bidang tugas selaku pengurus sijil dan hadiah

7
Bidang tugas selaku pengurus sijil dan hadiah Terms of reference as the head of certificates, gifts and souvenir. Menghantar surat atau / dan membuat panggilan telefon memohon bantuan / tajaan kepada pihak-pihak yang berkenaan Send a letter to apply for sponsorship to whom it may concern Membuat ‘follow-up’ berkenaan dengan tajaan / bantuan. make a follow-up with the sponsorship Mengenalpasti bilangan hadiah, sijil dan cenderamata yang diperlukan dan seterusnya membuat tempahan / belian serta menyimpan semua hadiah, sijil dan cenderamata dengan selamat. Menyedia, mengurus, menyusun dan mengedar cenderamata, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta. Menyedia dan menguruskan hadiah, sijil dan cenderamata Menyelaraskan keputusan pertandingan, cenderamata, hadiah dan sijil dengan juruacara Menguruskan dan menyediakan lain-lain keperluan berkenaan dengan hadiah, sijil dan cenderamata untuk pertandingan Pendaftaran penerima hadiah dan memandu arah ke tempat duduk penerima hadiah Mendapatkan nama penerima hadiah dan menyediakan sijil-sijil Menyusun hadiah/cenderamata/sijil di meja yang disediakan Melabel tempat duduk penerima hadiah/cenderamata Mengatur pergerakan penerima hadiah/cenderamata Menyediakan pengiring untuk penerima Tokoh Guru Mendapatkan senarai nama daripada Pengerusi-Pengerusi J/kuasa terlibat Membuat penyelarasan dengan Jawatankuasa Juruacara Menyediakan hadiah untuk VVIP Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan Guru kelas PANDUAN BIDANG TUGAS GURU TINGKATAN. 1.0 Pengurusan Organisasi Kelas

Upload: mscarol-yna

Post on 14-Dec-2014

83 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang Tugas Selaku Pengurus Sijil Dan Hadiah

Bidang tugas selaku pengurus sijil dan hadiah

Terms of reference as the head of certificates, gifts and souvenir.

Menghantar surat atau / dan membuat panggilan telefon memohon bantuan / tajaan kepada pihak-pihak yang

berkenaan

Send a letter to apply for sponsorship to whom it may concern

Membuat ‘follow-up’ berkenaan dengan tajaan / bantuan.

make a follow-up with the sponsorship

Mengenalpasti bilangan hadiah, sijil dan cenderamata yang diperlukan dan seterusnya membuat tempahan / belian

serta menyimpan semua hadiah, sijil dan cenderamata dengan selamat.

Menyedia, mengurus, menyusun dan mengedar cenderamata, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan

peserta.

Menyedia dan menguruskan hadiah, sijil dan cenderamata

Menyelaraskan keputusan pertandingan, cenderamata, hadiah dan sijil dengan juruacara

Menguruskan dan menyediakan lain-lain keperluan berkenaan dengan hadiah, sijil dan cenderamata untuk

pertandingan

Pendaftaran penerima hadiah dan memandu arah ke tempat duduk penerima hadiah

Mendapatkan nama penerima hadiah dan menyediakan sijil-sijil

Menyusun hadiah/cenderamata/sijil di meja yang disediakan

Melabel tempat duduk penerima hadiah/cenderamata

Mengatur pergerakan penerima hadiah/cenderamata

Menyediakan pengiring untuk penerima Tokoh Guru

Mendapatkan senarai nama daripada Pengerusi-Pengerusi J/kuasa terlibat

Membuat penyelarasan dengan Jawatankuasa Juruacara

Menyediakan hadiah untuk VVIP

Tugas-Tugas lain yang perlu dan berkaitan

Guru kelas

PANDUAN BIDANG TUGAS GURU TINGKATAN.1.0 Pengurusan Organisasi Kelas

1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kokurikulum, AJK Kebajikan, AJK Disiplin, AJK Perabot, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.

1.2 Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan pelajar untuk tugas membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan

Page 2: Bidang Tugas Selaku Pengurus Sijil Dan Hadiah

membuang sampah. Bekalan alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah sentiasa mencukupi serta sedia untuk digunakan.

1.3 Memastikan AJK Keceriaan mengagihkan pelajar untuk tugas mengemaskini papan kenyataan dan papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu) untuk kelas.

