biodata usmang awang.docx

8
Usman Awang Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato . Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun. Kehidupan awal dan kerjaya Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja. Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6. Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan diSingapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah

Upload: kelly-yixin

Post on 16-Jan-2016

265 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

g

TRANSCRIPT

Page 1: biodata usmang awang.docx

Usman Awang

Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan

Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun1983. Terkenal dengan nama

penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya.

Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose

Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah

Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap

penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Kehidupan awal dan kerjaya

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau

diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama

Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari&

menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-

kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja.

Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan

walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937)

dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani

di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan diSingapura. Beliau

berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat

Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa

minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Page 2: biodata usmang awang.docx

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau

menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau

berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama

enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang

pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang

akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan

majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah

ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam

tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan

menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau

berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah

sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk

majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika

itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan

Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa

pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam

tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau

sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu

bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat

Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

Sumbangan

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak.

Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan.

Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. Bukan sahaja di kalangan masyarakat

terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu

itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”,

“Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di

dalam sajak-sajaknya. Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin

kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak

disampaikan. Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Page 3: biodata usmang awang.docx

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra,

dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. Usman adalah

seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai

salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan

lain-lain. Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu

memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah

dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. Mulai tahun 1979,

kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel

Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award. Pada 11 Ogos 1983 Usman

dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. Usman Awang juga

adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Akhbar Berita Harian telah menganugerahi

Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran).

Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada

perkembangan kesusasteraan tanah air. Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. Antara

karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya

Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat

dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Bukan saja hidupnya sebagai

pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan

semangat kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas

Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang

pertama (1962-1965). Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan

Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary,

Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga

adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan.

Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di

Page 4: biodata usmang awang.docx

pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. Kejayaannya mempertahankan dirinya

sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi

baru sastera melayu. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri

dalam pelbagai zaman dan situasi.

Penulisan

Dalam bidang penulisan beliau lebih terkenal dengan lebih 200 puisi dan drama. Antara judul sajak yang

sinonim dengan Usman Awang ialah

Bunga Popi

Gadis Kecil

Ke Makam Bonda

Kekasih

Kurang Ajar

Pak Utih

Suara Dari Pusara

Dramanya yang terkenal ialah:

Matinya Seorang Pahlawan

Tamu Bukit Kenny

Serunai Malam

Malam Kemerdekaan

Drama muzikalnya ialah "Uda dan Dara". Hanya ada satu novel karya Usman Awang iaitu "Tulang-tulang

Berserakan" (terjemahan ke dalam bahasa Rusia oleh Alla Rozhanskaya dengan judul "Tam Gde Ikh

Nastigka Pulya" - Di sana mereka kena peluru - Moscow, 1984)

Dato' Dr. Usman Awang juga pernah menggunakan nama pena Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis,

Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., dan Zaini.

Page 5: biodata usmang awang.docx

Pada tahun 1983, beliau dianugerahkan gelaran "Sasterawan Negara", SEA Write Award 1982 dan Ijazah

Kehormat Doktor Persuratan Universiti Malaya 1983 serta Zamalah Sastera 1985. Pada tahun 1991

dianugerahi Darjah Kebesaran Dato' Paduka oleh Baginda Sultan Perak yang membawa gelaran Dato'.

Hasil penulisan

Berikut adalah hasil penulisan beliau dan kajian tentangnya :

1. Enslaved souls : jiwa hamba : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2009.

2. Turunnya sebuah bendera : UA Enterprise, 2007.

3. Key concepts in Usman Awang's short stories : developing a critical tradition / Mohamad Mokhtar

Hassan. : DBP, 2006.

4. Kami yang terlibat : DBP, 2006.

5. Seorang penyair, sebuah benua rusuh : biografi Usman Awang / Muhammad Haji Salleh: DBP,

2006

6. Tulang-tulang berserakan : UA Enterprise, 2006.

7. Sasterawan negara Usman Awang / Zurinah Hassan.: DBP, 2006.

8. Usman Awang dalam esei dan kritikan/ penyelenggara Halilah Haji Khalid : DBP, 2004

9. Yang bernama cinta memuatkan puisi "Kekasih" : Utusan Publications & Distributors, 2002.

10. Koleksi terpilih sasterawan negara Usman Awang / penyelenggara Dinsman: DBP, 1995.

11. Selected plays by Usman Awang : DBP, 1995.

12. Puisi-puisi pilihan (Edisi pelajar) : DBP, 1994.

13. Matinya seorang pahlawan : Jebat = : Death of a warrior : Jebat / Usman Awang ; terjemahan

oleh Rahmah Bujang : DBP, 1992.

