bil.11/disember 2010 issn :1675-7394... · diksi lembut menyampai salam duka tentang misteri laut...

12
1 BIL.11/Disember 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394 Sambungan di muka surat 8 dan 9 Cik Zahariah mengetip perakam waktu untuk kali terakhir Bersalam bersama kakitangan Menerima cenderahati daripada Dato’ Pendaftar Semilir angin resah singgap di birai senja Menyapa wajah Ogos yang suram Diksi lembut menyampai salam duka Tentang misteri laut dan sepi pantai Tentang bisik ombak dan gelora badai Tentang nasib pelaut dan untung camar muda Inilah garis nyata yang merungkai segala rasa, kukira Karang laut masih tetap menyanyikan lagu serupa Hati budimu di perpustakaan Luhurnya tak terungkap dek bicara. Kita membesar di antara ruang kecil Yang dibesarkan oleh tingginya ilmu Kami tidak pernah berasa kerdil Tatkala melihat bara yang kau nyalakan Membakar semangat dan iltizam Kami tidak berasa khuatir bekerja Tatkala melihatmu gigih menakung keringat Tanpa banyak berkira Suaramu yang tegas membayangkan Tiada tempat untuk siapa-siapa yang Mundur dan tidak suka ambil tahu Di tanganmu terbentang wawasan perpustakaan ‘gedung ilmu bitara sejajar era globalisasi’ Gedung ilmu ini adalah lautan terbuka Andainya hari ini, esok dan bila-bila Engkau perlu pergi dan yang lain bertandang sudi Kukira amanahnya tetap serupa Mengalas beban visi menugal ribuan janji Meneruskan agenda bagi sesiapa yang diganti Membangunkan intelektual mengukuh jatidiri Kerjayanya tak berakhir walaupun Pemimpin silih berganti Hening waktu bersatu di kaki senja Mentari makin malu dipeluk dingin malam Kemudiannya mengecil dalam diam Lalu menghilang Selamat pulang ke anjung peribadimu Setelah sepuluh musim berkelana di sini menabur bakti Berkeringat daya fikir membangunkan UPSI Menjunjung langit di tempat bumi kau pijaki Kau gagahi mendaki walau tangan payah terkuak Kau genggami bara biarpun jasad pedih tak terubat Tak jemu berusaha, biarpun sering kali terluka Gedung ilmu ini menjadi semaian abadi Lambing pengorbananmu yang tak terbeli Kami tidak jemu Menatap lembaran baktimu Luhur budi dari jasa tak mampu dikira Akan kami genapkan Dengan mengenangmu dalam kenangan Sepanjang zaman Kocak debar jantung hati berlagu tenang Riak sedu tangis menghiris lembut perdu rasa Pupuklah geloranya agar tidak membuah duka Semilir angin mengiring salam perpisahan Perlahan-lahan jemari pun kian terlepas Tatapilah raut wajah dengan manis budi Biarlah pemergianmu tidak meninggal luka di hati Terampun salah silap segala diri Oleh : Tn. Hj. Abdul Halim b Ali

Upload: doantuyen

Post on 26-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BIL.11/Disember 2010 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

Sambungan di muka surat 8 dan 9

Cik Zahariah mengetip perakam waktu untuk kali terakhir

Bersalam bersama kakitangan

Menerima cenderahati daripada Dato’ Pendaftar

Semilir angin resah singgap di birai senja Menyapa wajah Ogos yang suram

Diksi lembut menyampai salam duka Tentang misteri laut dan sepi pantai

Tentang bisik ombak dan gelora badai Tentang nasib pelaut dan untung camar muda

Inilah garis nyata yang merungkai segala rasa, kukira Karang laut masih tetap menyanyikan lagu serupa

Hati budimu di perpustakaan Luhurnya tak terungkap dek bicara.

