bincangkan bentuk persaingan dan penglibatan amerika-soviet-china yang berlaku ketika perang korea...

4
Soalan 9: Bincangkan bentuk persaingan dan penglibatan Amerika- Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam. Pengenalan Selepas perang dunia kedua, AS dan Soviet masing-masing berusaha meluaskan pengaruh dan ideologi mereka bukan sahaja di Eropah malah sehingga ke Asia. Di Asia pula pada ketika itu, Parti Komunis Cina pimpinan Mao Zedong semakin kuat dalam struktur pemerintahan Cina. Pemerintahan komunis di China ini menjadi salah satu kekuatan Blok Timur dalam perang dingin. Hal ini menyebabkan AS cemas dengan keunggulan Mao dan parti komunisnya. Pada tahun 1949, Mao mengambil alih pemerintahan di China dan mengumumkan pemerintahan barunya mendukung Soviet. Perang Dingin berlaku di Asia melibatkan konflik di Korea dan Vietnam. Kedua-dua konflik bukanlah konflik domestic tetapi ianya ini merupakan satu rangkaian dalam perang dingin yang melibatkan kuasa luar khususnya Amerika Syarikat, Soviet dan China. Ketiga-tiga kuasa ini bersaing meluaskan ideologi mereka di Asia sehingga membawa kepada penglibatan mereka dalam Perang Korea dan Perang Vietnam. Persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea 1950-1953. 1.Pembahagian kawasan pengaruh -1910, Korea merupakan tanah jajahan Jepun. -1 Dec 1943, Deklarasi Kairo yang mana Stalin juga menyetujui dan telah mendeklarasikan korea sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Korea dijanjikan kemerdekaan dalam “due course” dan bukan “immediately”. - Namun, selepas jepun menyerah kalah pada 1945, Amerika dan Soviet masing- masing bersetuju membahagikan Semananjung Korea kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan garis lintang ke-38. -As dan Soviet masing-masing bersaing berusaha menempatkan diri mereka di Korea sehingga membawa kepada penglibatan dua kuasa ini dalam pemisahan Korea yang kekal hingga kini. 2. Perlantikan PM-tampuk pemerintahan -Dec 1945, Persidangan Menteri Luar di Moscow mencadang agar diwujudkan kerajaan demokratik sementara di Korea tetapi gagal. -Jan & Feb 1946, cadangan 2 kuasa Joint Commissin untuk menyatukan Korea juga gagal. -Ogos 1947, cadangan untuk mewujudkan satu “trusteeship” oleh 4 kuasa dunia juga gagal.

Upload: wilma-no-bias

Post on 16-May-2017

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Bentuk Persaingan Dan Penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam

Soalan 9: Bincangkan bentuk persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam.

Pengenalan

Selepas perang dunia kedua, AS dan Soviet masing-masing berusaha meluaskan pengaruh dan ideologi mereka bukan sahaja di Eropah malah sehingga ke Asia. Di Asia pula pada ketika itu, Parti Komunis Cina pimpinan Mao Zedong semakin kuat dalam struktur pemerintahan Cina. Pemerintahan komunis di China ini menjadi salah satu kekuatan Blok Timur dalam perang dingin. Hal ini menyebabkan AS cemas dengan keunggulan Mao dan parti komunisnya.

Pada tahun 1949, Mao mengambil alih pemerintahan di China dan mengumumkan pemerintahan barunya mendukung Soviet. Perang Dingin berlaku di Asia melibatkan konflik di Korea dan Vietnam. Kedua-dua konflik bukanlah konflik domestic tetapi ianya ini merupakan satu rangkaian dalam perang dingin yang melibatkan kuasa luar khususnya Amerika Syarikat, Soviet dan China. Ketiga-tiga kuasa ini bersaing meluaskan ideologi mereka di Asia sehingga membawa kepada penglibatan mereka dalam Perang Korea dan Perang Vietnam.

Persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea 1950-1953.

1.Pembahagian kawasan pengaruh

-1910, Korea merupakan tanah jajahan Jepun.

-1 Dec 1943, Deklarasi Kairo yang mana Stalin juga menyetujui dan telah mendeklarasikan korea sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka. Korea dijanjikan kemerdekaan dalam “due course” dan bukan “immediately”.

- Namun, selepas jepun menyerah kalah pada 1945, Amerika dan Soviet masing-masing bersetuju membahagikan Semananjung Korea kepada dua bahagian yang dipisahkan dengan garis lintang ke-38.

-As dan Soviet masing-masing bersaing berusaha menempatkan diri mereka di Korea sehingga membawa kepada penglibatan dua kuasa ini dalam pemisahan Korea yang kekal hingga kini.

2. Perlantikan PM-tampuk pemerintahan

-Dec 1945, Persidangan Menteri Luar di Moscow mencadang agar diwujudkan kerajaan demokratik sementara di Korea tetapi gagal.

-Jan & Feb 1946, cadangan 2 kuasa Joint Commissin untuk menyatukan Korea juga gagal.

-Ogos 1947, cadangan untuk mewujudkan satu “trusteeship” oleh 4 kuasa dunia juga gagal.

-Nov 1946, Soviet mengadakan pilihan raya di K.U. Hasilnya pentadbir dan pensubahat Jepun disingkirkan dan digantikan dengan Pesuruhanjaya Rakyat. Semua ini dikawal oleh Russian sebagai pengurusan tertinggi.

-S.K, liberalisasi AS agak lambat yang mana peg2 jepun masih berkuasa tetapi berada dibawah arahan General John R. Hodge.

-Jan 1945, US Military Government mengambil alih pentadbiran dan penduduk Korea juga terlibat dalam pentadbiran.

