artikel transform training

4
Transform Training & Consultancy (TTC) adalah merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan bermutu dan berwibawa kepada masyarakat melalui pendekatan Islam disamping menyampaikan tanggungjawab dakwah secara langsung. Pengasasnya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew (EbitLew) berkata, Transform Training & Consultancy ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pekerja mahupun seawal bangku sekolah di Malaysia perlu menjalani latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam setiap profesion agar melahirkan individu cemerlang serta bermotivasi tinggi. Selain itu, beliau menegaskan bahawa usaha murni ini mampu dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik. Transform mempunyai barisan penceramah dan perunding latihan yang terlatih,berkaliber dan berpengalaman dalam membentuk, melaksana dan menilai program-program latihan yang dilaksanakan untuk agensi-agensi kerajaan,swasta,institusi kewangan dan perbankan,badan-badan korporat,persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO),institusi pengajian tinggi dan sekolah- sekolah di Malaysia Sejak penglibatan pengasanya, Ebit Lew secara rasmi dalam dunia latihan dan perundingan iaitu pada tahun 2006 , beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat di agensi- agensi kerajaan dan swasta dalam bidang pembangunan manusia. Menyedari ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’ , program pembangunan pelajar terbilang dirancang seawal pelajar berumur 9

Upload: rahman-lew

Post on 03-Jan-2016

59 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Transform training and consultancy ebit lew

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Transform Training

Transform Training & Consultancy (TTC) adalah merupakan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan bermutu dan berwibawa kepada masyarakat melalui pendekatan Islam disamping menyampaikan tanggungjawab dakwah secara langsung.

Pengasasnya, Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew (EbitLew) berkata, Transform Training & Consultancy ditubuhkan atas kesedaran bahawa semua golongan pekerja mahupun seawal bangku sekolah di Malaysia perlu menjalani latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam setiap profesion agar melahirkan individu cemerlang serta bermotivasi tinggi.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa usaha murni ini mampu dicapai melalui program latihan dan perundingan yang disusun secara sistematik. Transform mempunyai barisan penceramah dan perunding latihan yang terlatih,berkaliber dan berpengalaman dalam membentuk, melaksana dan menilai program-program latihan yang dilaksanakan untuk agensi-agensi kerajaan,swasta,institusi kewangan dan perbankan,badan-badan korporat,persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO),institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah di Malaysia

Sejak penglibatan pengasanya, Ebit Lew secara rasmi dalam dunia latihan dan perundingan iaitu pada tahun 2006 , beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat di agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang pembangunan manusia. Menyedari ‘melentur buluh, biarlah dari rebungnya’ , program pembangunan pelajar terbilang dirancang seawal pelajar berumur 9 tahun sehingga golongan belia dan sehingga kini lebih dari 11 000 pelajar telah menyertainya.

Transform Training & Consultancy mempunyai visi dan misinya tersendiri. Antara visinya adalah menjadi sebuah syarikat latihan dan pendidikan yang dapat melahirkan modal insan yang unggul dengan nilai peradaban bermutu. Misi mereka pula adalah membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui rangka modul Islam.

Antara modul latihan korporat yang mendapat sambutan ialah, Pembentukan Pasukan Kerja Terbilang, Transformasi Pekerja Terbilang, Kerja Sebagai Ibadah, Kunu Mithlana, Pemantapan Ibadah, Budaya Kerja Cemerlang, Pengurusan Stres, Kepimpinan, dan banyak lagi. Bagi modul program pelajar pula ialah Teknik Belajar ‘A’ 100% , Pemantapan Jati Diri Remaja, Kem Kunu Mithlana (anak soleh) , Pecutan Akhir Peperiksaan, Minda Pelajar Kelas A dan lain-lain.

Page 2: Artikel Transform Training

“Tahniah kepada En. Ebit Lew kerana telah menjalankan program ini dengan lancar dan sempurna. Pihak Pejabat Tanah Galian Selangor amat berpuas hati dengan keseluruhan program. Ini sebabnya kami menjalankan program Team Building ini sebanyak 3 sesi pada tahun ini dengan En. Ebit Lew dan En. Abdul Rahman. Dan InsyaAllah kita akan berjumpa lagi tahun hadapan.”

- Puan Rahilah -Ketua Penolong Pengarah

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew dan Ustaz Abdul Rahman kerana menjalankan program dengan penuh semangat dan cemerlang bagi dua (2) sesi 2011. Selama kami mengadakan kursus, inilah kursus yang terbaik pernah kami hadiri. Pada mulanya, kami merasa seperti takut ia akan membosankan, tetapi tidak sangka ia menjadi kursus yang amat menyeronokkan tetapi ia memberi kesan yang mendalam kepada semua peserta.” Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan bagi syarikat kami Malaysian Deep-Water Production Contractor (MDPC). Dan pada November 2012 InsyaAllah , 2 sesi akan berjalan sperti dirancang.”

- Puan Diana Pamela –Ketua Pembangunan Sumber Manusia

Malaysian Deep-Water Production Contractor (MDPC

Ramai pelanggan pengasasnya (Ebit Lew) yang selalu suaranya kedengaran di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang memberi pandangan positif dan lebih dari 70% pelanggan yang telah menjalankan program latihan akan mengadakan program berulang kali lebih dari 2 sesi. Ini telah membuktikan bahawa modul latihan dan pendekatan yang dirangka dapat membantu pembangunan sumber manusia unggul serta dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan organisasi.

Transform Training & Consultancy berbeza kerana pendekatan Islam yang digunakan dalam rangka modul latihan dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ dalam setiap latihan yang dijalankan. Beliau berpendapat motivasi sebenar hanya terdapat pada Rasulullah dan para Sahabah R.A dan melalui pendekatan itu ia akan dapat memberi kesan kepada setiap perinci individu.

Page 3: Artikel Transform Training

Transform juga telah merangka satu pelan jangka panjang bagi pembangunan sumber manusia khususnya bagi golongan belia yang bakal mencorak masa hadapan. Rancangan pada tahun 2013 , sebuah pusat tuisyen akan dilancarkan yang akan menampilkan guru-guru pakar bagi tujuan melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik dan disusuli dengan jadual latihan pemantapan jati diri remaja agar menjana pelajar cemerlang dan berakhlak tinggi.

Tahun 2014, syarikat merancang satu tanggungjawab sosial untuk membuka sebuah perpustakaan yang dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih dari 15 000 penduduk Bandar Baru Bangi khususnya dan terbuka untuk semua yang memerlukan sejajar dengan “Bandar Ilmu”.

Atas permintaan ramai, program sempena cuti sekolah pada November dan Disember 2012 akan diadakan sebanyak tiga sesi PRO KIDS.

1. Pemantapan Jati Diri Remajaa. 25-27 November 2012 – Selangorb. 09-11 Disember 2012 – Johor Bahru

2. Kem Kunu Mithlana (Anak Soleh)16-18 Disember 2012 - Selangor

Kursus ini direka untuk peringkat umur 9-17 tahun dengan harga RM 330 “all in”. Istimewa untuk 50 terawal , promosi yang diberikan RM 300.Penyertaan anda amat dialu-alukan. Untuk sebarang maklumat hubungi 013-255 6423 / 017-3666 848 atau 03-8926 7020/7030. Layari www.transformjiwa.com.