Kita membesar di antara ruang kecil Yang dibesarkan oleh tingginya ilmu

Kami tidak pernah berasa kerdil Tatkala melihat bara yang kau nyalakan

Membakar semangat dan iltizam Kami tidak berasa khuatir bekerja

Tatkala melihatmu gigih menakung keringat Tanpa banyak berkira

Suaramu yang tegas membayangkan Tiada tempat untuk siapa-siapa yang Mundur dan tidak suka ambil tahu

Di tanganmu terbentang wawasan perpustakaan ‘gedung ilmu bitara sejajar era globalisasi’

Gedung ilmu ini adalah lautan terbuka

Andainya hari ini, esok dan bila-bila Engkau perlu pergi dan yang lain bertandang sudi

Kukira amanahnya tetap serupa Mengalas beban visi menugal ribuan janji

Meneruskan agenda bagi sesiapa yang diganti Membangunkan intelektual mengukuh jatidiri

Kerjayanya tak berakhir walaupun Pemimpin silih berganti

Hening waktu bersatu di kaki senja

Mentari makin malu dipeluk dingin malam Kemudiannya mengecil dalam diam

Lalu menghilang Selamat pulang ke anjung peribadimu

Setelah sepuluh musim berkelana di sini menabur bakti Berkeringat daya fikir membangunkan UPSI Menjunjung langit di tempat bumi kau pijaki

Kau gagahi mendaki walau tangan payah terkuak Kau genggami bara biarpun jasad pedih tak terubat

Tak jemu berusaha, biarpun sering kali terluka Gedung ilmu ini menjadi semaian abadi

Lambing pengorbananmu yang tak terbeli

Kami tidak jemu Menatap lembaran baktimu

Luhur budi dari jasa tak mampu dikira Akan kami genapkan

Dengan mengenangmu dalam kenangan Sepanjang zaman

Kocak debar jantung hati berlagu tenang

Riak sedu tangis menghiris lembut perdu rasa Pupuklah geloranya agar tidak membuah duka

Semilir angin mengiring salam perpisahan Perlahan-lahan jemari pun kian terlepas Tatapilah raut wajah dengan manis budi

Biarlah pemergianmu tidak meninggal luka di hati Terampun salah silap segala diri

Oleh : Tn. Hj. Abdul Halim b Ali

2

Sidang Redaksi

Penasihat

Zahariah Mohamed Shaharoon

Ketua Pengarang

Rusliza Yaacob

Pen. Ketua Pengarang

Muliati Abdul Samad

Pengarang

Azura Adnan

Chin Fei Sing

Anizah Tumin

Noriha Muhammad

Mohd Razalli Ahmad Termizi

Mohamed Zaid Mohamed Idris

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Penerbitan dan Edaran

Raja Radiah Raja Ahmad

Ahmad Fazli Ahmad Rasmi

Pereka Web

Rozman Che Ross

Dari Meja Ketua Pengarang

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali pada keluaran Info@pustaka bil.11/

Disember 2010. Tahun 2010 semakin hampir berlalu,

oleh itu, pada keluaran kali ini rangkuman peristiwa serta aktiviti

yang berlangsung dari Julai – Disember akan dilaporkan bagi tatapan

para pembaca. Pada keluaran kali ini juga, peristiwa persaraan Ketua

Pustakawan, Cik Zahariah Mohammed Shaharoon turut diketengahkan

bagi mengabadikan kenangan bersama beliau sebagai Ketua Pustakawan

yang telah berkhidmat di UPSI selama 13 tahun. Maklumat yang diberikan ini adalah bertujuan

sebagai makluman serta informasi kepada para pembaca tentang perkembangan serta peranan

yang telah dimainkan oleh pihak perpustakaan pada tahun ini. Saya mengharapkan penulisan

Info@pustaka pada kali ini dapat menyumbang lebih banyak informasi berguna kepada semua

pembaca di samping mencungkil dan mengasah bakat menulis di kalangan kakitangan

perpustakaan.

