bil 3/2011 edisi mac -...

16
Bil 3/2011 Edisi MAC

Upload: lynhu

Post on 11-Apr-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Edisi InternetHaninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid

GrafikKamaruzzan bin Hanif

JurufotoIshak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungHj. Arpan Shah bin Hj. Satu

PenasihatHj. Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosmina bt Ishak

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Bil 3/2011 Edisi MAC

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian2

Pergerakan Pertubuhan

Peladang yang diwujudkan oleh Kerajaan bersama-sama jabatan dan agensi lain suatu ketika dahulu adalah bermatlamat untuk membantu dan membela golongan rakyat yang miskin yang rata-ratanya terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera luar bandar yang terlibat dalam pertanian.

Justeru, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang terus berusaha supaya rakyat, terutamanya masyarakat peladang terus mendapat manfaat dari arus pembangunan pertanian negara. Sehingga kini, kata Pengerusi LPP, Dato’ Haji Zainal bin Dahalan bahawa banyak perubahan telah berjaya dilakukan sepanjang 38 tahun LPP ditubuhkan.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan semasa majlis Pemimpin Bersama Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merlimau pada 1 Mac 2011. Seramai 300 orang ahli PPK hadir di majlis tersebut termasuk Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN Melaka dan semua Ahli Jemaah Pengarah PPK di Negeri Melaka.

Di akhir majlis, Dato’ Haji Zainal bin Dahalan menyempurnakan acara penyampaian sebuah jentuai padi bernilai RM260,615 kepada PPN Melaka, peruntukan sebanyak

RM150,000 dan RM70,000 masing-masing bagi melaksanakan projek akuakultur dan projek fertigasi kepada PPK Merlimau. Beliau berharap, semua kelulusan yang diberikan ini akan memberi manfaat kepada ahli-ahli Pertubuhan Peladang.

Katanya lagi, Kerajaan sentiasa memperuntukkan sumber kewangan bagi memajukan bidang pertanian. Atas keprihatinan Kerajaan membolehkan ahli-ahli peladang turut mengecapi kemajuan. Ini disebabkan negara berada dalam keadaan aman dan memudahkan perkhidmatan diberikan kepada rakyat. “Kita amat bertuah berada dalam negara yang aman lagi merdeka”, ujar Pengerusi LPP.

Mensyukuri nikmat kemerdekaan

Sudah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Bidang pertanian sejak

Oleh: Rosly bin Abdul Rahmankepada Peladang Merlimau

Amanat Pengerusi LPP

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 3

dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah dipinggirkan. Transformasi sentiasa berjalan bagi mengubah corak pertanian semasa. Daripada kaedah tradisional yang digunakan bagi mengusahakan bidang pertanian pada suatu ketika dahulu, kini pertanian dalam negara mengalami perubahan amat besar. Penggunaan jentera dan teknologi sudah menjadi lumrah. Tambahan, proses perubahan ini turut melibatkan kreativiti dan inovasi yang tinggi.

Semua yang berlaku, kata Pengerusi LPP adalah dari nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Negara yang aman membolehkan pelbagai usaha dijalankan bagi menambahbaik

keadaan. Keamanan negara tidak datang dengan cara mudah. Ianya perlukan perjuangan. “Inilah yang kita dapat hasil dari kemerdekaan dan keamanan negara. Keamanan negara bergantung kepada kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Oleh yang demikian, marilah kita pelihara keamanan dan kestabilan ini supaya nikmat ini akan dapat kita wariskan kepada generasi akan datang”.

Kemajuan Pergerakan Pertubuhan Peladang

Hasil keamanan dan kestabilan yang dinikmati sekarang, memudahkan ahli-ahli Pertubuhan Peladang

melaksanakan tanggungjawab. Lantaran, Pengerusi LPP mengajak semua ahli-ahli Pertubuhan Peladang supaya bersatu dan bersama-sama memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang. Katanya lagi, “Jangan kita berpecah belah. Seperti kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Apa jua yang kita usahakan merupakan satu ibadah. Berilah sokongan padu kepada pergerakan yang telah lama kita bina”.

Dato’ Haji Zainal Dahalan turut menggariskan kemajuan pergerakan Pertubuhan Peladang sekarang ini disumbang oleh 4 faktor utama iaitu melalui sokongan ahli, pegawai pentadbir, pemimpin peladang dan sokongan kerajaan.

Sokongan ahli

“Alhamdulillah, kemajuan Pertubuhan Peladang sebagaimana yang kita lihat sekarang, kerana ahli-ahli yang setia memberi sokongan kepada Pertubuhan Peladang. Mereka sentiasa menyahut seruan untuk melakukan sesuatu, samada secara persendirian, kelompok atau mengusahakan dengan apa cara sekalipun. Oleh yang demikian, teruslah beri sokongan kepada Pertubuhan Peladang kerana sokongan ahli amat penting dalam pergerakan kita”, mengulas lanjut.

