khidmat pembersihan bangunan - · pdf fileantara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam...

21

Click here to load reader

Upload: hoangdiep

Post on 01-Feb-2018

333 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian
Page 2: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian
Page 3: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini. Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang. Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran semasa. Sekian, terima kasih serta wassalam, Yang Berhormat Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin.

Page 4: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

Muka surat

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN 1

PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN BANGUNAN 1

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 3

PENGURUSAN PERKHIDMATAN 5

PENGURUSAN TENAGA KERJA 6

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 8

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 11

PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR 13

PENGURUSAN RISIKO 14

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 15

Page 5: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

1

1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

HURAIAN PERNIAGAAN

Khidmat pembersihan bangunan merangkumi kerja-kerja yang melibatkan pembersihan

untuk pelbagai jenis bangunan seperti kompleks perniagaan, pejabat, hospital dan

bangunan sekolah. Kerja-kerja pembersihan ini meliputi pembersihan lantai, tingkap,

dinding luar dan dalam, alat pendingin serta pengudaraan.

Terdapat banyak syarikat yang mengusahakan perniagaan khidmat pembersihan

bangunan di Malaysia tetapi sebahagian besar menumpukan kepada pembersihan

bahagian dalam bangunan. Perkhidmatan pembersihan luar bangunan khususnya

bangunan tinggi dan sederhana kurang diceburi oleh pengusaha perkhidmatan ini. Oleh

sebab itulah banyak peluang terbuka untuk bakal-bakal pengusaha mendapatkan

teknologi baru dalam memenuhi permintaan pembersihan bangunan khususnya

pembersihan luar bangunan.

MENGAPA MEMILIH PERNIAGAAN INI

Perniagaan ini harus diberi pertimbangan serius berdasarkan faktor-faktor berikut:

� Kos Permulaan Yang Rendah

� Tidak Memerlukan Tenaga Kerja Yang Ramai Dan Berkemahiran

� Tahap Pengurusan Yang Rendah

� Mudah Mendapatkan Bekalan Bahan Dan Peralatan

� Potensi Untuk Berkembang Pesat

2 PROFIL PERNIAGAAN KHIDMAT PEMBERSIHAN

BANGUNAN

PERKHIDMATAN ASAS

Perniagaan khidmat pembersihan bangunan boleh dibahagikan kepada dua perkhidmatan

asas yang utama iaitu:

Page 6: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 2

Mencuci Luar Bangunan

Pembersihan luar bangunan meliputi:

� Membersih tingkap

� Mencuci cermin

� Pressure washing

� Waterproofing

� Mengecat

� High climbing

� High dusting

Mencuci Dalam Bangunan

Pembersihan dalam bangunan pula melibatkan kerja-kerja seperti:

� Mengemas pejabat

� Memelihara kebersihan tandas

� Pemeliharaan dan pemulihan lantai

� Penjagaan permaidani

PERKHIDMATAN SAMPINGAN

Perkhidmatan sampingan yang boleh ditawarkan selain daripada perniagaan asas

termasuklah:

� Mencuci Rumah

� Mencuci Permaidani

� Membersihkan Kawasan Persekitaran Dan Memotong Rumput

� Mencuci Kolam Renang

� Mengangkut Sampah

� Mengecat

PROSES PEMBERSIHAN BANGUNAN

Antara perkara-perkara yang perlu dikenal pasti sebelum melaksanakan kerja-kerja

pembersihan adalah seperti berikut:

� Mengenal pasti jenis permukaan dan kemasan bangunan.

Page 7: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 3

� Mengenal pasti jenis bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin yang perlu

digunakan.

� Mengetahui kegunaan, cara menggunakan dan peraturan keselamatan setiap

bahan kimia, perkakas, peralatan dan mesin.

� Mengetahui cara kerja, peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa

mencuci dan pembersihan.

� Memahami keperluan kerja-kerja mencuci dan pembersihan bangunan seperti

langkah-langkah kerja yang perlu dijalankan.