Rusliza bt Yaacob

Ketua Pengarang

Menarik Kali Ini

Berpisah jua kita di sini 1

Aluan Ketua Pengarang 2

Pn. Rusliza Yaacob: peneraju

baharu Perpustakaan Tuanku

Bainun

2

Bengkel penggunaan

pangkalan data Scopus bantu

pensayarah dan penyelidik

UPSI

3

Program komuniti

Perpustakaan Tuanku Bainun

4-5

Sekitar majlis makan malam

bersama mantan Ketua

Pustakawan

6-7

EZProxy: Kemudahan akses di

hujung jari anda

8

Aktiviti bulan membaca 9

Sukan 10

Kakitangan baru melapor diri 10-11

eLESTARI naib johan KIK 12

Naib johan INSAN 1 12

Tahniah diucapkan kepada Pn. Rusliza Yaacob Timbalan Ketua Pustakawan,

Perpustakaan Tuanku Bainun di atas kenaikan pangkat sebagai Ketua Pustakawan

menggantikan Cik Zahariah Binti Mohamed Shaharoon yang telah bersara wajib.

Perlantikan beliau berkuatkuasa 4 Oktober

2010. Dengan 30 tahun pengalaman dalam

bidang kepustakawanan, di mana beliau pernah

memegang pelbagai peranan di antaranya

sebagai Ketua Jabatan Sokongan Penyelidikan,

Ketua Jabatan Perkhidmatan Maklumat dan

Ketua Jabatan Pentadbiran dengan

Perkhidmatan Sokongan sewaktu berkhidmat

di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ),

Universiti Teknologi Malaysia adalah sangat

bernilai untuk bersama-sama memajukan

UPSI. Di samping pengalaman yang luas

dalam perkhidmatan perpustakaan, beliau turut

terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan

perundingan MS ISO 9001:2008 di mana turut

dilantik sebagai Timbalan Ketua Juruaudit

dalam UPSI. Seluruh kakitangan Perpustakaan

Tuanku Bainun khususnya mengucapkan

jutaan tahniah kepada beliau.

3

Perpustakaan Tuanku Bainun berperanan membantu pensyarah dan penyelidik di UPSI dalam aspek pengajaran,

pembelajaran dan penyelidikan sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai hub maklumat yang terpenting di UPSI.

Menyedari hakikat ini, Perpustakaan

Tuanku Bainun melalui Unit Pendidikan

Pengguna, Bahagian Pengurusan

Perkhidmatan Dan Maklumat telah

mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel

Latihan Penggunaan Pangkalan Data

Scopus secara terbuka khusus untuk

pensyarah dan penyelidik. Tujuan bengkel

ini diadakan adalah untuk membantu

pensyarah dan penyelidik mengetahui

kaedah yang sistematik dalam penggunaan

pangkalan data Scopus.

Bertempat di Makmal Latihan IT,

Perpustakaan Tuanku Bainun, bengkel ini

telah diadakan sebanyak tiga sesi, pada 9

dan 10 November 2010. Setiap sesi

dibahagikan kepada tiga fakulti dan

mengambil masa dua jam untuk setiap sesi.

Ceramah disampaikan oleh Ms Yu Lang

dari Elsevier. Seramai 60 orang pensyarah

telah mendaftar dan menghadiri bengkel. Bagi menguji keberkesanan bengkel yang dihadiri ini, penceramah telah

mengadakan ujian ringkas dengan mengemukakan beberapa soalan dan peserta yang menjawab dengan pantas

dan tepat akan mendapat cenderahati dari

pihak Elsevier. Berdasarkan kepada

pemerhatian, peserta telah memberi

komitmen yang baik sepanjang bengkel ini

berlangsung.

Bengkel seumpama ini akan diteruskan lagi

pada masa akan datang berdasarkan

kepada keperluan dan kehendak pensyarah

dan penyelidik di UPSI. Harapan pihak

perpustakaan agar setiap bengkel yang

dianjurkan akan dapat memberi satu impak

yang besar kepada mereka yang

mneghadirinya sesuai dengan kehendak

pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan

di UPSI.

