mat asri ngah sanah biodata - frim.gov.my · 269 dan membantu beliau membuat kajian percambahan...

7
267 MAT ASRI NGAH SANAH BIODATA Encik Mat Asri Ngah Sanah dilahirkan pada 2 Februari 1942 di Perak. Mat Asri mula berkhidmat di FRI pada 1 Mac 1965 sebagai Pembantu Makmal Rendah (JLA). dan bersara wajib pada 31 Disember 2005 pada usia 56 tahun. Jawatan terakhir Mat Asri di FRIM ialah sebagai Pembantu Penyelidik Sains Kanan. Alamat terkini Mat Asri ialah di No. 2131 Jalan E5/19, Taman Ehsan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur. Mat Asri mempunyai seramai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Puan Zaharatul Laily Abdul Rahman. Nombor talian telefon beliau ialah 03-62769796 (rumah) dan 012-2119387 (h/p). SUMBANGAN ISTIMEWA Mengenali Mat Asri waktu beliau masih berkhidmat di FRIM dulu samalah kita mengenali seseorang ”tok guru” untuk mengajar kita mengetahui sesuatu jenis pokok, herba dan biji benih dengan cepat. Mat Asri cukup senang didampingi jika kita terdesak untuk mengetahui nama tumbuh- tumbuhan serta kegunaannya. Malah kadangkala Mat Asri sendiri akan memberitahu lokasi sesuatu tumbuhan itu boleh didapati. Ditanya bagaimana dapat menguasai pengetahuan tentang tumbuh- tumbuhan sebegitu baik Yop Asri (lebih mesra panggilan itu) mengatakan itu semua satu anugerah Tuhan dan yang lebih penting ialah berusaha untuk belajar (something you have to learn, not only as a gift) melalui pengalaman kerja yang beliau lalui. Kata Asri, yang penting seseorang hendaklah rajin masuk ke dalam pelbagai jenis hutan dan mengutip contoh-contoh daun bagi tujuan pengecaman spesies pokok. Bukan senang dan bukan cepat untuk dapat menguasai ilmu mengenal tumbuh- tumbuhan ciptaan Allah ini.

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

267

MAT ASRI NGAH SANAH

BIODATA

Encik Mat Asri Ngah Sanah dilahirkan pada 2 Februari 1942 di Perak. Mat Asri mula berkhidmat di FRI pada 1 Mac 1965 sebagai Pembantu Makmal Rendah (JLA). dan bersara wajib pada 31 Disember 2005 pada usia 56 tahun. Jawatan terakhir Mat Asri di FRIM ialah sebagai Pembantu Penyelidik Sains Kanan. Alamat terkini Mat Asri ialah di No. 2131 Jalan E5/19, Taman Ehsan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur. Mat Asri mempunyai seramai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Puan Zaharatul Laily Abdul Rahman. Nombor talian telefon beliau ialah 03-62769796 (rumah) dan 012-2119387 (h/p).

SUMBANGAN ISTIMEWA

Mengenali Mat Asri waktu beliau masih berkhidmat di FRIM dulu samalah kita mengenali seseorang ”tok guru” untuk mengajar kita mengetahui sesuatu jenis pokok, herba dan biji benih dengan cepat. Mat Asri cukup senang didampingi jika kita terdesak untuk mengetahui nama tumbuh-tumbuhan serta kegunaannya. Malah kadangkala Mat Asri sendiri akan memberitahu lokasi sesuatu tumbuhan itu boleh didapati.

Ditanya bagaimana dapat menguasai pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebegitu baik Yop Asri (lebih mesra panggilan itu) mengatakan itu semua satu anugerah Tuhan dan yang lebih penting ialah berusaha untuk belajar (something you have to learn, not only as a gift) melalui pengalaman kerja yang beliau lalui. Kata Asri, yang penting seseorang hendaklah rajin masuk ke dalam pelbagai jenis hutan dan mengutip contoh-contoh daun bagi tujuan pengecaman spesies pokok. Bukan senang dan bukan cepat untuk dapat menguasai ilmu mengenal tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah ini.