Pengerusi LPP berkata, pegawai dan kakitangan juga memainkan peranan penting dalam kemajuan Pertubuhan Peladang. “Mereka ini membantu, menunjuk arah dan memberi pandangan serta menasihati kita dalam banyak perkara. Bukan sahaja pegawai-pegawai LPP tetapi juga pegawai-pegawai dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mereka sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada ahli-ahli Pertubuhan Peladang”.

Lanjutan dari itu, beliau seterusnya memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh pelbagai jabatan dan agensi ini yang sentiasa memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal terhadap

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian4

projek-projek ahli Pertubuhan Peladang yang menghadapi masalah. Dato’ Haji Zainal berharap pendekatan kerjasama di bawah MOA-Inc akan terus dimantapkan lagi.

Pemimpin peladang

Dato’ Haji Zainal berkata, golongan pemimpin di Pertubuhan Peladang terdiri dari Pengerusi-Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPN dan PPK serta barisan Ahli Jemaah Pengarah lain. “Pemimpin-pemimpin ini yang memikir apa nak dibuat, dalam kemampuan yang ada pada mereka di Pertubuhan Peladang masing-masing berdasarkan peruntukan yang ada. Bagaimana pemimpin-pemimpin ini boleh merancang untuk memberi khidmat kepada ahli-ahli. Untung di Pertubuhan Peladang bukan sahaja diukur melalui nilai Ringgit tetapi perkhidmatan yang diberikan kepada ahli merupakan keuntungan Pertubuhan Peladang kepada ahli. Ini kerana matlamat asal penubuhan kita adalah memberikan perkhidmatan kepada ahli”, katanya lagi.

Sokongan Kerajaan

Kerajaan sentiasa membantu ahli-ahli Pertubuhan Peladang dengan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 5

memberikan sokongan dalam bentuk aset, kewangan dan modal insan. “Tidakkah kerajaan selama ini membantu kita?”, soal Dato’ Haji Zainal. Kerajaan menempatkan anggota perkhidmatan awam bagi menguruskan Pertubuhan Peladang. Selain itu, peruntukan kewangan turut disalurkan untuk membangunkan infrastruktur dan melaksanakan projek. Kerajaan turut menyediakan bangunan pejabat kepada Pertubuhan Peladang untuk beroperasi.

Penglibatan golongan muda

Dalam usaha seterusnya bagi memantapkan pergerakan Pertubuhan Peladang, Pengerusi LPP berkata, ruang yang secukupnya akan diberikan kepada golongan muda dalam merancang masa depan Pertubuhan Peladang.

“Pada hari ini ramai golongan muda telah meraih keuntungan dalam sektor pertanian. Pertanian jangan hanya dilihat kepada aspek tanaman sahaja. Pertanian kini meluas termasuklah bidang pemprosesan, pemasaran, perkhidmatan dan lain-lain. Kebanyakan yang terlibat adalah dari golongan muda”, jelas Pengerusi LPP.

“Beberapa pendekatan sedang dirangka bagi membolehkan golongan muda terlibat secara langsung kepada pergerakan Pertubuhan Peladang. Pertama, adalah melalui lantikan sebagai Ahli Jemaah Pengarah tambahan untuk duduk bersama-sama dalam pentadbiran di dalam Pertubuhan Peladang”.

Kedua, penglibatan golongan muda melalui penubuhan pasukan Kor Tani Peladang yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar pada 14 Februari 2011. Tujuan penubuhan ini adalah untuk mendekatkan golongan muda menceburi bidang pertanian dengan lebih serius. “Mereka akan di segmenkan mengikut minat dan akan diberikan pendedahan lebih mendalam kepada bidang yang mereka pilih”, ulas Dato’ Haji Zainal lagi.

Pengerusi LPP melengkapkan kunjungan rasmi di Merlimau selama 2 hari dengan mengikuti program ziarah ke rumah Ketua-Ketua Unit di PPK Merlimau dan PPK Jasin bagi berjumpa lebih ramai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan bagi mendengar masalah dan pandangan secara terus.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian6

Permintaan terhadap kopi juga semakin meningkat menjadikan tanaman ini sebagai tanaman industri. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan masih mengekalkan aktiviti pertanian bersesuaian dengan kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika. Menerima hujan tahunan di bawah 3,000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2,200 jam membolehkan banyak jenis dan variati tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil.