1.4 Memastikan AJK Kurikulum memaparkan Jadual Waktu Kelas yang kemaskini.1.5 Memastikan AJK Perabot kelas menyediakan jumlah kerursi meja pelajar, meja

guru dan papan hitam yang sentiasa sedia untuk digunakan dan diinventorikan.

1.6 Memastikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha dan Bendahari membuat Moto Kelas yang dipaparkan untuk dihayati bersama-sama oleh pelajar-pelajar dalam kelas.

2.0 Penyelenggaraaan Bilik Darjah.2.1 Menentukan kawalan elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan

selamat digunakan.2.2 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru

pembangunan fizikal.3.0 Bimbingan dan Kebajikan.

3.1 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.3.2 Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya kepada budi bicara

pelajar untuk keceriaan kelas dan kebajikan pelajar.4.0 Keselamatan

4.1 Mengemaskini jadual kedatangan pelajar.4.2 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu

pertama berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.4.3 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.4.4 Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.4.5 Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas dan

di selenggarakan seperti yang diarahkan.4.6 Buku rekod kawalan kelas diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang

ditetapkan.4.7 Menjamin keselamatan buku-buku rekod tersebut.

5.0 Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akaun.5.1 Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan

fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap semester/penggal.5.2 Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian

peperiksaan.6.0 Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.

6.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.

6.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah. (jika perlu)

6.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.6.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran dalam

kalangan pelajar.6.5 Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi

masalah kesihatan.6.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar disiplin

sekolah.6.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut :

(a) Mendapat dan mengisi dalam dua salinan borang “Melanggar Peraturan Sekolah” yang dapat diperolehi dari penyelaras Tingkatan atau Bilik Guru Disiplin.

(b) Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.7.0 Buku teks, Biasiswa dan Bantuan

Page 3: Bidang Tugas Selaku Pengurus Sijil Dan Hadiah

7.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

7.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.7.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama

pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT.

7.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

7.5 Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan pelajaran dalam kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

8.0 Kutipan Yuran dan Derma.8.1 Mengutip wang yang diarahkan perlu dibayar oleh pelajar dan menggalakkan

pelajar membayar jumlah bayaran sekaligus.8.2 Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.8.3 Menyerahkan wang kutipan serta buku kutipan kepada pihak yang diberi kuasa

oleh Pengetua pada hari yang sama.8.4 Menyimpan salinan buku resit dan rekod-rekod bayaran untuk semakan pihak

berkenaan dari semasa kesemasa9.0 Pendaftaran Pelajar Baru.

9.1 Menerima kemasukan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan pelajar daripada Penolong Kanan HEM.

9.2 Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapatkan buku teks.

9.3 Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa.

9.4 Menentukan rumah sukan dan memberikan senarai ahli rumah kepada Ketua Guru Rumah Sukan.

9.5 Mengambil butir-butir diri pelajar yang diperlukan.10.0 Murid Keluar

10.1 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar tingkatan Lima.

10.2 Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.10.3 Menentukan buku teks telah dipulangkan.10.4 Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

11.0 Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.11.1 Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan

senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras kokurikulum.

11.2 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti kokurikulum.PANDUAN PENGURUSAN SEBUAH BILIK DARJAH

1. Kemudahan asas yang mencukupi dan dalam keadaan baika) Kerusi dan meja muridb) Kerusi dan meja guruc) Papan putihd) Papan kenyataan – depan dan belakang kelas.e) Bakul sampah, penyodok dan penyapuf) Lampu dan kipas yang berfungsig) Nama kelas/ Label kelas

2. Dokumen perlu ada.a) Jadual waktu kelas terkini.b) Jadual bertugas muridc) Peraturan sekolahd) Visi dan misi sekolahe) Papan kenyataan mata pelajaran.

Page 4: Bidang Tugas Selaku Pengurus Sijil Dan Hadiah

f) Di sudut kiri / kanan papan putih tulis kedatangan murid harian.g) Pelan latihan kebakaran

3. Keceriaan kelasa) Kata-kata motivasib) Lantai sentiasa bersih.c) Tingkap cermin dilap.d) Susunan meja dan kerusi murid lurus.e) Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum balik.f) Papan putih dibersihkan selepas tamat pelajaran setiap waktu.

4. Peraturan – peraturan am.a) Tutup kipas dan lampu setiap kali meninggalkan kelas.b) Beratur di luar kelas apabila keluar ke makmal dan lain – lain tempat.c) Berdiri dan ucap selamat apabila guru masuk / habis mengajar.d) Penyapu, penyodok dan bakul sampah disusun dengan kemas di belakang kelas.e) Pas keluar kelas dipakai semasa keluar kelas.

