suhana binti semawi - unimas institutional repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. sewaktu...

24
PEMBENTUKAN DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT SUHANA BINTI SEMAWI Projek Tahun Akhir ini dihasilkan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Hubungan Antarabangsa) Dengan Kepujian FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2003

Upload: hatruc

Post on 12-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

PEMBENTUKAN DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT

SUHANA BINTI SEMAWI

Projek Tahun Akhir ini dihasilkan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Hubungan

Antarabangsa) Dengan Kepujian

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2003

Page 2: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

Pengakuan pelajar

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, petikan, huraian dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dinyatakan sumbernya.

Saya menyerahkan hakcipta ini kepada Fakulti Sains Sosial bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.

-1 /3/a 00S

_ýNdrý6 " Tarikh Serahan Suhana-Binti Semawi

Pengesahan Penyelia

Projek Tahun Akhir yang bertajuk Pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat telah diusahakan dan diserahkan oleh Suhana Binti Semawi (800627-13-5386) sebagai memenuhi syarat pengijazahan Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Hubungan Antarabangsa) Dengan Kepujian.

T4riko Serahan (AHMAD N-I2AR ýAAKUB)Penyelia Fakulti Sains SosialUniversiti Malaysia jarawak

Page 3: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih

Allhamdulilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan kuasaNya maka kajian ini dapat disempurnakan pada masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali jutaan terima kasih diucapkan khas buat En. Ahmad Nizar Yaakub selaku penyelia bagi Projek Tahun Akhir in'. Segala tunjuk ajar, bimbingan serta teguran yang membina yang telah diberikan oleh beliau telah membuahkan hasil dengan siapnya kajian ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk memben tunjuk ajar serta idea yang bernas dari awal sehingga terhasilnya kajian ini.

Setulus penghargaan kepada ibu, bapa serta keluarga yang telah memberi dorongan yang membina sepanjang menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali buat teman seperjuangan yang telah banyak memberikan sokongan moral dalam menyiapkan kajian ini serta rakan-rakan program Kajian Antarabangsa. Terima kasih untuk semua.

Suhana Binti Semawi Kampung Hulu Maludam 94850 Sebuyau Sawarak.

I

Page 4: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

ABSTRAK

Kajian berkenaan pembentukan dasar luar Amerika Syarikat ini

memfokuskan kepada pembuatan dasar luar yang meliputi konsep serta matlamat dasar luar, aktor-aktor dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Dalam membincangkan matlamat dasar luar Amerika Syarikat, kajian ini akan membincangkan matlamat jangka pendek, matlamat jangka

pertengahan dan matlamat jangka panjang. Namun begitu kajian ini akan melihat matlamat jangka panjang Amerika Syarikat yang lebih ke arah meluaskan pengaruh di persada antarabangsa. Di samping itu, kajian ini turut mengetengahkan peranan- peranan yang dimainkan oleh aktor-aktor penting yang terlibat secara langsung dalam proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Kongres, Presiden, Setiausaha Negara, pendapat umum, duta-duta, Parti Demokrat dan Parti Republikan, Jawatan Kuasa Penggubalan Dasar dan media massa. Faktor-faktor

yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat akan dibincangkan dalam konteks faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran. Faktor-faktor dalaman yang akan dibincangkan merangkumi aspek sejarah negara, geografi, agama dan budaya, ekonomi, kepimpinan serta pertahanan dan keselamatan. Manakala faktor-faktor luaran pula akan menyentuh mengenai geopolitik negara- negara luar dan sistem antarabangsa. Dengan ini ia dapat menunjukan bahawa

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat telah berjaya memenuhi kepentingan nasionalnya di peringkat antarabangsa.

it

Page 5: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

ABSTRACT

The study on the American foreign policy decision making focused on the concept, goal, actors and factors that influence it. In discussing the goal of American foreign policy, this study will also considered the meaning of short, medium and long term goals. With regards to long term goal of American foreign

policy, it will focus more on expanding its influence in the international arena. This study will also emphasis on the roles played by important actors such as Congress, President, State's Secretary, public opinion, diplomats, Democrat Parties

and Republican Parties, Legislate Committee of American foreign policy and mass media in formulating American foreign policy. The internal and external factors that influence the formulation of American foreign policy will also discussed. Among the internal factors that will be considered on state history, geography, religion and culture, leadership, economy, safety and defense. Meanwhile, the external factors involved on countries geopolitics and international system. Considering the above factors it showed that the formulation of American foreign

policy has succeeded in protecting and ensuring its national interests in the international arena.