Tanaman kopi dikatakan berasal daripada kawasan Tropika di Benua Afrika. Ianya dibawa ke Semenanjung Malaysia pada tahun 1799 dimana jenis Arabica merupakan jenis kopi yang mula-mula diperkenalkan. Perusahaan kopi

tempatan mula berkembang apabila kopi jenis Liberica diperkenalkan oleh Leonard Wray pada tahun 1875. Pada masa ini kopi jenis Liberica sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Negeri-negeri pengeluar utama jenis kopi ini ialah Johor dan Selangor manakala jenis Robusta pula banyak ditanam di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Pokok kopi adalah golongan tanaman saka. Tanaman ini boleh hidup sehingga melebihi 25 tahun dan membesar sehingga kepada paras ketinggian 6 – 15 m. Kopi Robusta adalah salah satu kopi yang bermutu tinggi dan sesuai diproses untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan kopi segera disamping kopi Arabica. Oleh itu permintaan terhadap kopi Robusta kini semakin meningkat dan ia digalakkan ditanam bagi mengurangkan import kopi dari negara luar.

Kopi mempunyai rasa dan aroma yang unik, ini membuatkan minuman hitam ini banyak digemari. Kopi pertama adalah

diminum dalam abad ke Sembilan apabila ia ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ ia merebak ke Mesir dan Yemen sehinggalah sampai Itali, seluruh Eropah dan Amerika. Sehingga kini kopi semakin mendapat tempat termasuklah di Malaysia yang turut menjadikan kopi sebagai tanaman ladang di Malaysia.

Tanaman IndustriKopi di Malaysia

Oleh : Annie Laily Arif

Tanaman IndustriKopi di Malaysia

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 7

Menurut kajian yang dijalankan, komponen yang terdapat dalam kopi iaitu Kafien, Catechols dan Npalkanoly-5-hydroxytryptamida mempunyai kesan peransang pada manusia. Semua komponen tersebut adalah bermanfaat untuk menjaga kesihatan.

Jenis-jenis dan kesesuaian tanaman

Terdapat dua spesies utama pokok kopi iaitu Coffe Arabica merupakan kopi tradisional, dan dianggap lebih baik. Coffe canephora (robusta) mempunyai kandungan Kefeina yang lebih tinggi dan boleh ditanam dikawasan yang tidak sesuai untuk Arabica, mendorong kepada penggunaannya sebagai gantian murah bagi Arabica dalam kebanyakan hasil kopi perdagangan. Berbanding Arabica, Robusta cenderung mempunyai rasa pahit dan lebih berasid. Robusta bermutu tinggi digunakan sebagai bahan dalam sesetengah campuran espresso untuk menambah lebih rasa pada kos yang lebih rendah.

Bagi tanaman kopi jenis Liberica, pertumbuhan akar tunjangnya boleh mencapai 0.5 – 6.0 m manakala jenis Robusta pula adalah lebih pendek dan tidak melebihi 0.5 m. Kopi Liberica mengambil masa 8 – 13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta mengambil masa antara 9 – 10 bulan untuk masak. Dalam pada masa yang sama, pokok kopi memerlukan musim kering semasa pembentukan primordial bunga bagi pengeluaran hasil yang baik. Pokok kopi juga memerlukan purata suhu di antara 19°C – 28°C serta kelembapan di antara 70 – 80%. Kopi jenis Liberica mengambil masa 8 – 13 bulan dari tarikh pengeluaran bunga untuk masak manakala kopi jenis Robusta pula mengambil masa antara 9 – 10 bulan untuk masak.

Pemprosesan

• Setelah mendapat bekalan kopi mentah (kopi jambu), kopi tadi dimasukkan ke dalam mesin untuk dipecahkulit kopi.

• Setelah sempurna proses yang diingini, kopi tadi diperam selama 2 hari di dalam bekas khas untuk menyenangkan proses kopi mentah tadi menjadi kopi beras (kulit tiada).

• Setelahdiperamselama2hari, kopi mentah (kopi jambu) itu tadi dijemur di tempat jemuran khas kopi.

• Proses tersebut memakan masa selama 2 minggu mengikut keadaan cuaca.

• Setelah proses penjemuran yang diinginkan, kopi mentah (kopi jambu) itu, dikisar di mesin kisar untuk proses mengasingkan kulit dengan isi kopi.

• Prosesini,dinamakanproseskopimentah(kopijambu) ke kopi beras (tiada kulit)

• Kopiberas tadi,dipanggang setelahdiasingkankulit kedalam mesin pemanas.

