bil.8/ogos 2009 issn :1675-7394 · kemerdekaan 5-6 cataloguing & metadata 7-8 ... ibrahim...

14
1 BIL.8/OGOS 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394 Tahniah…Usaha dan semangat berpasukan telah menghasilkan kejayaan terhadap Kumpulan Iqra‟ Perpustakaan Tuanku Bainun di peringkat negeri Perak Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja ke-22 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Negeri Perak menyaksikan kejayaan kumpulan Iqra‟ daripada Perpustakaan Tuanku Bainun yang berjaya meraih tempat ke 3. Seramai 16 kumpulan kategori pengurusan telah mengambil bahagian pada tahun ini. Perpustakaan telah dipilih untuk menyertai pertandingan ini setelah menjadi johan peringkat UPSI pada tahun 2008. Kejayaan projek yang telah dibentangkan iaitu „kelewatan memproses artikel keratan akhbar‟ telah menarik perhatian pengadil serta hadirin. “Saya melihat usaha dalam mewujudkan pangkalan data iSYS merupakan langkah yang bijak sebagai cara mengatasi kelewatan memproses artikel keratan akhbar. Selain itu juga, jika sekiranya pangkalan data ini boleh dijual di pasaran ia adalah suatu perkongsian yang terbaik bagi membantu mana-mana pihak yang memerlukan.” Pandangan daripada Ketua Juri Datuk Zakaria b Ahmad Oleh : Muliati Abdul Samad Email : [email protected] En. Mohd Azhari Ma‟ani sebagai Ketua Kumpulan Iqra‟

Upload: danghuong

Post on 06-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BIL.8/OGOS 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

Tahniah…Usaha dan semangat berpasukan telah menghasilkan

kejayaan terhadap Kumpulan Iqra‟ Perpustakaan Tuanku Bainun

di peringkat negeri Perak

Konvensyen Kumpulan Meningkat

Mutu Kerja ke-22 yang berlangsung

di Dewan Serbaguna, Pejabat

Setiausaha Negeri Perak

menyaksikan kejayaan kumpulan

Iqra‟ daripada Perpustakaan Tuanku

Bainun yang berjaya meraih tempat

ke 3. Seramai 16 kumpulan kategori

pengurusan telah mengambil bahagian

pada tahun ini. Perpustakaan telah

dipilih untuk menyertai pertandingan

ini setelah menjadi johan peringkat

UPSI pada tahun 2008.

Kejayaan projek yang telah

dibentangkan iaitu „kelewatan

memproses artikel keratan akhbar‟

telah menarik perhatian pengadil serta

hadirin.

“Saya melihat usaha dalam

mewujudkan pangkalan data iSYS

merupakan langkah yang bijak

sebagai cara mengatasi kelewatan

memproses artikel keratan akhbar.

Selain itu juga, jika sekiranya

pangkalan data ini boleh dijual di

pasaran ia adalah suatu perkongsian

yang terbaik bagi membantu

mana-mana pihak yang memerlukan.”

Pandangan daripada Ketua Juri

Datuk Zakaria b Ahmad

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

En. Mohd Azhari Ma‟ani sebagai Ketua

Kumpulan Iqra‟

2

Penasihat

Zahariah Mohamed Shaharoon

Ketua Pengarang

Rusliza Yaacob

Pen. Ketua Pengarang

Muliati Abdul samad

Pengarang

Azura Adnan

Chin Fei Sing

Anizah Tumin

Noriha Muhammad

Mohamad Zaid Mohamed Idris

Mohd Razalli Ahmad Termizi

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Penyunting

Faridah Hanim Aziz @ Adan

Penerbitan dan Edaran

Raja Radiah Raja Ahmad

Ahmad Fazli b Ahmad Rasmi

Pereka Web

Rozman b Che Ross

Sekapur Sirih

Dari Meja Penasihat

Assalamualaikum wbt.dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana Info@Pustaka dapat diterbitkan untuk tatapan warga UPSI. Pada keluaran kali ini,

pelbagai isu telah dikupas oleh ahli sidang redaksi untuk memberikan informasi kepada para pembaca.

Diharap dengan penerbitan Info@Pustaka, dapat membantu para pembaca untuk lebih mengenali perkhidmatan dan sumber maklumat yang disediakan oleh perpustakaan bagi memudahkan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang dijalankan oleh UPSI.

Cik Zahariah bt Mohammed Shaharoon

Ketua Pustakawan

Dari Meja Ketua Pengarang

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ahli sidang redaksi dan

kakitangan perpustakaan yang telah m e m b e r i k a n k e r j a s a m a d a l a m menyumbangkan artikel pada keluaran ini. Walaupun menghadapi kekangan dari segi masa dan kerja, sokongan dalam memberi bahan-bahan untuk menjayakan penerbitan ini amat saya hargai.

Pada keluaran kali ini, Info@Pustaka menyediakan artikel berkaitan MyULIS, iSYS, tokoh SITC, pengakatalogan dan metadata, literasi maklumat, berita perpustakaan, dan lain-lain lagi berita telah dimuatkan.

Semoga dengan terbitnya keluaran kali ini akan dapat meningkatkan maklumat pembaca terhadap sumber ilmu yang boleh didapati menerusi perpustakaan.