III

Page 6: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK II

ABSTRACT 111

SENARAI RAJAH VII

Bab 1 Pengenalan

1.1 Latar belakang 1

1.2 Struktur kajian 4

1.3 Kenyataan Masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Kepentingan kajian 7

1.6 Metodologi kajian 7

1.7 Definisi konsep 8

1.8 Kajian lepas 9

BAB 2 Konsep Dasar Luar

2.1 Matlamat Dasar Luar darf persektif Amerika Syarikat 14

2.2 Model-model pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat 18

2.3 Pembentukan Dasar Luar Amerika Syarikat 24

BAB 3 Aktor- aktor dalam pembentukan Dasar Luar Amerika

3.1 Presiden 28

3.2 Setiausaha Negara 31

IV

Page 7: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

3.3 Kongres 33

3.4 Jawatankuasa Penggubalan Dasar Luar 36

3.5 Pendapat Umum 37

3.6 Media Massa 38

3.7 Duta-duta 41

3.8 Parti Demokrat dan Republikan 43

BAB 4 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Dasar Luar Amerika

4.1 Faktor-faktor dalaman 46

4.1.1 Sejarah negara 46

4.1.2 Geografi 49

4.1.3 Agama dan budaya 50

4.1.4 Kepimpinan 52

4.1.5 Kepentingan ekonomi 54

4.1.6 Pertahanan dan keselamatan 56

4.2 Faktor-faktor luaran 60

4.2.1 Geopolitik negara-negara luar 60

4.2.1.1 Jepun 60

4.2.1.2 Rusia 62

4.2.1.3 China 64

4.2.1 Sistem Antarabangsa- Pertubuhan atau Organisasi Antarabangsa 69

4.2.2.1 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 69

4.2.2.2 Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) 71

4.2.2.3 Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) 74

V

Page 8: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

4.2.2.4 Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

BAB 5 Kesimpulan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

75

78

VI

Page 9: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

SENARAI RAJAH

Model `Rational Actor'

Model `Inkremental'

Model `Human Behaviour'

Model `Organizational Behaviour'

MUKA SURAT

19

21

22

24

VII

Page 10: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

BAB I PENGENALAN

Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian iaitu berkisarkan sejarah

dasar luar Amerika Syarikat. Seterusnya kajian ini akan menerangkan tentang

struktur kajian, kenyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi

kajian, definisi konsep dan kajian lepas.

1.1 LATAR BELAKANG

Dasar luar' Amerika Syarikat bermula sejak Presiden pertama Amerika

Syarikat, George Washington' menerajui pentadbiran pada tahun 1789.

Berdasarkan sejarah, dasar luar Amerika Syarikat dikatakan mengikut haluan isolasi

atau dasar pemencilan. Ken_yataan mengenai dasar im di petik oleh American

Daily Advertiser:

".......... Presiden pertama Amerika Syarikat pernah menyatakan pandangannya tentang dasar luar Amerika Syarikat dan lebih kepada dasar isolasi. Isolasi adalah dasar luar Amerika Syarikat yang tidak menekankan aspek ketenteraan. Presiden George Washington menekankan tentang kepentingan nasional Amerika Syarikat dan menganjurkan hubungan bersama dengan semua bangsa tetapi hubungan itu mestilah mempunyai aspek kesamarataan dan saksama"3 (4merican Daily A(Ivertiser, 19 September 17965).

