bincangkan kebaikan dan keburukan menuntut di luar negara

3
Bincangkan kebaikan dan keburukan menuntut di luar negara. Pembangunan sesebuah negara menuntut rakyatnya meraih ilmu setinggi mungkin. Menyedari akan hal ini, pusat pengajian tinggi didirikan. Namun begitu, jumlah tempat yang ditawarkan di universiti tempatan masih tidak dapat menampung pelajar yang layak. Bagi mengatasi masalah ini, ribuan penuntut dihantar belajar belajar ke luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, dan India. Namun, penghantaran para pelajar ke seberang laut memberi implikasi dari pelbagai aspek, sama ada positif atau negatif. Dari sudut positif, seseorang yang belajar di luar negara itu akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan diperoleh daripada pembelajaran mereka, manakala pengalaman berdasarkan apa yang dirasai, dilihat, dan dilalui. Pembangunan di negara tempat mereka belajar boleh dijadikan model apabila pulang ke Malaysia kelak. Hal ini ditambah dengan percampuran dengan rakyat di negara berkenaan. Kelab politik dan kebudayaan ditubuhkan bagi mempertahankan nilai masyarakat Malaysiadalam jiwa pelajar. Menerusi badan yang ada, seperti Persekutuan Pelajar Malaysia Amerika (PEMAU), ciri-ciri kebudayaan Malaysia dapat diperkenalkan. Rakyat negara luar memang suka akan keunikan budaya Malaysia. Menerusi aktiviti yang dianjurkan,

Upload: niraindera-shanmugam

Post on 30-Nov-2015

5.393 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

jbjbjbj

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Kebaikan Dan Keburukan Menuntut Di Luar Negara

Bincangkan kebaikan dan keburukan menuntut di luar

negara.

Pembangunan sesebuah negara menuntut rakyatnya meraih

ilmu setinggi mungkin. Menyedari akan hal ini, pusat pengajian tinggi

didirikan. Namun begitu, jumlah tempat yang ditawarkan di universiti

tempatan masih tidak dapat menampung pelajar yang layak. Bagi

mengatasi masalah ini, ribuan penuntut dihantar belajar belajar ke luar

negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, dan

India.

Namun, penghantaran para pelajar ke seberang laut memberi

implikasi dari pelbagai aspek, sama ada positif atau negatif. Dari sudut

positif, seseorang yang belajar di luar negara itu akan memperoleh

pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan diperoleh daripada

pembelajaran mereka, manakala pengalaman berdasarkan apa yang

dirasai, dilihat, dan dilalui. Pembangunan di negara tempat mereka

belajar boleh dijadikan model apabila pulang ke Malaysia kelak. Hal ini

ditambah dengan percampuran dengan rakyat di negara berkenaan.

Kelab politik dan kebudayaan ditubuhkan bagi mempertahankan

nilai masyarakat Malaysiadalam jiwa pelajar. Menerusi badan yang

ada, seperti Persekutuan Pelajar Malaysia Amerika (PEMAU), ciri-ciri

kebudayaan Malaysia dapat diperkenalkan. Rakyat negara luar

memang suka akan keunikan budaya Malaysia. Menerusi aktiviti yang

dianjurkan, rakyat asing dapat mengenali Malaysia dan seterusnya

menarik minat mereka untuk melancong ke negara kita. Tanpa modal

yang besar, kita sudah menjanjikan pengaliran mata wang asing ke

Malaysia.

Kerajaan hanya akan menghantar para pelajar menuntut di

universiti yang diktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengiktirafan ini akan perlu bagi menjaminmutu pendidikan mengikut

Page 2: Bincangkan Kebaikan Dan Keburukan Menuntut Di Luar Negara

piawaian JPA. Apabila pulang ke tanah air kelak, para pelajar ini mudah

memperoleh pekerjaan.

Namun begitu, oleh kerana usia pelajar masih muda, unsur

negatif mudah meresap dalam jiwa mereka. Keadaan ini berlaku

apabila penuntut di United Kingdom dan Eire telah menggambarkan

keadaan yang buruk tentang politik Malaysia. Pelbagai kecaman

terhadap kerajaan dibuat menerusi kedutaan Malaysia di sana. Budi

kerajaan Malaysia menerusi badan pelajarnya, iaitu Persekutuan

Pelajar Malaysia (FUEMSCO) telah dilupakan. Sesetengah pelajar pula,

sesudah tamat pengajian bekerja di tempat mereka belajar. Jika

alasannya sekadar mencari wang dan pengalaman tidak mengapa,

tetapi pelajar sanggup menukar taraf kewarganegaraan, ini

merupakan satu tindakan yang amat dikesali.

Penggunaan bahasa Inggeris merupakan masalah besar kepada

para pelajar. Masalah ini timbul kerana bahasa tersebut menjadi

bahasa pengantar. Walaupun kursus persediaan sebelum ke seberang

laut telah dilalui, tetapi kebolehan yang dimiliki tidak setimpal dengan

keperluan semasa belajar. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada

para pelajar. Sesetengah peajar pula terpaksa mengulangi peperiksaan

beberapa kali.

Masalah kejutan budaya di kalangan pelajar memang sering

diutarakan. Di negara kita, media massa begitu berhati-hati dalam

menyiarkan sesuatu bahan, tetapi tidak di Barat. Masyarakat yang

lepas bebas, televisyen yang menyiarkan rancangan berunsur lucah,

dan kehidupan tanpa hukum menyebabkan para pelajar mudah

terpengaruh. Masalah bertambah buruk jika tiada kawalan daripada

bahan yang diamanahkan dan keluarga pula percaya seratus-peratus

kepada bahan tersebut. Gejala keruntuhan moral ini pula terbawa-

bawa apabila pelajar pulang ke tanah air.

Sebenarnya, tiada bezanya jika belajar dalam negara dengan

luar negara. Soal belajar di luar negara lebih meningkatkan status

tidak timbul. Terpulanglah kepada pelajar memilihnya. Kita akan

Page 3: Bincangkan Kebaikan Dan Keburukan Menuntut Di Luar Negara

memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran jika kita

belajar bersungguh-sungguh tanpa mengira dalam negara atau luar

negara kita belajar. Oleh itu, tanamkan tekad untuk tekun belajar agar

kita mencapai cita-cita yang kita idamkan.