Pn. Rusliza bt Yaacob

Ketua Pengarang

KIK perpustakaan mara lagi 1

Aluan Penasihat Info@Pustaka 2

iSYS 3-4

Malaysian Union List of Serials

(MyULIS)

4

Ibrahim Yaakob Pejuang

Kemerdekaan

5-6

Cataloguing & Metadata 7-8

Literasi Maklumat 9

Berita Perpustakaan 10

Kelab Kakitangan

Perpustakaan

11

Berita Kakitangan 12

3

Oleh : Khairul Asyrani Sulaiman

Email : [email protected]

iSYS merupakan pangkalan data yang dibangunkan oleh Bahagian

Pengurusan Automasi dengan kerjasama Bahagian Pengkatalogan,

Perpustakaan Tuanku Bainun khusus untuk tujuan pengindeksan keratan

akhbar pada peringkat awal pengimplementasiannya. Pangkalan data

dalaman yang telah diwujudkan ini telah meraih johan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada tahun 2008.

Kini, iSYS telah mengandungi lebih daripada 8000 indeks di mana skop bahannya telah diperluaskan dengan penambahan daripada

indeks keratan akhbar kepada indeks artikel majalah dan jurnal serta kertas persidangan. Pembangunan iSYS merangkumi dua

komponen utama iaitu enjinnya, EGET yang dibangunkan menggunakan Hypertext Preprocessor (PHP) dan juga pangkalan data

yang menggunakan teknologi MySQL. Pembangunan enjin EGET adalah menggunakan model pembangunan peningkatan

berterusan yang membawa maksud ciri-ciri baru akan sentiasa dapat di manfaat oleh pengguna dari masa ke semasa tanpa perlu

memaksa proses kerja diubah dengan drastik.

Dari segi kepenggunaan, iSYS terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah khusus untuk para pengurus data dan

pentadbir sistem menggunakannya untuk input dan klasifikasi terhadap item yang disokong oleh iSYS. Kategori kedua pula adalah

kategori pengguna yang khusus untuk pencarian bahan.

Kita akan tumpukan untuk kategori pengguna di dalam artikel ini untuk memahami fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di dalam iSYS.

Sebagaimana sebahagian besar sistem pangkalan data atas talian yang lain, antaramuka pengguna iSYS bagi kategori pengguna akan

memaparkan senarai item terkini yang terdapat di dalam pangkalan data.

Pada ruangan atas, dipaparkan kepada pengguna 10 terma carian paling

„popular‟ pada hari semasa. Seterusnya adalah medan input untuk

pengguna memasukkan terma carian. Sebagai tambahan, sekiranya

pengguna berhajat untuk menapis hasil carian, mod More options yang

telah disediakan. Bagi Search Method, pengguna boleh memilih untuk

menggunakan metodologi Index, Pattern ataupun Boolean Full Text

(BFT). Mari kita melihat contoh hasil carian bagi ketiga-tiga metodologi

ini. Katakan iSYS mempunyai bahan dengan tajuk berikut:

Sekolah kebangsaan kini pusat integrasi pelbagai bangsa.

Sesi persekolahan perlulah diubah kepada dua sesi.

Keadaan sekolah tidak selesa di kawasan pendalaman.

Keputusan carian dengan terma „sekolah‟:

Metodologi Index akan membuat carian berdasarkan indeks yang dijana

semasa input oleh pengurus data. Ini bolehlah diumpamakan seperti

merujuk pada helaian indeks pada sebuah buku. Pattern pula membuat carian terhadap item secara masa nyata (realtime) terhadap

pangkalan data. Masa yang diambil oleh metodologi ini untuk mengemukakan hasil kepada pengguna adalah lebih lama sedikit

berbanding metodologi lain. Hasil daripada metodologi Pattern adalah pola yang mempunyai persamaan terhadap terma carian.

Perhatikan metodologi Index dan BFT memulangkan hasil yang sama. Ini kerana BFT masih merupakan carian berdasarkan indeks,

namun begitu perbezaannya, BFT mempunyai beberapa kelebihan termasuklah penggunaan beberapa operator boolean seperti +,-, ~

dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk pada pautan FAQ yang disediakan. Di samping itu, metodologi BFT juga

mempunyai kelebihan untuk membuat carian terhadap medan teks penuh (sekiranya wujud bagi item).

Item 1. Item 2. Item 3.

Index √ √

Pattern √ √ √

BFT √ √

Bersambung di muka surat 4

4

Sambungan dari muka surat 3

Selain daripada itu, pengguna juga boleh menapis hasil carian hanya terhadap jenis bahan yang dikehendaki sahaja melalui

opsyen Document Type Filter. Setelah pengguna mendapatkan hasil carian yang dikehendaki, perincian bagi sesuatu item

boleh diperolehi dengan menggunakan pautan pada tajuk bahan. Sekiranya item tersebut mempunyai teks penuh atau fail

sampingan PDF, ianya akan dipaparkan dalam bentuk ikon dan teks yang mudah dikesan oleh pengguna. Bagi pengguna yang

ingin menyemak bahan berdasarkan subjek atau sumber pula, terdapat fungsi browser disediakan untuk kemudahan mereka.

Masih banyak lagi ciri-ciri serta fungsi-fungsi iSYS yang boleh diteroka oleh pengguna. Untuk keterangan lanjut, hubungi

Bahagian Pengurusan Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun atau layari laman iSYS melalui pautan di laman web utama

Pustaka Knowledge Portal.