Menurut Frankel (1987), Amerika Syarikat hanya mempunyai satu sahaja

kepentingan luar untuk mengelak serangan yang terpaksa dilakukan dari F. ropah.

Di sini mereka bergantung kepada Britain untuk mengekalkan keseimbangan kuasa

Dasar luar adalah alat atau instnumen yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berinteraksi dengan sesebuah negara lain, baik yang berjiran dengannya atau berada jauh darinya. 2 Presiden George Washington adalah Presiden pertarna Amerika Syarikat yang memerintah sekitar tahun 1789-1793_ a Dipetik daripada kenyataan Presiden pertama Amerika Syarikat George Washington dalam America Daily Advertiser pada 19 September 1796.

I

Page 11: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

dan untuk mencegah kebangkitan sebuah negara imperialis yang membahaya di

Eropah. Akibatnya mereka hampir sama sekali tidak mempunyai dasar luar dan

tradisi mereka dalam lapangan ini amatlah haru. Pandangan awal herhubung

dengan hal-ehwal dalaman dan kebenuaan ini telah mengakibatkan Amerika

Syarikat berkeyakinan bahawa bidang-bidang dalam dan luar negeri itu boleh

dipisah-pisahkan secara kekal, begitu juga terhadap apa yang dinamakan oleh

setengah-setengah penulis sebagai `metos yang maha kuasa' (the myth of '

omnipotence) iaitu keyakinan bahawa kejayaan dalaman di kalangan orang Amerika

Syarikat yang tiada taranya itu juga boleh dilakukan dalam hubungan antarabangsa.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan urusan luar negara Amerika

Syarikat secara relatitnya adalah mundur. Selepas Perang Dunia Kedua Amerika

Syarikal mengalami kesukaran dalam menghadapi tugas-tugas selepas berlakunya

perang. Ekoran itu, Amerika Syarikat telah mengemhangk. an tagi ý1asar_ 1, _1_arnva 41

yakni mengadakan hubungan luar dengan negara-negara lain. Maka dengan ini,

Amerika Syarikat telah membentuk perkhidmatan diplomat yang paling besar di

dunia dengan menempatkan diplomatnya hampir di setiap negara. Tindakan im

diambil bagi menjaga kepentingan negara Amerika Syarikat sendiri.

Perang Dingin berlaku pada tahun 1949 antara Amerika Syarikat dan

Kesatuan Soviet kerana perhezaan ideolog) antara kedua-dua huah negara yang

merupakan kuasa besar dunia. Amerika Syarikat mengamalkan ideologi demokrasi

manakala Kesatuan Soviet pula mengamalkan ideologi komunis. Semasa Perang

Dingin matlamat utama dasar luar Amerika ialah untuk menghalang serangan

2

Page 12: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

senjata nuklear secara langsung ke atas wilayah Amerika Syarikat ataupun sekutu-

sekutunya dan menghalang perluasan pengaruh ideologi komunis.

Perang Dingin yang berlaku antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat adalah akibat perbezaan ideologi kedua-dua kuasa besar tersebut (Gaddzs, 1997).

Reaksi dasar luar Amerika Syarikat terhadap Kesatuan Soviet yang agresif

adalah bertindak membantu negara-negara bukan komunis bagi mengancam

perkembangan komunis di Kesatuan Soviet. Matlamat penyekatan komunis dan

polisi tersebut dianjurkan dalam artikel pertama yang diterbitkan secara

bersembunyi dalam majalah Foreign . affair, c pada tahun 1947. Maka dasar luar

Amerika Syarikat tidak hanya mengkhu-, uskan kepacla isu-is>> spesifik tetapi clasar

luar tersebut disesuaikan mengikut konteks baru Perang Dingin iaitu menyekat

ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum

Perang Dingin, dasar luar Amerika Syarikat kurang mempunvai fokus tentera. la

dilihat lebih kepada isu politik, perjuangan c, Terila dan lehih kepacja knnflik

Mengikut Frankel (1987), pada tahun 70-an, tumpuan utama Amerika

Syarikat telah berubah dari soal keselamatan kepada soal ekonomi. Masalah

keselamatan masih wujud walau pun dalam bentuk _yang stabil dan hubungan yang

berorentasikan keselamatan dikekalkan, tP. tani nishah nsaha diplomatik Amerika

Syarikat ke arah kerjasama ekonomi semakin bertamhah.

