biodata ringkas dr asri

Upload: julmazli-dempollok

Post on 07-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Biodata Ringkas Dr Asri

    1/3

    Biodata Ringkas Dr Asri Zainul Abidin

    Sumber Asal Artikel:

    http://keajaibanpenjimatan.com/blog/dr-asri-zainul-abidin-bekas-mufti-perlis-yang-

    paling-terkenal/

    Jawatan mufti cukup berprestij. Mendengarnya pun kita sudah segan.

    Pasti orangnya berilmu tinggi dalam hal ehwal agama Islam. Bukan

    sembarangan orang boleh menjadi mufti.

    Walaupun begitu, jawatan ini tidaklah begitu popular jika

    dibandingkan dengan lain-lain jawatan berkaitan kerajaan negeri.

    Maklumlah kita sedikit takut dan gerun apabila orang berbual

  • 8/4/2019 Biodata Ringkas Dr Asri

    2/3

    tentang hal ini. Sehinggalah kita terdengar nama Dr. Asri Zainul

    Abidin yakni bekas mufti negeri Perlis Indera Kayangan.

    Mufti itu apa sebenarnya? Ia adalah perkataan arab yang mendokong

    maksud sarjana atau tokoh. Sekarang, ia lebih diertikan sebagai

    jawatan yang telah diakui dan dikagumi ramai dalam sesebuah

    negeri atau negara, khususnya di kalangan sarjana sendiri untuk

    membuat keputusan penting tentang agama Islam, khususnya fatwa

    yang diminta oleh orang awam.

    Seperti yang anda pun maklum, setiap mufti biasanya mempunyaigelaran panggilan di hadapan namanya. Paling biasa kita dengari

    ialah Sahibus Samahah (SS) yang bererti yang memiliki sifat

    toleransi.

    Sebelum itu, ingin saya nyatakan dengan jelas di sini bahawasanya

    saya bukanlah peminat fanatik Dr. Asri walaupun begitu, saya harus

    akui pandangan beliau sungguh menarik. Membawa dimensi baharu

    penilaian dan sudut pandang yang lain dari sebelumnya. Sudah pasti

    kita tidak menerima sesuatu perkara itu dengan bulat-bulat sahaja,

    melainkan setelah penelitian berhati-hati dan kajian yang adil kita

    jalankan.

    Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah menyandang jawatan Mufti Perlis

    dari 1 November 2006 sehingga 11 November 2008 dan digantikan

    oleh Sahibus Samahah Dr. Juanda Jaya selepas itu. Saya tidak

    mahu mengulas kenapa Dr. Asri ini begitu popular kerana anda boleh

    mencarinya sendiri di serata Internet. Kalau anda mahukan juga

  • 8/4/2019 Biodata Ringkas Dr Asri

    3/3

    sedikit pembayang, terkini Dr. Asri dikaitkan dengan isu pengganas

    dan isu Wahabi. Cari, nilai dan ulaslah mengikut pertimbangan wajar

    dan rasional masing-masing.

    Apa yang ingin saya bawakan ialah siapakah beliau secara kasar.

    Dilahirkan pada 1 Januari 1971. Kolumnis Minda Dr. Maza atau

    Pena Mufti di akhbar Mingguan Malaysia semenjak Mac 2008 lagi.

    Berkelulusan B.A (hons) Bahasa Arab dan Syariah, M.A Pengajian

    Islam, Ph.D Islamic Revealed Knowledge And Haritage (Al-Quran

    And Sunnah Studies) dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di

    Universiti Wales untuk Ph.D kedua beliau.

    Selain itu, beliau juga merupakan seorang penulis (seperti saya

    hehe..) dan antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah:

    1. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

    2. Arus Tajdid Fikrah Merentasi Jemaah

    3. Fanatik Mazhab Kesan Kepada Pemikiran Umat

    4. Hadith Palsu - Kesan Terhadap Imej Islam

    5. Islam Liberal - Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong

    Beliau pada masa ini sedang bertugas sebagai tenaga pengajar di

    Universiti Sains Malaysia di Bahagian Pengajian Islam. Antara

    anugerah yang beliau pernah perolehi adalah seperti Darjah

    Kebesaran Seri Sirajudin Perlis (SSP), Tokoh Maal Hijrah (Perlis) dan

    Tokoh Maal Hijrah (Universiti Sains Malaysia).