Peserta bengkel memberikan tumpuan sepenuhnya.

Ms Yu Lang dari Elsevier menyampaikan ceramah.

Oleh : Afzanizam Dullah Hashim

Email : [email protected]

4

Pada 8 November 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun,

Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat (BPM)

telah menjalankan satu program kemasyarakatan di Sekolah

Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River Perak. Program ini

dijalankan bagi menjayakan Program Membaca Bersama

Komuniti Sempena Kem Membaca 1Malaysia yang

dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran baru-baru ini.

Objektif program adalah bertujuan membentuk satu jalinan

kerjasama antara pihak perpustakaan dan sekolah. Dengan

membentuk satu jalinan kerjasama ini, dapatlah pihak

perpustakaan memberi pendedahan kepada pihak sekolah

dan komuniti mengenai pentingnya tabiat membaca secara

berterusan di mana membaca bukan hanya bermusim tetapi

untuk sepanjang hayat.

Selain itu juga, pihak perpustakaan cuba membantu pihak

sekolah dalam mengisi Program Membaca ini dengan

mengadakan beberapa aktiviti bagi memberi pendedahan

awal kepada warga pendidik Sekolah Kebangsaan Aminudin

Baki (SKAB), ibu bapa dan para pelajar mengenai

Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan

Idris tentang budaya membaca itu sendiri serta menjadikan

pusat sumber atau perpustakaan sebagai tempat rujukan

bahan bacaan.

Manakala bagi aktiviti yang telah dirancang oleh pihak

sekolah adalah pertandingan akhir bicara buku dan

kemuncak adalah pelancaran read 2010 dan program

membaca 1Malaysia selama 2010 saat iaitu bersamaan

33.5 minit. Untuk aktiviti membaca 1Malaysia ini, pihak

perpustakaan juga tidak ketinggalan bersama-sama dengan

warga sekolah dan ibu bapa membaca buku selama 33.5

minit di Dataran Kejat. Semua yang terlibat membaca

pelbagai jenis buku bagi menyokong Kem Membaca 1Ma-

laysia ini.

Aktiviti yang dijalankan oleh pihak perpustakaan bermula

serentak di beberapa lokasi yang di sediakan oleh pihak

sekolah. Mini bengkel perpustakaan keluarga dijalankan

bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk membina

satu perpustakaan mini di rumah untuk kegunaan

keluarga. Dalam bengkel ini penerangan berkaitan dengan

langkah-langkah yang boleh di ambil oleh ibu bapa dalam

membina sebuah mini perpustakaan di rumah telah

disampaikan oleh Puan Azura Adnan.

Pn. Azura Adnan menyampaikan taklimat berkaitan perpustakaan keluarga

5

Sesi bengkel ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dan para

peserta adalah di kalangan ibu bapa prasekolah, AJK

PIBG dan guru sekolah SKAB. Turut menyertai bengkel

ini adalah ketua pustakawan dan guru besar SKAB, Tuan

Hj. Arshad b. Mohamad. Respon yang diberikan oleh ibu

bapa amatlah menggalakkan.

Selain itu, pihak perpustakaan telah menyediakan satu

pameran bertema Perpustakaan Terkemuka Dunia yang

diuruskan oleh Unit Khidmat Pelangan. Respon yang di

berikan amat menggalakkan dan banyak pertanyaan di

kemukakan oleh para pelajar ini kerana dengan

mempamerkan gambar-gambar perpustakaan terkemuka

dunia dapat memberi pendedahan kepada mereka

keadaan dan budaya membaca yang di terapkan di luar

negara. Selain mengadakan pameran, pihak

perpustakaan juga tidak ketinggalan membuka kaunter

untuk pendaftaran keahlian luar untuk para guru dan ibu

bapa.