• Proses panggang tadi mengikut keadaan warna kopi beras tadi, semakin lama diperlukan sekiranya warna kopi tidak mengikut warna yang dikehendaki.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian8

• Setelah melakukan proses pemanggang kopi, proses mengaul bahan-bahan mentah seperti gula pasir, garam dan mentega mengikut kadar campuran serta nisbah kuantiti kopi beras panggang. • Proses ini dilakukan sehingga kopi panggang tadi sebati dengan proses campuran bahan-bahan tadi.

• Proses ini, dipanggil proses kopi goreng.

• Setelah digoreng, kopi dikisar denganmenggunakan mesin pengisar serbuk kopi untuk dijadikan serbuk halus kopi.

• Proses ini, memerlukan tumpuan yang teliti untuk menentukan kehalusan atau kekasaran serbuk kopi yang dikehendaki.

• Setelahitu,prosesituditeruskandenganprosesyang terakhir iaitu proses pembungkusan kopi mengikut berat pembungkusan kopi.

Proses yang terakhir, dilakukan oleh jurujual kopi untuk diedarkan ke kedai- kedai setempat dan pasaraya.

Khasiat

Minuman yang dikenali di seantero dunia ini mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Memang dalam dunia kesihatan peminuman kopi haru dibataskan penggunaannya kerana kandungan kafiennya, namundisebaliknyaterdapatpelbagaifaedah.Kajiansaintifiktelahmemeriksa hubungan antara penggunaan kopi dan kaedah perubatan. Antara faedahnya ialah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, hati, Parkinson, diabetes dan gout. Amalan meminum kopi yang tidak berlebihan akan dapat mengawal dan mengurangkan rasa mengantuk.

Kajian yang lebih mendalam menunjukkan kandungan kafein dalam kopi juga menjadi salah satu bahan pelengkap untuk mengurangkan sakit kepala kerana kemampuannya untuk

mempersempitkan pembuluh darah ke otak. Ia juga dapat mengurangkan dan mampu memecahkan lemak. Jurnal Human Psychopharmacology : Clinical and Experimantal membuktikan bahawa saintis mendapati pengambilan kafein dan gula pada masa yang sama akan meningkatkan prestasi otak seperti menguatkan daya ingatan.

Penglibatan PP dalam Industri Kopi

Penglibatan Pertubuhan Peladang dalam industri kopi juga turut memenuhi permintaan yang kian bertambah. Kejayaan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rengit dalam industri pembuatan kopi adalah tidak asing lagi. PPK Rengit mempunyai sebuah kilang penghasilan kopi serbuk yang terletak Batu Pahat, Johor. Kopi yang lebih dikenali sebagai Kopi Peladang di kalangan penggemarnya telah mencapai tahap dan revolusinya yang tersendiri dimana PPK Rengit telah berjaya mewujudkan produk kopi segera dengan nama “Maglek”.

Selain daripada itu, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tasik, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Selama, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Karangan dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut juga turut terlibat dalam industri penghasilan kopi ini. Ini menunjukkan bahawa Pertubuhan Peladang telah bergerak selaras dengan keperluan untuk menyokong tanaman industri ini ditambah lagi dengan rantaian pengeluaran produk segera.

Walaupun kehadiran perusahaan bagi produk ini semakin berkembang, namun perkhidmatan yang disediakan oleh PPK untuk kebaikan ahlinya tetap mendapat perhatian. Kemunculan pelbagai produk dengan pelbagai rasa dan aroma tidak menenggelamkan hasil keluaran PPK yang sentiasa memenuhi permintaan pelanggannya. Menyedari

permintaan yang berterusan ini PP yang terlibat sentiasa menambah baik dan mengekalkan mutu keenakan minuman ini.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 9

PENGELUARAN CENDAWANInovasi Projek

PPK Paya Perlis

Tahun 2010 telah diisytiharkan sebagai Tahun Inovasi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Inovasi bermaksud sesuatu yang dilakukan pembaharuan atau perubahan. Ia juga bermaksud memulakan sesuatu yang baru. Istilah inovasi jika dilihat sangat berhubung kait dengan tiga elemen iaitu imaginasi, ciptaan dan kreativiti.

dalam Negara adalah hanya sekitar 5,500 tan sahaja. “ Oleh kerana itu, kita mengalami defisit pengeluaransebanyak 2,600 tan, usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan produktiviti cendawan bagi kegunaan dalam negara”. katanya. Berdasarkan kepada statistik tersebut pengeluaran cendawan ini, bagi tahun 2011 dan seterusnya dijangka menunjukkan peningkatan memandangkan cendawan kini semakin popular dan tahap kesedaran rakyat terhadap khasiat memakan cendawan dimana mampu mencegah kanser dan mampu mengawal tekanan serta khasiat-khasiat lain yang ada pada cendawan ini.

