biodiversiti di malaysia

17
BIODIVERSITI di Malaysia DEFINISI Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. (sumber:estidotmy, February 2007) KEPENTINGAN KEPADA ALAM 1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir. 2.MODIFIKASI IKLIM Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Biodiversiti juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan

Upload: sri-prakash-parchieappan

Post on 30-Sep-2015

66 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

biodiversiti

TRANSCRIPT

BIODIVERSITI di Malaysia

DEFINISI

Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. (sumber:estidotmy, February 2007)

KEPENTINGAN KEPADA ALAM

1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI

Hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi.Hutan,padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

2.MODIFIKASI IKLIM

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Biodiversiti juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu.Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

3.KAWAL HAKISAN TANAH

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan.Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi.Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah.Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut.Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan.Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

B. KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

1.NILAI INSTRUMEN

Berguna kepada manusia-kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai antikanser.Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian sepsis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Sebagai contoh, Anthroposentrik digunakan dalam memajukan bank genetik khasnya untuk memajukan sektor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi Negara.

2.NILAI INTRINSIK

Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai nilai tersendiri dan hak untuk hidup. Setiap benda hidup tidak kira haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasi masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan.

MASALAH

1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.

Banyak aktiviti yang boleh merosakkan yang berlaku menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya,banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada antara sepsis ini telah disenaraikan dalam ketegori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.

2.PENGEKSPLOITASIKAN HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.

Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang boleh mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur boleh menyebabkan kerosakan biodiversity. Kemusnahanhabitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan,penempatan,pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.

3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM

Kejadian dahsyat muka bumi seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.

4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN

Aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.

LANGKAH atau USAHA UNTUK MENGATASI MASALAH

1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI. ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA.

Berlangsung pada 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queens University, Kingston,Canada.Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGOs dan badan-badan swasta. Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversity, bioprospek, pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan sepsis terancam.

2. KONVENSYEN KEPELBAGAIAN BIOLOGIKAL

Malaysia adalah salah satu antara 120 negara yang menandatangani konvensyen Kepelbagaian Biologikal atau CBD. Konvension tersebut yang berkuatkuasa pada 29 Disember 1993 memberikan mekanisma global untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan mapan biodiversiti bagi generasi sekarang dan akan datang. Dalam perjanjian tersebut, Malaysia menjanjikan 50 peratus litupan muka bumi dengan hutan dan pokok selama-lamanya.

3.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D).

Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.

4.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.

Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan negara.Biodiversiti : Kepentingan & Fungsi Majalah estidotmy, February 2007 menulis definisi biodiversiti sebagai kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk didalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

Kepentingan atau peranan biodiversiti ini terbahagi kepada 2 iaitu : Kepentingan kepada manusia dan kepentingan kepada alam.

Kepentingan Kepada Alam :

Biodiversiti sangat penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerapan. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikitbila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan kejadian bencana alam lain seperti tannah runtuh, banjir lumpur dan sebagainya.

Selain itu, biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim (modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan sekaligus menyederhanakan suhu. Oleh itu, kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana, daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah.Selain itu, akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan puklan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dari berlakunya bencana alam.

Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. Dengan kata lain, biodiversiti berperanan menyelenggara kitaran Oksigen dan Nitrogen.

Kepentingan Kepada Manusia :

Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

Selain itu, kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai nilai intrinsik" atau nilai yang tersendiri dan setiap benda hidup di atas muka bumi ini mempunyai "hak untuk hidup. Setiap benda hidup tidak kira haiwan, tumbuhan dan manusia mempunyai hak asasi masing-masing. Benda hidup mempunyai ingatan, emosi dan kesakitan. Oleh itu, ia perlu dijaga kerana mempunyai hak dan peranan sebagaimana manusia.

Biodiversiti dan Peranannya Terhadap Keseimbangan Alam Sekitar

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada generasi akan datang. Mendengar istilah biodiversiti mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi biological diversity' ataupun kepelbagaian biologi yang mana ia didefinisikan sebagai keanekaan di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.Biodiversiti terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

Kepelbagaian genetik merupakan kepelbagaian di dalam spesies yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan di antara populasi sesuatu spesies. Bagi kepelbagaian spesies pula ia merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia. Manakala kepelbagaian ekosistem pula adalah merujuk kepada pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia kita patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini.

Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.

Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas.

Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi.

Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin.

Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera.

Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air. Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh.

Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu garis panduan yang dapat melahirkan satu interaksi sihat antara manusia, biodiversiti dan alam sekitar yang didiami agar khazanah yang sangat berharga ini akan terus terpelihara.