MyULIS (Malaysian Union List of Serials) merupakan satu pangkalan data yang memudahkan pencarian bahan terbitan bersiri di

seluruh perpustakaan akademik. Sebanyak 53 buah perpustakaan akademik awam dan swasta termasuk perpustakaan cawangan

terlibat dalam projek ini. Pelanggan kini boleh menggunakan pangkalan data ini untuk memperolehi artikel terbitan bersiri yang

tiada dalam langganan perpustakaan Tuanku Bainun melalui perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan.

Langkah-langkah mudah untuk menggunakan MyULIS:-

Masuk ke dalam portal perpustakaan http://pustaka.upsi.edu.my

Di menu „Library Tools‟, klik pada „MyULIS : Malaysian

Union List of Serials IPTA/IPTS‟

Pilih dari „Type of Material‟ – „Database‟, „Magazine‟,

„Journal‟, „Annual Report‟ atau „Statistic‟. Masukkan judul

yang diingini dalam ruang „Keyword‟. Buat pilihan anda

sama ada ingin mencari bahan tersebut dari perpustakaan

IPTA/IPTS tertentu atau terus saja tekan butang „Search‟

untuk pencarian secara keseluruhan. Contoh seperti di

bawah. Jika inginkan artikel yang tiada dalam koleksi

perpustakaan, pelanggan boleh memohon perkhidmatan

pinjaman antara perpustakaan melalui Unit Rujukan dan

Perundingan, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Oleh : Norhanizah Zahid

Email : [email protected]

5

Ibrahim Haji Yaakob ialah tokoh Anak

Kandung SITC yang tersohor kerana pernah

menjadi presiden serta pengasas Kesatuan Melayu Muda

(KMM) yang menentang British dan diiktiraf sebagai pejuang

kemerdekaan negara. Beliau yang juga dikenali dengan nama

Dr. Iskandar Kamel ialah seorang Melayu berketurunan Bugis

dari daerah Silo, Sulawesi, Indonesia. Beliau dilahirkan pada 27

November 1911, di Kampung Tanjung Kertau, Temerloh,

Pahang. Kedua-dua ibu bapanya telah berhijrah ke Semenanjung

Tanah Melayu pada sekitar awal abad ke-20. Ayahnya bernama

Haji Yaacob ialah seorang guru agama dan tokoh yang

dihormati oleh masyarakat di kampungnya, manakala ibunya

bernama Hawa binti Hussein. Ketika Ibrahim Yaacob berusia

dua tahun, kedua-dua ibu bapanya telah bercerai dan beliau

dijaga oleh ibunya yang hidup secara sederhana.

Ibrahim mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu

di Tanjong Kertau pada tahun 1918 ketika berusia tujuh tahun.

Pada tahun 1928, beliau telah dipilih menjadi

guru pelatih di Pusat Latihan Perguruan di

Kuantan, Pahang. Dalam tahun 1928 hingga

1931, Ibrahim telah menyambung pelajaran di

Sultan Idris Training College (SITC) di Tanjong

Malim, Perak.

Pengajiannya di SITC secara tidak

langsung telah menyemai semangat kebangsaan

dalam dirinya hasil daripada didikan guru-guru

yang sememangnya telah memainkan peranan

penting dalam membangkitkan semangat

kebangsaan kerana terpengaruh dengan gerakan

kebangsaan yang berlaku di India, Mesir,

Indonesia dan Jepun. Antara guru-guru yang banyak

mempengaruhi Ibrahim ialah Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan,

Cikgu Zainal Abidin Ahmad (Za‟ba), Cikgu Harun Mohd Amin

(Harun Aminurrashid), Cikgu Buyong Adil dan Cikgu Abdul

Rahman Haji Muhyidin. Peranan guru-guru SITC ini telah

memberi inspirasi kepada Ibrahim dalam memperjuangkan

konsep “Melayu Raya” khususnya bagi orang-orang Melayu

melalui pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Galakan

daripada Cikgu Harun Mohd Amin selaku guru dan penyelia di

rumahnya telah menanamkan semangat kebangsaan yang

berkobar-kobar dalam diri Ibrahim Yaacob. Selain daripada itu,

kegemarannya membaca buku dari pelbagai aspek khususnya

buku-buku sastera, sejarah dan hal ehwal semasa telah memberi

kelebihan kepadanya dalam memahami politik semasa.

Pembacaannya tidak terbatas kepada buku-buku sahaja,

tetapi juga akhbar-akhbar khususnya daripada Indonesia seperti

Persatuan Indonesia, Pewarta Deli, Pertja Selatan, Pedoman

Masyarakat, Fikiran Rakyat, Soeloeh Rakyat Indonesia,

Semangat Islam, Seruan Azhar, Bintang Timur dan Bintang

Hindia.

Pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan dan

pendedahan perkembangan politik khususnya di Indonesia telah

memberi impak ke dalam diri Ibrahim dalam membina jati diri

yang kukuh dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan

cintakan bangsa dan negara. Pendedahan dalam aspek politik dan

pengalaman yang diperolehi di SITC telah membentuk diri

Ibrahim sebagai seorang Melayu yang mencintai bangsa, agama

dan negara.

Dalam memastikan perjuangannya dapat dihebahkan

kepada umum, Ibrahim telah memperjuangkan ideologi

politiknya melalui penulisan di dalam akhbar Majlis. Penulisan

Ibrahim juga turut tersiar di dalam akhbar-akhbar terkemuka pada

ketika itu seperti akhbar Warta Malaya dan Utusan Melayu.