PERNIAGAAN LAIN YANG BERKAITAN

Di samping perkhidmatan asas yang ditawarkan pengusaha juga boleh memperluaskan

perniagaan lain yang berkaitan seperti:

� Landskap

� Pembekal Peralatan Mesin Dan Bahan Pembersihan

� Kawalan Serangga (Pest Control)

3 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

MENUBUHKAN SYARIKAT

Sebelum memulakan perniagaan, bakal pengusaha diwajibkan menubuhkan syarikat

terlebih dahulu. Langkah-langkah dan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh bakal

pengusaha sebelum menubuhkan syarikat adalah:

Pemilihan Nama Syarikat

Pemilihan nama syarikat yang baik akan boleh membantu kejayaan sesebuah syarikat.

Nama syarikat yang baik akan mempengaruhi orang lain atau pengguna untuk

mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat. Begitu juga bagi pengusaha

yang akan memulakan perniagaan pembersihan bangunan. Nama biasanya dikaitkan

dengan aktiviti perniagaan yang hendak dijalankan seperti ‘Clean Services Sdn Bhd’ di

mana ia menunjukkan gambaran perniagaan tersebut.

Page 8: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 4

Jenis Perniagaan

Pengusaha perlu menetapkan salah satu daripada bentuk pendaftaran perniagaan yang

hendak digunakan:

� Pemilikan Persendirian

� Perkongsian

� Syarikat Sendirian Berhad

� Syarikat Awam Berhad.

PEMILIHAN LOKASI PERNIAGAAN

Pemilihan tempat yang strategik mampu membantu perniagaan meningkat maju.

Pengusaha perlu melihat potensi pelanggan mereka di tempat atau premis perniagaan

yang di pilih. Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih lokasi yang strategik

adalah seperti kemudahan perhubungan dan infrastruktur.

MENDAPATKAN LESEN

Setelah pemilihan lokasi perniagaan , bakal pengusaha perlu mendapatkan lesen

perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Lesen perniagaan akan diberikan secara

tahunan dan pengusaha harus memenuhi syarat-syarat lesen perniagaan sepanjang

pengusaha menjalankan perniagaan. Pegawai-pegawai pihak berkuasa tempatan akan

melawat kedai pengusaha dari masa ke semasa untuk menentukan pengusaha memenuhi

syarat-syarat lesen yang ditetapkan Setelah menerima perakuan pendaftaran perniagaan,

setiap perniagaan perseorangan dan perkongsian mesti mendapatkan lesen perniagaan.

PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Pengusaha digalakkan menyedia rancangan perniagaan sebelum memulakan satu-satu

perniagaan. Rancangan perniagaan ini bertujuan:

� Membolehkan pengusaha melihat dan menilai projek secara objektif,kritikal

dan praktikal.

� Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.

� Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan berdaya maju

atau sebaliknya.

Page 9: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 5

� Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai

asas bagi cadangan pembiayaan.

� Mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.

4 PENGURUSAN PERKHIDMATAN

SISTEM ATAU KAEDAH PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN.

Kaedah pembersihan yang digunakan dalam mencuci dan membersihkan bangunan boleh

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian Dalam Bangunan

Antara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah:

� Mengemas Pejabat

� Memelihara Kebersihan Tandas.

� Pemeliharaan Lantai

Bahagian Luar Bangunan

Kaedah yang digunakan bagi pembersihan dan pembersihan di luar bangunan adalah

dengan menggunakan:

� Pam Jet Bertekanan Tinggi (high pressure jet)

� Gondola Scaffolding

� Scrappers

PERALATAN MESIN

Dalam usaha meningkatkan kecekapan serta mutu perkhidmatan, penggunaan mesin dan

jentera adalah sangat penting. Di negara-negara maju, mesin dan jentera serta peralatan

lain digunakan dengan meluas untuk menambah kecekapan serta mempercepatkan kerja-

kerja pembersihan. Sebaliknya, teknik pembersihan tempatan masih lagi mengamalkan

teknik pembersihan basah (Wet Cleaning) yang berintensif buruh.