268

Asri merupakan seorang pekerja setia kepada Dr Francis Ng seorang Ahli Kajitumbuhan (Botanis) di Herbarium dan Timbalan Ketua Pengarah FRI/FRIM dalam tahun 70-an dan lewat 80-an yang banyak membuat kutipan spesimen daun (koleksi spesimen herbarium) dari hutan-hutan di seluruh Semenanjung Malaysia. Asri telah banyak membantu Dr Francis Ng membuat kajian percambahan biji benih pokok-pokok hutan. Asrilah orang yang menyimpan dan merekod data pertumbuhan dan percambahan biji benih di tapak semaian FRI/FRIM.

Satu lagi kemampuan Mat Asri ialah berjaya menguasai teknologi mengambil gambar/foto biji benih dan anak benih yang cukup baik. Ketika zaman menggunakan kamera manual dan fi lem sahaja Mat Asri cukup cekap mengambil gambar-gambar botani. Ini juga menyebabkan beliau sering diminta membantu mengambil gambar-gambar botani untuk Dr Salleh Mohd Nor dan Dr Francis Ng.

KENANGAN DI FRIM

Mat Asri mula berkhidmat di FRI/FRIM sebagai Pembantu Rendah Makmal pada 1 Mac 1965 di Bahagian Penubuhan Biji Benih dan Anak Semaian di Tapak Semaian FRIM. Pada tahun 1966 Mat Asri ditempatkan di Bahagian Tanah-Tanih, mengumpul dan mengutip sampel-sampel tanah serta mengkaji kesesuaian tanah untuk ditanam.Pada tahun 1967, Mat Asri diarah untuk bekerja di Bahagian Fotografi setelah jurufoto, En Ho Sai Yen memerlukan seorang pembantu untuk tempoh satu tahun. Pada 1 Jun 1968 atas arahan Ketua Pengarah, Dr Freezaillah, Mat Asri ditukarkan ke SPF Mata Ayer, Perlis bagi menjalankan kerja-kerja penanaman jati di tapak semaian kebun jati. Pada 1 Oktober 1969 Mat Asri bertugas semula di Unit Semaian FRIM di Kepong sehingga tahun 1973.

Pada 1 Julai 1973 Mat Asri diarah untuk bertugas di Bahagian Herbarium di samping menjalankan kerja-kerja sebagai Jurufoto sambilan mengambil alih tugas En Ho Sai Yen (yang menamatkan perkhidmatan dan berhijrah ke Canada) sehinggalah pada tahun 1980 apabila Asmar Hassan dilantik sebagai Jurufoto tetap di Unit Fotografi .

Berpejabat di Herbarium, bermula pada 1 Januari 1985 Timbalan Ketua Pengarah FRIM, Dr Francis Ng telah memberi tugasan utama kepada Mat Asri untuk membuat kerja-kerja kutipan biji benih pokok-pokok hutan

269

dan membantu beliau membuat kajian percambahan biji benih dan anak benih pokok serta mengambil gambar untuk dibukukan. Mat Asri telah mewujudkan metodologi bagi ujian percambahan biji benih pokok-pokok hutan di samping mempunyai sistem rekod percambahan biji benih yang standard. Pada 1 Januari 1988 Mat Asri telah menyambung semula perkhidmatan di Herbarium untuk melakukan kerja-kerja dokumentasi di bawah Projek Sabah & Sarawak Borneo (SABLIN) selama lapan tahun sehinggalah beliau bersara.