Penulisan beliau meliputi aspek kehidupan orang

Melayu sama ada dari perspektif ekonomi, pelajaran,

cara hidup orang Melayu dan berkaitan dengan

bangsa asing serta dasar British di Tanah Melayu.

Sebelum tertubuhnya KMM, Ibrahim telah

melibatkan diri secara langsung dengan beberapa

pertubuhan bukan kerajaan. Semasa Ibrahim

menuntut di SITC, beliau beserta rakan-rakan telah

menubuhkan satu persatuan sulit yang “berhaluan

sosialis” iaitu Ikatan Semenanjung Malaya/Borneo

pada tahun 1929 yang memperjuangkan gagasan

“Melayu Raya” dengan menerapkan nilai perjuangan

dan memulakan proses perkembangan nasionalisme

Melayu. Pengenalan Konsep “Melayu Raya” dan

tuntutan kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu di bawah

Indonesia menjadi asas kepada perjuangan Ibrahim melalui

pertubuhan KMM. Walaupun ada pendapat yang melabelkan

Ibrahim sebagai golongan radikal yang berhaluan kiri, namun

jasa dan cetusan idea politik beliau telah membuka ruang kepada

kegiatan nasiolisme Melayu kemudiannya.

Gesaan Ibrahim terhadap masyarakat Melayu supaya

menubuhkan Persatuan Kebangsaan Melayu bagi menyatukan

orang-orang Melayu untuk menyelamatkan hak kebangsaaan

telah memperlihatkan dirinya sebagai pengerak nasionalisme

Melayu di Tanah Melayu. Selain itu, penglibatannya di dalam

kelab dan pertubuhan sebelum tertubuhnya KMM antaranya

meliputi Kelab Melayu Bentong pada tahun 1931 hingga 1934,

Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1938, Persatuan Belia

Melayu dan beberapa persatuan yang menjadi medan Ibrahim

menperjuang dan memperkembangkan ideologinya.

Penglibatan Ibrahim Yaacob dalam KMM bermula

selepas Persatuan Belia Melayu yang dianggotainya telah

mengalami proses tranformasi. Pada peringkat awal Persatuan

Belia Melayu hanya terlibat di dalam aktiviti sosial sahaja.

Namun, Ibrahim bersama rakan-rakannya telah menjadikan

Persatuan Belia Melayu berteraskan politik. Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Email : [email protected]

6

Selaras dengan perubahan tersebut, nama

Persatuan Belia Melayu telah ditukar kepada Kesatuan

Melayu Muda yang turut dikenali dengan Young Malay

Union. Pertukaran nama tersebut menjadikan KMM

sebuah pertubuhan nasional yang agak radikal. Ibrahim

telah dilantik sebagai Yang Dipertua KMM dengan

dibantu rakan-rakannya seperti Onan Haji Siraj sebagai

Naib Yang Dipertua, Abdul Karim Rashid sebagai

Setiausaha, Othman Abdullah sebagai Bendahari, Hassan

Manan, Ahmad Boestaman, Isa Muhamad, Ishak Haji

Mohammed, Sultan Djenain dan beberapa orang tokoh

yang terlibat secara awal dalam KMM. Selain daripada

mereka, antara tokoh-tokoh terkemuka pernah menyertai

KMM selepas itu ialah Dr. Burhanuddin al-Helmi pada

tahun 1939, Dato‟ Onn Ja‟afar yang menganggotai KMM

pada bulan April 1942 dan beberapa orang tokoh yang

kemudiannya menjadi pencetus kepada perjuangan

menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

KMM di bawah pentadbiran Ibrahim Yaacob

telah menjadi satu medan perjuangan bagi membentuk

kuasa rakyat akar umbi dalam menentukan nasib orang

Melayu. Bagi Ibrahim, KMM dikhaskan untuk golongan

pemuda bawahan. Hal ini bertujuan bagi menunjukkan

protes beliau terhadap penguasaan golongan bangsawan

dalam kepimpinan politik Melayu seperti Persatuan

Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail

Tengku Muhammad Yasin. Oleh itu, ideologi Ibrahim

melalui KMM secara tidak langsung telah membawa satu

anjakan terhadap idea pemikiran baru kepada orang

Melayu dengan memberi satu bentuk kepimpinan

berasaskan kuasa dari rakyat untuk rakyat.

Bagi Ibrahim, pembentukan KMM adalah

bertujuaan untuk melenyapkan belenggu penjajahan asing

dan sebagai gantinya melahirkan satu gagasan “Satu

Untuk Semua, Semua Untuk Satu”. Oleh itu melalui

KMM, Ibrahim telah bertindak selaras dengan cita-cita

dan ideologinya semenjak menuntut di SITC iaitu

mengabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia di

bawah satu konsep “Melayu Raya”. Konsep Melayu Raya

yang dibawa oleh Ibrahim ialah untuk memastikan orang

-orang Melayu dapat bersatu di bawah satu pertubuhan

atau satu bangsa.

Dalam mengharungi perubahan sosiopolitik

yang berlaku khususnya di Tanah Melayu, Ibrahim telah

melakukan beberapa pendekatan atau perubahan bagi

memastikan KMM dan ideologi yang dibawanya dapat

bertahan lama. Untuk itu, KMM telah menjalinkan

hubungan dengan British, Jepun dan juga pihak Parti

Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai

Malayan Peoples’s Anti Japanese Army (MPAJA) pada

masa yang sama.