Pada hari ini pula isu-isu utama dasar luar Amerika Syarikat ialah politik,

ekonomi, tentera dan ideologi. Negara Amerika Syarikat menekankan keempat-

3

Page 13: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

empat isu ini bagi mencapai matlamat dasar luarnya dan menjaga kepentingan

nasionalnya.

1.2 STRUKTUR KAJIAN

Kajian im hanya membincangkan pembentukan dasar luar Amerika

Syarikat dan menerangkan serba sedikit latar belakang kajian serta kaedah yang

digunakan semasa membuat kajian.

Bab 2 pula membincangkan konsep dasar luar. Seterusnya menjelaskan

matlamat dasar luar dari sudut pandangan negara Amerika Syarikat, prinsip asas

dasar luar Amerika Syarikat, pembuat dasar luar dan perkembangan dasar luar

Amerika Syarikat.

Bab 3 pula menerangkan tentang peranan penting yang dimainkan olch

aktor-aktor dan agensi kerajaan dalam mempengaruhi proses pembentukan dasar

luar Amerika Syarikat.

Bab 4 menyentuh mengenai faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran

bagi menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar

Amerika Syarikat. Dalam pembentukan dasar luar Amerika Syarikat, pembuat dasar

luar Amerika Syarikat mengambilkira aspek dalaman dan luaran. la bertujuan

memastikan sesuatu dasar tersebut berjaya digunapakai atau tidak dalam

tingkahlaku di arena antarabangsa.

Akhir sekali, bab 5 akan menyimpulkan secara keseluruhan kajian ini yang

meliputi kelemahan yang terdapat dalam pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.

4

Page 14: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

1.3 KENYATAAN MASALAII

Kajian im akan berdasarkan tentang pembentukan dasar luar Amerika

Syarikat selepas merdeka sehingga kini. Aspek yang dilihat dalarn kajian ini ialah

aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan yang paling penting sekali melihat

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Selain itu, kajian ini akan menjelaskan

aktor-aktor utama yang berpengaruh serta dominan dalam proses pembentukan

dasar luar Amerika Syarikat.

Dalam usaha mengkaji tentang pembentukan dasar luar Amerika Syarikat,

didapati bahawa Amerika Syarikat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam

membuat dasar luarn_ya. Sehubungan itu, dasar luar Amerika Syarikat dikategorikan

telah melalui hanyak perubahan berikutan daripada tekanan yang diterima haik dari

dalam mahupun luaran.

Ekoran daripada berlakunya banyak perubahan dalam hubu. ngan antarabanýsa

telah menyebabkan peranan aktor dalam isu yang berbangkit turnt menjadi meluas.

()leh itu, perubahan tersebut telah mengakihatkan proses pembuatan dasar luar

menjadi lebih kompleks. Ini secara langsung menyebabkan aspek tersebut terus

kekal sebagai satu bentuk perlakuan di dalam usaha untuk mengubal dasar luar

Amerika Syarikat.

Ternyata segala perubahan yang herlaku terhadap dasar luar Amerika

Syarikat merupakan cara yang terbaru bagi Amerika Syarikal. Perubahan terscbul

bertujuan memastikan Amerika Syarikat dapat mencapai kepentingan nasional dan

matlamat nasionalnya iaitu melindungi kepentingan rakyatnya serta membuka ruang

untuk rnenempatkan Amerika Syarikat di peringkat antarabangsa.