Page 10: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD

6

BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN

Di antara bahan-bahan pembersihan yang digunakan adalah seperti dalam jadual

dibawah.

JENIS BAHAN PEMBERSIHAN YANG DIGUNAKAN

Bil Bahan Pembersihan Sumber Bekalan

1 Hard Surface Cleaners Tempatan

2 Sanitizing Products Tempatan

3 Floor Strippers Tempatan

4 Floor Polisher Tempatan

5 Floor Sealers Tempatan

6 Buffing Solution Tempatan

7 Special Chemicals Tempatan

8 Carpet Care Tempatan

KENDERAAN

Kenderaan seperti lori dan van juga diperlukan dalam perniagaan khidmat pembersihan

bangunan. Ianya diperlukan untuk mengangkut pekerja-pekerja ke tempat kerja serta

mengangkut peralatan mesin pembersihan sekiranya terdapat projek di luar kawasan

perniagaan.

5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

JENIS PEKERJAAN

Dalam perniagaan khidmat pembersihan bangunan, pengurusan tenaga kerja adalah amat

penting untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. Terdapat tiga jenis

kumpulan pekerjaan yang penting kepada perniagaan khidmat pembersihan bangunan

iaitu:

� Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran

Page 11: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 7

Kumpulan ini perlu tahu prinsip, fungsi dan selok-belok pengurusan agar ia

dapat meneruskan perniagaan dengan lebih berkesan. Pengurusan merupakan

satu proses merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal sumber

manusia dan sumber-sumber lain di dalam organisasi bagi mencapai matlamat

organisasi dengan lebih berkesan Pengurusan merangkumi, perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan.

� Kumpulan Sokongan

Adalah orang yang dilantik oleh sesebuah syarikat bagi memantau dan

menyelia segala tugas yang diamanahkan kepadanya. Di dalam perniagaan

pembersihan bangunan penyeliaan diperlukan agar kerja-kerja pembersihan

dapat dijalankan dengan teratur dan terkawal

� Kumpulan Pekerja Am

Pekerja am/buruh diperlukan bagi perlaksanaan kerja-kerja mencuci dan

membersihkan dalam dan luar bangunan. Kumpulan pekerja ini perlu diberi

arahan agar segala kerja yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar.

Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan

beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.

Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan

iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.

GAJI DAN IMBUHAN

Pembayaran gaji dan imbuhan bergantung kepada pengalaman, kelulusan, kebolehan dan

lokasi di mana pekerja itu bertugas. Tetapi adalah dinasihatkan di dalam perkhidmatan

ini, gaji dan imbuhan dibayar mengikut produktiviti pekerja-pekerja itu sendiri.

Bagi kategori pekerja ia bergantung kepada saiz perniagaan, pengusaha memerlukan

beberapa tenaga kerja untuk menjalankan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.

Keperluan tenaga pekerja dalam pembersihan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan

iaitu pengurusan dan profesional, pekerja mahir dan pekerja am.

Page 12: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 8

KURSUS DAN LATIHAN

Pekerja yang mahir akan menghasilkan kerja yang berkualiti. Satu cara untuk

meningkatkan kualiti ialah dengan memberikan latihan kemahiran kepada pekerja.

Latihan bukan sahaja diberikan kepada pekerja baru tetapi juga kepada pekerja mahir

sedia ada kerana teknologi sering berubah pantas.

Amalan latihan dan latihan semula akan menjadikan pekerja seorang yang lebih mahir

dan berpengetahuan. Mereka akan lebih fleksibel sebagai pekerja serba boleh dengan

pelbagai kemahiran. Secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah kekurangan

pekerja mahir dan mengurangkan waktu menunggu pekerjaan di projek baru jika

dibandingkan dengan mempunyai kemahiran tunggal. Pada masa ini terdapat banyak

pusat latihan kemahiran yang mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan aktiviti

pembersihan.

