rph asri dalcroze

5
Rancangan Pengajaran Harian Dunia Muzik KSSR Tahun 1 Mata Pelajaran dan Kelas Pendidikan Muzik Tahun 1 Alpha Tajuk Eurhythmics dan Solfege Masa 30 minit Standard Pembelajaran Pengalaman Muzikal 1.2.1 Mendengar, merasai, menginteprestasikan bunyi. 1.2.2 Memberikan respons dengan menggerakkan badan sama ada dengan iringan muzik dan tanpa iringan muzik. Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran murid dapat mengintepretasikan bunyi melalui pergerakan seluruh anggota badan. Aktiviti Pengajaran dan 1. Menyanyikan lagu 'Main Lompat'. Pembelajaran 2. Menepuk tangan untuk not kuaver, melompat untuk not krocet dan mendepakan tangan

Upload: muhammad-amin

Post on 15-Sep-2015

312 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

ggkjgkjg

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Muzik KSSR Tahun 1

Mata Pelajaran dan KelasPendidikan Muzik Tahun 1 Alpha

TajukEurhythmics dan Solfege

Masa30 minit

Standard PembelajaranPengalaman Muzikal 1.2.1Mendengar, merasai, menginteprestasikan bunyi. 1.2.2Memberikan respons dengan menggerakkan badan sama ada dengan iringan muzik dan tanpa iringan muzik.

Objektif PembelajaranPada akhir pembelajaran murid dapat mengintepretasikan bunyi melalui pergerakan seluruh anggota badan.

Aktiviti Pengajaran dan1. Menyanyikan lagu 'Main Lompat'.Pembelajaran2. Menepuk tangan untuk not kuaver, melompat untuk not krocet dan mendepakan tangan untuk not minim sambil menyanyikan lagu 'Main Lompat'3. Mendengar dan bertindak terhadap pic.4. Membezakan pic tinggi dan rendah.Elemen Merentas KurikulumKreativiti

Bahan Bantu Mengajar1. Kibod2. LCD3. Powerpoint4. LaptopPenilaian Pengajaran danMengintepretasikan bunyi dan Pembelajaranmembezakan pic

Refleksi_________________________________________________________________________________________________________

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti P&PStrategi P&P / ABM / Nilai

Set Induksi(5 minit)- Tayangan video- Aktiviti memanaskan suara- Pengenalan(Lagu Main Lompat)1. Guru menayangkan video melompat.2. Guru mengajar solfa menggunakan kibod3. Guru mengajar murid menyanyikan lagu 'Main Lompat'.

- Menyanyikan lagu mengikut pic yag betul- Kibod- Powerpoint- Berdisiplin

Langkah 1(5 minit)- Lagu 'Main Lompat'.- Eurythmics1. Murid menyanyikan lagu 'Main Lompat'.2. Guru mengajar pergerakan lagu 'Main Lompat'.3. Murid menyanyikan lagu sambil menepuk tangan untuk not kuaver, melompat untuk not krocet dan depakan tangan untuk not minim. 4. Murid melompat ke kanan dan kiri mengikut lirik lagu 'Main Lompat'

- Menyanyikan lagu, mengintepretasikan bunyi dengan pergerakan tubuh badan- Powerpoint- Laptop- Berdisiplin

Langkah 2(7 minit)- Solfege- Membezakan pic1. Guru memainkan kibod dalam meter 4/4 dalam satu not /pic sahaja. (not G) 2. Murid diminta berbaris dalam satu barisan dan apabila guru memainkan satu not yang sama berulang-ulang murid diminta berjalan mengikut tempo untuk menunjukkan bunyi yang sama.

- Mengintepretasikan bunyi melalui pergerakan tubuh badan.- Membezakan pic melalui bunyi yang didengari.- Kibod- Powerpoint- Berdisiplin

Langkah 3(8 minit)- Solfege- Membezakan pic1. Guru memainkan pula not yang menaik dari C ke C ( satu oktaf ) dan menurun sepanjang dua bar (C ke C). 2. Apabila guru memainkan not yang menaik, daripada kedudukan berdiri, murid membengkokkan lutut untuk merendahkan diri sedikit seterusnya murid perlahan-lahan menaikkan diri untuk menunjukkan berlakunya pergerakan pic yang menaik 3. Guru memainkan not C satu bar dan not E satu bar selepas itu menurun dari G ke C.4. Apabila guru memainkan not menurun, murid diminta menurunkan badan mereka sedikit demi sedikit dengan membengkokkan lutut mengikut pergerakan pic yang menurun.

- Mengintepretasikan bunyi melalui pergerakan tubuh badan.- Membezakan pic melalui bunyi yang didengari.- Kibod- Powerpoint- Berdisiplin

Penutup(5 minit)1. Guru mengimbas kembali pelajaran.2. Murid diminta menyatakan pelajaran yang disampaikan oleh guru.- Imbas kembali- Laptop- Powerpoint- Estetika