Page 15: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada perubahan-perubahan tersebut telah

menyebabkan kajian ini dibuat dengan lebih mendalarn terhadap proses, aktor dan

juga faktor yang terlibat dalam mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika

Syarikat.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terhahagi kepada dua jenis iaitu ohjektif umum dan objektif

khusus. Objektif umum kajian ini ialah menganalisa proses pembentukan dasar luar

Amerika Syarikat.

Manakala objektif khusus pula adalah mengenalpasti peranan-peranan agensi-

agensi kerajaan atau aktor-aktor utarna dalam mempengaruhi proses pembentukan

dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Sctiausaha Negara, Kongres,

pendapat umum dari rakyat Amerika Syarikat, media massa, Parti Demokrat dan

Parti Republikan, duta-duta dan Jawatankuasa Penggubalan Dasar.

Selain itu, ingin mengetahui faktor-faktor _yang

terlibat serta yang

mempengaruhi pembentukan dasar haar Amerika Syarikat seperti faktor dalaman

dan luaran. Faktor dalaman seperti kepimpinan misalnya, menentukan penglibatan

Amerika Syarikat dalam arena hubungan antarabangsa sama ada berperanan secara

aktif atau pasif. Faktor luaran pula merujuk kepada sistem antarahangsa dan situasi

geopolitik yang turut diambilkira dalam proses pembentukan dasar luar Amerika

Syarikat

6

Page 16: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

Objektif-objektif tersebut bertujuan mengenalpasti peringkat matlamat dasar

luar Amerika Syarikat dalam memperjuangkan kepentingan nasionalnya sama ada

masih di peringkat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Diharapkan kajian ini dapat menjadi satu sumber rujukan dan panduan yang

berguna kepada pembuat dasar luar, penyelidik dan para pelajar yang berminat

untuk mengetahui tentang proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.

Malahan kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai sumber pengetahuan

tambahan yang berguna melalui pemahaman yang lebih jelas terhadap proses

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian im ialah kaedah

kualitative yang melibatkan satu penerokaan yang mendalam tentang angkaubah

serta menerangkan masalah dan situasi kajian.

Di samping itu, kaedah penyelidikan perpustakaan turut digunakan. Kaedah

ini bertujuan menganalisis faktor-faktor serta peranan-peranan aktor yang terlibat

terhadap proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Sehubungan itu,

penganalisisan terhadap model yang digunakan olch pcmbuat dasar luar Amerika

Syarikat juga dikaji bagi memastikan matlamat kepentingan nasionalnya dicapai.

Malahan melalui kaedah ini perbandingan terhadap faktor-faktor yang

7

Page 17: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti keselamatan,

ekonomi, politik, kepimpinanan dan budaya turut dikaji.

1.7 DEFINISI KONSEP

Terdapat dua konsep yang akan digunakan dalam kajian im iaitu konsep

kepentingan nasional dan keseimbangan kuasa. Konsep kepentingan nasional

digunakan bagi menerangkan matlamat-matlamat dasar luar negara Amerika

Syarikat. Asas pembentukan konsep ini mengambil kira kepentingan nasional

sebagai satu cara untuk mengekalkan kebebasan dalam apa jua tindakan yang

diambil oleh sebuah negara. Ini bermakna sesebuah negara sebagai satu intitusi

politik yang berdaulat mempunyai hak yang dapat menentukan kepentingan

nasional mereka. Ini termasuklah apa juga kaedah yang digunakan misalnya

melalui hubungan diplomatik, kerjasama dalam bidang ekonomi dan pemindahan

teknologi untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan negaranya. Menurut Viotti

dan Kauppi (1993) kepentingan nasional sebagai'.

... yang mana penting kepada sesuatu unit (negara, kelas, kumpulan atau individu), biasanya merangkumi sebagai minimum kewujudannya. Kepentingan nasional merujuk kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan kepada sesebuah negara. Sesetengah pengkaji teori telah mendapati konsep kepentingan nasional terlalu kabur yakni tidak jelas. Mereka lebih suka mengganti maksud kepentingan nasional kepada tindakan sesebuah negara menggubal objektif=objektif tertentu yang bolch dikenali dengan mudah. Sesetengah pengkaji teori yang lain lebih memandang kepentingan nasional tidak lebih daripada apa yang dikatakan oleh para pemimpin" (Viotti dan Kauppi, 199-3: 548).