Kebanyakan pengusaha tanaman cendawan kini hanya dilakukan dalam skala yang kecil dan hanya sesuai untuk menampung keperluan sara diri sahaja dan tidak cukup untuk memenuhi kehendak pasaran yang memerlukan jumlah yang banyak. Selain itu, kebanyakan penanam cendawan dilakukan secara kaedah konvensional. Tanaman ini memerlukan tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus dan memastikan tahap kelembapan dalam bangsal cendawan dikawal sebaiknya.

Oleh itu, jika diambil dalam konteks yang lebih luas, ianya lebih terarah kepada proses penambahbaikan dan penyesuaian kepada idea, pemikiran dan gagasan yang sedia ada serta mencipta sesuatu yang baru.

Dalam sektor pengeluaran cendawan, industri ini turut terlibat dalam evolusi ini apabila beberapa idea yang kreatif lagi inovatif untuk memastikan tanaman ini terus bertahan dan seterusnya menarik minat pengusaha-pengusaha di luar sana untuk menceburi bidang penanaman cendawan. Selain itu, permintaan yang tinggi di pasaran dilihat sebagai salah satu faktor yang menarik kepada minat banyak pihak untuk terlibat secara aktif dalam bidang pengeluaran cendawan ini. Data daripada Jabatan Pertanian mengenai cendawan pada tiga tahun lepas, menunjukkan import cendawan adalah sebanyak 21,077 metrik tan bagi memenuhi permintaan dalam negara. Malahan, bagi Pegawai Pertanian merangkap Ketua Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti (TPU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Salbiah Md. Tap turut mengakui bahawa permintaan terhadap cendawan adalah tinggi.

“Secara keseluruhannya, jika dilihat jumlah cendawan yang dimakan oleh rakyat Malaysia ialah 324 gram seorang dalam setahun”. Ujarnya. Jumlah pengambilan cendawan oleh rakyat Negara ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun. Pada tahun 2007, jumlah cendawan yang diambil oleh rakyat Malaysia adalah sebanyak 8,100 tan sedangkan jumlah pengeluaran cendawan

Oleh:MohdHafizatulAkmalbinIshak

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian10

lantainya pula diperbuat daripada simen. Bagi mengawal kelembapan, sprinkler telah dipasang di atas bumbung setiap bangsal. Sementara alat kawalan suhu telah dipasang dalam setiap bangsal cendawan. Satu kelebihan menggunakan teknologi ini adalah apabila pengusaha boleh menetapkan sendiri suhu dalam bangsal yang dikehendaki serta mengikut kesesuaian dengan tanaman cendawan. Sensor telah diletakkan untuk menggerakkan semburan air pada sprinkler apabila suhu dalam bangsal mula meningkat dan akan berhenti apabila suhu dalam bangsal telah mencapai darjah celsius (ºC) yang dikehendaki. Kapasiti pengeluaran bagi projek pengeluaran cendawan, PPK Paya adalah 30,000 bongkah.

Melalui kaedah ini tanaman akan disediakan bangsal yang dilitupi dengan atap nipah dan juga beralaskan tanah.

Melihatkan perkembangan dan senario semasa mengenai potensi tanaman ini, Pertubuhan Peladang Kawasan Paya, Perlis tidak mahu ketinggalan menceburi industri pengeluaran cendawan tiram kelabu. Walaubagaimanapun, pendekatan yang diambil oleh PPK Paya adalah agak berbeza dengan kaedah yang dijalankan oleh majoriti pengeluar-pengeluar cendawan yang sedia ada. Setelah membuat penelitian dan pemerhatian daripada beberapa projek cendawan yang telah diusahakan di sekitar Perlis, Kedah dan membuat lawatan ke atas pengusaha cendawan di negeri Selangor, telah memberi inspirasi kepada PPK Paya bagi mengusahakan projek pengeluaran cendawan dengan pengenalan inovasi.

Projek ini adalah susulan daripada sejumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada tahun 2009, bagi pengeluaran cendawan disamping menyokong kapasiti pengeluaran bahan mentah Pusat Pemprosesan Buah-buahan PPK Paya sedia ada.

Selaras dengan itu, sebanyak 3 unit bangsal cendawan telah dibina dengan keluasan setiap bangsal adalah berukuran 40’ x 20’. Selain itu juga, mengubahsuai bangunan tembakau kepada ruangan penyediaan bahan mentah, bilik suntikan berhawa dingin serta “freezer” berukuran 20’ x 10’ untuk penyimpanan hasil tuaian sebelum dijual kepada pembeli. Kerja-kerja pembinaan telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada PPK pada bulan Mei 2010.