Perpustakaan juga turut mengadakan aktiviti bercerita (story

telling) yang dikendalikan oleh Cik Firdausiah Ahamad dan Cik

Murni Mokhtar untuk pelajar-pelajar prasekolah dan pelajar

tahun 1. Beberapa cerita teladan telah di sampaikan dengan

penuh gaya untuk menarik para pelajar dalam membaca.

Bagi pihak Perpustakaan Tuanku Bainun, misi dan matlamat

program kemasyarakatan ini tercapai dan akan di teruskan

pada masa hadapan dengan pengisian yang lebih mantap

bagi menyokong keperluan semasa dalam penyebaran

maklumat dan ilmu untuk masyarakat setempat.

Oleh : Nurul Kashfi Subri

Email : [email protected]

Semua pelajar dan guru terlibat dalam program membaca

1Malaysia

Perpustakaan turut terlibat dengan aktiviti bercerita

Pameran bertemakan ‘perpustakaan terkemuka dunia’ turut dipamerkan

6

Ketibaan Mantan Ketua Pustakawan disambut meriah

Kakitangan bergambar bersama Cik Zahariah

Nyanyian menyentuh kalbu Beramai-ramai mendendangkan lagu

Queen of the night, Pn.Maisarah

Cik Zahariah berbual mesra Nyanyian yang mencuit hati

Ketibaan Cik Zahariah di De Palma, Ampang

Nyanyian lagu Yuna oleh

kakitangan

7

Petikan gitar oleh En. Syukri Bacaan sajak yang menyentuh jiwa

Beramai-ramai mendendangkan lagu

Di anjung senja Ogos ini Aku berhenti dari lelah perjalanan

Biarpun mentari masih memancar sinar gemilang Dan

Senja keberatan menjemput malam Namun, kesempatan tetap mengajakku pulang

Setiba di sini

Suaraku tidak lagi menghantar arahan Menyuruh dan memintamu kerja sepasukan

Ikhlas dalam pekerjaan Jadi

Usahlah kalian menilik awan Berteka teki tentang suramnya bulan Pawana telah lama berkirim salam

Menghantar khabar perpisahan Takdir pertemuan kita

Pasti sampai di pelabuhan

Aku telah bersedia untuk sampai di sini Perhitungan waktu dan masa yang diberikan tuhan

Tak pernah aku gusarkan Aku percaya pada janji pertemuan

Pasti tiba jua di titik kesudahan Dan tatkala itu

Aku berserah dan merelakan

Pun begitu Kesudahan ini buat insan sepertiku

Seumpama bulan meraut wajah malam Atau mentari senja memagar awan

Berlalu daku dalam waktu Kita masih ghairah menuju kejayaan

Maafkan daku

Kiranya dalam waktu memimpin kalian Kudahulukan suara tegasku

Diksi kata yang membingit cupingmu Mengumpul dendam dalam diam

Membenih rasa gelisah tak berkesudahan Kecil hatimu kutahu

Kecil hatiku kusimpan di kalbu

Kukira kau lebih mengerti Tegas suaraku mengandungi seribu makna

Mengajar dan mendidik hati Untuk tidak menghampakan diri dan UPSI

Patuh pada janji setia rukun berbakti Ingatlah

Perpustakaan ini gedung yang tumbuh dari Titis keringat yang tak pernah henti

Terima kasih, kerana sedia

Bersusah payah bersamaku di gedung ini Melakar sejarah membina identiti

Menghampar luas lautan ilmu Di sini ilmu dicari dan digali

Di sini manusia mengenal diri

Seperti orang lain yang datang dan berlalu Pemergianku tetap serupa

Yang tinggal hanyalah kenangan Bersilang dalam masam manis senda loka

Gelak tawa dan sesekali kita terluka Dan sering kali pula tak tertahan

Air mata tumpah ke pipi jua Mengenang fananya kita

Bertemu, bermesra, bekerja dan akhirnya Berpisah jua bila tiba ketika

Kutinggalkan keringat dan iltizamku di sini Gedung ilmu tempat memahat cita-cita anak

bangsa Gedung ilmu tempat tumbuhnya cinta rang tua

Kelak kau kan tahu Indah hidup berbakti di sebuah universiti Manis keringatnya tumpah ke lautan budi