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah

mengambil keputusan menyokong Jepun semasa

pendudukannya di Malaya. Kerjasama Ibrahim dengan

pihak Jepun melalui KMM menyebabkan pihak British

telah mencurigai Ibrahim dan ahli-ahli KMM yang lain.

Pada 7 dan 8 Disember 1941, Ibrahim Yaacob, Ishak

Haji Muhammad, Hassan Manan, Ahmad Boestaman dan

Isa Mohd bin Mahmud ditahan oleh British kerana disyaki

merancang pakatan menentang British dan bekerjasama dengan

pihak Jepun di bawah Undang-undang Pertahanan (Defence

Regulation) lalu dipenjarakan di Changi, Singapura.

Penangkapan Ibrahim selaku Yang Dipertua KMM

telah menyebabkan teraju KMM diambil alih oleh Mustapha

Hussein untuk memimpin. Walaupun, Ibrahim dan ahli-ahli

KMM ditangkap oleh British, namun Mustapha Hussein tetap

meneruskan dasar untuk memberi sokongan kepada pihak

Jepun. Setelah pihak Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu,

pada 12 Februari 1942 pihak British telah membebaskan

Ibrahim dan ahli-ahli KMM yang ditahan. Selepas itu, Ibrahim

telah mengambil alih kembali teraju kepimpinan KMM. Di

bawah kekuasaan Jepun, KMM telah diberi jaminan untuk

terus bergiat tanpa sekatan daripada pihak Jepun.

Pihak Jepun seterusnya telah melantik Ibrahim

mengetuai pasukan Giyu Gun dan Giyu Tai dengan pangkat

Leftenan Kolonel pada Jun 1944 setelah mendapat latihan

ketenteraan selama enam bulan. Beliau juga dilantik sebagai

Penasihat Hal-Ehwal Orang Melayu kepada Gabenor Watanabe

di Singapura.

Namun, tindakan pihak Jepun yang tidak memberi

jawatan penting kepada Ibrahim dan ahli KMM yang

mempunyai pengaruh yang kuat adalah bagi mengelakkan

berlakunya dominasi pentadbiran Jepun terganggu. Kegagalan

pihak Jepun menunaikan janji memberi hak kemerdekaan

penuh Tanah Melayu dan memenuhi beberapa tuntutan serta

tindakan pihak Jepun menggunakan Barisan Pemuda KMM

sebagai buruh paksa di Tanjung Katong menjadi salah satu

faktor utama Ibrahim melalui KMM menentang dasar kerajaan

Jepun pula.

Hal ini menyebabkan Ibrahim melalui KMM

mengambil tindakan untuk berkerjasama dengan Parti Komunis

Malaya (PKM) atau Malayan Communist Party (MCP)

menentang pentadbiran Jepun di bawah Malayan People Anti-

Japanese (Fascist) Army (MPAJA). Tindakan Ibrahim

bekerjasama dengan PKM menyebabkan kerajaan Jepun

mengambil tindakan untuk mengharamkan KMM pada akhir

bulan Jun 1942. Walaupun KMM diharamkan, Ibrahim beserta

rakan-rakannya seperti Dr. Burhanuddin dan Onan Siraj telah

menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung

(KRISS) pada bulan Jun 1945 dengan diketuai oleh Ibrahim

sendiri bagi meneruskan cita-cita dan memperjuangkan

kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu di bawah Indonesia.

Walaupun usaha tersebut gagal dilaksanakan setelah Sukarno

membuat peristiharan kemerdekaan Indonesia tanpa penyertaan

Tanah Melayu pada 17 Ogos 1945. Walau bagaimanapun,

perjuangan dan cita-citanya tetap diteruskan sehingga Ibrahim

meninggal dunia ketika berusia 68 tahun pada 8 Mac 1979 dan

dimakamkan di Taman Pahlawan Kalibata kerana Pemerintah

Indonesia menghargainya sebagai seorang yang telah berjasa

kepada Indonesia. Namun semangat kebangsaan dan

nasionalisme yang diterapkan oleh Ibrahim Yaacob, secara

tidak langsung membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu

pada 31 Ogos 1957. Beliau merupakan tokoh hebat Anak

Kandung SITC Tanjong Malim dan diiktiraf sebagai pejuang

kemerdekaan negara.

7

Cataloguing and Metadata Introduction

Libraries have been organizing their materials on the shelf for

easy access merely centuries ago. And a century ago,

organization of library materials have became systematic. Melvil

Dewey has developed a systematic scheme of library

classification in 1876, which has become a unique tool to

organizing library materials on the shelf. Also, in the same year,

Charles A. Cutter has developed Rules for a Dictionary

Catalogue which make ease to the librarian to record

systematically the library holdings in the form of catalogue

entries. Since then a number of library classification schemes and

catalogue codes have been developed to assist in the process of

organizing library materials.

Cataloguing

Cataloguing is considered as the art of preparing catalogues.

Catalogue has popularly defined by Rowley and Farrow (2000) as

“an organized list of documents arranged for access in some

systematic order.” Svenonius in his book „The Intellectual

Foundation of Information Organization‟ has listes down the

following objectives of cataloguing, which stated and identified

by Cutter as being:

1) To enable a person as being:

Author

Title

Subject

2) To show what library has:

By a given author

On a given subject

In a given literature

3) To assist in the choice of a book:

By edition

By character

AACR2 was developed as parameters for the librarian to denote a

document and how to represent them. AACR2 has become the

most popular catalogue codes and is used all over the world.

