bil.1 / februari kaunseling - jobshop - uitm kaunseling... · kaunselor pusat kerjaya dan...

Download BIL.1 / FEBRUARI Kaunseling - JobShop - UiTM Kaunseling... · kaunselor Pusat Kerjaya dan Kaunseling telah menjayakan Program Transform To Excel kepada 141 orang pelajar ... Kertas

If you can't read please download the document

Upload: hakhuong

Post on 06-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

    Kaunseling Minda

    2016 BENGKEL UJI LARI SISTEM E-REKOD KAUNSELING (COUNSELING2U)

    Objektif : Untuk melihat keberkesanan dan penambahbaikan sistem pengurusan kaunseling yang dibina.

    Penyertaan : 15 Pegawai Psikologi & 7 staf Info Tech Tarikh : 15 & 16 Februari 2016 Lokasi : Makmal 1, Aras 5 Menara SAAS Taklimat Oleh : En. Syamsuddin Mudzamil Pegawai Teknologi Maklumat Kanan

    BIL.1 / FEBRUARI

    -TRIVIA- Program Transform To Excel (ACCA) KERJASAMA

    FAKULTI PERAKAUNAN DAN PKK Program kecemerlangan akademik dan personaliti sentiasa dititikberatkan oleh UiTM. Pada 29 Januari 2016, para kaunselor Pusat Kerjaya dan Kaunseling telah menjayakan Program Transform To Excel kepada 141 orang pelajar

    Program ACCA, Fakulti Perakaunan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat dihargai.

    TAHNIAH KEPADA SEMUA!

  • PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UiTM SHAH ALAM SEBAGAI TEMPAT JALANI PRAKTIKUM KAUNSELING

    DI KALANGAN PELAJAR IPTA

    Artikel Oleh : Cik Hjh Fozilah Abd Hamid K.B.P.A

    Susunan & ilustrasi : Pn. Masrina Abdul Halim K.B.P.A

    KEPENTINGAN LATIHAN PRAKTIK KAUNSELING

    Praktikum dalam latihan kaunseling mempunyai kedudukan yang istimewa. Bagi melayakkan seseorang kaunselor diiktiraf dan mendapat

    lesen, mereka perlulah menjalani praktikum dan internship yang diselia pada tempoh yang tertentu. Kemahiran dan pengetahuan yang

    diperolehi di bilik-bilik kuliah tidak memadai bagi seseorang pelajar untuk bertindak sebagi kaunselor berwibawa dan memerlukannya

    dibimbing melalui penyeliaan secara individu dan kumpulan.

    Menyedari kepentingan praktikum dalam latihan kaunseling di Malaysia, Jawatankuasa Standard Kelayakan Kaunselor Malaysia

    pada tahun 1998 menyediakan senarai kelayakan akademik sebagai semakan untuk pendaftaran kaunselor. Dalam laporan tersebut juga

    dinyatakan bagi program Ijazah Pertama yang memerlukan 120 jam kredit, 12 jam kredit diperuntukkan untuk praktikum. Bagi program

    Ijazah Lanjutan/Sarjana, praktikum adalah sebanyak 6 jam kredit dan Diploma Lepasan Ijazah sebanyak 8 jam kredit.

    PEMILIHAN PUSAT KERJAYA DAN KAUNSELING UiTM SHAH ALAM SEBAGAI TEMPAT JALANI PRAKTIKUM KAUNSELING DI

    KALANGAN PELAJAR IPTA

    Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam sejak sekian lama memang menjadi pilihan pelajar-pelajar kaunseling di peringkat diploma,

    sarjana muda dan sarjana untuk menjalani latihan praktik. Pemilihan ini berlaku mungkin kerana Pusat Kerjaya dan Kaunseling memiliki

    bilangan kaunselor berdaftar yang terlatih dan berpengalaman yang ramai (86%, 18 daripada 21 kaunselor di PKK adalah Kaunselor

    Berdaftar, data sehingga Jan 2016) serta kemudahan fizikal yang amat membantu untuk latihan praktik kaunseling.

    Data penggunaan Pusat Kerjaya dan Kaunseling sebagai tempat jalani praktikum di kalangan pelajar dari tahun 2012-2015 adalah

    seperti berikut :- A. PERINGKAT PENGAJIAN

    B. PROGRAM PENGAJIAN

    C. PELATIH MENGIKUT UNIVERSITI

    PENUTUP

    Kajian mengenai kesesuaian sesuatu tempat/setting bagi latihan praktik kaunseling mendapati

    faktor lokasi tempat, kepelbagaian klien, kepakaran dan kemudahan tempat menjadi pendorong

    untuk pelatih menjalani latihan praktik. Faktor diri pelatih, faktor rakan dan faktor tarikan tempat dikenalpasti sebagai faktor utama dalam

    menentukan pemilihan tempat latihan praktik (Fozilah, 2001).

    RUJUKAN :- Abd Halim Othman. 1996. Dari jamong ke laser. Sejarah, konsep dan perlaksanaan kaunseling di Malaysia.

    Kertas kerja Simposium Kaunseling Kebangsaan. Petaling Jaya. 17-18 Ogos.

    Fail Internship/Praktikum Pusat Kerjaya dan Kaunseling UiTM Shah Alam.

    Fozilah bt Abd Hamid. 2001. Penggunaan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai tempat menjalani praktikum bagi pelatih-pelatih kaunseling. Satu Kajian

    kes. Laporan Praktikum Ijazah Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Laporan Jawatankuasa Standard Kelayakan Kaunselor. 1998. Standard kelayakan pendaftaran sebagai kaunselor bagi pemohon-pemohon lulusan dalam negeri. Kertas kerja

    Mesyuarat Jawatankuasa Standard Kelayakan Kaunselor. Putra Jaya. 28 Mac.

    TAHUN DIPLOMA SARJANAMUDA SARJANA JUMLAH

    2012 2 2 1 5

    2013 - 2 2 4 2014 - 7 4 11 2015 - 14 8 22

    JUMLAH 2 25 15 42

    TAHUN KAUNSELING PSIKOLOGI (SAHAJA) LAIN-LAIN JUMLAH 2012 4 - 1 5 2013 4 - - 4 2014 10 - 1 11 2015 21 1 - 22

    JUMLAH 39 1 2 42

    TAHUN UM UKM UPM USIM UIAM UMT UPSI UiTM KUIM JUMLAH

    2012 - 1 - - - 2 - 1 1 5 2013 2 - 2 - - - - - - 4 2014 1 1 1 2 - 4 1 1 - 11

    2015 2 6 - 9 2 2 1 - - 22 JUMLAH 5 8 3 11 2 8 2 2 1 42

    Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

    Untuk Maklumat Terkini, Sila Layari

    Laman Web Kami :

    www.jobshop.uitm.edu.my

    Atau lawati kami di

    www.facebook.com/PKKUiTM