8

Page 18: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

Kepentingan nasional boleh dibahagikan kepada bentuk primer dan

sekunder. Dalam konteks primer ia membawa maksud satu nilai di mana sesebuah

negara itu akan sedaya upaya cuba melindungi kepentingan nasionalnya dari

ancaman luar seperti aspek identiti, budaya, rakyat dan politik negara. Sementara

bentuk sekunder merupakan satu nilai yang penting tetapi boleh dirunding dan

dibincangkan seperti perebutan kawasan atau pulau.

Konsep yang kedua ialah konsep keseimbangan kuasa. Menurut Schloming

(1991), keseimbangan kuasa merujuk kepada urusan atau usaha sesebuah negara

yang ingin menguasai negara lain. la merujuk kepada dasar memperkenalkan

keseimbangan kuasa dalam keadaan yang menghadapi ancaman. Negara yang

lemah akan berhati-hati dalam menghadapi keseimbangan kuasa yang dilakukan

oleh negara yang memiliki kuasa hegemoni.

Selain itu, konsep keseimbangan kuasa juga meruj uk kepada kekuatan

sesebuah negara atau beberapa buah negara digunakan untuk mengimbangi

kekuatan sesebuah atau beberapa negara lain. Mengikut konsep ini sesebuah negara

atau beberapa negara akan berasa bimbang dengan kehadiran kekuatan negara alau

beberapa negara lain dan akan cuba mengimbanginya. Sesebuah negara tidak akan

cuba mengimbangi kuasa negara lain melainkan negara berkenaan dianggap musuh.

1.8 KAJIAN LEPAS

Wiarda (1996) dalam bukunya American l, öreign 1'olicv membincangkan

tentang dasar luar Amerika Syarikat dan aktor-aktor yang terlibat dalam proses

4 Kuasa hegemoni adalah sesehuah kuasa yang dominan dalam sesehuah sistem pemerintahan antara negara-negara lain dari segi industri senjata dan sektor ekonomi.

9

Page 19: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat. Wiarda turut membincangkan lima

model penting yang menghuraikan bagaimana proses penggubalan dasar luar

Amerika Syarikat. Antara model-model yang dibincangkan ialah Model `Rational

Actor', Model `Human Behaviour', Model `Political Process' Model

`Organizational' dan Model `Bureacratic'. Di samping itu, beliau turut menjelaskan

kelemahan-kelemahan yang terdapat pada setiap model dan bagaimana model

tersebut boleh digunakan dalam proses pembentukan dasar luar Amerika Syarikat.

Buku ini juga menekankan tentang budaya politik dan parti-parti politik vang

terdapat di negara Amerika Syarikat. Seterusnya membincangkan bagaimana parti-

parti politik seperti Parti Demokrat dan Parti Republikan boleh mempengaruhi

pemikiran rakyat Amerika Syarikat serta pembentukan dasar luarnya. Penulisannya

juga membincangkan secara ringkas mengenai hubungan antara pendapat umum,

demokrasi dan teori demokrasi. Buku ini tunet menyelitkan hasit penganaltsaan

yang telah dijalankan terhadap pendapat umum di Amerika Syarikat berdasarkan

kajian tentang sesuatu isu.

Dalam kajian yang berkaitan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika

Syarikat', membincangkan tentang aktor-aktor yang terlibat dalam proses

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Setiausaha Negara,

Kongres, Jawatakuasa Penggubalan Dasar, duta-duta, media massa serta Parti

Demokrat dan Parti Republikan. Kajian ini turut menyelidik matlamat dasar luar

darf persektif Amerika Syarikat dan model-model yang telah digunakan oleh

Amerika Syarikat dalam proses pembentukan dasar luarnya. Walau bagaimana pun,

kajian ini tidak menyentuh tentang budaya politik dan parti politik yang terdapat

10

Page 20: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

di Amerika Syarikat tetapi hanya menghuraikan tentang Parti Demokrat dan Parti

Republikan yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika. Malahan kajian

ini juga tidak membuat sebarang bentuk penganalisaan yang berkaitan dengan

aktor-aktor yang terlibat dan mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika.

