bincangkan sumbangan adam smith dalam bidang · pdf fileantara amalan ekonomi tersendiri yang...

3
Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke 18. A. Pendahuluan i. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden. ii. Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow. Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow. iii. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. B. Isi-isi sumbangan Adam Smith 1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden i. Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas ii. Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas. 2. Konsep ekonomi laissez-faire i. Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan ii. Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum. 3. Mengkritik dasar merkantilisme i. Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Upload: vanquynh

Post on 06-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang · PDF fileAntara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu,

Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke 18.

A. Pendahuluan

i. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam

terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa

Ekonomi Moden.

ii. Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow.

Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor

Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai

Rektor Universiti Glasgow.

iii. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau

memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan

berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.

B. Isi-isi sumbangan Adam Smith

1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden

i. Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang

individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan

daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas

ii. Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme,

monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan

pasaran bebas.

2. Konsep ekonomi laissez-faire

i. Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang

sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang

mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan

ii. Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan

tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi

berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih

cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.

3. Mengkritik dasar merkantilisme

i. Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.

Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan

menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Page 2: Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang · PDF fileAntara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu,

ii. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi

kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat

Hindia Timur Inggeris.

4. Teori percukaian

i. Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak

menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong

negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.

ii. Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari

segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas

dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada

pengeksport, dan meindungi industri domestik.

5. Amalan perdagangan

i. Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.

Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua

pihak.

ii. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu

meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah

negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah

pengeluaran dan perdagangan.

6. Teori ekonomi yang sistematik

i. Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki

jongkong emas dalam jumlah besar. Menolak pandangan golongan physiokrat yang

mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama

ii. Menekankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh. Beliau menekankan bahawa

peningkatan kerja dan menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang

menghalang perkembangan dan perluasan industri.

iii. Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar

mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang

tersebut akan meningkat. Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan

meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbnading dengan permintaan.

Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.

Page 3: Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang · PDF fileAntara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu,

7. Pengumpulan modal

i. Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.

Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,

dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan

manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.

ii. Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal

mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari

ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan

ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang

cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan

meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.

C. Kesimpulan

i. Kesimpulannya, Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi

utama iaitu, melindungi rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara

daripada ketidakadilan, menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang

tidak boleh disediakan oleh individu.

ii. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden yang

digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus

ekonomi Negara