Lawatan VIP ke Tapak Semaian pada tahun 1974. (Dari kiri: En Zulkifl i Sharif, Tn Hj Hamid (DFO) Pengetua Kolej Unit Latihan (VIP),

En Tan Chin Ho dan En Mat Asri)

Pemandangan di tapak semaian FRI dalam tahun 1960-an

270

Mat Asri telah banyak membantu dalam kerja-kerja kutipan biji benih dan fotografi bagi terbitan dua jilid buku Manual of Forest Fruits, Seeds and Seedlings bersama-sama Dr Francis Ng. Sebanyak 600 spesies biji benih pokok hutan telah dikutip oleh Mat Asri dan direkodkan di dalam Manual ini.

Dari segi perjawatan, Mat Asri telah dinaikkan pangkat daripada Pembantu Rendah Makmal ke Pembantu Penyelidik Sains pada 1 Januari 1986 dan mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang dalam tahun 1995. Pada 1 Jun 1996 Mat Asri telah dinaikkan pangkat ke Pembantu Penyelidik Kanan. Beliau merupakan salah seorang pengasas penubuhan Taman Etnobotani (Taman Perubatan) FRIM seluas 0.6 ha dengan tanaman sebanyak 215 jenis pokok ubatan tradisional

271

Mat Asri mendapat anugerah Khidmat Cemerlang yang disampaikan oleh Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Dr Lim Keng Yeik pada

1Januari 1986

272

Gambar kenangan Mat Asri bersama rakan-rakan dan Botanis dari Bogor, Indonesia yang berkursus di Herbarium, FRIM

KENANGAN MANIS

Mat Asri sangat popular dengan masakan asam pedasnya. Sebab itu jika menyertai kerja lapangan di hutan yang memerlukan kita berkampung pasti akan menjadi lebih seronok jika Mat Asri turut serta. Walau pun keletihan berjalan di dalam hutan namun bila sampai ke khemah Mat Asri akan cepat-cepat ke dapur untuk menyiapkan makanan dan bertindak sebagai ketua tukang masak. Masakan asam pedas dan gulai tempoyaknya sunguh enak membuatkan hilang segala kepenatan bekerja di dalam hutan.

Mat Asri merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada FRIM kerana telah memberi beliau kesempatan untuk melawat sambil belajar selama seminggu bersama-sama dalam satu rombongan lawatan ke Thailand pada tahun 1986 bagi melawat perkembangan dan kemajuan sektor perhutanan di Thailand.

273

NASIHAT DAN HARAPAN

Mat Asri mengatakan setiap pekerja FRIM semestinya mempunyai visi dan tujuan untuk bekerja selari dengan matlamat FRIM itu sendiri. Mat Asri amat bersetuju bahawa untuk terus maju di masa hadapan dalam apa jua bidang setiap warga baharu FRIM hendaklah bersikap jujur, ikhlas dan tekun serta memiliki minat yang tinggi dalam kerjaya, bersikap terbuka untuk menerima teguran dan perubahan, bertoleransi dan mengekalkan situasi harmoni di tempat kerja. Insya-Allah dengan sikap sedemikian FRIM akan sentiasa mengecapi kejayaan pada masa hadapan.

ULASAN KETUA PENGARAH

Mat Asri atau mudah dipanggil Yop Asri yang terkenal dengan loghat Peraknya sangat peramah orangnya. Suka membantu tanpa penat lelah jika diminta pertolongan terutama yang berkaitan dengan mengenal spesies-spesies pokok tempatan. Mungkin pengalaman Mat Asri bekerja dengan ahli-ahli kaji tumbuhan yang lalu telah membentuk pengetahuan dan pengalamannya dalam disiplin berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. Sangat senang belajar dengan Yop Asri tentang mengenal pokok. Secara peribadi saya sangat kagum dengan pengetahuan Yop Asri terutama dalam bidang percambahan biji benih pokok ketika bertugas di tapak semaian. Tidak salah jika dikatakan kebanyakan pokok yang telah ditanam di kawasan FRIM adalah antara yang disemai oleh Mat Asri sendiri. Semoga apa yang telah dicurahkan oleh Mat Asri kepada FRIM akan menjadi bimbingan kepada generasi akan datang. Terima kasih dirakamkan untuk Encik Asri.