6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Aspek pemasaran adalah sangat penting dalam dunia perniagaan yang penuh dengan

persaingan sekarang ini. Dua fasa utama dalam pemasaran ialah menyedia rancangan

perniagaan yang di dalamnya terkandung strategi dan taktik yang dijangka memberi

kelebihan kepada peniaga. Fasa kedua ialah perlaksanaan rancangan yang disediakan.

Bagaimana baik dan lengkap pun rancangan yang disediakan tidak akan membawa apa-

apa kemajuan jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

PASARAN

Pasaran bagi perkhidmatan membersih bangunan dapat dibahagi mengikut kumpulan

berikut:

Mengikut Kumpulan Pelanggan

Pasaran mengikut kumpulan pelanggan boleh dikelaskan kepada dua segmen penting

iaitu jabatan kerajaan dan swasta.

Page 13: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 9

Mengikut Bangunan

Iaitu bangunan tinggi, sederhana tinggi atau pun bangunan rendah.

PAKEJ PERKHIDMATAN YANG BOLEH DITAWARKAN

Pengusaha juga harus mempertimbangkan bagaimana untuk memperkenalkan

perkhidmatan yang mampu menarik perhatian pelanggan. Antara pakej perkhidmatan

yang boleh ditawarkan oleh pengusaha:

� Perkhidmatan pembersihan dalaman.

� Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan.

� Perkhidmatan pembersihan dalaman dan luar bangunan serta khidmat

pembersihan bangunan.

� Perkhidmatan khidmat pembersihan bangunan dan membersihkan kawasan.

KEPERLUAN PELANGGAN

Perkembangan mutakhir dunia perniagaan sekarang tertumpu kepada memberi kepuasan

kepada pelanggan. Pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan bukan sahaja akan

terus berurusan dengan sesebuah syarikat itu malah ia akan menjadi agen promosi yang

tidak rasmi di dalam aktiviti pemasaran. Oleh yang demikian, mengenali pelanggan dan

memahami masalah mereka sangatlah penting dalam usaha memberi perkhidmatan

terbaik kepada mereka.

Pelanggan selalunya memberi pertimbangan kepada perkara-perkara berikut iaitu

pengalaman, kepakaran, harga dan kualiti perkhidmatan.

PROMOSI

Firma perkhidmatan yang baik menggunakan promosi untuk meletakkan diri mereka

dengan kukuh di dalam pasaran sasaran. Dalam perniagaan perkhidmatan seperti

pembersihan bangunan, pelanggan dan pekerja perkhidmatan barisan depan berinteraksi

untuk mewujudkan perkhidmatan. Oleh itu, penyedia perkhidmatan mesti berinteraksi

secara efektif dengan pelanggan untuk mewujudkan nilai yang lebih baik semasa

memberikan perkhidmatan. Interaksi efektif pula bergantung kepada kemahiran pekerja

perkhidmatan barisan depan dan juga kepada pengeluaran perkhidmatan dan proses

sokongan yang menyokong pekerja ini.

Page 14: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 10

PERKHIDMATAN PELANGGAN

Dalam dunia perniagaan yang penuh dengan persaingan ini, aspek perkhidmatan

pelanggan sangat perlu diberi perhatian. Objektif perkhidmatan pelanggan adalah untuk

memberi kepuasan kepada pelanggan supaya mereka terus ingin mendapatkan

perkhidmatan yang telah diberikan. Perkhidmatan pembersihan bangunan biasanya

berdasarkan rutin yang diperlukan oleh pelanggan. Ada kalanya pelanggan akan meminta

untuk membersihkan sesuatu kawasan yang kelihatan tidak bersih pada penglihatan

mereka. Pekerja yang diletakkan di sesuatu tempat untuk menjalankan kerja-kerja

pembersihan haruslah diberi nasihat agar sentiasa peka dengan kehendak pelanggan

selagi tertakluk dengan perjanjian.

JARINGAN (NETWORKING)

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar

negara, para usahawan haruslah mencari dan menjalin hubungan dengan syarikat-syarikat

pembersihan dari luar negara. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di

pasaran baru dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi dapat diatasi bersama. Di

samping itu usahawan juga berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam khidmat

pembersihan bangunan.