Projek ini telah diuruskan oleh pihak PPK sendiri pada bulan Julai. Salah satu inovasi yang digunakan dalam projek ini adalah bangsal cendawan berkenaan dibina dengan menggunakan kerangka besi dan berbumbung ‘metaldex’ serta

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 11

Berdasarkan kepada hasil pengeluaran tanaman percubaan yang dibuat untuk 1 bangsal telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Hasil pertama dituai adalah pada bulan September yang lalu. Purata hasil tuaian cendawan bagi setiap bongkah untuk satu pusingan adalah sebanyak 386 gram. Melalui dapatan hasil yang direkodkan setakat ini, telah menunjukkan bahawa dengan inovasi yang dilakukan oleh PPK Paya dan Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perlis ke atas projek pengeluaran cendawan ini tidak menjejaskan hasil tuaian sedia ada malah memberi keadaan persekitaran yang bersih dan mengurangkan faktor penyelenggaraan ke atas bangsal apabila pengusaha tidak perlu mengeluarkan kos untuk menggantikan atap nipah secara kerap memandangkan penggunaan ‘metaldex’ digunakan. Daripada percubaan ini, pihak pengurusan PPK dapat menjadikan segala maklumat yang diperolehi ini sebagai penanda aras untuk memikirkan kaedah-kaedah tertentu dan langkah bagi meningkatkan lagi hasil bagi setiap bongkah kepada yang lebih tinggi lagi.

Hasil cendawan segar yang dipungut telah mendapat permintaan daripada penjual-penjual cendawan di pasar hari dan juga restoran makanan di Perlis serta pegawai-pegawai daripada jabatan-jabatan kerajaan selain individu yang datang sendiri di pusat pengeluaran berkenaan. Cendawan segar keluaran PPK dijual dengan harga RM 4.00/kg. Selain itu, cendawan keluaran PPK tidak hanya dijual segar semata-mata tetapi sebahagiannya turut dihantar ke Pusat Pemprosesan Buah-buahan untuk dijadikan cip cendawan sebagai memberi nilai tambah kepada produk cendawan sedia ada. Secara

tidak langsung, masalah pemasaran cendawan keluaran PPK tidak timbul apabila produk ini dijual secara segar dan sebahagiannya diproses sebagai produk hiliran dan dijual dalam bentuk cip. Sebagai makluman, cip cendawan PPK Paya telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kategori makanan semasa Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang diadakan di Melaka pada 10-12hb Disember 2010 yang lalu dengan membawa pulang cek berjumlah RM 3,000 serta sijil. Cek yang disampaikan oleh YB. Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa

dan Industri pada majlis berkenaan telah mengukir satu lagi sejarah bermakna kepada PPK Paya. Nama PPK Paya akan dipatrikan di Kota Melaka sebagai tanda mengiktiraf kemenangan yang penuh makna ini.

Secara keseluruhannya, projek pengeluaran cendawan yang diusahakan oleh PPK Paya melalui inovasi yang dilakukan ke atas projek berkenaan telah memberi signifikan yang besar kepadaindustri tanaman cendawan serta merintis ke arah pemindahan teknologi melalui transformasi yang dilakukan terhadap projek ini. Selain itu,

dengan terbinanya bangsal cendawan yang dilihat sebagai ”moden” dalam industri ini, dijangkakan akan menjadi sebagai pusat rujukan bagi pengusaha atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penanaman cendawan menggunakan inovasi yang telah dilakukan oleh PPK Paya jika projek ini dijalankan secara komersial kelak. Adalah menjadi harapan, supaya melalui penerapan idea yang kreatif dan inovatif ini akan mencorakkan sesuatu yang lebih bermakna pada masa akan datang terutama dalam memperkasakan industri pertanian sebagai pemacu enjin ketiga negara selain memastikan jaminan makanan negara terjamin.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian12

Oleh : Annie Laily Arif

Kelapa sawit (Elaeis guineensis) merupakan

tumbuhan dari keluarga Palmae yang kini menjadi tanaman penting di Malaysia dan beberapa Negara lain di dunia. Kelapa sawit terdiri dari 2 speseis iaitu jenis Arecaceae atau family palma yang digunakan untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit dan juga kelapa sawit jenis Amerika (Elaeis oleifera) yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan kurang dikomersilkan.

Malaysia adalah pengeksport minyak sawit terbesar dunia. Industri makanan berasaskan minyak kelapa sawit juga telah berkembang pesat sejak tiga dekad yang lalu. Atas perkembangan ini, minat petani terhdap tanaman kelapa sawit di Malaysia disebabkan oleh banyak faktor. Faktor utama ialah pulangan hasil yang lumayan, cepat dan lebih menguntungkan berbanding dengan tanaman lain serta pasaran lebih terjamin.

