bincangkan isi kandungan perjanjian hudaibiyah dan terangkan kesannya terhadap perkembangan syiar...

22
Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam. Pendahuluan : o Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah. o Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah. Isi : Kandungan Perjanjian Hudaibiyah : Genjatan Senjata 10 Tahun : o Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan. Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik : o Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada

Upload: norlaily-kakly

Post on 01-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam.Pendahuluan :

o Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang

Hudaibiyah.

o Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh

Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang

Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6

Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah.Isi  :Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :Genjatan Senjata 10 Tahun :

o Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa

melibatkan sebarang peperangan selama 10

tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak

boleh bermusuhan.

Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :

o Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy

yang menganuti agama Islam tanpa izin

walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya

hendaklah dikembalikan kepada

kaum keluarganya atau kembali kepada agama

asalnya.

Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :

Page 2: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

o Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan

semula andainya terdapat di kalangan umat

Islam yang memihak kepada golongan

Musyrikin atau menganut agama lain.

Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :

o Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada

hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah

atau pihak Islam.

Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :

o Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi

itu ditangguhkan ke tahun  hadapannya dengan

syarat tidak membawa senjata dan hanya

dibenarkan tinggal  di Makkah tidak lebih

daripada tiga hari.

 Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :Peluang Menunaikan Ibadat Haji :

o Orang Islam berpeluang bagi menunaikan

ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian

ini telah memberi kebebasan kepada orang

Islam untuk memasuki kota Makkah dan

melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila

masa.

Dakwah Islam Semakin Tersebar :

o Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka

program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok

Page 3: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Semenanjung Tanah Arab secara aman dan

umat Islam semakin bertambah..

Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy :

o Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy

seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan

Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada

orang-orang rab Quraisy yang lain.

Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi :

o Melambangkan ketokohan unggul Nabi

Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat

dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah

merupakan pemimpin yang mempunyai

wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.

Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh :

o Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab

Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Kesimpulan :

Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

Page 4: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Huraikan sebab-sebab termeterainya perjanjian Hudaibiyah dan implikasinya terhadap perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab.

A. Pengenalan : (3m)

1. Perjanjian damai yang pertama dimeterai antara kaum Quraisy Makkah dengan umat Islam Madinah.

2. Berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (627 Masihi) – di sebuah kampung bernama Hudaibiyah,

3. Ditandatangani oleh Nabi Muhammad s.a.w bagi pihak umat Islam dan Suhail bin Amru mewakili musyrikin Quraisy.

4. Dalam jangka panjang, perjanjian ini memberi impak positif terhadap perkembangan Islam di seluruh Semenanjung Tanah Arab

(B) Isi-isi : (21 markah)

Page 5: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Sebab-sebab: (3x3m=9m)

1. Keinginan umat Islam untuk menziarahi Makkah dan menunaikan Umrah:

Umat Islam telah berhijrah ke Madinah selama 6 tahun . Mereka rindukan kampung halaman.

Kaabah telah dijadikan kiblat baru bagi umat Islam, menggantikan kiblat yang lama – Masjidil al-Aqsa (di Baitul Maqdis).

Nabi Muhammad s.a.w telah bermimpi melakukan tawaf di Kaabah. Ini menambahkan tekad umat Islam untuk mengerjakannya.

2. Halangan dan ancaman daripada Musyrikin Quraisy:

Rombongan umat Islam (1500 orang) cuba dihalang memasuki kota Makkah oleh 200 tentera berkuda pimpinan Khalid bin al-Walid.

Page 6: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Umat Islam melencong ke jalan lain untuk elakkan pertumpahan darah. Berhenti di Hudaibiyah .

3. Tindakan menghalau umat Islam secara diplomasi:

Musyrikin Quraisy berkeras menghalang kedatangan umat Islam. Mereka bimbang maruah dan kewibawaan sebagai penguasa di kota Makkah tercabar.

Menghantar utusan-utusan sebanyak 4 kali untuk menghalau umat Islam secara diplomasi.

Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar Sayidina Uthman bin Affan ke Makkah menemui pemimpin-pemimpin Quraisy untuk menjelaskan sebab kedatangan kaum Muslimin.

4. Bai ‘ah al-Ridwan:

Tercetus khabar angin mengatakan Sayidina Uthman telah ditangkap dan dibunuh.

Page 7: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Umat Islam mengadakan ikatan sumpah setia . Dikenali sebagai “Bai’ ah al-Ridwan’ untuk menebus maruah umat Islam yang datang secara aman dan tujuan yang suci.

Peristiwa ini menggemparkan Quraisy - Uthman dibebaskan.

Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan rundingan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Implikasi terhadap perkembangan Islam :(4x3m=12m)

1. Negara Islam Madinah diiktiraf:

Persetujuan musyrikin Quraisy mengikat perjanjian damai bermakna mereka mengiktiraf kedudukan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Negara Islam Madinah.

Ia juga bererti mereka terpaksa mengiktiraf kewujudan Negara Islam Madinah kerana perundingan politik hanya

Page 8: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

akan berlaku antara dua negara yang setaraf.

2. Umat Islam bebas berdakwah:

Gencatan senjata selama 10 tahun memberi peluang kepada umat Islam menyebarkan Islam dengan bebas dan meluas tanpa takut ancaman Quraisy dan sekutu-sekutu mereka.

Utusan dakwah dihantar ke Ghassan, Habsyah, Bahrain, Mesir, Parsi dan Oman.

3. Pengislaman pahlawan-pahlawan Quraisy:

Perjanjian ini memberi kesempatan kepada umat Islam dan Quraisy berhubungan dengan lebih bebas.

Ramai tokoh ternama Quraisy mendapat hidayah dan memeluk Islam – contohnya Khalid al-Walid, Amru al-As dan Uthman bin Talhah.

Page 9: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Memantapkan lagi kekuatan tentera Islam dalam misi jihad dan dakwah ke seluruh Jazirah Arab.

4. Pertambahan bilangan umat Islam:

Kebebasan kepada kabilah Arab untuk menyebelahi mana-mana pihak menyebabkan banyak kabilah menyatakan sokongan secara terang-terangan kepada umat Islam.

Sebelum ini mereka takutkan ancaman Quraisy. Contohnya – Bani Khuzaah dan suku Daus dari Yaman.

Sebelum hijrah ke Yathrib, umat Islam dianggarkan sekitar 1500 orang sahaja. Jumlah ini meningkat kepada 10 000 orang ketika berlakunya pembukaan kota Makkah.

5. Kebebasan menunaikan ibadah haji:

Pada tahun-tahun berikutnya, umat Islam mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan menunaikan ibadat di Makkah.

Page 10: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Ramai penduduk Makkah yang tertarik hati melihat cara mereka beribadat dengan penuh disiplin dan mempamerkan akhlak mulia.

Kesannya semakin ramai penduduk Makkah menganut Islam .

6. Penyebaran Islam di kota Makkah:

Mengikut syarat perjanjian, orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran walinya mesti dipulangkan semula ke Makkah.

Tetapi, kekuatan akidah Islam yang tertanam dalam jiwa mereka dapat memberi kekuatan untuk mereka bertahan dan menyebarkan Islam secara sulit di Makkah.

Ini memberi kelebihan kepada umat Islam untuk meneruskan dakwah di sana.

7. Merintis penaklukan kota Makkah:

Kota Makkah berjaya dikuasai oleh umat Islam pada tahun 630 Masihi.

Page 11: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Berlaku kerana sekutu Quraisy (Bani Bakar) telah memerangi sekutu Islam (Bani Khuzaah). Bermakna gencatan senjata 10 tahun telah dicabul.

Nabi Muhammad memimpin 10 000 umat Islam memasuki kota Makkah dan berjaya menguasainya.

Makkah dibersihkan daripada unsur-unsur jahiliah dan menjadi kota suci umat Islam sedunia.

Kesimpulan: (1m)

Perjanjian ini meninggalkan impak besar kepada perkembangan dan pengukuhan agama Islam di seluruh Semenanjung Arab.

Menggambarkan kebijaksanaan siasah Nabi Muhammad s.a.w dalam misi dakwah baginda.

Kejayaan terbesar dilihat apabila pencabulan gencatan senjata menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun ke-8 Hijrah.

Page 12: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah dan Kesannya Terhadap

Perkembangan Syiar Islam.o Peristiwa Hudaibiyah atau latar belakang Hudaibiyah.

o Perjanjian Hudaibiyah telah ditandatangani oleh Nabi Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Musyrikin Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah) di satu tempat bernama Hudaibiyah.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah :

Genjatan Senjata 10 Tahun :o Mereka bersetuju untuk berdamai tanpa melibatkan sebarang peperangan selama 10 tahun.Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh bermusuhan.

Musyrikin Makkah Menganut Islam Mesti Dihantar Balik :o Sesiapa di antara orang Musyrikin Quraisy yang menganuti agama Islam tanpa izin walinya iaitu ibu bapa atau penjaganya hendaklah dikembalikan kepada kaum keluarganya atau kembali kepada agama asalnya.

Orang Islam Memihak Kepada Musyrikin Tidak Perlu Dihantar Balik :o Pihak Musyrikin tidak perlu mengembalikan semula andainya terdapat di kalangan umat Islam yang memihak kepada golongan Musyrikin atau menganut agama lain.

