bina tebatan banjir sekeliling bandar pekan - nre.gov.my di akhbar/bina tebatan ba… · bina...

2
Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan 2011/11/15 KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pekan sedang giat dilaksanakan di sekeliling bandar Pekan dengan kos RM63 juta bagi mengurangkan risiko banjir, terutama bagi menghadapi musim tengkujuh. Projek itu yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dibahagikan kepada tiga pakej dan dijangka siap sepenuhnya September tahun depan. Pengarah JPS Negeri, Datuk Zulkifli Hassan, berkata kerja dilakukan termasuk membina ban penahan banjir dan menaik taraf parit serta sungai sekitar bandar Pekan. "Pelaksanaan projek tebatan ini mengambil kira kajian dilakukan bagi memastikan kejadian banjir besar yang menenggelami bandar Pekan empat tahun lalu, tidak berulang pada masa depan. "Fasa pertama projek itu siap Jun lalu, manakala fasa kedua hanya bermula Oktober lalu," katanya. Beliau berkata, pihaknya tidak merancang meletupkan beting pasir di muara Sungai Pahang seperti dilakukan empat tahun lalu. "Mungkin pada waktu itu, idea difikirkan terbaik ialah meletupkan beting pasir pada muara sungai bagi melancarkan pengaliran air sungai ke laut. "Kajian dijalankan mendapati kaedah berkenaan tidak sesuai kerana ia tidak membantu pengaliran keluar air sungai ke laut, sebaliknya beting pasir diletupkan terbentuk semula dalam tempoh tiga bulan," katanya. Katanya, sebagai langkah jangka panjang, pihaknya sedang melaksanakan pembinaan benteng pemecah ombak di muara Sungai Pahang di Tanjung Agas. Projek bernilai RM258 juta itu bermula pada 2007 dan baru 15 peratus siap dengan pembinaan benteng sepanjang 500 meter. “Projek keseluruhan benteng itu sepanjang tiga kilometer yang akan bertindak sebagai pemecah ombak serta dapat menghalang pembentukan beting pasir, sekali gus memudahkan pengaliran air Sungai Pahang keluar ke laut,” katanya. Tajuk : Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan Tarikh : 15 November 2011 Sumber : Berita Harian KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: dinhdieu

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan - nre.gov.my di Akhbar/Bina tebatan ba… · Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan 2011/11/15 KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir

Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan 2011/11/15

KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pekan sedang giat dilaksanakan di

sekeliling bandar Pekan dengan kos RM63 juta bagi mengurangkan risiko banjir, terutama

bagi menghadapi musim tengkujuh.

Projek itu yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dibahagikan kepada tiga

pakej dan dijangka siap sepenuhnya September tahun depan.

Pengarah JPS Negeri, Datuk Zulkifli Hassan, berkata kerja dilakukan termasuk membina ban

penahan banjir dan menaik taraf parit serta sungai sekitar bandar Pekan.

"Pelaksanaan projek tebatan ini mengambil kira kajian dilakukan bagi memastikan kejadian

banjir besar yang menenggelami bandar Pekan empat tahun lalu, tidak berulang pada masa

depan.

"Fasa pertama projek itu siap Jun lalu, manakala fasa kedua hanya bermula Oktober lalu,"

katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak merancang meletupkan beting pasir di muara Sungai Pahang

seperti dilakukan empat tahun lalu.

"Mungkin pada waktu itu, idea difikirkan terbaik ialah meletupkan beting pasir pada muara

sungai bagi melancarkan pengaliran air sungai ke laut.

"Kajian dijalankan mendapati kaedah berkenaan tidak sesuai kerana ia tidak membantu

pengaliran keluar air sungai ke laut, sebaliknya beting pasir diletupkan terbentuk semula

dalam tempoh tiga bulan," katanya.

Katanya, sebagai langkah jangka panjang, pihaknya sedang melaksanakan pembinaan benteng

pemecah ombak di muara Sungai Pahang di Tanjung Agas.

Projek bernilai RM258 juta itu bermula pada 2007 dan baru 15 peratus siap dengan

pembinaan benteng sepanjang 500 meter.

“Projek keseluruhan benteng itu sepanjang tiga kilometer yang akan bertindak sebagai

pemecah ombak serta dapat menghalang pembentukan beting pasir, sekali gus memudahkan

pengaliran air Sungai Pahang keluar ke laut,” katanya.

Tajuk : Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan

Tarikh : 15 November 2011

Sumber : Berita Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan - nre.gov.my di Akhbar/Bina tebatan ba… · Bina tebatan banjir sekeliling bandar Pekan 2011/11/15 KUANTAN: Projek Rancangan Tebatan Banjir

Jabatan Meteorologi meramalkan taburan hujan di kawasan Pantai Timur dijangka meningkat

pada Disember hingga Januari tahun depan.