-Feb 1946, Majlis Penasihat diwujudkan.

-Nov 1946, diganti dengan Interim Legislative Assembly- ahlinya dipilih dari pilihanraya secara tidak langsung atau dilantik oleh general tentera – puak kiri m’vs dan dibawa ke Perhimpunan PBB- Rev 14 Nov 1947 mendesak agar ahli tidak dilantik oleh tentera.

Page 2: Bincangkan Bentuk Persaingan Dan Penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam

-Tinjaun dijalankan dan 10 Mei 1948, pilihanraya diadakan-wakil yg berjaya tubuhkan Kongres Republik Korea.

-Korea Utara dipimpin oleh Kim Il Sung dengan ideologi komunis dan Korea Selatan dipimpin oleh Syngman Rhee yang anti komunis. Perang urat syaraf antara kedua kubu tersebut belum reda hingga sekarang. Korea Utara secara rasmi membentuk Rakyat Demokratik Republik Korea Utara dan Republik Korea.

3. Bekalan ketenteraan

-1948, Ketenteraan K.U telah dibagunkan dengan kekuatan >150 ribu tentera berbanding 120 ribu, 1947

-Tentera ini terlatih & dilengkapi persenjatan Soviet. Sehingga 1948 ianya > ketenteraan K-S

-K.S, Truman melantik MacAthur sebagai komander Perang di Korea yang mengetuai pasukan tentera PBB.

-China turut terlibat dengan member bantuan ketenteraan kepada K.U.

-Faktor geopolitik merupakan faktor utama china menjadi sekutu Korea Utara yang mana kedudukannya secara fizikal adalah bersebelahan dengan sempadan China disamping menganuti ideologi yang sama iaitu komunisme.

-juga didorong untuk terlibat dalam Perang Korea kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan provokatif Amerika Syarikat ke atas Taiwan dan seterusnya menganggap kemaraan tentera Amerika di bawah bendera PBB sebagai berbahaya dan menghina.

4. Rundingan damai

-Penglibatan China secara lansung dlm perang Korea membimbangkan AS kerana kekuatan China pada ketika yang sgt besar.

-AS khuathir perang yg lebih besar akan meletus- bersetuju megadakan perundingan damai dan MacArthur dipecat.

-8 Julai 1951, Rundingan damai antara AS, China dan Korea Utara berlangsung di Kaesong.

-Rundungan damai yg berlangsung sehingga tahun 1953 hanya ditandatangani pada 11 April 1953 bagi menamantkan Perang Korea ini.

Persaingan dan penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Vietnam, 1946-1975

1.Pembahagian kawasan pengaruh

-Tanah jajahan China sejak 110 SM, abad ke-19-Perancis, PD2-Jepun

-Jepun kalah, Vietnam ditadbir oleh nasionalis Vietnam dan komunis Vietnam.

-Sept 1945, Ho Chi Minh istihar kerajaan baru dibawah pemerintahannya. Namun As dibawah P.Truman xmenghalang perancis menduduki semula Vietnam. Tentera bersekutu datang semula

-Ho Chi Mint mendapat bantuan China dan Soviet. Peancis tpksa berundur dan Vietnam dibahagikan kepada 2 dengan garis lintang 17 darjah utaa sebagai garris pemisah.

2. Pentadbian

- Presiden Eisenhowe menggunakan kuasa dan tentera AS untuk membantu penubuhan sebuah kerajaan bukan Komunis di V.S

Page 3: Bincangkan Bentuk Persaingan Dan Penglibatan Amerika-Soviet-China yang berlaku ketika Perang Korea dan Perang Vietnam

-China dan Soviet membantu V.U membentuk kerajaan komunis.

-V.U, Republik Demokratik Vietnam dibawah Viet Minh. V.S, G xkomunis dibawah maharaja Bao Dai yang kemudian digulingkan dan diwujudkan Republik Vietnam.

-V.U dikuasai Barisan Pembebasan V.S, Kesatuan Soviet dan China manakala Vietnam Selatan pula dikuasai oleh Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

3. Ketenteraan

-Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil.

-Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973.

-Presiden Truman meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan perancis untuk memungkinkan kemenangan Perancis mengatasi pemberontakan oleh Viet Minh. 

-Peperangan ini telah mengorbankan ramai penduduk awam dan tamat secara rasmi pada 30 April 1975 apabila V.S tewas.

Kesimpulan

-Perang Korea 1950-1953 dan perang Vietnam 1947-1975 merupakan perang dindin yang nyata di Asia. Ianya menglibatkan Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet dan kemudian campur tangan China. Bahagian Utara dan Selatan di Korea dan Vitenam masing-masing memiliki penyokong yang kuat.

-Penglibatan kuasa asing inilah yang merupakan dalang kepada tercetusnya konflik di Asia sehingga membawa kepada peperangan. Perang Dingin yang melanda di Asia adalah akibat persaingan dan peanglibatan kuasa-kuasa besar dunia ini dalam menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka.

-AS yang bimbang dengan perkembangan komunis di Asia mengambil langkah campur tangan dalam konflik dalaman negara di Asia selepas tamatnya PD2 demikian juga dengan Soviet yang tidak mahu AS menjadi kuasa tunggal dunia bertindak balas membantu negara-negara yang menentang AS dan sekutunya yang berpegang kepada ideologi liberalisme.

-China selepas PD2 muncul sebagai kuasa yang penting di Asia dan merupakan sekutu Soviet. Hal ini demikian kerana pegangan ideologi yang sama. Penglibatan China dalam perang korea dan perang Vietnam juga adalah disebabkan geopolitik.

Wilma, Rahma & Justinah