Suku/Kabilah Arab Bebas Meyokong Islam Atau Musyrikin :o Setiap orang tahu kabilah bebas sama ada hendak menyokong kaum Musyrikin Makkah atau pihak Islam.

Ibadat Umrah Boleh Dilakukan Tahun Berikutnya :o Umrah bagi umat islam pada tahun 628 Masihi itu ditangguhkan ke tahun hadapannya dengan syarat tidak membawa senjata dan hanya dibenarkan tinggal di Makkah tidak lebih daripada tiga hari.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah :

Peluang Menunaikan Ibadat Haji :o Orang Islam berpeluang bagi menunaikan ibadat Haji pada tahun 629 Masihi. Perjanjian ini telah memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki kota Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah pada bila-bila masa.

Dakwah Islam Semakin Tersebar :

Page 13: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

o Nabi Muhammad s.a.w dapat merangka program dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah Arab secara aman dan umat Islam semakin bertambah..

Pengislaman Tokoh-Tokoh Penting Quraisy :o Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid al Walid, Amr bin Al-As dan Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang-orang rab Quraisy yang lain.

Ketokohan/Kebijaksanaan Nabi :o Melambangkan ketokohan unggul Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang amat dikagumi. Baginda bukan sahaja bijak malah merupakan pemimpin yang mempunyai wawasan dan berfikir 10 langkah ke hadapan.

Negara Islam Madinah Diiktiraf Dan Makin Kukuh :o Perjanjian ini menunjukkan orang-orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Kesimpulan :

Perjanjian Hudaibiyah telah dicabul selepas dua tahun perjanjian ini

ditandatangani. Angkatan tentera Rasulullah menuju ke Makkah dan

berjaya menguasai Makkah semula tanpa pertempuran yang besar.

Page 14: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Perjanjian HudaibiyahBagaimanakah syarat-syarat Persetujuan Hudaibiyah memberikan

kemenangan

kepada umat Islam dan kaitannya kepada peristiwa pembukaan Kota Mekah.

Pendahuluan (4 markah)

a. Perjanjian Hudaibiyah (PH) merupakan perjanjian damai antara Islam

(diwakili Rasulullah s.a.w.) dan Quraisy Mekah (diwakili Suhail b. Amru) pada

Zulkaedah 6H atau Mac 628M di perkampungan Hudaibiyah ( di pinggir kota

Mekah).

b. Peristiwa-peristiwa ke arah perjanjian:

Keinginan Rasulullah saw dan kira-kira 1500 orang pengikut untuk

melaksanakan ibadat haji dan menziarahi kaum keluarga di Mekah.

Salah anggap Quraisy dan tindakan cuba menghalang kedatangan umat Islam

dengan menghantar tentera pimpinan Khalid al-Walid – Rasulullah

menggunakan laluan lain.

 

Isi-isi Jawapan

1.Kandungan Perjanjian (3 markah)

i. Gencatan senjata selama 10 tahun.

ii. Kebebasan menjalin hubungan dengan pihak lain.

iii. Tidak boleh menceroboh atau mengkhianati herta benda di antara satu

dengan lain.

Page 15: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

iv. Golongan Quraisy yang masuk Islam dan berpindah ke Madinah tanpa izin

walinya hendaklah dikembalikan ke Mekah.

v. Pengikut nabi yang berpaling tadah kepada Quraisy tanpa izin walinya tidak

perlu dikembalikan ke Madinah

vi. Umat Islam tidak dibenarkan menunaikan ibadat haji pada tahun tersebut

tetapi dibenarkan pada tahun berikutnya dengan syarat melaksanakan ibadat

haji tidak lebih 3 hari, memasuki Mekah tanpa senjata terhunus dan memasuki

Mekah setelah Quraisy keluar dari kota tersebut.

2.Kemenangan-Kemenangan Yang Pihak Islam Perolehi. ( 4 isi x 3m= 12

markah )

a. Kemenangan Jaminan Allah: - Firman Allah dalam Surah al-Fath :

“Sesungguhhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,

supaya Allah memberi keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu

dan yang akan dating serta menyempurnakan nikmatnya atasmu dan

memimpin kamu kepada jalan yang lurus” (Ayat 1-2). Wahyu di atas Rasulullah

saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah setelah

selesainya PH dipersetujui dan ketika umat Islam merasa gelisah dengan

tindakan Rasulullah saw mempersetujui kandungan PH yang dikemukakan

oleh Quraisy kerana pada pandangan umat Islam PH seolah-olah memberi

kemenangan kepada Quraisy.

b. Kemenangan dari sudut pengikhtirafan iaitu Quraisy mulai mengakui

kewujudan ugama Islam, mengikhtiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul

dan mengakui kewujudan Negara Islam – sebelumnya Quraisy tidak

mengikhtiraf kewujudan Islam dan kerasulan baginda . Ini menjatuhkan

kedudukan dan maruah Quraisy.