GLOBALISASI DAN PROSPEK PERNIAGAAN

Dalam era globalisasi maka semakin luas prospek perniagaan pembersihan bangunan

pada masa akan datang. Ini kerana semakin banyak teknologi-teknologi baru dihasilkan

sama ada teknologi tempatan mahupun dari luar negara. Perkembangan teknologi

komputer dan internet harus diberi perhatian oleh pengusaha perniagaan dalam usaha

mencari pasaran baru dan juga berkongsi maklumat kepakaran dari dalam dan luar

negara. Di samping itu juga perniagaan melalui internet atau secara on-line menjadi trend

perniagaan masa kini. Prospek perniagaan boleh dikembangkan dengan membuka

cawangan-cawangan baru perniagaan sama ada di dalam atau di luar negara.

Page 15: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 11

Perkembangan perniagaan ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan kedudukan

perniagaan selain menyumbang kepada ekonomi negara.

7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

MODAL PERMULAAN

Modal yang diperlukan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antara faktor yang telah

dinyatakan adalah termasuk saiz perniagaan dan saiz pasaran. Berdasarkan kajian yang

dilakukan purata modal permulaan bagi perniagaan ini ialah RM114,000. Modal

permulaan minimum adalah sebanyak RM10,000 manakala maksimum ialah RM500,000.

Kos permulaan untuk memulakan perniagaan ini tidak begitu besar iaitu di antara

RM10,000 hingga RM20,000 bagi perkhidmatan pembersihan dalam bangunan dan

RM20,000 hingga RM30,000 bagi perkhidmatan pembersihan luar bangunan.

MODAL PUSINGAN

Kajian mendapati purata modal pusingan yang diperlukan adalah dalam lingkungan

RM100,000. Sekiranya syarikat ingin memberikan perkhidmatan kepada agensi kerajaan

atau pihak swasta, peruntukan modal pusingan perlu ditambah kerana pusingan bayaran

bagi perkhidmatan yang diberikan biasanya mengambil masa satu (1) hingga empat (4)

bulan.

Sekiranya pengusaha berjaya mendapatkan tender, sebelum boleh memulakan kerja

pembersihan, beberapa urusan berkaitan dengan ikatan kontrak perlu diselesaikan atas

kehendak pelanggan (Kerajaan). Di antara kehendak lazim ialah pembelian polisi

insurans kerja dan bon pelaksanaan. Ini membabitkan penggunaan modal kerja. Premium

ke atas jaminan insurans juga perlu dibayar untuk kerja di sektor Kerajaan yang

memperuntukkan kemudahan wang pendahuluan kepada kontraktor.

SUMBER KEWANGAN

Page 16: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 12

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sumber pembiayaan yang mempunyai

kebaikan dan kelemahan masing-masing. Pembiayaan untuk memulakan perniagaan

boleh didapati daripada beberapa sumber seperti:

� Sumber persendirian sama ada daripada wang simpanan atau ahli keluarga.

� Bank-bank tempatan atau syarikat kewangan berlesen yang menyediakan

kemudahan pinjaman dan overdraf.

� Perjanjian sewa beli peralatan dengan berhutang kepada syarikat kewangan.

Kebiasaannya selama tiga (3) hingga lima (5) tahun dan bayaran muka

sebanyak 10 peratus hingga 25 peratus.

� Skim bantuan perniagaan dari institusi badan berkanun untuk pengusaha-

pengusaha baru antaranya MARA dan Yayasan Tekun Nasional

KOS OPERASI

Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi

perniagaan syarikat. Contohnya bayaran pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan,

tol dan sebagainya), peralatan dan bahan pembersihan dan bayaran upahan (pekerja).

Dalam melaksanakan perniagaan khidmat pembersihan bangunan kos operasi yang

diperlukan agak tinggi bergantung pada saiz kerja yang dilakukan. Tinjauan

menunjukkan kos operasi bagi syarikat kecil ialah kurang RM4,000 sebulan bagi cucian

dalam bangunan dan melebihi RM4,000 bagi cucian luar bangunan.