Teknologi pengurusan tanaman sawit juga lengkap dari penyediaan kawasan sehingga penuaian dan pemprosesan. Kemudahan pasaran kelapa sawit juga tersedia dari peringkat pekebun kecil sehingga sistem perladangan. Kilang-kilang kelapa sawit terdapat di merata lokasi diseluruh negara yang bilangannya lebih dari 1,200 buah.

Rentetan itu, adalah amat penting bagi negara kita untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang bermutu tinggi. Amalan perladangan yang baik bagi menjamin kualiti adalah perlu ditingkatkan. Penjagaan di peringkat permulaan pertumbuhan terutamanya aspek musuh tanaman yang boleh menjejaskan pertumbuhan anak pokok. Selain serangga perosak seperti ulat bungkus dan beluncas, haiwan perosak seperti lembu, kambing dan babi juga perlu dititik beratkan. Haiwan perosak

Pengawalan Musuh Tanaman Kelapa SawitKEBAL

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 13

tenaga kerja disamping bahan-bahan yang diperlukan adalah dari pelepah pokok sawit itu sendiri.

• Pelepahsawitdipotongbersaiz5incilebardan5kaki tinggi. Usia pelepah yang sesuai adalah yang di ambil daripada pokok sawit yang berumur antara 10 tahun dan ke atas.

• Gelungrotandigunakanuntukmengikatpelepahsawit supaya ia terikat dan tersusun.

• Batangkayudipotongbersaiz3kaki.

• Batangkayuperludiikatberbentuksegiempatsebagai penampan kepada pelepah yang digunakan. Keluasan struktur kayu tersebut bagi mengelilingi anak pokok ialah 3 kaki x 3 kaki.

ini perlu dikawal bagi mengelakkan pucuk anak pokok kelapa sawit di makan dan dirosakkan.

Bertitik tolak dari keperluan inilah maka Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) mencetus idea inovatif dan kreatif bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini terhasil dari cetusan idea kumpulan Inovatif dan Kreatif Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) untuk kawalan musuh tanaman seperti haiwan ternak dan babi hutan. Kaedah ini dinamakan Kawalan Efektif Babi atau Lembu (KEBAL) – kawalan musuh tanaman sawit. Ianya telah diguna pakai di kawasan Program Pembangunan Tanah Terbiar RTP Bukit Goh, Kuantan, Pahangyang berkeluasan 20 hektar. Bagi memperoleh keseragaman tanaman ini dikawal, ia diadakan di 14 buah kawasan program Pembangunan Tanah Terbiar seluruh Negeri Pahang yang merangkumi kawasan seluas 906 hektar. Kaedah ini mula digunapakai sekitar Mac 2010 dan amat sesuai dipraktikan memandangkan kawasan sekitar program ini adalah berdekatan dengan kawasan penempatan.

Proses Pembuatan KEBAL

Proses pembuatan kebal tidaklah memerlukan masa yang begitu lama. Ia juga dapat menjimatkan

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian14

• Penyediaan KEBAL – tempoh pemasangan setengah jam per pokok iaitu sebanyak 15 hingga 18 pokok sehari. Bagi kawasan berkeluasan 1 hektar, 9 hari diperlukan untuk pemasangan KEBAL.

• KospenyediaanKEBALadalahsebanyakRM4.50.

Hasil inovatif dan kreatif ini, Petubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) telah mendapat penghargaan Pengurusan Program Pembangunan Tanah Terbiar dari Jawatankuasa kemajuan dan Keselamatan Kampung. Penghargaan diberikan atas usaha Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) yang telah berjaya mengurangkan kemusnahan tanaman sawit dengan menggunakan pelepah sawit untuk mengawalseranganhaiwandiladangsawitdiBukitGohini.

• Pelepahsawitkemudianakansecaradisusunmenegak kemudian diikat kemas dan kukuh pada kayu supaya tidak terdedah apabila serangan berlaku.

• KEBALsiapdantelahsediauntukdigunakan.

Faedah Pengunaan KEBAL

Antara faedah penggunaan Kawalan Efektif Babi atau Lembu (KEBAL) yang telah dilaksanakan ialah :

• Menjimatkan pengunaan kos berulang seperti kerja menyulam, membaja, kos tenaga buruh dan kos bahan yang terlibat.

• Pengurangan masa penjagaan dan penyeliaan anak pokok dimana tiada kos berulang.

• Penghasilan dapat dicapai mengikut tempoh iaitu 27 hingga 30 bulan. Jika berlaku serangan, tempoh akan lebih lama.

• Tumbesaran pokok akan menjadi lebih baik dan berkualiti yang mana boleh membantu mempercepatkan hasil.