Dalam kajian berkenaan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika' turut

membincangkan faktor-faktor luaran dan dalaman yang yang telah di kenalpasti

dalam pembentukan dasar luar Amerika dan hagaimana faktor-faktor tersebut holeh

mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika. Kajian ini amat berbeza dengan

buku penulisan Wiarda yang tidak menyentuh tentang matlamat dasar luar dari

perspektif Amerika dan faktor-faktor luaran serta dalaman yang turut

mempengaruhi pembentukan dasar luar Amerika tersehut.

Foreigun Policy in World Politics: Slates und Region, c, hasil karya Macridis

pada bab pertama mengkaji mengenai dasar luar tujuh buah negara iaitu Britain,

Perancis, Jerman, China, Jepun, bekas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Bagi

setiap negara heliau mengkaji pendirian negara-negara tersebut dalam proses

pembentukan dasar luar negara dan matlamat golongan atasan dalam pelaksanaan

objektif dasar luar. Perbincangan tersebut secara ringkasnya menyentuh tentang

kronologi kepentingan dasar luar setiap negara sebelum Perang Dunia Kedua dan

kepentingan dasar luar setiap negara selepas Perang Dunia Kedua pada tahun

1945. Buku ini tidak menyeniuh tentang aktor-aktor dan faktor-faktor yang

mempengaruhi pembentukan dasar luar di setiap negara. Bab kedua penulisan

beliau membincangkan tentang dasar luar dalam komuniti Eropah, dimensi bagi

11

Page 21: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

masalah di Timur Tengah, dasar luar Amerika Latin dan kepelbagaian keselamatan

semasa, kemakmuran serta perpaduan.

Kajian yang herkaitan dengan `Pembentukan Dasar Luar Amerika', hanya

mengkaji tentang proses pembentukan dasar luar dalam konteks negara Amerika

sahaja dan tidak mengkaji proses pembentukan dasar luar negara-negara lain

sepertimana yang terdapat dalam buku penulisan Marcidis. Latarbelakang kajian

menyentuh tentang dasar luar Amerika sehelum Perang Dunia Kedua pada tahun

1945 dan selepas Perang Dunia Kedua. Berdasarkan tajuk kajian tersebut,

penulisan kajian lebih menekankan aktor-aktor dan faktor-faktor yang terlibat

dalam proses pembentukan dasar luar Amerika.

Brewer (1997) dalam hukunya `American Foreign Policy' membincangkan

tentang dasar Amerika Syarikat dan proses pembuatan dasar luar Amerika

Syarikat. Walau bagaimana pun, penulisannya turut membincangkan mengenai

konteks global dalarn proses pembentukan dasar luar Amerik Syarikat seperti

ketenteraan, ekonomi, sistem politik dunia dan kuasa semulajadi. Dalam

penulisannya, heliau juga mengambil kira penganalisaan model-model yang

berhubungkait dengan pembentukan dasar luar bagi kepentingan dasar Amerika

Syarikat. Brewer turut membincangkan aktor-aktor dalam proses pembentukan

dasar luar Amerika Syarikat yakni pendapat umum, kumpulan herkepentingan dan

Kongres.

Kajian mengenai 'Pembentukan Dasar Luar Amerika' pula tidak

membincangkan konteks global dalam pembentukan dasar Iuarnya. Sebaliknya

membincangkan secara keseluruhan peranan aktor-aktor yang terlihat dalam proses

12

Page 22: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

pembentukan dasar luar Amerika Syarikat seperti Presiden, Setiausaha Negara,

Kongres, Jawatankuasa Penggubalan Dasar, pendapat umum, media massa, duta-

duta serta Parti Demokrat dan Part] Republikan.