HASIL JUALAN

Hasil Jualan

Hasil jualan untuk perniagaan idatang dari dua (2) sumber iaitu hasil jualan perniagaan

utama dan hasil daripada jualan perniagaan sampingan.

ANALISIS KEWANGAN

Pengetahuan asas berhubung dengan analisis kewangan amat penting kepada bakal-bakal

pengusaha kerana pengetahuan asas ini dapat membantu pengusaha dalam menilai

kedudukan semasa syarikat, menentukan kelemahan serta kekuatan sesebuah syarikat.

Page 17: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 13

Untuk keberkesanan, pengusaha harus memahami penyata-penyata kewangan asas seperti

kunci kira-kira dan penyata pendapatan.

Titik Pulang Modal

Titik Pulang Modal (TPM) merujuk kepada jumlah jualan yang diperlukan untuk

mendapat kembali modal yang dilaburkan. TPM boleh dikira mengikut hari atau bulan

sekiranya jualan agak konsisten. Pengusaha harus tahu dalam mengunjur titik pulang

modal dalam mengatur strategi perniagaan.

Perancangan keuntungan bukanlah suatu yang mudah dilakukan kerana perancangan

tingkat yang salah boleh melibatkan kerugian. Jika kerugian kecil tetapi berterusan

dialami oleh sesebuah syarikat, tempoh kewujudannya juga berkemungkinan besar akan

singkat. Sebaliknya keuntungan yang sebagaimana kecil pun, secara teorinya mampu

meneruskan hayat perniagaan. Menyedari betapa pentingnya merancang keuntungan

sebelum keputusan dibuat menyebabkan berbagai-bagai teori dibentuk bagi membantu

keuntungan dicapai di berbagai peringkat tingkat pengeluaran.

Teknik analisa titik pulangan modal merupakan satu teknik yang amat berguna untuk

menganalisa tingkat keupayaan atau jualan di mana hasil jualan berupaya melindungi kos

operasi. Titik di bawah TPM adalah peringkat kerugian dialami dan titik di atas TPM

adalah peringkat keuntungan dicapai. Teknik pulangan modal boleh ditentukan secara

keseluruhan, atau jabatan operasi tertentu atau keluaran tertentu dan penilaian teknik ini

perlu mengambil kira keupayaan tersedia, keanjalan permintaan, dan faktor luar dan

dalam yang bersangkutan.

8 PENDAFTARAN SEBAGAI KONTRAKTOR

PENDAFTARAN DENGAN KERAJAAN DAN AGENSI KERAJAAN

� Pendaftaran Perniagaan Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Page 18: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 14

� Pendaftaran Perniagaan Dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

� Pendaftaran Di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

� Pendaftaran Perniagaan Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB)

PENDAFTARAN DENGAN SYARIKAT SWASTA

Sesetengah syarikat swasta memerlukan syarikat pembekal berdaftar dengan mereka.

Sesetengah pula hanya ingin berurusan dengan syarikat yang berdaftar dengan MOF.

Pengusaha perlu tahu syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat swasta yang mereka

ingin memberi perkhidmatan.

9 PENGURUSAN RISIKO

JENIS-JENIS RISIKO

Setiap perniagaan akan berhadapan dengan risiko. Risiko yang dihadapi kadangkala

begitu tinggi dan kadangkala rendah. Ianya bergantung dalam apa bidang yang kita

ceburi. Begitu juga dengan perniagaan khidmat pembersihan bangunan.

Setiap pengusaha atau bakal pengusaha perniagaan akan berhadapan dengan pelbagai

masalah dan cabaran semasa atau ketika memulakan perniagaan. Sebelum memulakan

sesuatu perniagaan itu, seseorang perlu mengetahui jenis risiko dan membuat strategi

pengurusan risiko yang terancang agar tidak mengalami kerugian di masa akan datang.