Ciri-ciri KEBAL

Ciri-ciri KEBAL yang dapat melindungi tanaman anak pokok sawit dari serangan adalah seperti berikut :

• SetiapKEBALyang dipasang akanmengandungi 20 hingga 25 batang pelepah sawit.

• KEBAL boleh bertahan dalam tempoh 8 hingga 12 bulan di mana pokok-pokok telah mencapai ketinggian 6 hingga 7 kaki. Dalam situasi serangan adalah pada kadar yang paling minima.

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian 15

Inovasi Berterusan

BIL PERTUBUHAN PELADANG

PENGHASILAN INOVASI TRANSFORMASI

1. PPN Kedah Sistem Clutch Diubahsuai Pengubahsuaian sistem clutch jentuai padi. Hasil kajian mendapati bahawa kehilangan kuasa sistem clutch berlaku semasa operasi jentuai. Faedah diperolehi dari pengubahsuaian ini:- Penjimatan bahan api- Penjimatan masa operasi- Peningkatan hasil tuaian

2. PPN Pulau Pinang Sistem “Box Leveller” Petak Sawah Padi

Proses merata tanah dapat dilaksanakan pada tanah basah setiap musim. Faedah diperolehi:

Pengurangan kos operasi- Penjimatan masa- Peningkatan hasil kerja- Sesuai tanah sawah luas-

3. PPN Terengganu Mesin Pengayak Tinja Kambing

Mesin pengayak tinja kambing dicipta menggantikan kaedah manual bagi menjimatkan masa dan tenaga pekerja serta meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pengeluaran baja organik.

4. PPN Pahang Sistem Pengawalan Musuh Tanaman Sawit

Kaedah baru menggunakan pelepah sawit sebagai kawalan musuh tanaman sawit. Faedah diperolehi:

Mengurangkan kos kerosakan dan - kemusnahan tanamanMenjimatkan tenaga- Menjimatkan tenaga- Mengurangkan peratus kemusnahan - tanamanMengurangkan kos penjagaan dan - penyelenggaraan sawit

5. PPN Kelantan Sistem Adjustable Rod Clutch

Pengubahsuaian ke atas sistem kabel clutch bagi semua traktor mode NHTO 90 digantikan dengan sistem adjustable rod. Faedah yang diperolehi:

Penjimatan kos pembaikan - Meningkatkan hasil kerja- Kos penyelenggaraan dapat - dikurangkan

Program Transformasi Pertubuhan Peladang

Program Transformasi Oleh : Rosly bin Abdul Rahman

Lah i r Pe l adang P r og res i f

Berita Transformasi Pertanian16

Penaung :Dato’ Arpan Shah bin Satu

Penasihat :Haji Ramli bin SalikanHaji Mohd. Salim bin Haji Taha

Ketua Pengarang :Rosly bin Abdul Rahman

Penyunting :Azizan bin Haji OthmanAnnie Laily bt Arif

Edisi Internet :Haninah bt Abd. RahmanShahzunizam bin Zulkafli

Grafik :Kamaruzzan bin Hanif

Jurufoto :Ishak bin Abd. Rahman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C, Pusat Bandar Damansara,50460 Kuala Lumpur.

Edaran Majalah Transformasi :Nik Mazri bin Mat YusofMohd Haniff bin Asim@HasyimNaharuddin bin Abdul RahmanShafrin Azhar bin Abdul GhaniAdnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari :Http://www.lpp.gov.my

Dicetak oleh :OMR Press Sdn. Bhd.Tel : 03-8024 6396

“ Lahir Peladang Progresif ”

Kejayaan Dicapai

BIL PERTUBUHAN PELADANG

PERINGKAT PENYERTAAN

TAJUK PENYERTAAN PENCAPAIAN

1. PPK Gunung Semanggol, Perak

Konvensyen KIK Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Tempoh Memproses Pendafaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan Kepada Pesawah Mengambil Masa Yang Lama

Tempat Pertama

2. PPK Gunung Semanggol, Perak

Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Ke 23 Peringkat Negeri Perak

Tempoh Memproses Pendafaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan Kepada Pesawah Mengambil Masa Yang Lama

Saguhati

3. PPN Terengganu Konvensyen KIK Badan-Badan Berkanun Kerajaan Negeri Terengganu

Penghasilan Baja Tinja Kambing

Saguhati

4. PPN Terengganu Menyertai Pertandingan Paten “Innovation Solution For Everyday Life” anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Projek: Memproses Tinja Kambing Dijadikan Baja Organik

Inovasi: Merekabentuk Mesin Pemprosesan Tinja Kambing

Dalam peringkat penilaian