AACR2 is an abbreviation of Anglo-American Cataloguing Rules

and 2 are for the second edition revised in 1976. This rule

consists of up to eight (8) areas containing a specific set of

information as follows:

1)Title, other title information and statement of

Responsibility.

2) Edition.

3) Material specific details or type of publication.

4) Publication, distribution, etc.

5) Physical description.

6) Series.

7) Notes.

8) Standard numbers and terms of availability.

There are four different processes but interdependent in the

cataloguing which is:

Description of information resources

In this stage, information about the sources is gathered. The

chief source of information for information source is the item

itself based on eight (8) areas that has been mentioned.

Choice of access point

The cataloguer must decide the various access points, for

example: author, title, and publisher that user can use to find

the information source.

Choice of headings

The cataloguers have to decide the format for the headings

whether to use the heading in its natural order or in a reverse

order, using singular or plural form.

References The cataloguers have to provide links for various other

accesses that can be used by the user to access the information

source.

There were three (3) levels of description for catalogue

record in AACR. The first level is brief cataloguing which

is the description is sufficient to identify item in a small

library. The information contains the proper title, statement

of responsibility and publication data as name of publisher

and date of publication. Material specific detail also

includes if the item is cartographic material. The second

level of description includes the first level of description,

general material designation after the title and statements of

responsibility. This level of description is sufficient to

identify to items in a medium-sized library collection. The

third level of description includes first and second level of

description and all area of specific information and

appropriate to large libraries and research collection.

Oleh : Mohamed Zaid Mohamed Idris

Email : [email protected]

8

Metadata vs. Catalogue

In this era, information sources not only come in the printed or

physical form. It also comes in a digital collection such as

online databases, electronic journals and internet resources.

These resources are selected and cataloged manually and

centralized it into a large catalogue database for digital or

hybrid library.

It was quite troublesome to catalogue the electronic resources

and there are many problems in cataloguing digital

information sources. First and foremost, digital resources are

huge in number and rapidly grow so it is impossible for

human cataloguers to cope each and every item. Secondly, the

characteristics of digital information resources required

different standard to be followed for each type of document.

Bibliographic formats such as MARC and catalogue codes for

example, AACR2 not suitable for representing all the

characters of digital resources. To cope with this, various

metadata standards have been developed, for example, Dublin

Core Standards for representing different types of digital

information resources.

The term metadata had appeared in library and information

science literature in mid -1990s. Simple definition of metadata

is „data about data‟. Dempsey and Heery (1998) have come up

with better definition which is:

“Data which describe attributes of resource.”

“Data associated with object which relieves their

potential users of having to have full advance

knowledge of their existence or characteristics.”

Metadata supports a variety of operations and perhaps to users

of metadata is not only human but also computer programs.

Library has been used to create catalogue records as metadata

for searching and retrieval of records. Metadata produced in

the library consist of some item-specific information such as

author, title, data of publication and unique identifier (such as

ISBN).

Gilliland-Swetland (1998) classifies metadata into five

categories on basis of their use, (1) administrative metadata

use in managing and administering information, (2)

descriptive metadata used to describe or identify information

resources, (3) preservation metadata related to the

preservation management of information resources, (4)

technical metadata related to how a system functions or

metadata behaves, and (5) use metadata related to the level

and types of use of information sources.

The Dublin Core

Some of the metadata standards which have been built by

experts in their respective subject areas, such as MARC and

the Dublin Core are general in nature and can accommodate

descriptive information about digital information resources.

Dublin Core Standard consists of 15-element set of descriptors

intended to promote author-generated description of

internet resources. The elements fall into three groups:

content, intellectual property and instantiation. Dublin

Core Standards has characteristics as follows:

The core set can be extended with further

elements.

All elements are optional.

All elements are repeatable.

Any elements may be modified by a qualifier.

Conclusion

Metadata has become important issues for information

organization since the birth of knowledge management and

digital information resources. Still, cataloguing remains highly

relevant in the modern information retrieval environment even

though AACR2 was not specifically designed to cater internet

resources.

Resources

Chowdury, G. (2004). Introduction to modern information

retrieval. London: Facet Publishing.

Dempsey, L. A. (1998). Metadata: a current view of practice

and issues. Journal of Documentation , 54 (2), 145-72.

Dublin core metadata element set, version 1.1. (n.d.). Re-

trieved June 25, 2009, from Dublin Core Standard: http://

dublincore.org/documents/dces

Gilliland-Swetland, A. (1998). Defining Metadata. In M. Baca,

Introduction to metadata: pathways to digital information

(pp. 1-8). Los Angeles, California: Getty Information Insti-

tute.

Rowley, J. A. (2000). Organizing knowledge: an introduction

to managing access to information. Aldershot: Gower.

Svenonius, E. (2000). The intellectual foundation of

information organization. Cambridge, MA: MIT.

9

Bengkel Pembantu Perpustakaan Tuanku

Bainun: Perkhidmatan Sirkulasi Dan

Perkhidmatan Rujukan Dan Maklumat

Bengkel ini telah diadakan pada 17 dan 18 Jun

2009 di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku

Bainun. Tenaga pengajar bagi bengkel ini ialah Dr.