Page 16: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

c. Kemenangan dari aspek penyebaran Islam. Gencatan senjata selama 10

tahun membolehkan Rasulullah s.a.w. mengadakan hubungan diplomatic

dengan kabilah-kabilah / kerajaan luar dan menyampaikan Islam kepada

mereka. Utusan-utusan diplomatik dihantar ke seluruh Tanah Arab,Kerajaan

Byzantine dan Yaman. Hasilnya

d. Gencatan senjata juga telah mengujudkan keamanan dan ia memberi

kesempatan kepada Rasulullah saw untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan

dan mengatasi masalah yang timbul.

e. Kemenangan dari aspek pengguguran syarat perjanjian: Tindakan

mengembalikan semula umat Islam ke Mekah kerana pengislaman mereka

tidak mendapat izin walinya juga menguntungkan Islam kerana jika mereka

telah menjadi Islam sejati mereka dapat menyebarkan Islam di Mekah dan

boleh menjadi pengintip terhadap sebarang perancangan Quraisy untuk

menghancurkan Islam. Syarat ini akhirnya digugurkan apabila Quraisy

mendapati ia merugikan Quraisy, terutama apabila Abu Basyar yang

diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya kembali ke Mekah (untuk

mematuhi perjanjian) telah bertindak menubuhkan pasukan kecil untuk

mengganggu perjalanan kafilah-kafilah Quraisy yang berulang-alik antara

Mekah dan Syam. Akibatnya ekonomi Mekah mengalami kemerosotan dan

akhirnya Quraisy sendiri yang meminta syarat ini digugurkan.

f. Membersihkan musuh dalaman: syarat yang mengkehendaki agar orang-

orang Islam yang berpaling tadah kepada pihak Quraisy supaya tidak

dikembalikan ke Madinah juga menguntungkan Islam kerana ia sekaligus

dapat membersihkan ‘musuh dalam selimut’.

Page 17: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

g. Kemenangan mendapat kebenaran menunaikan ibadat haji: Pada tahun

berikutnya umat Islam telah dibenarkan menunaikan ibadat haji di Baitullah.

Kebenaran ini amat besar ertinya setelah tujuh tehun mereka tidak

melaksanakannya. Sewaktu mereka melaksanakan ibadat tersebut, tingkah

laku mereka sentiasa dicuri pandang oleh Quraisy yang semakin berbelah bagi

terhadap kepercayaan tradisi mereka dan akhirnya telah mendorong semakin

ramai orang Mekah tertarik kepada Islam termasuk pemimpin Quraisy sendiri

yang sebelumnya begitu kuat menentang Islam seperti Khalid al-Walid.

berlaku pertambahan jumlah umat Islam dalam tempoh dua tahun iaitu dari

1500 kepada 10000 orang. Ramai pemimpin Quraisy juga mula menerima

Islam. Antaranya ialah Khalid al-Walid. Akibatnya pengaruh dan pengikut

Quraisy mulai merosot.

3.Kaitan Sahifah Madinah dengan peristiwa Pembukaan Mekah (4 markah)

a. Sahifah Madinah menetapkan bahawa baik di pihak Islam mahupun Quraisy

tidak boleh menceroboh atau mengkhianati harta benda di antara satu dengan

lain. Setelah dua tahun persetujuan Hudaibiyah dimenterai, pihak Quraisy

mendapati syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh wakil mereka ternyata

merugikan pihak mereka.

b. Pada 8H pihak Quraisy secara sengaja telah melanggar perjanjian PH

dengan membantu sekutunya iaitu Bani Bakar untuk menyerang sekutu Islam

iaitu Bani Khuzaah. Quraisy sengaja melakukan tindakan tersebut setelah

menyedari segala kandungan perjanjian yang mereka tetapkan sebenarnya

lebih menguntungkan Islam. Tindakan Quraisy itu menyebabkan Rasulullah

s.a.w. berserta kira-kira 10000 orang umat Islam bergerak ke Mekah dan

akhirnya berjaya menawan kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Page 18: Bincangkan Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah Dan Terangkan Kesannya Terhadap Perkembangan Syiar Islam

Kesimpulan (1markah)

-

Perjanjian Hudaibiyah merintis kea rah pembukaan Mekah pada 8H

-

PH membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. berpandangan jauh.

-

Tentangan dan pengaruh Quraisy lenyap setelah Mekah ditakluki Islam.

Peristiwa Bai’ah ar-Ridwan