1 ?

Page 23: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

BAB 2 KONSEP DASAR LUAR

Bab 2 pula akan membincangkan tentang matlamat dasar luar darf

perspektif Amerika Syarikat, model-model yang digunakan dalarn pembentukan

dasar luar Amerika Syarikat dan secara amnya tentang proses pembentukan dasar

luar Amerika Syarikat.

2.1 MATLAMAT DASAR LUAR DARI PERSEKTIF AMERIKA SYARIKAT

Keban_yakan pengkaji hubungan antarabangsa seperti Han Morgenthau,

Stephen Krasner, Harold Brown dan Arnold Wolfers sependapat bahawa ada

beberapa nilai utama yang ingin dipertahankan oleh sesebuah negara yang merdeka

seperti keuntuhan wilayah, kebebasan berpolitik dan kepentingan ekonomi. Pada

asasnya matlamat dasar luar sesebuah negara adalah untuk memelihara dan

mempertingkatkan kepentingan nasional di arena antarabangsa (War'-va, 1989).

Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa matlamat dasar luar Amerika

Syarikat telah tercapai apabila Amerika Syarikat berjaya mempertahankan

keuntuhan wilayah, kebebasan berpolitik dan kepentingan ekonominya daripada

diancam oleh mana-mana negara. Dengan ini, pada abad ini matlamat dasar luar

Amerika Syarikat lebih ke arah matlamat jangka panjang kerana Amerika Syarikat

telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dan muncul sebagai kuasa terbesar

dunia. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan lagi melalui pengiktirafan di peringkat

antarabangsa bahawa Amerika Syarikat merupakan kuasa besar dunia dan disegani

14

Page 24: SUHANA BINTI SEMAWI - UNIMAS Institutional Repositorybinti+semawi.pdf · ideologi komunis. Sewaktu ketiadaan ancaman Kesatuan Soviet iaitu sebelum Perang Dingin, dasar luar Amerika

di arena antarabangsa. Mengikut Frankel (1989), sebaliknya semua pihak bersetuju

untuk menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan Russia seharusnya dikelaskan

sebagai dua buah kuasa terbesar `Superpower' dan majoriti terbesar membataskan

dua buah negara im sahajalah yang termasuk dalam kategori tersebut.

Menurut K. J. Hostli (1995), pula matlamat dasar luar sebenarnya bolch

dibahagikan kepada jangka pendek, pertengahan dan panjang. Dalam konteks

matlamat jangka pendek, ia lebih memfokus kepada persoalan mempertahankan

kebebasan dan kedaulatan tanahair. Matlamat jangka pertengahan pula mencakupi

aspek memperluaskan kegiatan ekonomi, menjaga kebajikan sosial rakyat, dan

mengambil peranan aktif di peringkat antarabangsa bagi mempertingkatkan imej

dan prestij tennasuklah sebagai pengantara `mediator' di antara negara-negara yang

bertelangkah atau menyertai pasukan keamanan iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (PBB) dalam misi gencatan senjata. Sementara matlamat jangl::: rä�'

adalah mencari lingkungan pengaruh dan cuba mengetengahkan ideologinya supaya

diterima oleh negara-negara lain menyusun semula sistem antarabangsa.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat jangka pendek, Amerika S_yarikat

telah memperkukuhkan aspek ketenteraannya dan menjadi kuasa militeri dunia

sebagai langkah utama untuk mempertahankan kedaulatan tanahairnya.

Amerika Syarikat telah mengukuhkan dan memperluaskan kegiatan ekonomi

di arena antarabangsa bagi mencapai matlamat jangka pertengahan. lni jelas

apabila Amerika Syarikat memainkan peranan penting dalam World Tradc

Organization (WTO). Melalui penglibatan dalam WTO, Amerika Svarikat secara

tidak langsung telah menguasai ekonomi dunia dan turun naik matawang di

15