PANDUAN MENGISI BUKU KEDATANGAN PELAJAR

1. Jadual Kedatangan adalah satu dokumen yang penting bagi tujuan audit dan juga satu dokumen penting sekolah. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab penuh untuk mengisi dan menjaga dengan baik, cermat dan selamat. Sekiranya hilang, guru tingkatan bertanggungjawab mendapatkan kembali atau membuatnya semula.

2. SENARAI NAMA MURID2.1 Ditulis dengan penuh mengikut susunan abjad (dengan HURUF BESAR)2.2 Ditulis mengikut nama penuh yang tercatat dalam kad pengenalan setiap pelajar

atau mengikut sijil kelahiran bagi pelajar yang masih belum menerima kad pengenalan.

3. BUTIR DIRI PELAJAR3.1 Bagi pelajar lama. 

3.1.1 Bilangan dalam sekolah Sila rujuk buku pendaftaran pelajaratau Buku Kedatangan tahun lepas

3.1.2 Tarikh masuk sekolah ini3.1.3 Tarikh masuk kelas - Sila tulis tarikh

3.2 Bagi pelajar baru3.2.1 Bilangan dalam sekolah } – akan ditentukan oleh Penyelaras3.2.2 Ruangan Rumah Sukan - tuliskan nama rumah sukan setiap pelajar.

Cara pembahagian rumah sukan mengikut nombor terakhir pada bilangan dalam sekolah masing-masing.

3.2.3 Ruangan ibu / bapa / penjaga – seboleh-bolehnya ambil nama penuh mereka. Sila catat status hubungan penjaga dengan pelajar jika penjaga bukan bapa.

3.2.4 Nama Sekolah Akhir – sila catat nama sekolah rendah (untuk pelajar Peralihan / Tingkatan 1) dan nama sekolah menengah jika berpindah sekolah.

4. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR.4.1 Kedatangan pelajar perlu ditanda tepat pada masa persekolahan bermula.4.2 Buku Kedatangan mesti dipulangkan ke pejabat selewat-lewatnya pada waktu

ketiga setiap hari.4.3 Tugas mengisi / menanda Jadual Kedatangan adalah Guru Tingkatan dan

bukannya pelajar.4.4 Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa / penjaga dan surat keluar sekolah

hendaklah diurus dan disimpan dengan baik.5. TINDAKAN JIKA PELAJAR TIDAK HADIR.

Page 5: Bidang Tugas Selaku Pengurus Sijil Dan Hadiah

5.1 Memastikan semua pelajar tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa / penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh pelajar itu tidak hadir.

5.2 Surat Amaran Pertama hendaklah dikeluarkan dan dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau pada hari ke 10 buka secara berturut-turut tanpa sebab / surat.

5.3 Surat Amaran Kedua hendaklah dikeluarkan dan dihantar jika pelajar belum datang ke sekolah atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama atau pelajar tidak hadir selama 20 hari secara tidak berturut-turut tanpa sebab / surat.

5.4 Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui SURAT BERDAFTAR. Sekiranya tiada apa-apa maklumbalas selepas 7 hari surat amaran kedua dihantar. Sila gariskan `anak tuan/puan akan dibuang sekolah’ dengan dakwat merah. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah tidak hadir / sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut atau tanpa sebab / surat.

5.5 Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran surat amaran terakhir, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa / penjaga pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.

Ringkasan tatacara penghantaran surat-surat amaran:

Jenis SuratBilangan hari tidak hadir

Secara berturut-turut Tidak berturut-turut

Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Terakhir 20 hari selepas Amaran Terakhir

Jumlah Hari 30 60

 

5.6 Guru Tingkatan diminta mencatat tarikh berhenti sekolah dan sebabnya di belakang Jadual Kedatangan Pelajar.

6. PENUTUPAN BUKU JADUAL KEDATANGAN6.1 Jadual Kedatangan pelajar mesti ditutup pada hari terkhir setiap bulan. Ini adalah

untuk memudahkan Penyelaras Tingkatan dan kakitangan pejabat membuat penyata bulanan.

6.2 Setiap pengiraan hendaklah dibuat dengan teliti. Peratus kedatangan – dikira sehingga 1 tempat perpuluhan. (JANGAN DIBUNDARKAN)

6.3 Penyelaras Tingkatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan agar semua Buku Jadual kedatangan dalam tingkatan masing-masing telah ditutup mengikut masa yang ditetapkan.