14. Puisi-puisi pilihan Usman Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992

15. Gelombang : (sajak-sajak pilihan 1949-60) : DBP, 1988.

16. Drama-drama pilihan Sasterawan Negara Usman Awang : DBP, 1987.

17. Berkenalan dengan pengarang Usman Awang / Mana Sikana.: Pustaka Siswa Moden, 1986.

18. Usman Awang : penyair ulung.: Berita Publishing, 1986.

19. Panduan menulis cerpen / diselenggarakan oleh A. Bakar Hamid & Usman Awang. : DBP, 1984.

20. Tamu di Bukit Kenny : DBP, 1984.

21. Sikap dan pemikiran Usman Awang / diselenggarakan oleh Dinsman dan Sutung Umar RS.: Fajar

Bakti, 1983.

22. Salam benua = Greetings to the continent : DBP, 1982.

23. Degup jantung.: Pustaka Melayu Baru, 1981.

24. Titian zaman : antologi puisi pilihan / disusun dan dibicarakan oleh Usman Awang & Ismail

Ahmad.: DBP, 1980.

Page 6: biodata usmang awang.docx

25. Muzika Uda dan Dara : DBP, 1976.

26. Three South East Asian plays/ Usman Awang dll

Sifat

Dato' Usman merupakan seorang penulis yang berani menyatakan sikap dalam hal-hal besar yang

menimpa negara. Baginya, seseorang hanya layak digelar penulis bila sudah berani menyatakan sikap.

Kalau tak berani tak payah jadi penulis.

Antara lain, Dato Usman pernah berkata “Saya menentang prejudis terhadap bahasa Melayu ini. Saya

hampa kerana pemimpin negara sendiri yang tidak percaya kepada kemampuan bahasa kebangsaan.”

Dato' Usman Awang, penyair yang berjiwa rakyat meninggal pada 29 November 2001 pada bulan

Ramadan. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara Taman Tun Dr Ismail,Kuala

Lumpur di mana bersemadinya dua Sasterawan Negara, Keris Mas dan kini Tongkat Warrant. Penulis-

penulis yang mengenali beliau turut hadir, antara lain Dr Anwar Ridhwan, Sutung Umar RS, Dato A.

Samad Said, Dato Baha Zain, Dato Shanmugalinggam dan Profesor Muhammad Haji Salleh.

[sunting]Terjemahan ke dalam bahasa Rusia

Kulit buku Tulang-Tulang Berserakan dalam bahasa Rusia (1981)

Usman Awang. Kami Yang Terlibat. Penterjemah B. Parnickel. - in: Vostochny Almanakh (Almanak

Timur), Vip. 5. Moscow: Goslitizdat, 1962, hlm. 259-267

Usman Awang. Bidak-Bidak; Sebuah Coretan; Kenangan Jauh. - in: U Obochini Shosse. Rasskazi

Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi Jalan. Cerpen Penulis Melayu Moden). Penusun dan

penterjemah B. B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1963.

Page 7: biodata usmang awang.docx

Usman Awang. Budi. Penterjemah B. B. Parnickel - in: Dobroe Delo. Rasskazi Pisatelei Malayzii i

Singapura (Budi. Cerita Pendek Penulis Malaysia dan Singapura). Penyusun dan prakata B. B.

Parnickel. Alma-Ata: Zhazushi, 1973.

Usman Awang. Bidak-Bidak; Tugas; Matinya Seorang Perempuan. Penterjemah B. Panickel, T.

Dorofeeva, V. Sigaev. - in: Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerpen Malaysia Moden).

Penyusun V. Sigaev, B. Parnickel. Prakata B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.

Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: "Pamir", 1977, № 1, hlm. 76-77.

Usman Awang. Pak Utih. Penterjemah V. Braginsky - in: Izbrannie Proizvedeniya Poyetov Azii (Karya

Pilihan Penyair Asia). Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981.

Usman Awang. Tam Gde ih Nastigla Pulya. Povest' i Rasskazi (Tulang-Tulang Berserakan. Novel dan

Cerpen-Cerpen). Penyusun dan prakata B. Parnickel. Moscow: Vostochnaya Literatura, 1981

[kandungan:Tulang-Tulang Berserakan (novel). Penterjemah A. Rozhanskaya; Mogok. Kempen

Pilihanraya. Tontonan. Sambil Lalu (cerpen). Penterjemah T. Dorofeeva]

Usman Awang. Pak Utih; Kambing Hitam; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua di Pinggir Jalan.

Penterjemah Marina Eliseeva. - in: Ruchei. Traditsionnaya i Sovremennaya Malayskaya

Poezia (Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden). Penyusun dan prakata B. B.

Parnickel. Moscow: Krasnaya Gora, 1996. ISBN 5-87647-006-6

Usman Awang. Bunga Popi; Balada Tentang Pembunuhan Beringin Tua; Suara dari Pusara -

in: Pokoryat' Vishinu. Stikhi Poetov Malayzii i Indonezii v Perevodah Victora Pogadaeva (Bertakhta di

Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev). Moscow:

Klyuch-S, 2009.ISBN 978-5-93136-089-8