Sharif Md Saad dan Pn. Hasnah bt Abdul Rahim

yang merupakan pensyarah Fakulti Pengurusan

Maklumat, UiTM, Shah Alam. Bengkel ini diadakan

untuk mempertingkatkan kefahaman dan kemahiran

berkomunikasi secara berkesan. Di samping itu juga

ia bertujuan memberi pendedahan kepada

kakitangan perpustakaan dalam mengetahui polisi

dan prosedur serta pengurusan pentadbiran di Unit

Sirkulasi dan Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat.

Justeru itu ia akan dapat membantu melicinkan lagi

proses kerja di bahagian tersebut dengan lebih

efektif.

Kursus ‘Intellectual Property Right Protection’

Pada 15 dan 16 Jun 2009 di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun, kursus berkaitan harta intelek telah dikendalikan oleh pihak SIRIM Training Services Sdn. Bhd. Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah Pn. Norhayati binti Hassan dan Pn. Siti Dolai binti Abd Kahar. Menerusi kursus ini, peserta telah didedahkan dengan bidang perlindungan harta intelek di Malaysia, hakcipta, kerahsiaan maklumat, rekacipta industri, perundangan dan paten. Peserta juga didedahkan kepada harta intelek di peringkat antarabangsa.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

10

LAWATAN ORGANISASI LUAR

Sepanjang Januari hingga Ogos 2009, Perpustakaan Tuanku

Bainun telah menerima lawatan daripada pelbagai pihak.

Antaranya daripada sekolah-sekolah, universiti tempatan serta

lawatan daripada luar negara.

Perpustakaan, Universiti Multimedia.

Pelajar Universiti Negeri Jogjakarta, Indonesia.

Azzad University, Iran.

JSIT Indonesia.

Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat,

Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman.

UNRI (Universiti Nasional Republik Indonesia).

Perpustakaan Universiti Teknologi Mara, Pahang.

LAWATAN

PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

Perpustakaan Tuanku Bainun turut mengadakan lawatan

ke organisasi luar bagi melihat penambahbaikan

terhadap proses kerja dan pemantapan sistem kualiti

yang dilaksanakan oleh perpustakaan lain. Oleh itu, dua

lawatan telah diadakan pada 7 April 2009 ke

Perpustakaan Hipermedia MPSJ dan 21 Mei 2009 ke

Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Oleh : Muliati Samad

Email : [email protected]

Pemberian cenderahati kepada pihak

perpustakaan USIM

Berkongsi pandangan dengan kakitangan

Perpustakaan Universiti Multimedia

Lawatan kakitangan perpustakaan UPSI

ke perpustakaan Hypermedia, MPSJ

Taklimat lawatan daripada

Perpustakaan Tuanku Bainun

11

HARI KELUARGA KLIK AJK KLIK sesi 2007/2008 telah menganjurkan hari

keluarga kepada semua ahlinya pada 28-29 Mac 2009

di Tanjung Bunga Beach Resort, Pulau Pinang. Antara

tempat yang dilawati sepanjang 2 hari tersebut adalah

Chowrasta, Muzium Pulau Pinang, Padang Kota,

Taman Botani dan lain-lain tempat menarik. Tahniah

diucapkan kepada AJK KLIK sesi 2007/2009.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

PERLANTIKAN AJK

BARU KLIK SESI 2009/2011

Mesyuarat Agung kelab telah diadakan pada 26 Mei 2009 bagi

melantik AJK baru bagi sesi 2009/2011. Prosedur pemilihan

dan perlantikan calon adalah di bawah seliaan AJK pilihanraya

yang dilantik. Pelbagai isu serta agenda dibincangkan serta

diulas oleh setiap ahli. Semoga perlantikan AJK baru sesi

2009/2011 akan dapat memikul tanggungjawab yang telah

diamanahkan kepada mereka.

AJK KLIK SESI 2009/2011

Pengerusi : Mohd Razalli b Ahmad Termizi

Tim.Pengerusi : Noriha bt Muhammad

Setiausaha : Farizatul Suhana bt Osman

Bendahari : Maizatul Akmam bt Awang

Timb.Bendahari : Zarlina bt Ascal

Biro Ekonomi : Norhayani bt Samduddin

Biro Kebajikan : Nor Haslina bt Khalid

Biro Pendidikan : Hasrul Fazli b Abdul Halil

Biro Sukan : Ahmad Nazim b Ismail

12

KONVENSYEN

KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)

Pada 6-8 Februari 2009, Kumpulan Iqra‟ dari Perpustakaan Tuanku

Bainun telah mewakili UPSI kategori perkhidmatan dalam Konvensyen

KIK peringkat IPTA di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tajuk projek

yang dibentangkan adalah „mewujudkan pangkalan data dalaman iSYS

untuk memudahkan pengaksesan artikel keratan akhbar yang sering

terganggu‟.

7 PETANDA KEBAHGIAAN DUNIA

Hati yang selalu bersyukur.

Pasangan hidup yang soleh.

Anak yang soleh.

Lingkungan yang kondusif

untuk iman kita.

Harta yang halal.

Semangat untuk memahami

agama.

Umur yang semakin tua

semakin soleh, yang setiap

detiknya diisi dengan amal

ibadah.

Dari Ibnu Abbas R.A.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Sa‟aidah bt Ibrahim

Pembantu Perpustakaan

Noriati bt Nordin

Pembantu Perpustakaan

KENAIKAN PANGKAT

Tahniah diucapkan kepada empat orang kakitangan perpustakaan di atas kenaikan pangkat daripada pustakawan

(S41) kepada pustakawan kanan (S44) dan pembantu perpustakaan (S17) kepada pembantu perpustakaan kanan

(S22).