Berlapang dada dan jujurlah mencari rezeki Capailah awan dan rauti wajah mentari

Kau kan tahu nanti Tiada yang lebih manis dirasai Dari sebuah pengalaman diri Yang tulus dalam berbakti

Kemudian tuhan merahmati

Oleh : Zahariah Mohammed Shaharoon

8

dalam kampus; dan pengguna ini sebenarnya telah melalui „pagar

internet‟ UPSI sebelum akses terhadap pangkalan data atas talian

berkenaan dihubungkan.

Terdapat satu lagi penjelasan teknikal bagaimana EZProxy ini

berfungsi iaitu dengan melihat kepada URL setelah satu-satu

pangkalan data atas talian itu diakses menerusi EZProxy.

Contohnya, akses terhadap http://www.emerald.com akan

k e l i h a t a n s e p e r t i i n i h t t p : / /

www.emerald.com.pustaka.upsi.edu.my/. Ini adalah biasa bagi

setiap URL yang diubah oleh EZProxy kerana pada teknikalnya

ianya boleh dibaca sebagai „mengakses http://www.emerald.com

menerusi EZProxy di http://pustaka.upsi.edu.my ‟

Kini, pihak PTB menyediakan enam akses menerusi

EZProxy iaitu Ebschohost, ProQuest, SpringerLink,

iSYS, Sage dan Britannica Online. EZProxy boleh

diakses melalui akaun Pustaka Knowledge Portal

pengguna. Pengguna hanya perlu log masuk ke dalam

akaun masing-masing dan seterusnya memilih pautan

EZProxy yang disediakan.

EZProxy berfungsi dengan secara dinamiknya mengubah

alamat URL laman web yang disediakan oleh vendor

pangkalan data atas talian dengan mengikut kepada lokasi

komputer (atau lazimnya server) di mana EZProxy

dipasangkan (install). Kurang faham ?

Secara mudahnya begini atau dalam bahasa bukan-IT;

katakan perpustakaan anda melanggan pangkalan data atas

talian yang boleh diakses di alamat http://www.emerald.com

ketika berada di dalam kampus sahaja. Maka, apabila

pengguna balik ke rumah mereka, akses ini tidak lagi

dibenarkan.

Peranan EZProxy ini adalah bagi membolehkan pengguna

mengakses pangkalan data ini walaupun di mana berada

dengan akses internet. Apabila pengguna mengakses

pangkalan data ini menerusi EZProxy, pangkalan data atas

talian berkenaan akan beranggapan seolah-olah ianya

diakses daripada dalam kampus (yang mana ianya

dibenarkan). Ini adalah kerana installasi EZProxy berada di

EZProxy yang diimplementasikan

oleh Perpustakaan Tuanku Bainun

adalah salah satu kaedah akses bagi

pangkalan data dan e-jurnal atas

talian. Dengannya, pengguna tidak

perlu lagi mengingati kepelbagaian

maklumat log masuk seperti nama

pengguna dan kata laluan.

Sebelum kita memahami bagaimanakah

EZProxy ini berfungsi, adalah lebih baik

diterangkan mengenai apakah sebenarnya

EZProxy daripada aspek teknikalnya.

EZProxy membantu menyediakan

pengguna dengan akses mudah dari mana

saja mereka berada kepada kandungan

berlesen berasaskan web yang ditawarkan

oleh perpustakaan. Kini, lebih daripada

2,500 institusi di 60 buah negara telah

memperoleh perisian EZProxy ini.