Seseorang usahawan perlu merancang dan bersedia awal agar sebarang perubahan di

dalam ekonomi, pasaran dan perniagaan yang dijalankan boleh diatasi.

Dalam khidmat pembersihan bangunan, terdapat banyak risiko yang perlu difikirkan dan

seseorang pengusaha perlu bijak mengurus risiko bagi memastikan perniagaan terus kekal

dan setanding dengan syarikat pesaing lain. Jenis-jenis risiko yang bakal dihadapi oleh

bakal pengusaha adalah kemalangan, kerosakan harta benda, penggunaan bahan kimia

berbahaya dan risiko kewangan.

MENGURUS RISIKO

Page 19: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 15

Terdapat berbagai cara untuk mengurus risiko seperti pengambilan insurans dan strategi

pengurusan.

LANGKAH KESELAMATAN

Langkah-langkah bagi menguruskan risiko antaranya ialah:

� Membuat persediaan dan perancangan yang teliti dari semua sudut dalam

perniagaan.

� Memberi kursus dan latihan kepada pekerja mengenai penyelesaian dan

penekanan kepada aspek keselamatan.

� Membuat sistem rekod yang berkesan seperti rekod keselamatan, rekod

kewangan yang terperinci dan tersusun.

� Sentiasa berbincang dengan pekerja tentang sebarang permasalahan atau

cadangan yang ingin dikemukakan.

10 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarang penyebab utama menyumbang

kepada kelangsungan (continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuah perniagaan.

Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkan kepada dua kategori utama iaitu faktor yang

berkait dengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitan dengan ciri-ciri perniagaan

itu sendiri.

CIRI USAHAWAN

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku atau keperibadian seseorang semasa

mengurus sesebuah perniagaan. Komponen utama dalam ciri-ciri keusahawanan adalah

seperti sikap dan tingkah laku, kemahiran dan pengetahuan.

CIRI-CIRI PERNIAGAAN

Faktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri. Setiap perniagaan pada

dasarnya adalah berbeza dari segi sifat dan ciri-cirinya. Ciri-ciri dominan bagi sebuah

perniagaan yang berjaya dipecahkan kepada empat kategori utama iatu perkhidmatan,

premis, tenaga kerja dan imej perniagaan.

Page 20: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN

PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________________________

BUDIMAN RESEARCH & TRAINING SDN BHD 16

FAKTOR DAYA SAING DAN DAYA TAHAN

Dalam menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa, pengusaha perlu

memastikan perniagaan dan keupayaan diri lebih berdaya saing dan mempunyai daya

tahan yang kuat dalam memastikan perniagaan yang diusahakan terus kekal di pasaran

dan berkembang maju. Faktor daya saing dan daya tahan juga haruslah dilihat dalam dua

sudut, iaitu perniagaan dan usahawan.

Perniagaan

Antara faktor-faktor yang boleh membantu perniagaan berdaya maju adalah:

� Memberi pakej perkhidmatan yang menarik kepada pelanggan

� Menjaga kualiti perkhidmatan agar sentiasa terbaik kepada pelanggan.

� Pengambilan pekerja yang berpengalaman dan memberi latihan yang cukup

kepada pekerja

� Mempunyai imej perniagaan tersendiri yang membezakan perniagaan dengan

pesaing yang lain.

� Mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi.

Usahawan

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan maju, setiap usahawan perlulah

mempunyai sifat-sifat berikut, antaranya:

� Personaliti Yang Baik

� Keupayaan Membentuk Hubungan Kerja

� Keupayaan Membuat Keputusan

� Kesihatan

� Tahap Kepakaran

Page 21: Khidmat Pembersihan Bangunan - · PDF fileAntara kerja-kerja pembersihan bahagian dalam bangunan ialah: Mengemas Pejabat Memelihara Kebersihan Tandas. Pemeliharaan Lantai Bahagian

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI (MECD)

Lot 2G6, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya Malaysia.

Tel : 603 - 8880 5000

Fax : 603 - 8880 5106

Http://www.mecd.gov.my