Mohd Razalli b Ahmad Termizi

Pustakawan

Mohamed Zaid b Mohamed Idris

Pustakawan

13

Merancang dan menjalankan sesuatu projek penyelidikan boleh

menjadi satu pengalaman yang manis ataupun pahit. Peluang untuk

meneroka sesuatu topik penyelidikan dan keghairahan meraih

sesuatu penemuan yang baru bakal mendatangkan sesuatu

kepuasan yang tidak terhingga. Ia hanya akan terhasil dengan

membangunkan satu cadangan penyelidikan (research proposal) yang

efektif. Ia sebagai medium yang menjelaskan perancangan sesuatu

penyelidikan dan sebagai panduan untuk menghasilkan projek

penyelidikan yang bermanfaat. Justeru itu, buku ini berperanan

untuk membantu pelajar atau penyelidik dengan pendekatan yang

mudah, di mana, ia dapat dijadikan sebagai rujukan dalam

penulisan cadangan penyelidikan (research proposal). Buku ini dimulai

dengan bab meneroka dalam mengenalpasti permasalahan

penyelidikan (research problem). Penulis juga teliti dalam

menerangkan tujuan ulasan penulisan (literature review) dan juga

pelbagai panduan untuk membantu pelajar atau penyelidik

mengelakkan kesilapan dalam penulisan cadangan penyelidikan

(research proposal). Sasaran buku ini diakui oleh penulis ditujukan

kepada pelajar atau penyelidik dalam bidang Sains Sosial. Namun,

panduan dan gambar rajah didalamnya mampu membimbing

pelajar atau penyelidik dalam bidang lain. Akhir sekali, penulis

menekankan panduan daripada buku ini beserta dengan bimbingan

penyelaras penyelidikan (supervisor) mampu menghasilkan

rancangan penyelidikan dan seterusnya satu projek penyelidikan

yang jitu.

Sebuah buku yang pernah saya baca dan agak menarik kandungannya ialah The Da Vinci Code. Sebuah novel Inggeris yang pernah mencetuskan kontroversi dalam fahaman agama Kristian dan dikatakan satu pembohongan dan penyimpangan fakta. Buku ini merupakan sebuah kisah misteri fiksyen berbentuk penyiasatan oleh watak utamanya Robert Langdon, seorang professor „Symbologist‟ di Universiti Harvard. Beliau menyiasat kematian seorang kurator Muzium Paris Louvre yang terkemuka Jacques Sauniere. Siasatan beliau membawa kepada penemuan konspirasi sebuah badan rahsia “Priory of Sion” dan “Opus Dei” mengenai kemungkinan Jesus Christ berkahwin dengan Mary Magdalene dan melahirkan seorang anak. Cucu perempuan Sauniere, Sophie Neveu turut datang ke tempat kejadian dan cuba mencari bukti terhadap pembunuhan datuknya. Pencarian mereka menemukan sebatang kunci untuk membuka peti simpanan di Swiss Bank, yang menyimpan rahsia dalam bentuk „cryptex‟. Penyiasatan mereka akhirnya membongkar siapa sebenarnya pembunuh Jacques Sauniere dan dari petunjuk yang ditemui membawa mereka ke sebuah gereja lama di Scotland. Di sana mereka bertemu semula dengan nenek dan adik lelaki Sophie Neveu yang dikatakan telah meninggal dunia. Sophie Neveu sendiri sebenarnya daripada darah keturunan Jesus Christ, dan datuknya sendiri adalah ketua “Priory of Sion” yang menyimpan rahsia tersebut. Keluarga ini terpaksa dipisahkan demi mempertahankan identiti mereka

yang sebenarnya.

A Comprehensive Guide to Writing a Research Proposal by Parmjit Singh, Chan Yuen Fook dan Gurnam Kaur. Kuala Lumpur: Venton Publishing, 2009

The Da Vinci Code by Dan Brown.London: Corgi,

2003.

Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi & Najah Saghirah

Haroman.

Email : [email protected] / [email protected]

14

Unit Sumber Media menawarkan perkhidmatan

rujukan serta pinjaman bagi pelbagai bahan

koleksi sumber media yang terdiri daripada DVD,

VCD, pita video, kaset, disket, kit dan bahan

CD-ROM. Sehingga Ogos 2009, koleksi sumber

media berjumlah 7,449 judul / 10,917 naskhah.

Bahan ini boleh diperolehi menerusi kaunter

sumber media yang terletak di aras 4

perpustakaan.

Untuk kemudahan pelanggan, peralatan yang

lengkap turut disediakan bagi memudahkan

rujukan kepada bahan-bahan sumber media.

Selain itu juga, bagi pelanggan yang menghadapi

kekangan masa, tempoh pinjaman selama tiga

hari bagi 2 naskhah bahan sumber media

dibenarkan.

Unit Sumber Media bukan hanya menawarkan

bahan sumber media berkaitan dengan program

pengajian, malah turut menyediakan koleksi

terbaik filem yang telah memenangi anugerah

bagi mewujudkan suasana santai kepada para

pelanggannya. Dalam masa yang sama juga, Unit

Sumber Media turut menawarkan

perkhidmatan mendengar radio dengan saluran

yang boleh dipilih oleh pelanggan sendiri.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]