juga

sebagai seorang Machis), kerap mengemukakan pandangannya dalam soal menanggapi realiti,

peranan inderawi yang mana tema-tema ini sudah sekian lama menjadi perbincangan dalam

dunia falsafah, falsafah sains khususnya. Beliau juga mengakui bahawa apa yang di luar realiti

itu sememangnya metafizik, yang juga satu dimensi yang sering diperlekehkan oleh ramai ahli

falsafah sains ketika itu. Mudahnya, selain merujuk pada Mach, beliau turut menghala

pemikirannya ke arah falsafah Berkeley dan Hume.

Sungguhpun begitu tinggi sanjungan yang diterima oleh Pearson, sudah tentu tidak dapat di

elakkan bahawa beliau juga dipandang dari sisi-sisi negatif. Ini termasuklah, beliau dikatakan

melebihkan bidang falsafah berbanding dengan aliran asasnya, iaitu statistik. Namun begitu,

meskipun pandangan ini barangkali benar, ia sebenarnya juga melambangkan intelektualiti

serba-bolehnya. Seimbas, dengan apa yang diungkapkan oleh Shaharir Mohammad

Zain (2004) dalam wawancara beliau dengan Penulissebelum ini, bahawa intelektual yang

sebenar, ialah mereka yang mengabadikan ilmunya bukan dalam satu displin semata-mata, malah

ia harus artikulasikan ilmunya, menurut keyakinannya, lalu ia dilimpahkan kepada massa.

Akhirnya, Karl Pearson mungkin bukanlah ilmuan yang paling pintar pada zamannya, mungkin

bukan juga ilmuan yang paling popular, tapi yang nyata sekali, beliau sudah berhasil

membuatkan matematik dan statistik menjadi ilmu yang tidak kurang menariknya. Cara beliau

memecahkan masalah, lalu sembari secara hati-hati menjelaskannya, samada menerusi tulisan

mahupun kuliahnya, diakui telah merangsang inspirasi kepada ramai ilmuan setelahnya. Justeru,

bila dunia kehilangan beliau pada 27 April 1936, ia juga menandai satu kehilangan yang sangat

besar kepada sebuah simbol kebebasan fikiran, dan juga kebebasan akademik.

BIOGRAFI

PRASANTHA CHANDRA MAHALANOBIS

Prasantha Chandra Mahalanobis,salah seorang tokoh statistic gunaan yang berasal dari India

dilahirkan pada 29 June 1893.Beliau juga merupakan seorang ahli saintis yang terkenal dengan

teori “Jarak Mahalanobis”. Beliau membuat kajian perintis tentang antropometri di India

sementara mengasaskan Institut Statistik India yang menyumbang kepada reka bentuk kajian

sampel berskala besar. P.C.Mahalanobis menerima pendidikan awalnya di Sekolah Brahmo Boys

di Calcutta dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1908. Beliau kemudian menyertai Kolej

Presiden,Calcutta dimana beliau diajar oleh guru-guru terkenal seperti Jagadish

ChandraBose,Sarada Prasanna Das dan Prafulla Chandra Ray. P.C.Mahalanobis menerima ijazah

sarjana muda dalam bidang fizik pada tahun 1912.

Beliau berlepas ke England pada tahun 1913 untuk menyambung pelajarannya.College Chapel

Diraja yang dicadangkan oleh kawan karibnya iaitu M. A. Candeth,dan menamatkan pelajaran

dengan cemerlang. P.C. Mahalanobis turut mempunyai komunikasi dengan pakar matematik

terkenal dunia yang berasal dari India iaitu Srinivasa Ramanujam. Beliau pergi ke England dan

telah diperkenalkan kepada jurnal Biometrika. P.C. Mahalanobis tertarik dengan jurnal biometric

tersebut dan mendorong beliau untuk mengkaji lebih mendalam dalam bidang tersebut. Beliau

menemui masalah statistic dalam bidang meteorology,antropologi dan mula berusaha untuknya

dalam perjalanannya semasa kembali ke India. Selepas itu, beliau mendirikan rumah tangganya

dengan Nirmalkumari iaitu seorang pendidik terkemuka India.

Prasantha Chandra Mahalanobis turut menerima salah satu anugerah awam tertinggi, Padma

Vibhushan daripada Kerajaan India atas sumbangan beliau kepada sains dan perkhidmatannya

kepada Negara. Mahalanobis telah meninggal dunia pada 28 Jun 1972 sehari sebelum hari lahir

yang ke-79 beliau. Walaupun pada usia ini, beliau masih aktif melakukan kerja-kerja

penyelidikan dan menunaikan kewajipannya sebagai Setiausaha dan Pengarah Institut Statistik

India dan sebagai Penasihat Kehormat Statistik untuk Kabinet Kerajaan India.

SUMBANGAN DALAM BIDANG STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Mahalanobis telah dipengaruhi oleh kajian antropometri yang diterbitkan dalam jurnal Biometrik

dan beliau memilih untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan

perkahwinan campuran antara India dan Eropah. Sepanjang kajian ini beliau mendapati satu cara

untuk membandingkan dan kumpulan populasi dengan menggunakan ukuran jarak multivariate.

Kaedah ini dekenali dengan “D2” dan kini ‘eponymously’ dikenali sebagai ‘Jarak Mahalanobis’

iaitu bebas daripada skala pengukuran.

Sumbangan paling penting P.C.Mahalanobish ialah berkaitan kajian sampel berskala besar.

Beliau memperkenalkan konsep kajian perintis dan menyokong penggunaan kaedah

persampelan. Tinjauan awal bermula antara 1937-1944 dan termasuk topic-topik seperti

perbelanjaan pengguna, tabiat minum the, pendapat umum, tanaman keluasan dan penyakit

tumbuhan. Harold Hotelling menulis “ Tiada teknik sampel rawak telah, setakat yang saya yang

boleh mencari, telah dibangunkan di Amerika Syarikat atau di mana-mana tempat lain yang

boleh membandingkan ketepatan yang digambarkan oleh Profesor Mahalanobis”. Sir RA

mengulas bahawa “ISI merupakan peneraju dalam pembangunan asal teknik kaji selidik sampel

yang pada asalnya merupakan proses penemuan yang paling kuat kepada pentadbiran.

Beliau memperkenalkan kaedah untuk menganggarkan hasil tanaman yang melibatkan

persampelan statistic dalam bidangnya dengan mengurangkan tanaman dalam bulatan

berdiameter empat kaki. PV Sukhatme dan VG Panse yang mula bekerja dalam bidang kaji

selidik tanaman dengan Institut Penyelidikan Pertanian dan Institut Penyelidikan Pertanian

Statistik mencadangkan bahawa suatu system kajian perlu menggunakan rangka kerja

pentadbiran yang sedia ada. Perbezaan pendapat menjurus kepada pertelingkahan dan terdapat

sedikit interaksi antara Mahalanobis dan penyelidikan pertanian pada tahun berikutnya.