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman

Email : [email protected]

9

Tahniah diucapkan kepada para pemenang

pertandingan Ulasan Buku yang telah

dijalankan pada 11 Oktober-05 November

2010.

Nama : Sakinah bt Abd. Razak

Fakulti : Sains Kemanusiaan

Nama : Muhammad Zulhafiz bin Deraman

Fakulti : Sains Kemanusiaan

Nama : Muhamad Haris bin Sawalludin

Fakulti : Sains Kemanusiaan

Tahniah diucapkan kepada para pemenang

pertandingan fotografi yang telah dijalankan pada

2-13 Ogos 2010.

Nama : Aizat Afnan bin Adnan

Fakulti : Sains Kemanusiaan

Nama : Halimatun Saadiah bt Lai Lee

Fakulti : Sains Kemanusiaan

Nama :Ahmad Janatul Firdaus b Zolkarnain @ Dzulkarnain

Fakulti : Sains Sukan & Kejurulatihan

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

AKTIVITI BULAN MEMBACA

Para pemenang bergambar bersama juri pertandingan dan

Ketua Pustakawan

Pemenang menerima hadiah beserta sijil penyertaan daripada

Ketua Pustakawan

10

Siti Nur Murni bt Mokhtar

Nur Asmizah bt Hj. Mohd Saleh

Suliza bt Osman

Nur Azlini bt Hasnawi Nurzaiana bt Jasmi

Muhammad Fazzry b Muhammad Rahman

Fadzilah bt Abdullah

Puteri Farhana bt Jamil @ Megat Jamil

Norsyuhada bt Talib

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected] BERITA KAKITANGAN

11

BERITA KAKITANGAN

Wakil perpustakaan iaitu Pn. Hafizah dan Cik Firdausiah

telah memenangi tempat ketiga dalam acara final sirkit 2

badminton staf UPSI 2010 yang telah berlangsung pada 15

November 2010 di Gimnasium UPSI. Kemenangan ini

adalah kesan daripada latihan jitu serta semangat kesukanan

yang ditunjukkan oleh kakitangan ketika sesi latihan yang

sering diadakan. Tahniah diucapkan kepada pemenang serta

Biro Sukan Perpustakaan, En.Ahmad Nazim di atas kelolaan

dan selian pada setiap sesi latihan yang telah dijalankan.

Semoga lebih ramai atlet lagi akan dapat dicungkil

di kalangan staf perpustakaan pada masa akan datang.

SYABAS!

Oleh : Ahmad Nazim Ismail

Email : [email protected]

Sesi latihan badminton kakitangan perpustakaan

Mohd Shahrul Azni b Nordin

Devendran a/l Vasamthakumaran

Arif Azra‟ei b Md Yazid

12

Kumpulan eLESTARI telah berjaya merangkul

naib johan pada pertandingan Kumpulan Inovatif

dan Kreatif (KIK) peringkat UPSI yang telah

diadakan pada 26 Oktober 2010, dengan mem-

bentangkan tajuk projek iaitu “pengesanan judul

reading list tidak sistematik”. Tahniah diucapkan

di atas kejayaan kumpulan eLESTARI.

Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob menyampaikan hadiah

kepada kumpulan eLESTARI

Kumpulan eLESTARI dianggotai seramai 11 orang ahli

Persembahan daripada ahli kumpulan

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Razalli dan

Pn. Najah Saghirah daripada Bahagian Perolehan,

Perpustakaan Tuanku Bainun kerana berjaya

memperoleh tempat kedua dan merangkul pingat

perak di dalam Pertandingan Inovasi Dalam

Pengurusan 2010 (INSAN 1) yang diadakan pada 13

Disember 2010. Inovasi yang dipertandingkan adalah

Sistem VRS atau Sistem Penilaian Prestasi

Pembekal.

En. Mohd Razalli dan Pn. Najah Saghirah bergambar bersama

Dato’ Rusley Taib, Pendaftar UPSI Penerangan projek kepada para juri